Hari ni baru la aku masuk opis selepas menghilangkan diri beberapa hari. Cek pi tanjung, berkursus sambil cuti2 mesia kat resort yang indah di tanjung itu. Terima kasih kepada bahagian istiadat JPM sebab memberi peluang kepada aku untuk join kursus ini. Koman2 dapat la jugak cek tau ilmu baru dan kalau boleh diaplikasikan lepas ni bilamana diperlukan aku untuk memberi khidmat bakti. Cheewaaaahh...ayat. Berampun la sapa2 baca ayat ini. My journey started on Tuesday evening, JP69 tengkiu menumpangkan aku ke KLIA. Yang bestnye scene cium2 pipi kat departure, sume orang pandang. Hahaha...saje je wat gimik. Aku dah biasa laga2 pipi ni. Tak pahamnye aku bila pompuan sama pompuan laga2 pipi orang tak cakap apa pun, tapi bila laki sama laki laga2 pipi orang tengok...macam nak telan. Tok Arab biasa je wat camtu takde orang bising pun! Kapal terbang 2210hrs ke Penang. Sampai Penang dediku dah tunggu, terus je balik umah ke Sungai Petani. Balik free katakan, amek peluang untuk balik kampung la. Apa lagi kan! Sampai je ke umah, duk sembang sampai kul 3 pagi. Ayah aku cakap "dah la..pi tidoq. esok nak mangkit awai".Wednesday morning, bangun pagi2 sangat. Terkejut mak aku bila aku ketuk pintu..."Mama..dah subuh!" Terbalik la pulak, slalu mak aku yang kejutkan. Hehehe....about 0800 camtu aku bancuh tepung buat la jemput2 udang. Kasik mami dedi makan...lama dah tak balik umah.
1100hrs, time to depart. Mintak tolong ayah hantaq pi jeti butterworth, naik feri ke Penang. Terus amek teksi ke hotel untuk lapor diri kursus. Hotel mana? Tuuu...kat bawah ada gambaq aku snap.

