Macam biasa, Isnin awal bulan akan ada perhimpunan dengan dato komandan. Since last week dato takde, so perhimpunan bawak pada minggu ni. Aku masuk keje WP3, which means 0830hrs baru ketuk kad perakam waktu tu. Tapi dah sebab ada perhimpunan ni, makanya 0715 aku dah tercatuk kat office sebab 0730 dah kena masuk medan.Nothing much today, acara perhimpunan bulanan bermula seperti biasa, ketibaan dato mail, komandan ATMA. Terus proceed dengan negaraku dan lagu apa ek? Keranamu malaysia dan wawasan 2020. Rasa macam gi BTN la plak. Aku ni dah bape kali nyanyi keranamu malaysia tu, tetap miming jugak bila part keranamu keranamu tu. Banyak sangat keranamu. Tunggang langgang la abis sume. Hehe...dok atas stage cmane nak miming kasi tak nampak ek? Dok di celah2 pegawai2 lain. Konfem tak nampak. Sempat la aku snap koir Kadet dan jugak suasana perhimpunan.


Koir ini akan mengiringi nyanyian. Jangan harap la nak dapat macam koir kebangsaan nyanyi lagu budi bahasa tu, tapi cukup untuk memberikan guideline especially bila takde muzik. Dak kira bertuah la ada koir daripada takde.
Hari ni KAGAT ada cerita pasal sambutan Maulidurrasul, rabu petang sembelih lembu untuk makan pada hari khamis. Hari khamis tu ada acara perarakan, tapi aku ke Skudai amek soalan final exam kadet yang dicetak di sana. So macam melepas je nak join majlis2 meriah camtu. Tapi majlis start at 0700hrs, sempat la kot aku nak memperagakan baju melayu aku yang melambak ada kat umah tapi tak penah dipakai (last aku pakai banyak baju melayu kat INTAN dulu).
Then, dato komandan proceed dengan ucapan. Sentuh serba sikit pasal NDU. Dah hepi giler naik jadi NDU. Aku nak lari la kot, kalau duduk sini kena tukar skim. Masuk skim N, aku rela lari dari tukar skim. Penat je aku pegi PAC, DPA semua. Sekali nak sia2kan peluang yang ada. Lagipun bond dengan JPA mana abis lagi. Sapa nak bayarkan 40K utang tu? Takpe lah, nak campak ke mana pun pasni, takde hal la kot! Adat masuk PTD, pegi je ke mana saja. Bos aku siang2 dah cakap nak lari. Aku pun apa lagi. Sendiri punya bos cakap camtu, aku double la kot!Haaaa, kat tepi ni wajah dato komandan. Nampak garang tapi cool. Dah pakai 2 bintang. Hari ni jugak dia mengingatkan kadet pasal buli. Dengar2 cerita last week ada kes budak kene blanket party lagi. So, apa lagi. Kempen anti buli dilancarkan. Aku pun heran, belajar sampai degree level pun nak blasah orang lagi ke? Aku kat U dulu blajar gak, tapi takde la sampai nak belasah orang. Isk, apa nak buat kan. Dah nasib nak kene belasah. Lenkali behave properly. Baru la sume orang suka. JANGAN KENCHENG SANA KENCHENG SINI. JANGAN BERLAGAK SOMBONG. Arwah Hajjah Radziyah, tok aku selalu pesan, "Ingat asal usul kita. Jangan cerita apa yang kita takdak. Dok buat malu saja kalau kita cerita tu tipu. Bukan dapat duit pun. Lagi orang meluat ada la"
Selesai pelancaran, selesai la perhimpunan bulanan. "Pensyarah dan pegawai, keluar baris...." Lt Kdr Adly bagi command. Surai2 la ek...perut lapar lari la ke PERNAMA gi makan. Tapi sebelum tu, kene serbu dulu dengan pensyarah + kadet pasal jadual periksa. Huk huk. Subjek takde la, mintak awalkan la...grrrr.....macam2 la derang ni tau. Naik pening aku. Takpe lah, apa pun aku selesaikan mana2 yang patut. Tak kisah la kawan ke apa ke, semua yang disusun tu takde sentimen yang dimainkan. Main hantam ikut sedap je. Paper yang ramai orang didahulukan, paper yang budak2 nak pegi LI pun dahulukan, paper skudai di selaraskan. Kesian tgk abang zul tercongok buat benda tu sorang2. Takpe lah, ada OT boleh claim. Petang ni nampaknya balik lewat lagi la kot. Bertapa kat bilik cetak lagi sekali.Esok cuti yeeehaaaa.....tapi esok ada jemputan pertunangan lagik.
Jiran aku si NH nak tunang ngan wanita pilihannye si FA. Tak boleh letak nama sebenar, sebabnye nanti ada pulak orang call aku personally tanya apsal publish tanpa izin.Cukup la untuk hari ni. Nak bermalas-malasan la ari ni.
No comments:
Post a Comment