Tuesday, April 20, 2010

Dari Chukai Ke Bandar Kuching

Hari Jumaat pagi, sewaktu Fendiosman nak hidupkan enjin kereta, sambil mengheret beg berbondong-bondong, Fendiosman disapa jiran;

"Keluar berapa hari pulak ni?"

"Sampai Khamis depan, kira cincai 7 hari la kot....."

"Sibuk sangat ye abang ni, banyak travel.................................."

Heh...dah bujang kan, boleh je nak ke mana saja tanpa perlu mengkaji kiri kanan. Cumanya jangan suruh Fendiosman pergi pagi balik petang macam yang Fendiosman biasa buat waktu kat satu tempat dulu. Sangat penat dan memenatkan. Tak larat yaaaaa....pagi2 dah mekap, naik kereta ke airport pastu malam sampai kembali ke rumah sambil terus pengsan dengan pakaian kerja gara-gara terlalu penat. Huuuuuuuuuuuu.....

Hari Jumaat lepas, Fendiosman ke MonicaBay Kemaman setelah sekian lama tak menjengahkan diri ke tempat yang meninggalkan seribu nostalgia ittewwww. Mula2 ke Kemaman, Fendiosman dinilai sebelum nak masuk servis. Kemudian Fendiosman jadi fasilitator, lepas tu jadi mole, dan kali ni upgrade sikit lagi. Sama2 membantu mencari pelapis dalam servis. Rumit sikit tugas kali ni, sama seperti minggu sebelumnya di Kluang.

Orang kata, kalau nak bagi markah kat orang, kena dijelaskan betul2. Kalau markahnya 30, kita bagi 28....apa justifikasi 28 tu? Kalau bagi 20, apa justifikasi 20 tu? Memang betul2 memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Tapi pada Fendiosman, ni sebagai latihan. Bila duduk di desk PTK Kementerian, memang kena betul2 berlatih menilai. Jadi, alang2 diberi peluang, gunakan seadanya. Bukan Fendiosman ni gila sangat nak otstesen ye murid-murid. Walaupun hujung minggu, daaaaaaaaaaaaaaaaaaaan orang kata buat kerja2 berfaedah ni semata2 nak kejar wang tunai ringgit, salah sama sekali ya, sebab dasar berjimat cermat yang ada sekarang memang takde lagi benda2 tu. Memang semua kena faham. Takde la perlu berhabis-habisan banyak2. Orang yang tak faham je buat benda pelik2......

Dalam banyak2 sesi waktu di Chukai ni, ada satu pernyataan dari peserta yang menyebabkan Fendiosman terpinga2. Satu soalan dari Pegawai Agensi Pusat....

"Encik Fendiosman...boleh saya tanya sesuatu?"

"Apa dia?"
"Encik Fendiosman anak KSU ke?"
"Taklah....arwah baba saya TUDM dulu...knape?"
"Ada peserta kata Encik Fendiosman anak KSU"

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh.......KSU mana tatau?

Kejung di Chukai, terus bawak kereta pulang ke Bandaraya hari Ahad petang. Sambung pulak ke Kuching pada sebelah malamnya. Kali ni buat tugas hakiki untuk PTK. Jadi ketua pengawas, pengawas, urusetia dan penilai. All in one. Jimat kos katanya. Mungkin ada yang menganggap Fendiosman nak ambik kesempatan berjalan2 dengan percuma tapi hakikatnya walaupun dah 2 hari dok kat sini, Fendiosman hanya keluar dan balik ke bilik penginapan.

Kerja di desk PTK ni, kepala sentiasa kena ligat berfikir. Kalau panel tak cukup, kena lompat jadi panel mengejut. Kalau soalan tak cukup, tiba2 kena gubal soalan serta-merta. Kalau penanda tarik diri untuk menanda, kena la volunteer menanda kertas. Tu belum kira uruskan peserta lagi. Kalau soalan susah kena marah, soalan senang pun kena kutuk. Sedia makan sikit kena marah, lauk tak cukup pun kena hempuk. Tu belum kira kalau tak sedia makanan lagi. Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak mengizinkan, mana la nak mampu semua tu. Tapi tu la namanya cabaran....

Setakat ni, Fendiosman mampu tersenyum lagi menjawat jawatan sekarang. Kalau tak tersenyum takkan la badan tiba2 dah jadi belon dalam masa 2 bulan? Kaaaaaaaaaaaaaannnn.....

Dan, paling utama dengan duduk di tempat sekarang tak perlu berdiplomasi dengan orang2 yang tak faham bahasa yang tak reti peraturan. Tu yang amat melegakan Fendiosman. Kata seseorang itu, rambut yang dah tak berapa nak ada dulu kembali menjelma di atas kepala Fendiosman. Ya benar, kalau tak masakan Fendiosman berjaya menambah berat badan dengan cemerlang sekali. Heh...

Back to back, dari gred 41, sambung ke 44, sambung ke 48. sambung lagi ke 52 54 dan minggu ni gred 27. Rasanya hujung minggu ni nak berehat sebentar. Jalan2 mode menghilangkan diri lagi. Mana nak pergi? Kita tunggu dan lihat dalam pengkisahan akan datang. So far, I'm happy with what I'm doing now! Alhamdulillah....

2 comments:

Zana Jay. said...

ha...den ada menolong gubal soklan tu...takde kopok ganu ker??

Angah said...

good for you.. dah kerja enjoy padan la naik badan ye hehe..

amboi tak singgah pun kuantan ye..kalau singgah boleh ku jamu ikan bakar..