Hmm..2-3 hari ni memang la kelam kabut dengan meeting. Smalam meeting, hari ni meeting pagi petang. Esok pun meeting pagi petang. Ya allah...sangat penat dibuatnye. Balik umah sampai pun dah malam. Kalut dengan musim peperiksaan akhir kadet2 ATMA ni. Hari ni pun macam biasa la, sah sah la balik lambat! Eheh...gambo kat sebelah ni saje je aku letak. Taken during OBS dulu. Teringat mabuk2 dalam laut (aku takde la mabuk mana pun, tapi time kene pukul ombak kuat bila berkayak tu cukup melembikkan aku). Muntah versi sopan (kes takmo bunyi macam ayam keluk2) So kat dalam kayak tu sempat lagi aku cari angle nak muntah dengan keadaan orang tak nampak. Uwekkk...OBS, tempat yang best sebenonye. Kat sini la kita boleh tgk true color kawan2 kita yang sebenar. Yang mana yang penyabar. Yang mana yang pentingkan diri sendiri. Semua la boleh nampak kat situ. Sampai je kat OBS di satu pagi yang hening, terus repot kat Dewan Tan Sri Hudson, bagi watch. Mrasa la panjat tangga tinggi kalau dapat watch Ledang. Mujur aku dapat watch rendah2 je. Sape yang smoking...puasa la seminggu. Henset kene amek, wallet kene amek, duit pun kene amek. Huhu...yang bawak jajan kononnye, terus kene makan kat hall tu beramai2.
Makan time, pakai tray besi. Makanan catu. Whew. Awal2 belajar buat knot. Knot itu knot ini, macam pengakap lak jadinye! Ada satu pagi tu main game apa tah...lari lari keliling. Macam main mak hayam dengan musang tu. Jadi budak la kejap. 1st day, of course amek gambo dulu. Pose sebelum mabuk laut. Apa pun, dalam banyak2 gambo aku, yang ni la yang paling cantik ramai2.
Naik berlayar kat keliling pangkor. Part dekat pulau2 batu kecik tu, dengan air yang jernih aku rasa macam orang2 kaya arab berlayar pulak. Tapi tu sumer akan berlaku bila angin kuat. Kalau takde angin, rasakan mendayung sampai melecet tangan. "Deep, pull, up"...konon nak jadik Viking la. Heh...pening pening. Makan nasik pun ala2 tak berani sebab takut uweekk...
Camping site dekat pantai shawal lumut. Buat khemah. The mose interesting part cari remis kat pantai tu. Buat lauk tambahan selain ration yang ada. Gotng royong masak. Sardin, telo goreng dengan ngan nasik. Sebat je! Janji kenyang. Untuk Presh kawanku yang vege tu, menunya malam tu adalah itik palsu. Hahaha. Kesian gak kan jadik orang vege ni. Tapi Presh dah tak jadik vege lagi dah skang.
Aku buat spa tepi pantai. Tapi malam pertama spa aku tak laku sangat. Pelanggan tak ramai. Decided not to sleep inside the khemah. Konon tido atas buai kat pokok la. Ceh..berat sangat badan, terus jerlus ke bawah. So tido je atas ponco. Selimut pakai pelikat je. Sejuknya tuhan saja yang tau!
Pagi2 siap kemas kemah. Ada cerita best kat sini, kalau ingat memang akan gelak sorang2. Kawan aku ni tak sedar air dia nak bawak mencebok tu kordial mangga yang kitorang bancuh malam sebelumnya. Haha. Tapi budak2 ni pun satu, dah tau cerita, tak cakap kat mangsa yang meminum air mangga tu! Aii..Cik Karim, memang kau ratu mangga sejati! Hehehe...Aku dengar sekarang bisnes mangga ko maju! Siap jadik diva lagik.
Bertolak balik siap race dengan whaller lain. Semua laju je sebab nak balik. yang mabuk pun dah ilang mabuknye. Sampai je kat OBS, tido kejap. Petang latihan kayak pulak. Belajar dayung, capsize. Partnerku di Dory, seorang ikan yang blur! Abis la dia jadi anak tiri aku. Keh keh keh. Time capsize tu, nak naik balik punya la berat! Naik sekali, jatuh balik, naik dua kali, jatuh jugak. Kali ketiga tu, memang aku naik betul2. Ada satu sorakan yang aku heran 
"Bapok...bapok..bapok..." dan dan je aku dapat naik! Huh..ni sume keje si Ajax la ni. Kayak started on the very next day. Pagi2 lagi berkayak tawaf pangkor lagi sekali. Kali ni the other way round. Awal2 tu laju je. Sampai ke tempat lunch above the schedule. Tapi time nak ke camping site, ombak dah mula tinggi. Dayung nye dayung tapi kayak tak gerak. Dah dekat sangat ngan site tu, tapi tak gerak gak kayak aku. Terus demotivated. Aku dah tak tahan tiup wisel masuk safety boat. The rest terus patah balik. Si Amu kejang dalam safety boat. Sejuk sangat kene pukul ribut. Tuhan saje yang tau betapa seksanya naik kayak tu. Landing kat pantai antah berantah. Terus tebas rumput buat khemah. Yang mana kejung kat kayak tadi dapat la treatment. Amu tetap kejung....ada lagi ramai manusia yang kejung.
