Wednesday, April 26, 2006

ISO certificate presentation






Hari ni ada majlis kecil-kecilan kat ATMA ini. Dalam posting aku sebelum ni ada mention pasal audit ISO. Maka hari ni berlangsunglah majlis yang dinanti-nantikan itu. Kalau ikutkan, aku ni kene mengiring menteri (keje paling tak suka aku buat, sebab kene mengetam dengan penuh tertib sambil muka pura2 manis itu). Tapi sebab semalam aku cuti, raptai jalan pun aku takdak, maka tergugurla tanggungjawab aku sebagai pengiring. Majlis ni perancangannya pun aku tak tau bila, tup tup ari Isnin lepas ada urusetia cakap kat aku pasal iring mengiring ni. Bila aku cakap aku nak cuti je, ada la pulak yang kata "Hah..inilah pegawai2 skarang, sikit2 nak cuti". Sentap jugak aku, ye la aku cuti pun pasal nak ke spital jumpa dokter. Bukan saja2 aku nak cuti. Tak kira pulak aku datang keje ujung minggu, terbang sana sini hari2 cuti. Seingat aku tahun ni baru 2 hari aku amek cuti. Tu pun baki tahun lepas nye, tahun ni lom luak lagi pun 30 hari hak aku tu. Huk...membebel la plak.


Majlis start at 0830hrs. Tapi sebelum tu aku usha2 tempat pameran yang ada kat depan opis aku yang aman permai ni. Tetibe je ada banyak kaunter pameran. Buku itu buku ini, artikel itu artikel ini, gambar itu gambar ini. Dengan bunting lagi. Macam party besday pun ada. Belon2 bergantungan. Tapi kaler standard la, merah, biru tua, biru muda. Warna Angkatan Tentera Malaysia. Since aku macam mengantuk2 di pagi hari ni, tempat duduk paling belakang adalah tempat yang jadi pilihan bila masuk dewan bestari tu. Kalau kat INTAN, sah sah la kena halau g dok depan dengan Cik Fazni. Tapi bila dah ada kadet, diorang la kene duduk depan. Sementara tunggu VIP sampai, apa lagi, masa bergosip dengan kaum kerabat kat sini. Ada la cerita2 menarik serba sikit. Tapi rohsie la ek. Sulit untuk anggota.

VIP sampai, video presentation, followed by lagu ATMA performed by PKDT tahun asas. Lagu baru seh, ada siul siul macam lagi cerita kuch kuch hota hai! Tapi better lagi la dari lagu yang lama dulu. Lagu lama dulu yang aku tau gini je "Ilmu teras kepimpinan...." pastu tak dengar apa2, dok tak dok kat last bunyi "darat laut dan udaraaa...." tu je....yang ni ada gak la seni lagu tu. Tapi nak marching susah gak kot nak wat muzik. Sebab sapa nak buat bunyi siul2 ngan bunyi tapak kaki kawad tu. Hehehehe...bab mengomen masya allah.

Proceed dengan ucapan Dato Komandan. Menyatakan rasa syukur dan gembira sebab dapat sijil ini. Bla bla bla..Dato berucap lebih kurang, selesai Dato terus sambung dengan YB Timbalan Menteri. Yang ni panjang la jugak. Some of the intipati, how to be a gud military personnel. Tapi aku wrapkan terus dengan kehidupan orang2 awam macam aku ni. Must have brain, must have a healthy body, and the most important thing is hati yang baik. Ikhlas dan jujur adalah penentu kepada semua kejayaan yang dicapai.

Nak berjaya, hati mau bersih. Takde kona kona. Cuma lambat dan cepat je. "man jadda wa jada, wa man zaro'a hashoda" gitu la kata-kata indah yang boleh digambarkan. Sape paham, translate la sendirik. Ni aku dapat time aku skolah arab dulu (oppss..pecah lobang. "SMAPK sekolahku yang tercinta, kami belajar kami dididik oleh guru guru berwibawa, bagi mencapai cita cita, falsafah pendidikan negara"). Selesai acara, ada pose pose sampai sijil itu ini to those involved. Tekan butang meletop apa tah...terkejut kejap aku. "Hoi...apa!!" Ni Cik Parah Pidah tau la apa maksudnye. Yo yo malu saya....Acara last lagu kualiti ATMA composed by KJ Pengurusan. Sangat sastera bahasanya itu. Nazam nazam, jauhari bagai. Selesai sume, makan time. Kelakarnye, majlis lom mula awal2 tadi tapi makanan dah sampai. Gigih sungguh orang2 mess ini buat keje. Here are some snapshot during makan time. Apa pun, tahniah lagi skali buat ATMA. (aku bukan keje sini ke?). Cukup untuk hari ni. Ada masa aku tulis lagik, Insya Allah

Monday, April 24, 2006

Hammmpunnn Tuanku....

