Friday, December 22, 2006

Panel Temuduga

Setelah sekian lama aku dok bertapa kat pejabat yang sunyi sepi tu, semalam merasa la jugak untuk keluar dari opis. Walaupun kat parcel C, yang kentut pun boleh didengar dari parcel E tu (sapa laaaa kentut kuat sangat tuuuu?), sekurang-kurangnya dapat la keluar kan? Heheh...

Si Zana J call on Tuesday, mintak aku jadi panel temuduga kenaikan pangkat untuk Steno, 12 ke 22 on Thursday, pastu on Friday, Typist, 11 ke 14. So try submit surat JPA tu kat SUB, syukur jugak la SUB lepaskan aku untuk pegi. Kisahnya, tak pernah la aku ni masuk untuk interview orang, so this is my first experience. Part of lesson for me. Try semak dengan kawan2 yang dapat, ada la a few friend of mine yang join sebagai panel untuk interview jugak.

The day before, aku mintak steno SUB printkan senarai tugas yang dia dok buat selama ni, untuk aku rangka soalan2 yang nak aku tanya. Balik umah, bukak GO, rangka soalan2 yang aku rasa sesuai untuk steno2 sekelian, dan aku relatekan dengan senarai tugas. Ada la a few question yang aku rasa boleh untuk aku susun dan tanya.

So, semalam bercarpool ke JPA (I think they should do something to the parking area in Putrajaya, masalah betul nak parking kereta), naik la blok SPA tu ke dewan temuduga di tingkat 6. Kenangan lalu still aku ingat. Waktu nak join skim PTD ni. Kalau dulu aku kene interview, kali ni aku pulak menginterview.

Tunggu kat tingkat 6 tu, kebetulan ada banyak interview. Ada EO, fresh steno dan jugak kenaikan pangkat. Aku pegi duduk kat kerusi2 yang banyak tu sementara menunggu taklimat untuk panel. Ramai, penuh kiri kanan. Time ni muka memang kene la senyum. Pusing kiri, nod. Kanan, nod. Mesra la konon. Tapi aku dapat rasa senyum aku tu plastik sangat. Hahaha, macam orang keje cuci toilet kat atas awan nun. Tetibe ada pakcik mana tah sapa aku.

"Anak ni datang interview ke?"

Aku senyum, menggangguk sambil menjawab "ya..."

"Jawatan apa nak? Anak pakcik datang untuk jawatan setiausaha....."

"Naik pangkat setiausaha cik...."

"Aik, muda2 pun dah dapat naik pangkat ye?"

"Takkk....saya tak naik pangkat, saya interview orang......"

"Oooooooo....muda lagi ye?"

Muka pakcik tu macam tak caya je tengok kanak2 ribena yang jadi panel. Dok kejap, urusetia panggil la kitorang untuk taklimat. Masuk kenal2 dengan ahli2 lain. 1/3 48, 1/3 44, and the rest 44.

Aku dapat untuk panel 6, sama dengan Cik Mat KPSU kat KSM, together with Ross Rafizal from JPA. Bilik N. Whew...selesai taklimat. Melangkah dengan gayanya masuk bilik interview.

Hmm, acara bermula. Untuk temuduga 1st day, 2 orang sekali masuk. Kalau sorang2 mau meleret2 sampai subuh esok hari. 2 orang cepat sikit pasal kalau terlebih tanya salah sorang, akan jadi kesian kat sorang lagi calon.

Bukak fail calon, tu diaaaa (gambo fail calon takleh expose kat sini la, sulit!!). Depa masuk service tahun 1982. Aku umo 2 tahun. Kencing dalam napkin lagi. Berak pun mama aku dok basuhkan. Mesti otai2 ni. Aku pulak jadi cuak. Hahaha...ye la, umo depa je dah nak sama baya mama aku. Dalam hati, aku mintak la semua urusan ni lancar. Ye la, 1st time beb. Mana tak cuak. Ye dak? Tengok skema pemarkahan dulu, contoh2 soalan. Takde la aku tersangkut time dok rancak nanti. Ada 19 shortlisted candidates, turn-out ada 15 orang je. Belasah la.....Bismillahirrahmanirrahim....

Krrriiiiingggg.....loceng bunyi untuk 2 calon pertama.

Pengerusi mula dulu tanya, followed dengan other panel. Pastu bila aku dah rasa comfortable sikit, aku start tanya. Hik...sebab dalam tugas steno SUB aku ada tertulis menjawab panggilan telefon. Aku redah tanya pasal tatacara menjawab telefon. Hehe...

Bila dah bukak mulut tu, sudahnya tak reti nak stop pulak. As for me, aku tak tanya macam aku kena waktu interview PTD dulu. My approach is simple, more to sembang2 biasa. Nak kasi depa semua comfortable. Takmo la macam aku dulu, menggigil menggelabah.

Well, the session went very well. Aku enjoy. Pengerusi pun boleh layan kepala dia. Rafizal pun sama. Belasah je la. By lunch hour settle semua 15 candidates. Tutup buku untuk 1st day. Anyway, masuk 2nd day untuk typist, daripada 19 expected candidates, ada 6 orang je datang. Speed up......pukul 10 siap. Tanya pun tak susah sangat la kan. Sesuai dengan umur dan level of education.

Overall, aku happy sebab dapat belajar benda yang baru. Exposure kata orang putih. Really looking forward to attend another session kalau orang2 kat JPA / SPA tu sudi lagi panggil aku. Untuk calon2 semua, aku doakan supaya berjaya. Insya Allah...

Tuesday, December 19, 2006

Kopitiam Bangi

Tu dia aihhh..petang tadi waktu keje si Bedah dan laki tetibe je call aku tatkala aku tengah khusyuk mengelamun menahan kesejukan. Tuhan saja yang tau sejuknya bangunan E7 tu hari ni. Kalau ikut kata SUB, depa tengah buat maintainence untuk CF (cmane keje dok bangunan takde CF ni?).

"Macam mana nak parking kat kementerian kesihatan ni?"

"Kau kat mana dah?"

"Aku kat depan bulatan kementerian kau ni"

"Kejap aku tengok....kau dongak atas kau tengok nampak tak tangan aku lambai dari tingkat 10 ni?"

