Friday, April 23, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART I

Tudiaaahhh....propah kan? Hahaha! Adapun tatkala posting ini dibuat Fendiosman sedang mengadap komputer di Golden Lounge Regional KLIA sambil menikmati makan tengahari sementara menanti penerbangan ke Bangkok jam 3 petang. Orang kata suasana di Bangkok tak elok untuk lawatan, tapi tetap gigih jugak nak ke sana ni. Haaaaaaaaaaaa....

Dengan berbekalkan duit tak sampai 7000 baht, sebab memang niatnya takmau shopping. Takat nak pi tengok orang Baju Merah main gendang je ni. Fendiosman kemaskan barang-barang, walaupun baru je semalam sampai dari Kuching.

Dari Kajang, Fendiosman letakkan kereta di stesen Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Check-in dah siap dibuat online. Cuma nak baling beg di airport je. Letak kereta di stesen Putrajaya ni agak menyenangkan. Berbumbung, percuma dan Insya Allah selamat sebab ada guard yang menjaganya. Tapi, precaution kena la diambil seperti mengunci stereng dengan besi besbol tu. Kalau tak, sekelip mata nanti orang bawak lari.

Sampai di KLIA, gara-gara gunung berapi apakebenda Iceland yang berabu tu, makanya dapatlah dilihat aksi matsaleh-matsaleh berkampung di airport dengan bermacam-macam bau dan perasa. Bleh camtu? Lintas je dah dapat aroma yang sangat menusuk kalbu. Tapi kesian gak kat depa ni, kalau Fendiosman kat Eropah sekarang, memang rasanya akan jadi macam depa jugak.

Tapi, dengan kad warna emas yang Fendiosman ada, tak perlulah nak beratur macam depa. Terus ke kaunter di island D untuk baling beg. Tapi tidaklah perlu untuk posing di hadapan poster Kad ENRICH seperti ada seseorang itu buat. Kan Bonda Phachat kan? Siap tersenyum lebar! (Berapa royalti ENRICH bagi eh?) Opssssssssssssssssssssssssssss! Check in process sangat cepat, dan dalam masa 10 minit Fendiosman dah berada di International Area, Main Terminal Building.


Sementara menantikan penerbangan, seperti biasa.......gunakan peluang yang ada untuk makan dengan percuma! Bonda Phachat, kau kena gigih lagi berusaha untuk capai SKT tahun ini. Mungkin kena tambah balik ke TGG sebulan 4 kali untuk accumulate 0.25 sector sebulan. Dalam masa 12 bulan kau dapat 12 sector, dicampur dengan sector otstesen, serta kursus ke luar  negara seperti di Keptaun, maupun jalan-jalan melancong ke Eropah! Barangkali akan genap 20 sector supaya dapat kelebihan itttewwwww.

Hari ni takde scene mandi Sofea Jane ye murid-murid. Malu! Hikssss. Tapi hari ni kita tinjau apa yang Bonda Phachat akan dapat sekiranya beliau dapat memenuhi SKT 20 sector pada tahun ini! Bukan takat dapat check-in di Kaunter Berposter Emas sahaja, ataupun dapat telefon untuk mendapatkan boarding pass, malah macam-macam lagi yang Bonda Phachat akan dapat.


Makanan yang lazat...........macam hari ni ada murtabak ayam, serta nasik minyak yang cukup menggegarkan crash diet yang Fendiosman dah mulakan. Achar ikan yang sungguh lazat serta macam-macam lagi hamparan buffet dari dalam dan luar negara tanpa sebarang bayaran dikenakan. Tapi kena la penuhi SKT dulu ye! *Habislah Fendiosman kena maki dengan Bonda Phachat pasni.....

Red wine ataupun white wine tanpa alkohol yang sedap dari Afrika Selatan, serta Roibos Tea yang rasanya bagaikan rumput di padang ragut ittewwww dan aneka minuman yang pasti menghilangkan dahaga dan melepaskan lelah di dada. Ada juga khidmat wifi percuma yang sudah pasti memberikan kepuasan yang berganda kepada beliau. Hiks...................ampun bonda! Sesungguhnya tujuan anakanda adalah untuk menggalakan bonda terbang lebih jauh lagi demi mencapai impian yang hampir pasti ittewwwww.

Selain makanan dan minuman, pemandangan indah tarmac serta keseluruhan lapangan terbang turut dapat dilihat. Untuk yang gila kumpul model kapal terbang macam Fendiosman, mungkin dapat jugak menghilangkan boring sementara nak menantikan waktu pelepasan. Heh......................siap part pertama, nanti kita cerita kisah perjalanan Fendiosman ke Bangkok ya!

2 comments:

swit@kon said...

bestnya. i taw i ikut u k!
huhu nak pegi no geng!

phachat said...

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

SETANLAH KAUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!