Hari ni baru la aku masuk opis selepas menghilangkan diri beberapa hari. Cek pi tanjung, berkursus sambil cuti2 mesia kat resort yang indah di tanjung itu. Terima kasih kepada bahagian istiadat JPM sebab memberi peluang kepada aku untuk join kursus ini. Koman2 dapat la jugak cek tau ilmu baru dan kalau boleh diaplikasikan lepas ni bilamana diperlukan aku untuk memberi khidmat bakti. Cheewaaaahh...ayat. Berampun la sapa2 baca ayat ini. My journey started on Tuesday evening, JP69 tengkiu menumpangkan aku ke KLIA. Yang bestnye scene cium2 pipi kat departure, sume orang pandang. Hahaha...saje je wat gimik. Aku dah biasa laga2 pipi ni. Tak pahamnye aku bila pompuan sama pompuan laga2 pipi orang tak cakap apa pun, tapi bila laki sama laki laga2 pipi orang tengok...macam nak telan. Tok Arab biasa je wat camtu takde orang bising pun! Kapal terbang 2210hrs ke Penang. Sampai Penang dediku dah tunggu, terus je balik umah ke Sungai Petani. Balik free katakan, amek peluang untuk balik kampung la. Apa lagi kan! Sampai je ke umah, duk sembang sampai kul 3 pagi. Ayah aku cakap "dah la..pi tidoq. esok nak mangkit awai".

Wednesday morning, bangun pagi2 sangat. Terkejut mak aku bila aku ketuk pintu..."Mama..dah subuh!" Terbalik la pulak, slalu mak aku yang kejutkan. Hehehe....about 0800 camtu aku bancuh tepung buat la jemput2 udang. Kasik mami dedi makan...lama dah tak balik umah.

1100hrs, time to depart. Mintak tolong ayah hantaq pi jeti butterworth, naik feri ke Penang. Terus amek teksi ke hotel untuk lapor diri kursus. Hotel mana? Tuuu...kat bawah ada gambaq aku snap. Skali sampai je kat sana orang lain pun takdak lagik. Kata daftar 1200hrs, aku sampai takdak pulak orang. Yang ada urusetia dok susun meja ngan peralatan kursus. Takpa la..aku duduk tepi la dulu. Tunggu kawan2 lain datang. Ramai la pulak budak batch 0204 yang ada. Outta 40, 10 dari 0204. Usha2 nama ada la geng untuk bergumbira kat sini nanti. Hahahaha. Time to check in, settle down, kalut seka baju untuk petang nye slot. Roomate aku si Bern, orang BKN. Well..kursus mula dengan perasmian dan taklimat. Cam biasa la, pastu amek gambo ramai2 kat depan hotel. Hangus doploh hengget untuk gambar itu.

Here are the modules untuk kursus tu. Banyak la input yang aku dapat selama mana duduk kat Holiday Inn Resort. Itu ini begitu begini. Macam-macam. Tak sia-sia aku register untuk masuk, dengan persekitaran tentera yang aku duduk skang ni, yang penuh dengan adat istiadat. 1st lecture, Pegawai Protokol dan Penyambut Tetamu, kat sini dapat tau perkara-perkara berkenaan kerja2 dan tugas2 bila keje kat front line bila ada majlis2 rasmi. Slalunye waktu student dulu, aku jadik penyambut tamu tapi bercostume. Bila cabaret buat keje sah2 la kene sengeh sampai telinga dengan costume yang sarat. Masya Allah..bila teringat balik nak tergelak pun ada. Apa pun, time blaja dulu banyak la aku buat keje2 amal ni. Tapi time tu mana ada blajar semua. Everything based on observation.

2nd part, protokol Istana. Belajar istilah2 dalam istana. Belajar tentang hirarki dalam istana. Pegawai2 istana. Kebetulan ada pulak kawan aku sorang dapat posting kat istana negara. So skang tau la apa keje kawan aku kat sana. Nampak nama macam best tapi keje sah2 la terkangkang. Sebab bila tgk susunan itu, erkk...takut! Dalam modul ni jugak ada cerita pasal perlantikan agong, cerita pasal kisah2 dalam istana yang banyak orang tak tau (ye la slama ni orang nampak macam senang, termasuk la aku) tapi bila dah didedahkan btol2, baru la aku tau betapa complicatednye sistem bila melibatkan Duli-duli Tuanku. Ada cara berjalannye, ada cara sembangnye, ada cara merafak sembahnye. Pendek kata semua perbuatan tu ada caranya yang tersendiri. Penat jugak jadi Raja ni kan?