That nite camping site macam keletihan sangat. Mungkin teruk kena pukul ribut. Aku bukak bisnis spa lagi la. Kali ni banyak pelanggan. Lelaki dan wanita. Ala setakat mengurut kawan2 tu ok la kot. Kawan letih, kita pun letih. Kita urut orang, pastu orang urut kita plak. Bantu membantu namanya. Tido pun tah hape2 melambak tepi pantai.
Awal2 pagi dah siap2 kemaskan kem. Kayak balik ke OBS. Sekali lagi kene ribut, tak bergerak jugak. Kat sini la scene muntah sopan berlaku. Haha..bila teringat balik memang nak tergelak. Malu pun ada. Sudahnye semua naik safety boat. Kayak tunda balik kem. Tapi part ni paling cuak. Dah sampai kem baru sedar si Peter hilang. Menggelabah la mencari. Tak pernah lagi orang pegi OBS mati. Nauzubillah. Partner kayak dia dah nangis2 tepi pantai. Macam isteri nelayan menunggu suami tak pulang2. Sedih la sangat. Sudahnya, dia tersasar kat pantai di pangkor.
Apa pun tu mengajar aku menjadi lebih kuat. Memang menguji minda. Mental strength tu memang la perlu sangat. Kalau tak, sah tak boleh mendayung. Isk..dah la kot untuk kali ni. Still, OBS terpahat dalam memori, susah nak buang. Pengalaman kena henyak dek ribut tu cukup la untuk aku buat kali ni saja. Takmau lagi dahhhhh. Tobat!
Petang2 ni ada lagu best untuk aku layan. Such a nice song to listen. Maksud lirik yang sungguh mendalam. Somehow somewhat ada gak boleh dikaitkan dengan perjalanan hidup aku. Chewahhh...feeling la plak!
Hasrat jiwa kini
Mesra nyata
Terciptalah cinta
Bahagia satu rasa
Ingin ku tempah sebunga emas kuning warna
Sinarnya lunas
Tangkai bertingkah buatan kemas hasil cipta
Orang yang bernas
Mari mengupah si bunga perak
Putih bersinar cahaya semarak
Berkuntum-kuntum tersusun letak
Hasil kerja yang bijak
Bunga-bunga emas serta perak
Penuh janji murni dua hati
Bunga-bunga emas serta perak
Teguh bakti damai satu hati
Indahnya gubahan bunga-bunga
Warna emas perak jadi tanda
Hasrat jiwa kini mesra nyata
Terciptalah cinta bahagia satu rasa
Bunga emas sudi rangkaikan telus mata
Tiada sempadan
Indah dari bintang kerdipan rengkuhan jiwa
Rakan dan lawan
Bunga perak suntingan budi
Sekali pandang bertambah seri
Alah permata intan baiduri
Tentulah ramai yang jatuh hati
Indahnya gubahan bunga-bunga
Warna emas perak jadi tanda
Hasrat jiwa kini mesra nyata
Terciptalah cinta bahagia satu rasa
4 comments:
Mami oii, teringat cheq crita2 dan kenangan indah di OBS.Mmg nilah modul luar yg sampai bebila pun cheq ingat.Scene berkayak potong Mami tup tup 2 3 minit potong mami lagi..haaarrruuuu sungguh.Partner cheq si ratu mangga iteww kami tak sebut kiri kanan kiri kanan tp yamin syimal yamin syimal sampai ada org ingat kami baca jampi serapah kat tgh laut.Huhuuu OBS
Isk..scene potong memotong tu memang la haaaru! Pasainya, aku potong hang...pastu kena potong hang lagi..aku pun tak tau bila hang potong aku. Huhu. Tobat takmo pi dahhhh
Aksi muntah sopan Mami mmg buleh menang adegan terbaik tp kena bersaing dgn adegan yamin syimal cheq dan Ratu Mangga iteww, adegan muntah Abg Jaiya dan keluk2 serta adegan capsize Ajitpal sebyk 3 kali bersama Abg Maverick hahaha.
Mmg rasa tobat tamau pi dah, tp bila dikenang2 best plak rasanya.
Muntah sopan tu takde dapat kat mana2 pun. Kalau muntah abang Jaiya tu kene belajar dulu btol2 sebab nak kasik keluar taugeh ikut idung! Muahaha
Post a Comment