"Haaa...nampak nampak....cam kesiyal je"

"Kejap aku turun bawak ko gi parking"

Kisahnye si Bedah nak transfer kat Putrajaya, jauh sangat katanya dari Bandar Sri Putra ke Puchong. Ye la kan, minyak bukan sebotol sekupang skang ni. Kalau sekupang tu dapat macam setitik kencing baby je kot? Sudahnye, layanan yang sangat la mesra kat kaunter Bahagian Sekolah tu. Macam tu la kalau tak kenal sapa bila pegi ke kaunter2 perkhidmatan. Sangat tak mesra, nak2 si Bedah pegi pukul 4.30. Time orang nak balik. Wajib la makcik kaunter tu mengamuk macam singa baru beranak.

Settle je, bawak Bedah ngan laki naik opis sat. Melawat opis aku yang macam dungeon tu. Sembang2, sudah aku ajak ke kopitiam bangi. Haaaa...selesai je keje, tengok SUB pun dah lemah longlai balik, aku pun cabut la. Hik...hari ni terasa aura sangat la berat nak wat keje. Bila pikirkan semalam kena bombard ngan TSUB pasal lawatan dari Indonesia tu katanya macam nak halau tetamu, aku tingtong la ari ni. Apa2 hal pun, tu part of lesson for me. Tapi suara makcik tu yang pitching tinggi sampai bingit telinga, cukup la untuk mengajar. Teringat mak aku kat kampung.

Hmm..cerita kopitiam bangi ni, Si Bedah jugak yang kenalkan kat aku. Konsep macam kedai kopi kat Stesen Keretapi Kluang, roti bakar charcoal dengan kaya, serve piping hot....sangat sedap! Tapi hari ni aku tak makan la roti nye, aku lantak laksa penang. Setanding dengan madam kwan pada aku! Sampai dah lewat, laki Bedah dah dok melantak, Bedah pun. Ada pulut, ada cendol, ada mee kari. Tapi yang paling unik, cawan kopi yang klasik tu. Ni la antara hidangan yang ada....
Pulut sambal, serve with ikan masin and fish crackers...tapi sebab aku ni jenis tak reti makan pulut, aku tengok sebelah mata je la...hik! Bedah kata dia order untuk aku! Sentap kejap. Cmane la aku nak makan pulut ni? Rupenye laki Bedah yang hantu pulut. Ceh.....Teh panas cawan klasik camni. Nak2 pekena waktu ujan macam petang tadi. Terangkat beb!Haaaa, ni menu aku tadi. Laksa dan kopi panas. Sayang sekali tak abis lak aku makan.Khusyuk makan. Ari ni Bedah kata kaler baju aku macam pakcik umo 50. Adoi laaa...tobat takmo pakai kaler tu dah! Nak wat cmane kan, ari ni giliran baju ni yang kene pakai. Kang tak pakai lari pulak rotation baju aku tu!Bedah dok pulun makan....ahli makan la jugak Bedah ni. Badan sekeping je, tapi leh tahan dia humban masuk dalam mulut! (laaariiiii). Awal tadi aku tengok dia sental laksa. So aku tanya la, laksa sapa sedap? Bedah punya ke kedai punya. Bedah kata kedai ni punya lagi sedap. Hikssss...bedah oi..usahalah membuat laksa ye! Tapi kan Bedah, asal aku g umah kau je mesti ada laksa. Skali skala buat la makaroni ke, mee bandung muar ke? Tak gitu Bedah? Gambo laki Bedah takde la plak...tadi aku rasa dia snap sendiri. Kau delete ye Senah?Nak membuktikan bahawa ramai pelanggan, see....almost semua seat occupied. Tempat ni memang tumpuan ramai la. Nak2 waktu balik keje. Nice place to lepak. Lega la sikit tingtong aku tu. Heh...alasan.

Selesai melantak, bawak Bedah ngan laki naik Myvinatang (ni Pidah yang cakap), destinasi? Massage parlour. Hah....ada jugak aku intro pelanggan. Ahaks..mak ayam ke aku ni haaa? Aiyooo....

Dah le kot untuk ari ni, aku dah kurang sikit ketingtongan dalam kepala ni. Esok meeting ngan SUB. Elok la merasa untuk bertapa dalam bilik meeting tu. Oh Tuhan....

Sunday, December 17, 2006

Road trip to JB

Untuk awalnya, aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada hosmet tersayang, Zul yang telah selamat melangsungkan perkahwinan. Tidak lupa juga kepada sahabat PTD ku Jeli yang juga telah mendirikan masjid bersama dengan Nisa, juga sahabat PTD ku merangkap juniorku di Al maahadul islami fidrauli bi Kajang....Maka dengan sebab perkahwinan mereka berdualah, aku dengan JP69 dan awek ke JB dan Segamat untuk makan kenduri. Saje je sebenonye nak jalan. Nak test kereta putih aku tu. Semalam, ari Sabtu aku pun bertolak la ke JB. Kalo dulu aku otstesen ke sana. Kali ni jalan2. Tah bila la dapat ke JB lagi. Kat ATMA dulu tiap2 bulan pegi.

Dalam 1400H aku bertolak. Sampai Ayer Keroh, tukar drebar. JP69 nak rasa bawak kereta putih. Bawak la, takde la aku kejung kat stereng tu. Hahaha....pukul 6.30 selamat sampai kat JB. Bawak slow2, sebab kereta putih tu ala2 dara lagik. Tak leh speed. Orang kata pantang speedy kalo tak lepas 1000 KM. Kali ni rasa la duduk kat M Suite, depan Lido tu. Boleh tahan la kat situ. Bilik besar, puas ati siot. Bole bawak sekampung masuk.Hmm, dah depan Lido tu, kebetulan waktu aku sampai tu matahari dah nak terbenam, sempat la aku pegi pusing2 amek angin sambil tengok sunset kat tepi pantai. Teringat zaman2 tengok sunset kat Bali dulu. Cantik! Malam takde la wat apa2 pun. Sekadar g makan kat depan Hyatt JB tu. Ikan bakar yang penuh orang. Aku tak tau la apa yang orang serbu kedai paling tepi sekali tu. Mungkin ikan dia sedap kot. Kitorang bertiga dah lahap sangat, aku kata kita gi kedai yang takde orang, cepat sikit dapat. Bab rasa tu tolak tepi sat. Asal perut terisi. Burppp...alhamdulillah kenyang.
Mood takde nak merayap. Masing2 letih, terus la balik ke bilik. Konon nak tido, layan la kejap. Dah tu terjaga balik. Baru setengah jam lelap...alih2 mata terkebil2. Hmmm tengok TV la. Tekan channel sana, tekan channel sini. Tapi paling aku tunggu, pukul 12 malam. Aku tukar channel Singapore, mendengar lagu Majulah Singapura tu. Ahaks....

