Wednesday, April 28, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART IV

Dah penat berjalan, dengan letihnya, ditambah pulak dengan makanan yang woooooooo sangat lazat lagi menyelerakan makanya kepenatan pun melanda di tahap maksima. Mata yang berat, kaki yang lenguh, makanya servis untuk meregangkan urat-urat tu amatlah perlu. Fendiosman tak bawak tukang urut maupun bibik untuk bantu mengurut di bilik penginapan ya. Jadinya...........sebab banyak sangat outlet mengurut kat sekitar Jatuchak dan JJ Plaza, ambil lah peluang yang ada untuk merasa urutan orang-orang Siam bersama rakan-rakan. (Walaupun Fendiosman biasa pergi urut kedai Siam kat Sungai Petani nun....)


Harganya tak mahal, untuk sejam urutan kaki dan belakang bahu, kira-kira 250 Baht saja. (Sila abaikan kaki Fendiosman yang ada tompok parut hitam ittewwwwwwwwwwwwwwww, kalau mintak jadi Artis Budaya IB mesti kena reject awal2 pasal kaki ada parut!)


Tapi, tengok nasib la ya. Kalau tukang urut best, bestlah jadinya urutan! Kalau tukang urut sendu ala2 Fendiosman dapat pada hari tersebut, ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....takat tekan2 manja kakiku ini pastu nak kata urut refleksi? Errr....ada pulak Pelancong sorang ni bawak anak dia berlari2 dalam kedai ittewww, makanya habis tumpuan tukang urut terganggu sebab tertarik dengan budak kecik yang kununnya comel lagi kiut tersebut. Nak marah, mana la dia paham orang putih cakap.





Dari Kedai Urut, terus ke Masjid di Silom untuk menunaikan tanggungjawab. Mode musafir ni, boleh diskaun sembahyangnya. Dan, sebab toilet kat sini berair, bolehlah membuat bisnes mana-mana yang patut. Paginya dah minum air halia, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........



Dah 2 hari naik van ni baru terperasan ada maklumat yang boleh dibaca di pintunya. Servisnya VIP, boleh tengok DVD, boleh jugak karaoke macam dalam Amazing Race aritu. Tak boleh merokok, tak boleh makan minum, tak boleh bawak binatang peliharaan, dan paling penting gambar yang terakhir tu! Macam-macam takrifan boleh dibuat! Boleh posing seksi barangkali? Atau boleh berbogel tanpa sebarang larangan? Atau apakah? Mari sama-sama kita intepretasi gambar ye murid-murid!



Sabtu di Bangkok, walaupun dilanda demam Baju Merah, trafik masih padat walaupun tak penuh dengan warga asing yang datang melancong seperti hari-hari takde Baju Merah dulu. Macam takde apa2 yang berlaku. Aktiviti seperti biasa jalannya. Cuma stesen LRT di kawasan Baju Merah ditutup untuk keselamatan.


Kat Bangkok ni juga bersepah klinik kecantikan untuk membuang jerawat, mencucuk sana sini bagi tegang, plastic surgery seperti nak plastikkan mana-mana part yang perlu. Melukis benda yang takde di badan, membuang bulu merangkap susuk bagi sesiapa yang rasa kehadiran bulunya ittewww mengganggu kehidupan seharian dan juga menjadi tempat anti-obesity untuk membuat rawatan. Bonda Phachat, jom kita buat treatment anti-obesity? Pasni bolehlah kau berkemban ala2 makcik Siam Niramit seperti yang dibayangkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang ittewwww..............kan?

Kalau tempat yang ada Hard Rock Cafe', makanya tidak sahlah kunjungan kalau tidak menjejakkan kaki ke kedai tersebut untuk membeli mementos. Kad diskaun 10% yang ada dalam simpanan menyebabkan semangat untuk membeli tiba-tiba membara. Jadinya, singgahlah setulang di kedai berkenaan untuk membeli belah barang seketika.

Marahkan baju sebab takde saiz. Adakah baju ittewww yang kecik atau Fendiosman yang membesar bagai johan? Tapi kan murid-murid, memang betul, selepas keluar dari tawanan dan cengkaman Ratu Sheeba dan pengikut-pengikutnya, susah sangat nak dapatkan baju yang bersaiz tepat! Sedehhhhhhhhhhhhhhhhhh...



Kat belakang tu ada model posing, Fendiosman pun feeling jadi model jugak walaupun dari spesis tumbuhan herba yang renek lagi rendang. Terpaksalah mematahkan tangan bagaikan Sutun demi mempromosikan baju Hard Rock Cafe' Bali yang dipakai di Kedai Hard Rock Care' Bangkok!



Dan ini adalah posing paling wajib. Mesti berdiri di depan kedai untuk sekeping gambar alibi.



Di sepanjang jalan ke HRC, memang menjadi tumpuan Baju Merah dengan ceramah kenegaraan mereka. Sambil dipasang speaker kuat-kuat dan tepukan palsu tanda menunjukkan orang ramai hadir walaupun sebenarnya belum sampai waktu ramai yang datang! Kat tempat ni Baju Merah makan, tidur, mandi, kencing, berak, dan sebagainya.



Jalan disekat dengan buluh runcing kononnya tak bagi orang masuk. Tapi memang makin lama makin ramai orang Baju Merah bila matahari mula condong ke barat. Kata Budak Cina sorang tu, malam sebelumnya memang macam ulat! No wonder la trafik sesak ya amat. Diorang ni rupanya jadi punca....


Dan yang paling mahal, sempat juga Fendiosman kidnap abang Baju Merah ni untuk bergambar bersama. Lagi sekali, takde niat nak menyokong mana-mana pihak. Fendiosman sekadar nak rasa dan alami rasa huru-hara bagaikan yang dilaporkan ittewwww. Cuak tu memang ada, tapi sebab nak jugak rasa, teruskan. Apa-apa jadi sila tanggung sendiri ya! Selesai Bahagian IV, malamnya terus balik ke rumah sambil berehat menghilangkan rasa penat dan lenguh kaki. Hooooooooooooooooooooooo, esoknya nak jalan pusing2 lagi.

2 comments:

phachat said...

Mahal tak treatment tu? botox dia cas berapa sejarum?? collagen berapa sen sepam???

*tanyaku cemas..

azanov said...

lipo berapa sekali sedut? huahaha