
Hari ni ada majlis kecil-kecilan kat ATMA ini. Dalam posting aku sebelum ni ada mention pasal audit ISO. Maka hari ni berlangsunglah majlis yang dinanti-nantikan itu. Kalau ikutkan, aku ni kene mengiring menteri (keje paling tak suka aku buat, sebab kene mengetam dengan penuh tertib sambil muka pura2 manis itu). Tapi sebab semalam aku cuti, raptai jalan pun aku takdak, maka tergugurla tanggungjawab aku sebagai pengiring. Majlis ni perancangannya pun aku tak tau bila, tup tup ari Isnin lepas ada urusetia cakap kat aku pasal iring mengiring ni. Bila aku cakap aku nak cuti je, ada la pulak yang kata "Hah..inilah pegawai2 skarang, sikit2 nak cuti". Sentap jugak aku, ye la aku cuti pun pasal nak ke spital jumpa dokter. Bukan saja2 aku nak cuti. Tak kira pulak aku datang keje ujung minggu, terbang sana sini hari2 cuti. Seingat aku tahun ni baru 2 hari aku amek cuti. Tu pun baki tahun lepas nye, tahun ni lom luak lagi pun 30 hari hak aku tu. Huk...membebel la plak.
Majlis start at 0830hrs. Tapi sebelum tu aku usha2 tempat pameran yang ada kat depan opis aku yang aman permai ni. Tetibe je ada banyak kaunter pameran. Buku itu buku ini, artikel itu artikel ini, gambar itu gambar ini. Dengan bunting lagi. Macam party besday pun ada. Belon2 bergantungan. Tapi kaler standard la, merah, biru tua, biru muda. Warna Angkatan Tentera Malaysia. Since aku macam mengantuk2 di pagi hari ni, tempat duduk paling belakang adalah tempat yang jadi pilihan bila masuk dewan bestari tu. Kalau kat INTAN, sah sah la kena halau g dok depan dengan Cik Fazni. Tapi bila dah ada kadet, diorang la kene duduk depan. Sementara tunggu VIP sampai, apa lagi, masa bergosip dengan kaum kerabat kat sini. Ada la cerita2 menarik serba sikit. Tapi rohsie la ek. Sulit untuk anggota.
VIP sampai, video presentation, followed by lagu ATMA performed by PKDT tahun asas. Lagu baru seh, ada siul siul macam lagi cerita kuch kuch hota hai! Tapi better lagi la dari lagu yang lama dulu. Lagu lama dulu yang aku tau gini je "Ilmu teras kepimpinan...." pastu tak dengar apa2, dok tak dok kat last bunyi "darat laut dan udaraaa...." tu je....yang ni ada gak la seni lagu tu. Tapi nak marching susah gak kot nak wat muzik. Sebab sapa nak buat bunyi siul2 ngan bunyi tapak kaki kawad tu. Hehehehe...bab mengomen masya allah.
Proceed dengan ucapan Dato Komandan. Menyatakan rasa syukur dan gembira sebab dapat sijil ini. Bla bla bla..Dato berucap lebih kurang, selesai Dato terus sambung dengan YB Timbalan Menteri. Yang ni panjang la jugak. Some of the intipati, how to be a gud military personnel. Tapi aku wrapkan terus dengan kehidupan orang2 awam macam aku ni. Must have brain, must have a healthy body, and the most important thing is hati yang baik. Ikhlas dan jujur adalah penentu kepada semua kejayaan yang dicapai.
Nak berjaya, hati mau bersih. Takde kona kona. Cuma lambat dan cepat je. "man jadda wa jada, wa man zaro'a hashoda" gitu la kata-kata indah yang boleh digambarkan. Sape paham, translate la sendirik. Ni aku dapat time aku skolah arab dulu (oppss..pecah lobang. "SMAPK sekolahku yang tercinta, kami belajar kami dididik oleh guru guru berwibawa, bagi mencapai cita cita, falsafah pendidikan negara"). Selesai acara, ada pose pose sampai sijil itu ini to those involved. Tekan butang meletop apa tah...terkejut kejap aku. "Hoi...apa!!" Ni Cik Parah Pidah tau la apa maksudnye. Yo yo malu saya....Acara last lagu kualiti ATMA composed by KJ Pengurusan. Sangat sastera bahasanya itu. Nazam nazam, jauhari bagai. Selesai sume, makan time. Kelakarnye, majlis lom mula awal2 tadi tapi makanan dah sampai. Gigih sungguh orang2 mess ini buat keje. Here are some snapshot during makan time. Apa pun, tahniah lagi skali buat ATMA. (aku bukan keje sini ke?). Cukup untuk hari ni. Ada masa aku tulis lagik, Insya Allah
1 comment:
mak aiii
panjangnye kak pidah ni punye zikir...
Post a Comment