Pagi tadi, lepas subuh dummmm aku sambung tido. Mana taknya pukul 3 baru aku terpejam. Ujan pulak tu memang best tido. Haven, takyah pasang aircond, takyah pasang kipas. Memang sejuk tahap dewa. Mengerekot aku dalam selimut. Tak sangka lak ujan tu akan berlangsung sampai la sepanjang perjalanan aku nak balik umah.

11 pagi checkout, terus pegi umah Zul. Pusing2 JB sat, ujan lebat. Straight ke Gelang Patah, ujan sampai tak nampak jalan. Heh...nasib baik JP69 yang bawak kereta. Takde la terkebil2 kat tengah jalan tu. Tiba umah Zul kul 12, pengantin sampai kul 2.30. Tak kisah la, aku makan dulu. Tak perlu nak tunggu bagai, kalau tunggu ganggu schedule plak. Selesai kat Gelang Patah, terus ke Segamat. Ujan berterusan lebat. Sampai kat segamat pukul 3 pun lebat. Hallahaii...rezeki korang la, kenduri dalam ujan. Kalau sesetengah orang tu, buat macam2 cara nak tolak ujan. Ada la aku dengar yang jenis campak spentot pengantin lelaki atas bumbung. Tapi apa pun, ujan tu rahmat Allah kepada manusia. Bayangkan kat tempat yang payah nak dapat ujan tu. Seksa ooo...tanah kering kontang. Silap2 kebuluran pasal kemarau.

Lepas umah Jeli, time for me to drive. Still ujan. Kali ni dari Segamat ke Kajang, guna jalan lama. Bercinta gak bawak. Segamat ke Gemas, Gemas ke Tampin, Tampin ke Rembau, Rembau ke Seremban, Seremban ke Mantin, Mantin ke Semenyih, Semenyih sampai la umah aku....fuhhhh...dok bayangkan waktu takde hiway dulu. Cenggini la keadaan gamaknya orang bawak kereta.

Hmm...dah selesai cerita perjalanan aku ke umah2 kenduri. Sori la gambo pengantin semua takde. Sebab...kat Gelang Patah pengantin takde lagi waktu aku sampai. Kat Segamat pulak, Pengantin dah tukar baju. Rimas kot pakai songket lama2. Heh...rimas pakai songket ke? Atau tak sempat nak ke acara2 dalam kelambu? Hiks....ujan pulak tu. Sedap ada pemanas. (Tak gitu Dahuzzzz? Payah kan jadi suami ujung minggu je? - Laaaaariiiiii)

Udah le kot ujntuk hari ni. Kalo dulu, nak ke mana2 pun aku menumpang orang. Sampai aku pun naik segan. Kali ni, berkat rezeki yang Allah bagi, Insya Allah takde la nak susah2 tebalkan muka menumpang lagi. Lepas ni ke mana pulak taktau?


Friday, December 15, 2006

Pertanyaan Dewan Negara

Semalam aku ke KKM Cenderasari masuk meeting dengan SUPAR. Ni kali kedua la aku ke sana. 1st last 2 weeks. Main redah je, tempat dah tau tapi kene la rempit-rempitan. Bontot aku yang tak bape ilang lagi sakitnya tu kena la aku letak kat tepi sat. Paling utama, misi berjaya. Kalau last 2 weeks aku pegi untuk jawapan soalan Dewan Rakyat, kali ni pulak Dewan Negara. Kalau ikutkan yang masuk dari Bahagian2 kat KKM ni semua level dewa dewi la, aku je PSU, selain PSU Parlimen tu. Maka berdepan la aku dengan orang2 yang bila memperkenalkan diri lebih kurang macam ni bunyinya:

“Saya Doktor …………” dan perkataan Doktor tu macam ditekan-tekankan. Bukan aku nak anti Doktor ni, tapi salah ke kalau cakap nama je? Kalau camtu, untuk lain2 pekerjaan pun kene kenalkan la camtu. Hiks….

Well, put them aside. Ada jugak Pegawai2 Perubatan dari jawatan yang lain macam Dietician, Optician, Pharmacist yada yada yada…dan yang pasti pangkal skim depa tu tertera perkataan U, stands for Perkhidmatan Kesihatan.

Tunggu punya tunggu mendengar orang membaca skrip, pada aku jawapan parlimen takyah la baca kat SUPAR tu sebijik2 apa yang ditulis. Macam la SUPAR tak reti baca kan? As for me what he needs is explanation dan elaboration daripada jawapan tu, so thet he can simply answer any further questions from members of the floor. Ini tidak, baca sebijik2 apa yang tertaip kasik SUPAR dengar. Kalau aku la kan, aku akan cakap camni;

“I don’t want to listen to what you have written. Explanation please…..”

Tapi tah la, tu kalau aku la. Dah selesai semua orang membaca (Sungguh hebat kemahiran 3M orang2 yang ada dalam meeting tu semalam), tiba la turn aku untuk menerangkan soalan yang ditanya berkenaan kekurangan doktor dan pakar perubatan (specialist). Selesai aku terangkan satu demi satu based on talking points yang ada, sampai la satu soalan yang lebih kurang macam ni bunyinya;

“Kenapa banyak doktor pakar berhenti dari perkhidmatan?”

“Pada pandangan saya Yang Berbahagia Dato’, ini mungkin disebabkan sikap sesetengah golongan yang memandang wang ringgit terhadap khidmat bakti yang dicurahkan. Jadi bila mereka lebih memandang nilai, maka perkhidmatan dengan kerajaan ini akan ditinggalkan kerana tidak setimpal dengan perkhidmatan yang mereka berikan dan kelulusan yang mereka ada KONONNYA”

I just blurt it out. Pedulikan….dok tak dok ada la suara salah sorang dari manusia-manusia yang mempunyai gelaran kat depan tu menyampuk;

“kami masih remain dalam perkhidmatan, takde masalah pun….”

“Nawaitu kita kerja tu penting. Kalau kita Nawaitu Lillahi Taala, duit yang sikit pun kita akan rasa jadi banyak pasal ada keberkatan yang Allah Taala berikan. Kalau nawaitu kita ke arah wang ringgit, sampai ke sudah kita takkan rasa cukup”

“tapi…kos sara hidup meningkat, memang kena cari duit tambah”

“Pokok pangkal, kembali balik kepada nawaitu kita. Ulat dalam batu pun boleh hidup, manusia ni ada akal fikiran Allah Taala kurniakan. Pandai la nak gunakan. Kalau duit ada seringgit. Jangan la belanja dua ringgit. Belanja 50 sen sudah.”