Next, sesi protokol pengurusan majlis rasmi persekutuan dan jugak susunan keutamaan persekutuan. Ini pun mencabar. Susun sana susun sini. Blaja susun kerusi yang ada sistemnya. Sapa nak didahulukan, sapa nak dikemudiankan. Sapa perlu mengadap sapa, sapa yang perlu duduk sebelah sapa. Pengurusan majlis rasmi persekutuan ni mendedahkan tentang situasi yang perlu dilakukan bila majlis2 ini dihadiri oleh kenamaan negara. Pengurusan majlis macam ni elok dipraktikkan walaupun majlis itu di peringkat unit ataupun jabatan. Bukan apa, sekadar nak biasakan diri. Cuma satu je pesanan penceramah, urusan protokol ni jangan terlalu rigid. Ikut kesesuaian dan jangan sampai nyusahkan diri sendiri. Dulu aku penah dengar orang kata, keje protokol ni glamer, sebab dapat tayang muka depan orang2 besar. Tapi bila dah menyelam ke dasar ni, baru la tau betapa payahnye keje dalam keadaan penuh protokol. Hehehe.....tapi dalam SKP (senarai keutamaan persekutuan), tercari2 gak kedudukan aku bila masuk majlis...tu dia aihhh...kat paling bawah. Baru tau. Ingat best ke jadi PTD?

This is the most interesting part, simulasi makan beradat presented by Puan Rosseta Rahim dari INTAN. That nite, kelas mula 2030hrs, blajar cara makan. Part by part. How to seat, how to act during fine dining, how to eat, hoe to hold glass, how to use sudu garpu and pisau properly, do's and don't etc. Letih aku menumpukan perhatian. Penegasan, dinner ni adalah untuk socialize, bukan untuk melantak. So yang mana tak reti nak makan tu, just for your eyes only. Fine Dining...penuh adat2 yang tersendiri. Terpikir gak, knape la perlu ada makan bersopan tak hengat camni. Menu malam tu, macam biasa la kan bila makan2 sopan camni ada la appetizer, followed by soup and rolls, the main course and last but not least, dessert! Kalau tengok dalam menu tu, ada ikan dan daging. I opted for ikan, seabass..ikan apa tah. Saje nak belajar pegang pisau ikan yang lain dari yang lain itu. Apa pun dinner tu sangat meletihkan, dan mengenyangkan (kenyang air..kembung perut aku asek minum je). Asal nak cakap..minum air sikit. Mana tak kembung. Selesai acara Fine Dining, dah reti la sikit2 nak makan versi sopan camni. Dulu2 waktu kecik ayah aku ada ajar (he was an airforce) camane nak pegang itu pegang ini. So far takde la kekok sangat.





Next class is about image. Yang ni banyak dah aku blaja waktu blaja grooming dulu. Kenapa perlu groom, apa nak pakai apa tak boleh pakai. Sekadar refreshing apa2 yang aku terlupa. Sesi diteruskan dengan pengurusan persidangan antarabangsa presented by Wisma Putra. Yang ni pulak menerangkan pasal preparation dan management bila melibatkan participant dari luar negara. Siapa yang dikira sebagai tetamu negara, apa peranan LO dan macam2 lagi. Tapi kelas ni mengantuk la sangat. Hehehe..memang adat kot, dari kat INTAN dulu bila kelas orang wisma putra je aku dengan mudahnye melelapkan mata. Macam tau2 je.

Kelas bintang darjah kebesaran ni pulak mendedahkan tentang pingat2 kebesaran negara dan cara nak memakai pingat. Memandangkan aku takde sebijik pingat pun (kosong la plak number 1 aku ni, sama cam kawan2 lain gak), so kelas ni sekadar nak tau pingat apa je yang ada. Dah paham dah...pingat untuk rakyat jelata cam kitorang ni tunggu la umo 40 tahun, baru la ada can nak dapat kot. Kalau pompuan umo 35. Alah, pingat ke apa ke, pada aku tak dapat bawak masuk kubur pun. Kadang2 sesetengah orang pandang pada pingat. Dulu, ada sorang pensyarah aku dulu kata camni "kalau dapat jadi Prof, tak leh letak kat nisan. Kalau jadi datuk kat nisan leh letak". Astaghfirullah, ada jugak menesia camtu. Apa malaikat bagi extra service ke dalam kubur tu nanti? Hmm..proceed dengan pengurusan majlis dan terus dengan penutup. Kesimpulan, kursus protokol ni amatlah berguna. Jangan lepaskan peluang kalau terpilih.


OK abis bab kursus, ni bab aktiviti harian kat sana, sempat jugak aku amek gambar di tepi pantai petang2. Since jadual pun padat, so masa senggang petang tu gunakan seadanya nak pusing2 kat depan hotel. Rasa macam kat bali pun ada..tapi tak meriah sangat la. Hmm, satu malam tu supir terhormat ADO timur laut bawak jalan ke georgetown, kebetulan geng2 KTAK pun ada kat sana jadi LO untuk ASEAN CHINA punya function. Lepak2 la kejap kat kedai mamak. Jadi mini rafting kat penang.