Skali sampai je kat sana orang lain pun takdak lagik. Kata daftar 1200hrs, aku sampai takdak pulak orang. Yang ada urusetia dok susun meja ngan peralatan kursus. Takpa la..aku duduk tepi la dulu. Tunggu kawan2 lain datang. Ramai la pulak budak batch 0204 yang ada. Outta 40, 10 dari 0204. Usha2 nama ada la geng untuk bergumbira kat sini nanti. Hahahaha. Time to check in, settle down, kalut seka baju untuk petang nye slot. Roomate aku si Bern, orang BKN. Well..kursus mula dengan perasmian dan taklimat. Cam biasa la, pastu amek gambo ramai2 kat depan hotel. Hangus doploh hengget untuk gambar itu.
Here are the modules untuk kursus tu. Banyak la input yang aku dapat selama mana duduk kat Holiday Inn Resort. Itu ini begitu begini. Macam-macam. Tak sia-sia aku register untuk masuk, dengan persekitaran tentera yang aku duduk skang ni, yang penuh dengan adat istiadat. 1st lecture, Pegawai Protokol dan Penyambut Tetamu, kat sini dapat tau perkara-perkara berkenaan kerja2 dan tugas2 bila keje kat front line bila ada majlis2 rasmi. Slalunye waktu student dulu, aku jadik penyambut tamu tapi bercostume. Bila cabaret buat keje sah2 la kene sengeh sampai telinga dengan costume yang sarat. Masya Allah..bila teringat balik nak tergelak pun ada. Apa pun, time blaja dulu banyak la aku buat keje2 amal ni. Tapi time tu mana ada blajar semua. Everything based on observation.
2nd part, protokol Istana. Belajar istilah2 dalam istana. Belajar tentang hirarki dalam istana. Pegawai2 istana. Kebetulan ada pulak kawan aku sorang dapat posting kat istana negara. So skang tau la apa keje kawan aku kat sana. Nampak nama macam best tapi keje sah2 la terkangkang. Sebab bila tgk susunan itu, erkk...takut! Dalam modul ni jugak ada cerita pasal perlantikan agong, cerita pasal kisah2 dalam istana yang banyak orang tak tau (ye la slama ni orang nampak macam senang, termasuk la aku) tapi bila dah didedahkan btol2, baru la aku tau betapa complicatednye sistem bila melibatkan Duli-duli Tuanku. Ada cara berjalannye, ada cara sembangnye, ada cara merafak sembahnye. Pendek kata semua perbuatan tu ada caranya yang tersendiri. Penat jugak jadi Raja ni kan?
Next, sesi protokol pengurusan majlis rasmi persekutuan dan jugak susunan keutamaan persekutuan. Ini pun mencabar. Susun sana susun sini. Blaja susun kerusi yang ada sistemnya. Sapa nak didahulukan, sapa nak dikemudiankan. Sapa perlu mengadap sapa, sapa yang perlu duduk sebelah sapa. Pengurusan majlis rasmi persekutuan ni mendedahkan tentang situasi yang perlu dilakukan bila majlis2 ini dihadiri oleh kenamaan negara. Pengurusan majlis macam ni elok dipraktikkan walaupun majlis itu di peringkat unit ataupun jabatan. Bukan apa, sekadar nak biasakan diri. Cuma satu je pesanan penceramah, urusan protokol
ni jangan terlalu rigid. Ikut kesesuaian dan jangan sampai nyusahkan diri sendiri. Dulu aku penah dengar orang kata, keje protokol ni glamer, sebab dapat tayang muka depan orang2 besar. Tapi bila dah menyelam ke dasar ni, baru la tau betapa payahnye keje dalam keadaan penuh protokol. Hehehe.....tapi dalam SKP (senarai keutamaan persekutuan), tercari2 gak kedudukan aku bila masuk majlis...tu dia aihhh...kat paling bawah. Baru tau. Ingat best ke jadi PTD?This is the most interesting part, simulasi makan beradat presented by Puan Rosseta Rahim dari INTAN. That nite, kelas mula 2030hrs, blajar cara makan. Part by part. How to seat, how to act during fine dining, how to eat, hoe to hold glass, how to use sudu garpu and pisau properly, do's and don't etc.
Letih aku menumpukan perhatian. 
Penegasan, dinner ni adalah untuk socialize, bukan untuk melantak. So yang mana tak reti nak makan tu, just for your eyes only. Fine Dining...penuh adat2 yang tersendiri. Terpikir gak, knape la perlu ada makan bersopan tak hengat camni. Menu malam tu, macam biasa la kan bila makan2 sopan camni ada la appetizer, followed by soup and rolls, the main course and last but not least, dessert! Kalau tengok dalam menu tu, ada ikan dan daging. I opted for ikan, seabass..ikan apa tah. Saje nak belajar pegang pisau ikan yang lain dari yang lain itu. Apa pun dinner tu sangat meletihkan, dan mengenyangkan (kenyang air..kembung perut aku asek minum je). Asal nak cakap..minum air sikit. Mana tak kembung. Selesai acara Fine Dining, dah reti la sikit2 nak makan versi sopan camni. Dulu2 waktu kecik ayah aku ada ajar (he was an airforce) camane nak pegang itu pegang ini. So far takde la kekok sangat.
Next class is about image. Yang ni banyak dah aku blaja waktu blaja grooming dulu. Kenapa perlu groom, apa nak pakai apa tak boleh pakai. Sekadar refreshing apa2 yang aku terlupa. Sesi diteruskan dengan pengurusan persidangan antarabangsa presented by Wisma Putra. Yang ni pulak menerangkan pasal preparation dan management bila melibatkan participant dari luar negara. Siapa yang dikira sebagai tetamu negara, apa peranan LO dan macam2 lagi. Tapi kelas ni mengantuk la sangat. Hehehe..memang adat kot, dari kat INTAN dulu bila kelas orang wisma putra je aku dengan mudahnye melelapkan mata. Macam tau2 je.
Kelas bintang darjah kebesaran ni pulak mendedahkan tentang pingat2 kebesaran negara dan cara nak memakai pingat. Memandangkan aku takde sebijik pingat pun (kosong la plak number 1 aku ni, sama cam kawan2 lain gak), so kelas ni sekadar nak tau pingat apa je yang ada. Dah paham dah...pingat untuk rakyat jelata cam kitorang ni tunggu la umo 40 tahun, baru la ada can nak dapat kot. Kalau pompuan umo 35. Alah, pingat ke apa ke, pada aku tak dapat bawak masuk kubur pun. Kadang2 sesetengah orang pandang pada pingat. Dulu, ada sorang pensyarah aku dulu kata camni "kalau dapat jadi Prof, tak leh letak kat nisan. Kalau jadi datuk kat nisan leh letak". Astaghfirullah, ada jugak menesia camtu. Apa malaikat bagi extra service ke dalam kubur tu nanti? Hmm..proceed dengan pengurusan majlis dan terus dengan penutup. Kesimpulan, kursus protokol ni amatlah berguna. Jangan lepaskan peluang kalau terpilih. 