Bilik Mesyuarat senyap tiba-tiba…..isk, aku rasa bersalah pulak sebab menggunakan lazer yang menyentapkan hati.

“Apa yang saya kata tadi tu, kalau ada terasa panas muka, maksudnya betul la dakwaan saya tu. Kejar duit. Tapi kalau takde rasa apa-apa, saya salah dan saya minta maaf”

Pada aku nak kejar apa lagi? Duit tu sampai ke sudah takkan cukup. Betul tak? Besar periuk, besar lagi la keraknya?. Belanja takat mana yang ada. Tapi tu la, untuk kawan2 aku yang ada bergelar doktor, yang terbaca blog aku ni, aku mintak maaf awal2. Tapi, satu je aku selalu renung, apa megah sangat ke ada MBBS, MD semua tu? Orang lain pun ada degree jugak. Just because of nak masuk medical school semua, dah boleh show off tunjuk pandai dari orang lain? Macam ni la, pada aku setiap orang tu dia takkan pandai dalam semua bidang. So tak payah la nak tunjuk kata pandai serba serbi. Buang karan je. Heh…udah le tu, kang marah pulak para pengamal perubatan. Sekadar mengingatkan dan renungan kepada diri aku sendiri dan semua pembaca. Bila dah terbang di langit yang tinggi, lumpur di bumi jangan dilupakan. Sebab nanti kalau jatuh terhempas dalam lumpur, lekat tersangkut payah nak tarik keluar.

Enuff for today. Hari ni dah Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Jeng jeng jeng…alhamdulillah, hari ni buat kali pertama aku datang keje naik kereta. Selama ni merempit je. Semalam petang gi amek kat Cheras nun. Hajat nak bawak kereta MYVI Putih tu terlaksana jugak akhirnya. Alhamdulillah. Harap2 takde la bontot aku ni sakit lagi. Untuk Anep JPJ, mekasih tolong aku dalam urusan kat JPJ semalam. 10 minit dah selesi daftar semua. Mekasih jugak la sebab dapatkan nombor yang canggih manggih untuk aku tu. Really appreciate ur help.

Tuesday, December 12, 2006

Trip to Massage Parlour

Disclaimer: Posting ni ada unsur2 18SX, for those yang rasa offensive, jangan baca ye (tapi aku tau orang akan baca gak….)

Waktu kat Sungai Besi dulu, ada la satu waktu padahari2 terakhir aku menabur bakti di tempat yang sampai sekarang takde pengganti aku tu, nak dijadikan cerita aku eksiden moto. Ala bukan eksiden teruk2 sampai patah putus bagai, tapi eksiden yang nampak macam tak sakit, hakikatnya kesan jatuh tu terasa sampai aku tak senang duduk. Kisahnya aku tengah tenang menunggang,tetibe ada babi hutan sekeluarga, dari sekecik2 babi sampai la sebesar2 babi melintas. Dengan pantas aku berpikir, nak redah babi ni pastu moto aku tu jahanam ke nak mengelak ke tepi sambil jatuh dalam posisi sopan macam kat OBS dulu? Decision, elak dan jatuh sopan. Amek ko, jatuh terduduk terhentak. Tapi takdela rasa apa2 sakit, sekadar terhentak. Angkat moto terus naik semula, sambung perjalanan.

Tapi nak dijadikan cerita, lately tulang tongkeng aku sakit la sangat. Bila aku merempit long haul, tak selesa. Sakit! Tuhan saja yang tau. Tetap gak aku tahankan sakit aku tu, sebab that’s the only option I have at the moment.So, lepas menahan sakit buat beberapa minggu, semalam lepas keje aku decide to seek for a treatment kat sorang tukang urut yang aku kenal waktu POP YO ATMA bulan 9 dulu. Aku dah urut kaki aku dengan dia sebelum ni dan aku memang puas hati.

Agak2 petang sikit aku call la untuk mintak direction ke tempat treatment dia. Kat dalam Country Height sana. Eksklusif la pulak, musti harga pun eksklusif ni. Takpe la, nak ilangkan sakit punya pasal. Aku bukan la memilih, tapi pengalaman aku kene urut ngan dia tu menyebabkan aku rasa selesa. Pulak tu sempat la dia turunkan ilmu2 untuk aku sikit sebanyak, yang mana aku boleh absorb aku guna untuk aku urut kawan2 aku (OBS….spa di tepi pantai aku mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan yang ada, tak gitu Dahuzz?)

Mula la sesi mengurut seluruh badan selama 1 ½ jam. Kenapa 1 ½ jam? Pasal seluruh badan, pastu pakcik tu nak tengok harta benda aku yang tersembunyi tu ada masalah atau tak lepas jatuh tu? Sebab aku terhentak atas tanah.

Tak kisah la, janji dia betulkan mana2yang perlu dan aku pun tak menanggung kesakitan kat tongkeng aku tu. Kan? Rawatan dia ala2 kat spa la. Tapi ada mix dengan traditional method. Start dengan kaki, seluruh kaki. Menahan sakit la nampaknye.

Proceed dengan pinggang,belakang badan, tangan. Fuh…sangat le melegakan. Sambil2 mengurut tu aku tanya2 la gak pasal urat2 ni. Pakcik tu cakap urat aku ada yang bengkak. Suruh pantang makan itu makan ini. Hallahai….mujur la angin2 yang keluar semua ikut mulut. Kalau ikut lobang kat bawah tu, malu la plak. Hik…..Dah settle badan, jeng jeng jeng…masuk part harta benda tersembunyi lak, mula dengan perut, urat2 kat peha menganjur ke urat kat kelengkang. Sampai la urut harta karun tu. Redah je la.

“Ni pakcik pakai minyak tradisional kayu hitam untuk kamu punya alat sulit tu…ni bapak makcik kamu punya ramuan”

“Err…pakcik, betul ke minyak lintah tu banyak khasiat?”

“Ada khasiat, tapi kamu tengok, lintah tu kan lembik, nanti lembik la jugak jadinya. Pakcik pakai minyak kayu hitam, kayu kan keras…”

Hahaha…ni 1st time aku rasa orang urut camtu. Aku ada cakap kat dia yang aku buang air tak lawas bagai, sodia cari la urat2 yang tersembunyi tu.

“Bagus urat2 kamu ni….nanti kalau kamu nak kawin sok,datang jumpa pakcik lagi, pakcik urut untuk kunci uratkat sini….”