Hari sabtu last day in penang, skali lagi supir kitorang (neway, thanks for your hospitality fren, gambo supir ada kat sebelah, boleh tgk sape empunya gerangan badan) bawak pusing Penang itu (isk..macam la aku tak penah pi Penang kan?) Saja jenjalan pusing pekan. Yang penting misi membeli buah pala berjaya. Sesambil tu amek la gambaq kat pekan Georgetown ni.







H
at mana tak besa mai penang, ni dia cek bubuh gambaq KOMTAR (untuk orang2 yang tak reti nak cakap utara...orang tak panggil KOMTAQ tau, tetap orang panggil KOMTAR). Malu saja...isk! Ingat semua hurup r kat ujung tu orang nak ganti dengan q ka? Dengaq btoi2 orang cakap baru la sambung. Ni main hantam saja..masya allah, yo yo malu saya....
So here are the shots sekeliling penang dan jugak kat pasar buah pala itu!
Sempat gak pusing2 kat depan pulau jerjak sambil2 makan laksa penang ngan ayaq nyoq (Peghak sungguh aku ni, macam la tak penah jumpa laksa). Sebenaqnya saja ja eksyen, since member2 lain yang mai kursus tak join, so tayang la ckek. Hahaha.
Lepak nye lepak, sembang nye sembang, Tuan ADO bawak pi umah dia kat Batu Maung. Sangat aman dan tenteram suasana kampungnya itu. Teringat kat Perak Tengah time keluarga angkat. Hehe..umah cek umah taman, jadi tak rasa la kampung camtu. Hmm, time to depart to KL, thanks lagi skali hantar kitorang pi airport. Aku cam biasa, tak reti wat menda lain kat airport melainkan amek gambo kapal terebang. Ramai2 melanggak kat airport tu, rasa cam rombongan che kiah pulak. Macam nak pi obersi trip waktu student dulu pun ada.
Well, end for today's entry. Panjang la pulak, malas aku nak buat siri satu siri dua, aku karang panjang2 kat sini je la...To fella fwens yang sama2 gi kursus, bestnye dapat rafting ngan korang. Slalu aku otstesen sensorang je, ni otstesen reramai. Bikin ribut kat penang itu! Best.......

Tuesday, April 18, 2006

Kene bom lagiiii

Hmm..pagi2 ni aku bukak paper di pagi hari...opocot! dalam ruangan forum utusan malaysia, ada la manusia2 yang melazer golongan PTD ni. Dari dulu lagi, time kursus kat intan dulu pun sudah ada kes camni, tapi as a PTD, tindakannye, buat pekak badak je, just ignore the statement!


Pegawai profesional patut turut dilantik ketua jabatan


PERKARA yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen baru-baru ini mengenai sistem penyampaian kerajaan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Seperti yang umum maklum, hampir semua jawatan penting dan tinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Setiausaha Negeri, Ketua Pengarah, dan lain-lain adalah diperuntuk kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sahaja dan ramai daripadanya terdiri daripada kalangannya graduan bidang ekonomi dan sastera.

Pegawai profesional seperti jurutera, peguam, arkitek, doktor dan setaraf dengannya tiada peluang untuk mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan.

Ini adalah kerana sistem pentadbiran jabatan kerajaan yang ada sekarang tidak membenarkan sedemikian.

Soalan yang boleh dikemukakan di sini, adakah pegawai-pegawai profesional ini tidak layak mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan?

Kenapakah sistem pentadbiran peninggalan penjajah Inggeris masih dikekalkan malah seolah-olah diperkukuhkan lagi oleh mereka yang berkuasa dan menafikan golongan profesional bagi jawatan-jawatan tersebut.

Apa salahnya sekiranya KSU Pertahanan seorang askar, KSU Kesihatan seorang doktor, KSU Pendidikan seorang guru, Yang Dipertua Majlis seorang jurutera?

Kenapa tidak ada satu pun jawatan pegawai teknikal di pejabat-pejabat Duta Malaysia di luar negara yang dapat menilai teknologi terkini negara-negara maju dan memberi maklumbalas kepada kerajaan?

Sudah sampai masanya polisi pelantikan ketua-ketua jabatan dari kalangan PTD sahaja dikaji semula.

Peluang lebih terbuka perlu diwujud dan diberi kepada semua jurusan profesional yang layak untuk menerajui sesebuah kementerian atau jabatan.

Dalam era globalisasi kini, peluang perlu dibuka kepada semua jurusan profesional yang layak untuk sama-sama berganding bahu memimpin jabatan kerajaan dan dapat membuat keputusan yang lebih baik bagi dan rakyat.

Input kemahiran daripada pelbagai bidang dan jurusan sangat penting bagi kerajaan membuat keputusan lebih efektif dan memberi perkhidmatan memenuhi impian rakyat.

Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kerajaan ke tahap setaraf dengan negara-negara maju.

Oleh itu disarankan kerajaan mengkaji semula sistem monopoli dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang merugikan negara ini.

