Thursday, April 22, 2010

Jalan-jalan Mode : ASEAN Pass

Dua tiga bulan lepas waktu Fendiosman menonton persembahan di Istana Budaya, ada la dua tiga orang pegawai mengajak Fendiosman berjalan-jalan untuk bercuti. Depa kata, nak pi tengok persembahan kat satu lagi Panggung Bertaraf Dunia, sama macam Istana Budaya jugak. Waktu depa beli tiket tu, harga amat murah ye, lebih kurang harga Fendiosman pergi bercuti ke Jakarta waktu Hari Imlek bulan Februari yang lalu. Fendiosman teragak-agak. Nak pergi ke tidak, masih berbelah bagi. Pada masa yang sama, borang untuk bercuti ke luar negara tetap Fendiosman hantar untuk kelulusan Ketua Setiausaha. Takde la pergi secara haram, buatnya apa-apa jadi bila bercuti naya oooooooo........boleh kena tindakan tatatertib sebab pergi ke luar negara tanpa kebenaran. Sapa kata kerja gomen boleh jalan-jalan luar negara sesenang hati? Kalau kantoi, memang berdondang sayang la jawabnya.

Jadinya bila minggu lepas Fendiosman bukak laman Malaysia Airlines, teropong la harga tiket lagi sekali. Harga tiket paling murah sama harga dengan 8 tiket pergi Jakarta dulu. Mau terduduk dibuatnya. Nak naik kapal terbang merah tu pun, lebih kurang je harganya. Ligatlah kepala ni berfikir macam mana nak dapatkan tiket dengan mudah, murah dan cepat. Wah..........................padan la muka hang, sapa suruh dok tangguh-tangguh.

Bila dah menggelabah, baru terdetik nak membeli voucer ASEAN Pass oleh Malaysia Airlines. Dengan harga 1000 hengget lebih sikit, kita boleh dapat 4 voucer untuk berterbangan di negara-negara ASEAN. Be it Bandar Seri Begawan, maupun Medan, ataupun Hanoi, dan juga Manila, serta Jakarta dan lain-lain destinasi yang menjadi tujuan Malaysia Airlines, anda semua boleh menikmati tiket penerbangan serendah 250 hengget sehala. Jadi, sangat menguntungkan.

Untuk anda yang suka naik kapal terbang kaler merah, sila bayangkan makanan percuma (walaupun nasik lemak tak seperti nasik lemak Pak Nasser), serta luggage allowance percuma sebanyak 20kg, dan seat-pitch seluas 32 inci (sesuai untuk orang berkaki panjang macam Sang Hansuari), naik Malaysia Airlines ni sebenarnya lebih menguntungkan walaupun kapal terbang yang ada tak sebaru kapal terbang kaler merah. Daaaaan...anda tidak perlu bersesak-sesak di LCCT, serta sentap sekiranya anda tak boleh naik kapal terbang setelah tiba lewat gara-gara naik atas pentas memberi hadiah kepada pengunjung event anda. Opsssssssssssssss!

Tidak lupa juga, seat yang boleh dipilih sewaktu membuat tempahan, tidak kira sama ada seat 5A kegemaran Bonda Phachat yang SKTnya untuk mencapai tahap ENRICH Gold pada tahun ini, ataupun seat sakti bernombor 2C yang mampu mengekalkan keremajaan anda sampai bila-bila. Tapi awas, walau di mana pun seat anda, jangan salah pakai tali pinggang keselamatan ya! Sila tumpukan perhatian kepada anak-anak kapal sewaktu taklimat keselamatan dilakukan. Hiks......

ASEAN Pass ni Fendiosman baru je dibeli katanya. Dan dalam kelam kabut membuat kerosakan di India Street bersama Che Kem, Fendiosman gigih mendail Malaysia Airlines untuk mengesahkan tempahan untuk cuti-cuti ASEAN. Fuh.............nasib la tiket ada lagi untuk sama-sama dengan orang dari Istana Budaya ittewww. Tiket saja ya murid-murid. Tempat tinggal sudah ditaja oleh sahabat yang bermastautin di hampir keseluruhan ibu negara ASEAN. Jadinya, tak perlulah risau dengan harga hotel yang mahal maupun asrama backpack. Dengan hanya memberikan nombor voucer dan destinasi idaman, dengan sekelip mata tiket akan dihantar ke emel anda. (Sebenarnya waktu Fendiosman call Malaysia Airlines ittewwww, Fendiosman adalah pelanggan ke 42 dalam senarai menunggu, tapi tetap gegeh menanti sebab nak jugak melancong. At last, dapat jugak bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan setelah hampir 20 minit menunggu).

Tiket pergi dah dapat, tiket balik pun dah dapat. Destinasinya mana ya? Bukan nak shopping sangat pun! Ekonomi tak mengizinkan sebab claim TnT yang ditunggu sekian lama tak pun masuk lagi. Walaupun gaji dah masuk tapi kena jimat cermat sebab kena cover duit yang dah terdahulu digunakan untuk menutup pusingan modal outstation. Dulu kat Kementerian Kesihatan, TnT masuk selepas 4 atau 5 hari borang dihantar. La ni, dah 22 hari hantar pun belum tentu lagi dapat balik duit yang dah didahulukan. Bab nak potong duit orang, aishhhhh, siap hantar reminder notice lagi! Bab nak bagi duit orang, Masya Allah...................

Sibuk pindah pejabat katanya! Kalau pindah pun, takkan la takde plan A maupun B ataupun C? Sehari proses 100 voucer bayaran. Dah 100.....takkan la takde improvement, upkan pulak jadi 110, pastu 120, pastu 130, pastu 140. Rasanya dulu kat tempat lama Fendiosman proses jugak voucer, tapi sentiasa menambahbaik perkhidmatan untuk keselesaan pelanggan. Ni sampai pelanggan menyumpah baru nak sibuk buat bayaran, apa kes? Kalau alasan kerja banyak sampai tak sempat nak proses tu memang sangat tak munasabah. Hai entahlah, kalau membebel kompem kena gam! Tapi, takkan Fendiosman salah bila menuntut hak sendiri? Kan kan kan?

Jadi...................destinasi manakah menjadi tujuan? Nanti kita buat siri kembara macam waktu Fendiosman gi Jakarta dulu ye murid-murid! Esok kita berjalan-jalan sambil menonton seni persembahan di hujung minggu!

1 comment:

phachat said...

sedappppppp je serang aku!

c u in court!