Muka aku dah merah menahan malu. Ye la, kene strip depan pakcik tu. Kalau sebelah belakang je aku tak kisah la sangat. Ni sebelah depan...huk!

Lepas 1 ½ jam, selesai la acara urut mengurut tu.Harga? Pada aku setimpal dengan apa yang aku dapat,pakcik tu turunkan ilmu2 urut dia, aku belajar pasal urat2, it really helps me to understand my body’s anatomy (urat2 nye anatomi la…..)

Cukup untuk hari ni…lain hari aku menulis lagi. Lega rasanya badan aku, ringan sangat2. Angin2 semua dah keluar, ni menunggu untuk sesi berikutnya lagi 2 minggu. Bengkak kat tulang tongkeng aku tu lum surut penuh lagi. Kene buat sesi ulangan.

Oh ye, for those yang interested, meh nanti aku introducekan kat pakcik tu, untuk pompuan, ada wifey dia yang akan buatkan. Untuk mat2 rempit, hati2 di jalan raya. Kalau jatuh terhentak, cepat2 la pegi check kat tukang urut. Takut2 nanti urat tersimpul kat anu tu....nak pakai lama ye dak? Takut padam je, ada lak bini mintak cerai nanti! Nauzubillah....

Saturday, December 09, 2006

Jauh perjalanan...


Penah tak korang terpikir sejauh mana korang nak duk dalam perkhidmatan yang korang sertai? Penah jugak tak korang pikir dalam perkhidmatan yang korang masuk ni, sejauh mana korang akan pergi? Level 41 macam machai skang ni ke? Level JUSA ke? Tahap dewa dewi ke?

Kadang2 bila aku tenung balik, betul ke aku masuk PTD ni? Kisahnye aku ni takde la eager sangat nak jadik PTD macam some people, yang sampai bergolok bergadai naik turun pejabat SPA, yang call serata kawan kalau2 ada orang yang kenal leh rekomen, yang pegi exam berkali-kali, yang pegi PAC sampai naik muak dengan acara PAC tu sendiri, yang sampai letih masuk interview room. Pada aku, semua ni rezeki yang Allah Taala bagi. Waktu pegi selection dari awal exam sampai abis interview, aku pikir kalau ada, adalah. Kalau takde, bukan rezeki aku.

Tapi tu la, bila dah masuk ni, nak nak kalau dah opsyen skim pencen lagi la merugikan kalau nak tinggalkan apa yang orang kata servis yang premier ni (premier ke? tu kata sesetengah orang). Pada aku, kat office memang la aku pegawai. Tapi kat luar, aku nak remain as what i am. Pantang orang tanya aku pasal keje ni. Once aku bukak mulut kata PTD, lain macam je orang pandang. Untuk semua pembaca yang bukan PTD, kitorang yang PTD ni manusia biasa. Tapi ada gak some PTD yang sangat perasan best. Rata2 alam dok jaja dia PTD. Adoiiii.....

Balik pada awal perenggan tadi. Aku ni ke mana la hala tuju aku 10 tahun akan datang ye? Hajat hati nak sambung master, kalau berkelayakan. Nak amek scholar JPA ni kene markah LNPT tinggi. Mau2 85 dan ke atas. Aku kene tunggu lagi sampai 2008 kot baru layak nak dapat mohon. Sebab syarat yang dikenakan kene 3 tahun dalam perkhidmatan. (anyone from JPA yang bole clarify mende ni? Sue......betul ke?)

Tengah bulan lepas batch 1/2004 dah dapat KUP 44. Tahniah la. Pada aku, kenaikan tu satu rahmat. Servis tak sampai 3 tahun dah dapat KUP. Batch 2002 rasanya dah nak naik 48 ni. Cepat ek? Tapi bersediakah aku untuk naik pulak? Macam tak cukup pengalaman je lagi. Well, aku rilek je la dulu. Some people dari batch aku dah sibuk dok tanya bila nak naik. Kawan2 sebatch sekelian, sabo la ye. Dah star sangat ke nak naik 44 tu? Ilek laaaaaa....
Skang ni aku tengah bersedia untuk PTK tahun depan. Sedia la sangat. Poyo, konon study la? Aku macam cuak je nak sit exm ni. Dah lama tak berkecimpung dalam bab2 exam ni. Kalau bab mengantoikan budak2 exam macam kat ATMA dulu aku terer la. Huhu...ketaq ketaq. Walaupun exam bulan 3 tapi aku ketaq. Macam2 mai dalam kepala otak ni. Dulu SPM takdak la ketaq camni. Hiks...dah la, paling penting, belajar dulu mana2 yang perlu. Amek tau apa2 yang patut. Tak la macam ada orang tu, bila tanya tatacara nak buat sebut harga pun tergagap2 nak jawab. Bukan nak jatuhkan maruah orang, tapi bila dah pikir nak naik gred tu, biarla setimpal dengan apa yang diberikan. Takdak la orang tercengang2. Orang kata PTD tu premier, tapi kalau asek tergagap2, premier kebenda? Memang la orang servis lain akan kutuk.
La ni paling penting, sebelum apa2 aku nak absorb takat mana yang aku boleh. Deepen the knowledge is the most important thing to do. Sementara masih muda ni kan. Tapi tu la, keje aku skang ni sangat la sangap dan mengeraskan bontot aku. Tuhan saja yang tau. Kalau dulu aku slalu bising sebab asyik outstation, kali ni rasakan. Asyik tertanya-tanya pulak, bila la aku nak outstation. Oh tuhan......
Dah la tu, cukup untuk ari ni. Sapa2 yang terasa ngan posting aku tu, jangan mare aaa. Kalau muka panas, maksudnya betul la apa yang aku cakapkan ni. Rite? Renung-renungkan la. Oh ya, untuk orang2 baru yang akan masuk servis, batch 2/2006, selamat datang. Selamat melapor diri kat IKWAS. Jangan la baru masuk servis korang dah rasa star. Silap la.....

Thursday, December 07, 2006

Karaoke?

Aku suka nyanyi. Tapi nyanyi sorang2 je la kat umah. Tatkala hosmet ku sekelian takde. Aku pasang la cd karaoke, pastu melalak la puas-puas. Tak penah terlintas nak menyanyi depan orang ramai melainkan dengan kawan-kawan yang gila. Waktu kat DPA dulu ada gak la aku melalak waktu modul polis ngan bomba.