- INJINER KAMPUNG,

Kuala Lumpur.



Hmmm...bila baca ni nak tergelak pun aku ada. Ketua setiausaha nak askar, dah tu apa fungsi panglima angkatan tentera. Levelnye lebih kurang sama. Well..lantak pi la orang nak kata apa. Aku baca je..sekadar pengetahuan. Hmm..kalau senior2 PTD memang la banyaknya dari sastera. Tapi la ni, seingat aku kawan2 aku rata2 ada background engin, science, law, macam2 la. So dah takde apa yang perlu dirisaukan. Membazir ke? Isk...tah la.

Hari ni posting aku takde gambo. Kamera bengong. Heh, nak kene beli baru kot. Ari tu si FA tunang dgn NH, abis meletup. Ilang sume gambo. Nasib nasib...

Duh, malam ni depart to penang. Esok masuk kursus protokol & istiadat JPM punye. At least tambah la pengalaman aku buat benda2 ni. Nak jugak aku tau serba sikit, dah duduk dengan askar kan, protokol masya allah....detail la sangat. Teringat handle konvo ATMA dulu, terkangkang aku buat. Balik je dari INTAN, terus dapat task handle konvo. Huhuhu...pengalaman tu mengajar aku untuk lebih amek tau apa yang penting2 ni. Nampak cam remeh, tapi kecik punya silap (walaupun takde silap time tu) boleh jadi isu besar.
Minggu ni kadet-kadet sekelian tengah final exam. Smalam mrasa la aku mengamuk kat kadet yang takde slip masuk exam. Keluar la secara terhormat dari bilik exam. Buat lagi perangai, ingat aku ni cakap sopan aku tak reti nak marah? Buat spot check, korek pencil case, cari toyol. Mana la tau kalau ada kan...kejinye aku ni!!!!

Monday, April 10, 2006

Parade di pagi hari


Macam biasa, Isnin awal bulan akan ada perhimpunan dengan dato komandan. Since last week dato takde, so perhimpunan bawak pada minggu ni. Aku masuk keje WP3, which means 0830hrs baru ketuk kad perakam waktu tu. Tapi dah sebab ada perhimpunan ni, makanya 0715 aku dah tercatuk kat office sebab 0730 dah kena masuk medan.

Nothing much today, acara perhimpunan bulanan bermula seperti biasa, ketibaan dato mail, komandan ATMA. Terus proceed dengan negaraku dan lagu apa ek? Keranamu malaysia dan wawasan 2020. Rasa macam gi BTN la plak. Aku ni dah bape kali nyanyi keranamu malaysia tu, tetap miming jugak bila part keranamu keranamu tu. Banyak sangat keranamu. Tunggang langgang la abis sume. Hehe...dok atas stage cmane nak miming kasi tak nampak ek? Dok di celah2 pegawai2 lain. Konfem tak nampak. Sempat la aku snap koir Kadet dan jugak suasana perhimpunan.

Koir ini akan mengiringi nyanyian. Jangan harap la nak dapat macam koir kebangsaan nyanyi lagu budi bahasa tu, tapi cukup untuk memberikan guideline especially bila takde muzik. Dak kira bertuah la ada koir daripada takde.

Hari ni KAGAT ada cerita pasal sambutan Maulidurrasul, rabu petang sembelih lembu untuk makan pada hari khamis. Hari khamis tu ada acara perarakan, tapi aku ke Skudai amek soalan final exam kadet yang dicetak di sana. So macam melepas je nak join majlis2 meriah camtu. Tapi majlis start at 0700hrs, sempat la kot aku nak memperagakan baju melayu aku yang melambak ada kat umah tapi tak penah dipakai (last aku pakai banyak baju melayu kat INTAN dulu).

Then, dato komandan proceed dengan ucapan. Sentuh serba sikit pasal NDU. Dah hepi giler naik jadi NDU. Aku nak lari la kot, kalau duduk sini kena tukar skim. Masuk skim N, aku rela lari dari tukar skim. Penat je aku pegi PAC, DPA semua. Sekali nak sia2kan peluang yang ada. Lagipun bond dengan JPA mana abis lagi. Sapa nak bayarkan 40K utang tu? Takpe lah, nak campak ke mana pun pasni, takde hal la kot! Adat masuk PTD, pegi je ke mana saja. Bos aku siang2 dah cakap nak lari. Aku pun apa lagi. Sendiri punya bos cakap camtu, aku double la kot!