OK abis bab kursus, ni bab aktiviti harian kat sana, sempat jugak aku amek gambar di tepi pantai petang2. Since jadual pun padat, so masa senggang petang tu gunakan seadanya nak pusing2 kat depan hotel. Rasa macam kat bali pun ada..tapi tak meriah sangat la. Hmm, satu malam tu supir terhormat ADO timur laut bawak jalan ke georgetown, kebetulan geng2 KTAK pun ada kat sana jadi LO untuk ASEAN CHINA punya function. Lepak2 la kejap kat kedai mamak. Jadi mini rafting kat penang.
Hari sabtu last day in penang, skali lagi supir kitorang (neway, thanks for your hospitality fren, gambo supir ada kat sebelah, boleh tgk sape empunya gerangan badan) bawak pusing Penang itu (isk..macam la aku tak penah pi Penang kan?) Saja jenjalan pusing pekan. Yang penting misi membeli buah pala berjaya. Sesambil tu amek la gambaq kat pekan Georgetown ni.



Hat mana tak besa mai penang, ni dia cek bubuh gambaq KOMTAR (untuk orang2 yang tak reti nak cakap utara...orang tak panggil KOMTAQ tau, tetap orang panggil KOMTAR). Malu saja...isk! Ingat semua hurup r kat ujung tu orang nak ganti dengan q ka? Dengaq btoi2 orang cakap baru la sambung. Ni main hantam saja..masya allah, yo yo malu saya....Sempat gak pusing2 kat depan pulau jerjak sambil2 makan laksa penang ngan ayaq nyoq (Peghak sungguh aku ni, macam la tak penah jumpa laksa). Sebenaqnya saja ja eksyen, since member2 lain yang mai kursus tak join, so tayang la ckek. Hahaha.
Lepak nye lepak, sembang nye sembang, Tuan ADO bawak pi umah dia kat Batu Maung. Sangat aman dan tenteram suasana kampungnya itu. Teringat kat Perak Tengah time keluarga angkat. Hehe..umah cek umah taman, jadi tak rasa la kampung camtu. Hmm, time to depart to KL, thanks lagi skali hantar kitorang pi airport. 
Aku cam biasa, tak reti wat menda lain kat airport melainkan amek gambo kapal terebang. Ramai2 melanggak kat airport tu, rasa cam rombongan che kiah pulak. Macam nak pi obersi trip waktu student dulu pun ada.

Aku cam biasa, tak reti wat menda lain kat airport melainkan amek gambo kapal terebang. Ramai2 melanggak kat airport tu, rasa cam rombongan che kiah pulak. Macam nak pi obersi trip waktu student dulu pun ada. 





3 comments:
Yang bestnye scene cium2 pipi kat departure, sume orang pandang.
Waaa, scene muah muah dgn sape tu uollss??Aksi berani mati gitu.
Eh, baguihlah intipati kursus tu.Bila lg depa nak buat, teringin cheq nak join.Mami oii, jgn lupa mai futsal nnt buleh bergebang byk2.
Scene muah muah itu hanye tuan empunya badan je yang mengerti. Rohsie tau, takleh heboh heboh. Kalau heboh alamat haaaaruuu satu tanjung!
weh tariq..hang mmg!mai penang bukannya nak contact aku.dah lama giler gajah x jumpa hang..!siut btoi.aku duk hostel penang gh ja!.
Post a Comment