Tapi keseganan aku tu sampai ke penghujung bila aku ke majlis makan malam dengan pensyarah-pensyarah ATMA kat Nilai hari tu. Aku niat nak pegi makan. Tetibe diorang ada wat pertandingan karaoke. Konon bole la escape. Tapi time dok makan tu Kdr Amin kata

"kamu nak nyanyi lagu apa?"

Dulu dalam soalan ujian sahsiah PTD dulu aku ingat ada soalan lebih kurang camni:

"anda tidak berapa menggemari karaoke, tetapi dalam satu majlis anda dijemput untuk menyanyikan sebuah lagu di atas pentas. Apa tindakan anda?"

Ada la jawapan yang tersenarai...aku pun tak ingat. Tapi seingat aku, jawapan yang aku bagi, lebih kurang macam terima pelawaan dan nyanyi walaupun tak suka. Haha..pelik kan soalan ujian sahsiah PTD tu?

So berbekalkan soalan tu la, aku terima pelawaan untuk nyanyi. Lantak la apa nak jadi. Suara pitching ke laut ke apa ke janji aku takde nak menghampakan orang. Lepas melantak aku pegi la mencari lagu yang ada untuk aku melalak. Kalo ikut pesan Ustaz Romlah waktu blaja tarannum, (TARANNUM, bacaan berlagu ayat2 suci Al Quran - ada macam2 lagu, Bayati, Shoba, Jiharkah, Nahwand, Hijaz) mengaji dulu, jangan makan sebelum melontarkan suara, takut suara tenggelam. Ni aku dah melantak tak hengat tetibe nak nyanyi. Kompem la suara tak dapat balance.

Belek punya belek buku katalog lagu, haram semua lagu suara tinggi. Yang sukar untuk aku bawak. Lagu yang rendah2 aku tak reti lak. Dalam list, Sudirman, Jamal Abdillah, Saleem, Amy Search. Memang tak sesuai untuk nyanyi lepas waktu makan. Hati aku dah menyumpah. Last2 aku amek lagu Jamal Abdillah - Penghujung Rindu. Memang aku menempah maut dengan lagu Jamal ni. Pada aku, hanya orang yang berkemampuan dari segi vokal saje yang bole bawak lagu dia dengan sempurna. Macam Mawi (aku bukan bias ok), walaupun dia lupa lirik tapi dia bawak lagu tu baik sekali dari segi alunan (even bunyi macam nasyid).

Giliran aku number 6, tunggu la orang lain nyanyi dulu. Pertandingan kali ni ala2 akademi fantasia la, guna sms untuk pilih pemenang. Tunggu la dengan perasaan berdebar. tak lama lepas tu, MC panggil untuk naik nyanyi. Nervous gile, ye la selama ni aku show kabaret style. Ni kene vokal lak.

Muzik start, aku pun masuk....

"bila kekasih mengundang aku pulang.....
mahligai menanti penuh gemilang
bila kekasih menyingkap tabir cinta
tiada terbalas dengan kata-kata"

tang sini ok lagi....sampai la part korus...

"Seribu tahun takkan sama...
sesaat bersatu dalam nyata...."

kat sini ok jugak lagi....

"Kerana kasih kusanggup korbankan.....
jasad dan nyawa..."

Damn....tergelincir suara aku tak sampai ke atas.

adoiii....mesti bingit orang dengar aku nyanyi..sumbang dahhh. Aku dah malu, tapi lagu tak abis lagi, masuk bridge....pastu second part lagi la jahanam. Tak boleh tarik suara. Perut aku penuh dengan makanan. Tapi aku redah je la sampai abis....
Selesai..muka aku panas. Sebab aku tau aku nyanyi tak sedap. Malu siot. Mesti penonton terseksa dengar suara aku yang tak boleh nak angkat tu. Takpe...sabar je la, yang penting tak menghampakan orang yang mintak. Rite?
So dalam malu aku menunggu tu, tengok2 SMS vote aku paling tinggi. Biasa la kawan2 navy yang propakan. Dan betul la sampai ke ahkirnye, aku menang propa SMS. Hahaha....meninggalkan jauh orang yang nyanyi lebih sedap dari aku. Tak kisah la, janji dapat hamper setinggi gunung. Kan?
Dah la kot pasal nyanyi tu. Walaupun insiden nyanyi sumbang tu aku hadapi, tapi tu semua part of pelajaran untuk aku. Mana la tau masa depan kot kena lagi kan? Prektis la at least 2-3 lagu yang boleh. Yang simple2, sesuai dengan range suara yang ada. Apa pun, untuk menyanyi pada aku tak payah masuk kelas vokal mahal2. Pegi kat ustaz2 yang mengajar tarannum, belajar dari diorang. Dapat pahala berganda, pahala mengaji satu hal, pahala menuntut ilmu lagi. Tapi nawaitu tu kene la betul, bukan pasal nak masuk pertandingan karaoke. Hmm..cukup la kot. Lepas ni kene prektis nyanyi lagi. Hahaha....aku dah try belasah ghazal, mak aiii tingginye suara sampai ke kepala!

Monday, December 04, 2006

Tengok Teater Pulak....

Jumaat malam lepas lepas acara gegaran kat KKM tu, balik je keje terus aku siap2 untuk ke Istana Budaya lagi sekali untuk teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu dengan sahabat2 sekelian. Sekali lagi kat ruangan ni aku nak ucapkan terima kasih kat Wawa sebab mengoffer aku tiket percuma. Bukan 1 atau 2 tapi 8 tiket. Pening aku nak mencari kawan2 mengikut. At last ada 5 orang saje. Lagi 3 keping Wawa bagi kat Kelab Teater Rimba UKM. Time banyak tiket, banyak la sangat. Time takde tiket, payah la nak dapat. Tuhan saja yang tau waktu tengok PGL dulu, punya la penat menunggu kat depan entrance untuk masuk. Hehe....