Haaaa, kat tepi ni wajah dato komandan. Nampak garang tapi cool. Dah pakai 2 bintang. Hari ni jugak dia mengingatkan kadet pasal buli. Dengar2 cerita last week ada kes budak kene blanket party lagi. So, apa lagi. Kempen anti buli dilancarkan. Aku pun heran, belajar sampai degree level pun nak blasah orang lagi ke? Aku kat U dulu blajar gak, tapi takde la sampai nak belasah orang. Isk, apa nak buat kan. Dah nasib nak kene belasah. Lenkali behave properly. Baru la sume orang suka. JANGAN KENCHENG SANA KENCHENG SINI. JANGAN BERLAGAK SOMBONG. Arwah Hajjah Radziyah, tok aku selalu pesan, "Ingat asal usul kita. Jangan cerita apa yang kita takdak. Dok buat malu saja kalau kita cerita tu tipu. Bukan dapat duit pun. Lagi orang meluat ada la"

Selesai pelancaran, selesai la perhimpunan bulanan. "Pensyarah dan pegawai, keluar baris...." Lt Kdr Adly bagi command. Surai2 la ek...perut lapar lari la ke PERNAMA gi makan. Tapi sebelum tu, kene serbu dulu dengan pensyarah + kadet pasal jadual periksa. Huk huk. Subjek takde la, mintak awalkan la...grrrr.....macam2 la derang ni tau. Naik pening aku. Takpe lah, apa pun aku selesaikan mana2 yang patut. Tak kisah la kawan ke apa ke, semua yang disusun tu takde sentimen yang dimainkan. Main hantam ikut sedap je. Paper yang ramai orang didahulukan, paper yang budak2 nak pegi LI pun dahulukan, paper skudai di selaraskan. Kesian tgk abang zul tercongok buat benda tu sorang2. Takpe lah, ada OT boleh claim. Petang ni nampaknya balik lewat lagi la kot. Bertapa kat bilik cetak lagi sekali.

Esok cuti yeeehaaaa.....tapi esok ada jemputan pertunangan lagik. Jiran aku si NH nak tunang ngan wanita pilihannye si FA. Tak boleh letak nama sebenar, sebabnye nanti ada pulak orang call aku personally tanya apsal publish tanpa izin.Cukup la untuk hari ni. Nak bermalas-malasan la ari ni.

Friday, April 07, 2006

Dah pun hari Jumaat..

Petang2 ni ujan la pulak. Hari2 hujan. Alhamdulillah nikmat Allah Taala. Tapi yang malangnye mat2 rempit macam aku la. Baju ujan pun tak dapat menampung ujan yang lebat ni. Alamatnye, tunggu sampai ujan berenti. Baru la kemas barang dan balik. Yeehaaa....

Hmm..petang ni dapat berita bos lulus PTK. Huhu, alamatnye aku akan dapat bos baru la camni. Kalau gred 52, kene transfer lain tempat la. Hilangla bos aku yang baik ni pasni. Sape la bos aku pasni ek? Fuang...harapnye dapat la bos yang best macam Encik Hussain ni.

Kononnye malam ni nak balik kampung. Skali tak jadi la pulak. Abang aku tak larat. Kisahnye, dia eksiden. So aku kene drive kereta. Tetibe dia call tadi cakap tak larat nak jalan jauh2. Ye la, orang eksiden. Cmane nak travel kan? Kisahnye aku dah beli tiket airasia nak balik dari sana ke sini. Sudahnye abang aku tak jadi balik, cmane? Burn la tiket tu. Baru nak merasa naik airbus baru. Huhu...Apa pun minggu lagi satu aku akan ke Penang jugak. Insya Allah. Ada kursus protokol & istiadat. So boleh la balik kampung dengan percuma. Aku suka betul la camni. Tapi kan, kalau la kampung aku kat JB, lagi la aku seronok, pasal tiap2 bulan boleh balik kampung free. Penang dengan Sungai Petani tu bukannya jauh pun. Seberang laut je! Tah le, harapnye keje2 peperiksaan aku kat sini selesai. Dah janji dengan bos aku untuk siapkan sebelum aku ke kursus tu. Hari tu puas gak menerangkan keadaan kat Bos besar (Prof Azahari), aku cakap la kepentingan kursus ni. Lagipun aku bukan nak duk sini selamanya. Silap aribulan bila dah naik NDU nanti aku masuk tempat lain. (NDU tu universiti pertahanan nasional). TPM dan announce dalam post cab meeting ari tu rasanya. Time aku gi Majidee rekrut student baru.

Gambo kat atas tu kawan aku yang amek ari tu. Saje perasan mata aku lawa. So aku letak la shot mata aku di situ. Hmm..banyak orang tanya pasal kening aku tu, kononnya aku pantis. Ceh..sori la nak pantis2 ni! Ingat aku ni pompuan ka? Ni ori..keturunan mami Tanjung campoq arab Yaman punya kening! Kalau bosan toksah la tengok. Aku ni sebenarnye memang fotogedik. Perasan la pulak. Sebenonye tengah bosan tahap cipan...tak tau nak buat apa. Tadi siapkan minit mesyuarat petang smalam. Pagi tadi bengkel penambahbaikan ISO. Tuang kelas, mai buat kerja exam yang tak sudah2 ni. Ye la, dah janji dengan bos..kene la buat sampai siap (padan muka kau...sape suruh bagi kata2 manis). Heh..janji dapat balik kampung free. Aku tak kisah la kerja lebih sikit. Ala bukan untuk sapa pun, untuk aku jugak. Kalau keje best, dapat performance evaluation best. Boleh aku apply master pasni. Nak gak blaja kat obersi. Dulu time aku masuk U zaman gawat. Result ok pun blom tentu dapat terbang. So kali ni harapnye dapat la merasa belajar kat obersi.

