Tuesday, April 18, 2006

Kene bom lagiiii

Hmm..pagi2 ni aku bukak paper di pagi hari...opocot! dalam ruangan forum utusan malaysia, ada la manusia2 yang melazer golongan PTD ni. Dari dulu lagi, time kursus kat intan dulu pun sudah ada kes camni, tapi as a PTD, tindakannye, buat pekak badak je, just ignore the statement!


Pegawai profesional patut turut dilantik ketua jabatan


PERKARA yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen baru-baru ini mengenai sistem penyampaian kerajaan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Seperti yang umum maklum, hampir semua jawatan penting dan tinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Setiausaha Negeri, Ketua Pengarah, dan lain-lain adalah diperuntuk kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sahaja dan ramai daripadanya terdiri daripada kalangannya graduan bidang ekonomi dan sastera.

Pegawai profesional seperti jurutera, peguam, arkitek, doktor dan setaraf dengannya tiada peluang untuk mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan.

Ini adalah kerana sistem pentadbiran jabatan kerajaan yang ada sekarang tidak membenarkan sedemikian.

Soalan yang boleh dikemukakan di sini, adakah pegawai-pegawai profesional ini tidak layak mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan?

Kenapakah sistem pentadbiran peninggalan penjajah Inggeris masih dikekalkan malah seolah-olah diperkukuhkan lagi oleh mereka yang berkuasa dan menafikan golongan profesional bagi jawatan-jawatan tersebut.

Apa salahnya sekiranya KSU Pertahanan seorang askar, KSU Kesihatan seorang doktor, KSU Pendidikan seorang guru, Yang Dipertua Majlis seorang jurutera?

Kenapa tidak ada satu pun jawatan pegawai teknikal di pejabat-pejabat Duta Malaysia di luar negara yang dapat menilai teknologi terkini negara-negara maju dan memberi maklumbalas kepada kerajaan?

Sudah sampai masanya polisi pelantikan ketua-ketua jabatan dari kalangan PTD sahaja dikaji semula.

Peluang lebih terbuka perlu diwujud dan diberi kepada semua jurusan profesional yang layak untuk menerajui sesebuah kementerian atau jabatan.

Dalam era globalisasi kini, peluang perlu dibuka kepada semua jurusan profesional yang layak untuk sama-sama berganding bahu memimpin jabatan kerajaan dan dapat membuat keputusan yang lebih baik bagi dan rakyat.

Input kemahiran daripada pelbagai bidang dan jurusan sangat penting bagi kerajaan membuat keputusan lebih efektif dan memberi perkhidmatan memenuhi impian rakyat.

Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kerajaan ke tahap setaraf dengan negara-negara maju.

Oleh itu disarankan kerajaan mengkaji semula sistem monopoli dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang merugikan negara ini.

- INJINER KAMPUNG,

Kuala Lumpur.



Hmmm...bila baca ni nak tergelak pun aku ada. Ketua setiausaha nak askar, dah tu apa fungsi panglima angkatan tentera. Levelnye lebih kurang sama. Well..lantak pi la orang nak kata apa. Aku baca je..sekadar pengetahuan. Hmm..kalau senior2 PTD memang la banyaknya dari sastera. Tapi la ni, seingat aku kawan2 aku rata2 ada background engin, science, law, macam2 la. So dah takde apa yang perlu dirisaukan. Membazir ke? Isk...tah la.

Hari ni posting aku takde gambo. Kamera bengong. Heh, nak kene beli baru kot. Ari tu si FA tunang dgn NH, abis meletup. Ilang sume gambo. Nasib nasib...

Duh, malam ni depart to penang. Esok masuk kursus protokol & istiadat JPM punye. At least tambah la pengalaman aku buat benda2 ni. Nak jugak aku tau serba sikit, dah duduk dengan askar kan, protokol masya allah....detail la sangat. Teringat handle konvo ATMA dulu, terkangkang aku buat. Balik je dari INTAN, terus dapat task handle konvo. Huhuhu...pengalaman tu mengajar aku untuk lebih amek tau apa yang penting2 ni. Nampak cam remeh, tapi kecik punya silap (walaupun takde silap time tu) boleh jadi isu besar.
Minggu ni kadet-kadet sekelian tengah final exam. Smalam mrasa la aku mengamuk kat kadet yang takde slip masuk exam. Keluar la secara terhormat dari bilik exam. Buat lagi perangai, ingat aku ni cakap sopan aku tak reti nak marah? Buat spot check, korek pencil case, cari toyol. Mana la tau kalau ada kan...kejinye aku ni!!!!

9 comments:

Anonymous said...

Naperlah ada lg spesis manusia yg nak dengki dengkot dgn PTD ni..tak koser btul nak layan.

Amboi mami, mengamuk dgn adik2 ATMA yer..musti yg tak hensem je yg jd mangsa hahahaha.Jgn marah gurau je.

Pi kursus protokol tu nnt bleylah kongsi info dgn kamek org.Have fun ya!!

Adi Osman said...

Hensem ke cantik ke buruk ke...janji kalau buat salah kena la bagi hukuman.

Anonymous said...

Mcm mana kalau bebudak tu ada yg iras2 Nooruladzim Ateman atau Yunus atau abg Masrizal.Sanggup ke nak marah??Haaa matilah aku!!!!

Adi Osman said...

kalau muka macam orang2 itu...salah tetap salah. aku mak hayam..tetap kena jugak. tak caye tanye yunus cmane dia kena marah ngan aku waktu prektis menari

Anonymous said...

Ala, marah-marah sayang ye tak.Lps marah trus pujuk siap peluk2 manja lagi euwww..

Bab org dengki dan kata mcm2 pd PTD ni malas arr nak komen byk.Yelah tanaklah kata servis kita ni paling power rangers atau power root skali.Cukuplah kalau masing2 buat kerja yg diamanahkan.Tegur dgn cara baik.Masing2 servis pun ada byk komplen dr public jugak bukan PTD jer.Akhir kata pantun dariku

Muka Terry masam mencuker
Servis korang tu best sgt ker..

Anonymous said...

betul kata ugly dukling too..
by the way boleh saya tahu dah berapa org PTD batch korang yg dah berhenti jd PTD..sejak lapor diri..

inkuiri

X-weatherman said...

Apa punya lagu laa kau letak ni Fendi Osman...hehehe

Pasal hal ni,aku 'no komen'.

Ramai org tak tahu apa yg telah kita buat,tapi menyalak je lebih bila dipinggirkan...

AkuygbengangdgnorgDGdanC

Adi Osman said...

So far dalam batch aku rasanya tak sampai 10 yang berenti. Kan kan kan?

Anonymous said...

patutlah paklah buat pekak badak je bile Tun M kritik yang dia buat tak betul. Rupa2nya juak PTD dah dilatih camtu...buat pekak bila orang kritik.. heheeh

heheehee musykil ada orang tinggalkan keje yang gaji timbun2 semata nak join PTD. Mungkin jadi PTD dapat gaji tinggi tapi kerja rilek je kot...tu sebab tinggal keja nak join PTD. dapat minum, tido dlm meeting, habiskan kuih meeting..hehehe

kita kat pvt tak heran PTD. Bukan elit sgt pun. Pvt tak pandang PTD nih. Setakat gaji rm8k kebawah koman je kat pvt.

hehehe jangan marah......