Lepas maghrib, aku ke umah abang R untuk park moto. Pegi ngan dia la kali ni. Dah banyak kali ajak dia pegi tapi asek tak dapat je. Kali ni try lagi sekali, kebetulan dia free. Kalau tak sebelum ni asek sibuk dengan tesis master dia je. Call abang Boy, jumpa dia kat IB je la. Gerak ke sana, lalu MRR2, kat situ jem manja2 je. Masuk jalan tun razak lepas ampang park tu, gileeeeee jem. Macam kura2 kereta jalan. Mungkin pasal ari jumaat malam kot. Orang nak ke sana sini. Balik kampung la itu la ini la. Sesak teruk la. dah pukul 8 sampai kat situ. Abang R lapar, bawak dia mamam kat Warung Karimah (weh Karimah.....gerai ni takde bau mangga punnnnn)

Aku cukup la sekadar minum je, sebab baru je sental cubadak yang aku goreng waktu balik keje. Tetibe je fon bunyi, Wawa call tanya kitorang kat mana. Dia takut kitorang tak datang. Suruh abang R speed up, terus masuk IB. Abang Boy nye batang idung pun tak nampak lagik. Call dia, rupanya sangkut dalam jem. Tunggu kejap, tak nampak gak. Last2 tinggalkan tiket kat kakak yang jaga pintu tu, aku ngan abang R proceed masuk. Kawan2 KKM pun tak sampai lagi.

Aku melangkah masuk dengan perasaan hepi macam show2 sebelum ni gak la. Tengok set dah grand. Harapnye show grand. Lepas negaraku (asal ke IB, ada show je musti kene nyanyi negaraku, nangis matsaleh2 sume...hahahha). Dok kejap, dengar muzik mula, aku dah rasakan aura kehambaran. Dengar lagu intro, hambar lagi.

Dalam kalut2 tu, Abang Boy sampai. Skali tengok blazer kaler ijau terang daaa....sebab dia pakai round neck, kene la ka tahan, depa bagi blazer untuk masuk. Tunggu sat, mula la babak2 kat flat seri wangi tu, aku rasa hambar tah hengat. Macam nak tido pun ada. Nak gelak dengan lawak2 depa tu pun aku tak reti. Abang R dah buat muka bosan.

Tanya dia....."boring ka?"

"taktau nak gelak tang mana....." maka mengerti la aku dia pun bosan. Yang aku heran orang lain leh gelak2 lak.

Tahan gile kebosanan aku sampai la waktu interval. Nak keluar kat tengah2 sangat la rude. Lagu2 yang ada langsung tak best. Dialog pun tak best. Tak macam tengok kat TV. Slalu kalau pengarah Hatta Azad Khan nye naskah, best. Ini tidak. Nasib baik la tiket free. Kalau tak sia2 je beli mahal2 tapi dapat show yang tak setimpal dengan apa yang dibayar.

Dah tensen sangat, waktu interval, kuar gi regangkan otot yang kejang dek kebosanan. Kuar la soalan dari mulut aku,

"nak proceed?"

Dua-dua dah tak sanggup. So we decided to go to kampung baru untuk makan nasik lemak. Bukan yang antarabangsa tu, tapi yang 60 sen sebungkus tu. Ala, yang kat depan sekolah rendah tu. Leh tahan la, tapi sebab aku tak fancy sangat nasi lemak ni melainkan nasi lemak cik nor kat kampung aku tu. Sebat je laaaa...Abang Boy sampai 4 bungkus. Amek ko, tak nangis tengok dia sebat camtu?

Sambil tu layan sat keputusan Semi AJL 2006. Tahniah untuk artis yang berjaya! Ahaks. Balik sampai kajang kul 12.30, terus pancit. Tak larat nak rempit balik umah, sudahnye landing kat umah Abang R je. Mekasih Abang R kasi tumpang tido....

Untuk Wawa, mekasih kasi tiket ye. Walaupun show tak best langsung, terima kasih la jugak pasal ingat kat aku ni. Hik....cmane la teater tu leh masuk panggung? Mungkin pasal Hatta Azad Khan tu bekas pengarah IB kot? Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Cukup untuk ari ni.

Saturday, December 02, 2006

Gegar siottt....

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Penduduk di Lembah Klang, Melaka dan Pulau Pinang hari ini cemas apabila berlaku gegaran di beberapa kawasan di negeri-negeri itu ekoran gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda utara Sumatera, pagi ini. Ibu pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di Petaling Jaya turut mengesan gegaran itu pada pukul 11.58 pagi.

Gegaran tersebut juga menyebabkan lebih 50 pekerja beberapa buah syarikat di bangunan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) panik setelah bangunan setinggi lapan tingkat itu bergegar sebanyak dua kali.

Mereka kemudian bergegas turun ke bawah bangunan apabila gegaran kedua menyusul tidak lama kemudian pada pukul 12.05 tengah hari.

Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) JMM, Leong Chow Peng bagaimanapun berkata, gempa bumi yang berlaku itu tidak menghasilkan tsunami.

Pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan kerosakan akibat gempa bumi itu daripada pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia.

‘‘Kedalaman pusat gempa iaitu kira-kira 200 kilometer dari permukaan bumi mungkin menjadi punca gempa itu tidak menghasilkan apa-apa kemusnahan.

‘‘Pihak kami juga menerima panggilan daripada orang ramai dari sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang yang merasai gegaran itu,’’ kata Chow Peng ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JMM, pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.4 (utara) dan longitud 98.8 (timur).

Katanya, kedudukan pusat gempa bumi itu ialah 35 kilometer ke tenggara Medan dan 267 kilometer dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di Selangor, pegawai bertugas di Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shah Alam, Mohd. Razani Mamat berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan gegaran itu yang berlaku di beberapa tempat di sekitar negeri itu.

Katanya, antara kawasan yang merasai gegaran itu ialah di Crystal Plaza di Petaling Jaya, Kolej Taylor dan Wisma Subang di Subang.

Di Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Meteorologi Pulau Pinang, S. Santira berkata, gegaran tersebut dapat dirasai kira-kira lima minit di beberapa bangunan tinggi di negeri itu berdasarkan kedudukannya yang dekat dengan utara Sumatera.
Antara bangunan tinggi yang menerima kesan gegaran ialah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks membeli-belah serta bangunan Northam.

‘‘Kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai gegaran di Komtar kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

‘‘Namun gegaran itu tidak menyebabkan tsunami kerana kita tidak menerima amaran atau isyarat mengenainya,’’ kata Santira.

Berita ni aku ambik dari utusan ari ni. Aku relate kan dengan kejadian semalam kat office. Well, dalam pukul 12 tengahari camtu, sedang khusyuk aku buat keje kat bilik, tetibe aku rasa macam sikit goyang, kepala aku pening2 sikit. Aku ignore je la. Ala biasa je buat keje pening2 ni. Then, dengar macam ada orang buat pengumuman kat PA tu, tapi sayup2 je bunyinya. Sekali lagi abaikan, mungkin ada orang nak test PA kot?

Dok kejap, Puan SUB lalu kalut2 depan office.

"kenapa kamu semua tak turun? ada pengumuman tadi suruh turun bawah. Bangunan bergegar!"