Hmm..dah la kot untuk hari ni. Entry hari ni saje2 je, menayangkan muka aku sebab takde apa nak buat sementara nak sign off paper exam untuk dibungkus. Yeehaa...claim bulan dua dah masuk (baru je nak masuk..aku dah pokai). Pakcik kayooo!

Thursday, April 06, 2006

Kisah di OBS satu masa dulu

Hmm..2-3 hari ni memang la kelam kabut dengan meeting. Smalam meeting, hari ni meeting pagi petang. Esok pun meeting pagi petang. Ya allah...sangat penat dibuatnye. Balik umah sampai pun dah malam. Kalut dengan musim peperiksaan akhir kadet2 ATMA ni. Hari ni pun macam biasa la, sah sah la balik lambat! Eheh...gambo kat sebelah ni saje je aku letak. Taken during OBS dulu. Teringat mabuk2 dalam laut (aku takde la mabuk mana pun, tapi time kene pukul ombak kuat bila berkayak tu cukup melembikkan aku). Muntah versi sopan (kes takmo bunyi macam ayam keluk2) So kat dalam kayak tu sempat lagi aku cari angle nak muntah dengan keadaan orang tak nampak. Uwekkk...

OBS, tempat yang best sebenonye. Kat sini la kita boleh tgk true color kawan2 kita yang sebenar. Yang mana yang penyabar. Yang mana yang pentingkan diri sendiri. Semua la boleh nampak kat situ. Sampai je kat OBS di satu pagi yang hening, terus repot kat Dewan Tan Sri Hudson, bagi watch. Mrasa la panjat tangga tinggi kalau dapat watch Ledang. Mujur aku dapat watch rendah2 je. Sape yang smoking...puasa la seminggu. Henset kene amek, wallet kene amek, duit pun kene amek. Huhu...yang bawak jajan kononnye, terus kene makan kat hall tu beramai2.

Makan time, pakai tray besi. Makanan catu. Whew. Awal2 belajar buat knot. Knot itu knot ini, macam pengakap lak jadinye! Ada satu pagi tu main game apa tah...lari lari keliling. Macam main mak hayam dengan musang tu. Jadi budak la kejap. 1st day, of course amek gambo dulu. Pose sebelum mabuk laut. Apa pun, dalam banyak2 gambo aku, yang ni la yang paling cantik ramai2.
Time for whaller lesson. Group aku kene whaller dulu. So petang tu mula la mendayung keliling pantai untuk biasakan dengan whaller tu. Esoknye, mula la mendayung. Dalam whaller aku tu sume jantan macho, tapi bila masuk je dalam laut, abis sume lembek! Mabuk. Wajib kalerkan whaller tu warna PINK pasal budak2 pompuan yang dayung. Apa pun, semangat askar yang aku pura2 tanam tu berjaya tidak memabukkan aku. Siap boleh senyum lagi! Wheeewittt!

Naik berlayar kat keliling pangkor. Part dekat pulau2 batu kecik tu, dengan air yang jernih aku rasa macam orang2 kaya arab berlayar pulak. Tapi tu sumer akan berlaku bila angin kuat. Kalau takde angin, rasakan mendayung sampai melecet tangan. "Deep, pull, up"...konon nak jadik Viking la. Heh...pening pening. Makan nasik pun ala2 tak berani sebab takut uweekk...

Camping site dekat pantai shawal lumut. Buat khemah. The mose interesting part cari remis kat pantai tu. Buat lauk tambahan selain ration yang ada. Gotng royong masak. Sardin, telo goreng dengan ngan nasik. Sebat je! Janji kenyang. Untuk Presh kawanku yang vege tu, menunya malam tu adalah itik palsu. Hahaha. Kesian gak kan jadik orang vege ni. Tapi Presh dah tak jadik vege lagi dah skang.

Aku buat spa tepi pantai. Tapi malam pertama spa aku tak laku sangat. Pelanggan tak ramai. Decided not to sleep inside the khemah. Konon tido atas buai kat pokok la. Ceh..berat sangat badan, terus jerlus ke bawah. So tido je atas ponco. Selimut pakai pelikat je. Sejuknya tuhan saja yang tau!

Pagi2 siap kemas kemah. Ada cerita best kat sini, kalau ingat memang akan gelak sorang2. Kawan aku ni tak sedar air dia nak bawak mencebok tu kordial mangga yang kitorang bancuh malam sebelumnya. Haha. Tapi budak2 ni pun satu, dah tau cerita, tak cakap kat mangsa yang meminum air mangga tu! Aii..Cik Karim, memang kau ratu mangga sejati! Hehehe...Aku dengar sekarang bisnes mangga ko maju! Siap jadik diva lagik.

Bertolak balik siap race dengan whaller lain. Semua laju je sebab nak balik. yang mabuk pun dah ilang mabuknye. Sampai je kat OBS, tido kejap. Petang latihan kayak pulak. Belajar dayung, capsize. Partnerku di Dory, seorang ikan yang blur! Abis la dia jadi anak tiri aku. Keh keh keh. Time capsize tu, nak naik balik punya la berat! Naik sekali, jatuh balik, naik dua kali, jatuh jugak. Kali ketiga tu, memang aku naik betul2. Ada satu sorakan yang aku heran "Bapok...bapok..bapok..." dan dan je aku dapat naik! Huh..ni sume keje si Ajax la ni. Kayak started on the very next day. Pagi2 lagi berkayak tawaf pangkor lagi sekali. Kali ni the other way round. Awal2 tu laju je. Sampai ke tempat lunch above the schedule. Tapi time nak ke camping site, ombak dah mula tinggi. Dayung nye dayung tapi kayak tak gerak. Dah dekat sangat ngan site tu, tapi tak gerak gak kayak aku. Terus demotivated. Aku dah tak tahan tiup wisel masuk safety boat. The rest terus patah balik. Si Amu kejang dalam safety boat. Sejuk sangat kene pukul ribut. Tuhan saje yang tau betapa seksanya naik kayak tu. Landing kat pantai antah berantah. Terus tebas rumput buat khemah. Yang mana kejung kat kayak tadi dapat la treatment. Amu tetap kejung....ada lagi ramai manusia yang kejung.

That nite camping site macam keletihan sangat. Mungkin teruk kena pukul ribut. Aku bukak bisnis spa lagi la. Kali ni banyak pelanggan. Lelaki dan wanita. Ala setakat mengurut kawan2 tu ok la kot. Kawan letih, kita pun letih. Kita urut orang, pastu orang urut kita plak. Bantu membantu namanya. Tido pun tah hape2 melambak tepi pantai.

Awal2 pagi dah siap2 kemaskan kem. Kayak balik ke OBS. Sekali lagi kene ribut, tak bergerak jugak. Kat sini la scene muntah sopan berlaku. Haha..bila teringat balik memang nak tergelak. Malu pun ada. Sudahnye semua naik safety boat. Kayak tunda balik kem. Tapi part ni paling cuak. Dah sampai kem baru sedar si Peter hilang. Menggelabah la mencari. Tak pernah lagi orang pegi OBS mati. Nauzubillah. Partner kayak dia dah nangis2 tepi pantai. Macam isteri nelayan menunggu suami tak pulang2. Sedih la sangat. Sudahnya, dia tersasar kat pantai di pangkor.

Apa pun tu mengajar aku menjadi lebih kuat. Memang menguji minda. Mental strength tu memang la perlu sangat. Kalau tak, sah tak boleh mendayung. Isk..dah la kot untuk kali ni. Still, OBS terpahat dalam memori, susah nak buang. Pengalaman kena henyak dek ribut tu cukup la untuk aku buat kali ni saja. Takmau lagi dahhhhh. Tobat!

Petang2 ni ada lagu best untuk aku layan. Such a nice song to listen. Maksud lirik yang sungguh mendalam. Somehow somewhat ada gak boleh dikaitkan dengan perjalanan hidup aku. Chewahhh...feeling la plak!

Hasrat jiwa kini
Mesra nyata
Terciptalah cinta
Bahagia satu rasa

Ingin ku tempah sebunga emas kuning warna
Sinarnya lunas
Tangkai bertingkah buatan kemas hasil cipta
Orang yang bernas

Mari mengupah si bunga perak
Putih bersinar cahaya semarak
Berkuntum-kuntum tersusun letak
Hasil kerja yang bijak

Bunga-bunga emas serta perak
Penuh janji murni dua hati
Bunga-bunga emas serta perak
Teguh bakti damai satu hati

Indahnya gubahan bunga-bunga
Warna emas perak jadi tanda
Hasrat jiwa kini mesra nyata
Terciptalah cinta bahagia satu rasa

Bunga emas sudi rangkaikan telus mata
Tiada sempadan
Indah dari bintang kerdipan rengkuhan jiwa
Rakan dan lawan

Bunga perak suntingan budi
Sekali pandang bertambah seri
Alah permata intan baiduri
Tentulah ramai yang jatuh hati

Indahnya gubahan bunga-bunga
Warna emas perak jadi tanda
Hasrat jiwa kini mesra nyata
Terciptalah cinta bahagia satu rasa