Hmm....aku tercengang kejap. Nak runtuh ke bangunan KKM ni? Capai la apa2 yang patut! Helmet, jaket, kunci rumah, kunci moto. Budak2 kat tingkat 10 tu semua dok kalut keluar. Semua sibuk dok kata pasal gegar. Time2 gegar ni masih dan lagi tekan butang lif, nak turun. Patutnya waktu emergency kena guna tangga. Waktu kat lif tu aku rasa gegar lagi. Akak yang pregnant tu kata:

"Akak ingat perut akak yang gegar....."

Aku ni jenis menggelabah. Dah cuak tak berani naik lif, so aku decide turun tangga kecemasan. Ala 6 tingkat je. Tapi letih jugak la melangkah turun ke bawah tu. Kalau kat ATMA office memang kat tingkat bawah. So, kalau ada latihan kebakaran ke apa ke main terus redah gi assembely point. Sampai je bawah, kat lobi tu dah ramai2 ada. Tapi yang dari tingkat 10 dan ke atas je yang turun. Lain2 macam takde apa2 yang berlaku. Kebetulan waktu lunch dah nak sampai.

Kelakar pun ada. Tapi that was my first encounter rasa gegar2 kat bangunan. Cuak jugak walaupun sikit je gegar. Mana la tau kot2 nak roboh ke apa ke kan? Since macam orang endah tak endah je pasal gegar tu, aku pun angkat kaki la balik untuk lunch. Heh heh....
Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab menjadikan Malaysia di luar lingkungan gempa. Semalam je kat Indonesia ada 2 gempa. Satu pagi satu malam. Satu di sumatra utara satu lagi sumbawa. Lega bila dengar takde kemusnahan yang teruk. Kesian kat diorang, baru je tsunami kat acheh, followed by nias, pastu kat jogja nye gempa lagi. Lepas satu2......
Udah le kot! Takde mende nak tulis sebenarnye. Sekadar pengalaman aku merasa gegaran gempa yang sikit, sikit kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang berada di kawasan malapetaka.

Wednesday, November 29, 2006

Tribute to so-called gula-gula Hacks


Hari ni aku nak meluahkan rasa kurang senang aku tentang apa yang dah berlaku kat diri aku dan kawan-kawan seperjuangan PTD sekelian yang terlibat dengan majlis konvokesyen kat PICC hari tu. Syukur majlis berjalan lancar. Tapi dalam diam tak diam, semalam dalam Yahoo Group batch aku, Kak Jaja Dangdut dah mengumumkan pasal surat yang dihantar oleh gula2 hacks kat semua KSU Kementerian pasal ketidakhadiran para graduan ke majlis konvokesyen. Dan kat KKM ni, nama2 sapa yang tersenarai dalam list dapat surat tunjuk sebab dan kene jawab kepada Puan SUB(SM).

Tak ke macam celaka namanya tu? Nak kata aku ni baik sangat tak de la, yes I admit kitorang balik awal pukul 5.00 petang dari PICC tu. Tapi logik ke raptai majlis setengah hari buat seharian? Dari awal pagi sampai la ke pukul 7.30 petang? Nak pulak time pukul 6.00 tu semua dah fed-up dengan pengurusan majlis yang huru hara.

Macam ni la ceritanya, surat jemputan konvokesyen yang kitorang dapat tu dah la tak detail. Yang dibagi tau sekadar raptai a day before, dan tarikh hari langsung konvo.

Hari patut raptai tu, berbondong-bondong kitorang pegi PICC. Semangat ni pakai number 1 dress. Sampai ada dia sedia bekpes. Tapi aturcara raptai? Takde....so taktau la apa yang bakal berlaku. Then ada pengumuman suruh masuk bilik menunggu. Dengan akur, kitorang melangkah masuk. Konon ada raptai bergambar. Tunggu sampai 3 jam, baru la sesi selama 5 minit tu berlangsung.

Kat sini dah hangin dah. Sudah bergambar, masuk tercongok kat bilik menunggu lagi. Pastu dibawak ke pintu2 masuk dewan pleno untuk perarakan masuk graduan. Berdiri lama lagi kat situ. Perut dah bunyi2 lapo. Ye la, makan pukul 7.30, ni jam dah injak pukul 1 tapi takde apa pun lagi yang berlaku selain berdiri tercegat depan pintu dewan pleno.
Dah sekian lama tercegat, baru la masuk. Duduk. Raptai acara dalam dewan pun mula. Time ni lagi la lawak. Macam tak organized langsung. Nak kata majlis 1st time, aku admit la 1st time buat kat PICC, tapi kan ke sebelum2 ni dah penah buat kat Bukit Kiara? Emcee start majlis. Patut waktu raptai penuh takde la keluar ayat ni waktu emcee tengah bercakap. Ni petikan dia.. "ulang balik ayat tadi tu" boleh tak tengah full raptai cakap camtu? Dah penat menjalani kebosanan, pukul 3.30 baru lepaskan kitorang lunch. Pastu pukul 4.30 suruh masuk balik? Dah la kat PICC tu kafe sebesar tapak tangan! Dengan orang dekat 600 orang nak suruh 1 jam break?

Dengan hati yang meradang, aku pegi la kuar ngan kekawan. Abis makan masuk smula. Taklimat pasal pakaian aturcara semua. Lepas abis raptai baru taklimat? Masa berlalu, dah pukul 5.30 petang aku dah tak tahan lagi. Dengan baju istiadat kat badan, nak dipakai lagi esoknya, aku angkat kaki la. Balik umah. Yang lain2 pun ramai cabut sebab nak amek bini, anak yang dah abis keje!

Sudah pukul 6.30 petang waktu aku kat umah, hosmet tersayang message kata gula2 hacks mengamuk pasal ramai takde! Halooooo....kitorang seharian dari pagi melangok takde wat apa2 tu patutnye appreciate la! Buat majlis tunggang langgang lagi nak marah2 kitorang. Some of us ada meeting kat office. Macam aku ni, berampun dengan boss nak g majlis konvo. Tolong la...lagi mau tulis surat kat sume KSU, kata tak datang raptai.

Untuk kawan2 ku yang bernasib seperti aku ni, harap korang sabar ye! Paham je la dengan gula2 hacks tu! time malam KSN nye raptai dulu aku dah kene jugak. Aku tau macam mana perasaan korang skang ni!

Untuk yang berkenaan, some people say boss is always right! However...pegang kata2 pujangga melayu, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah". I'm not saying dia zalim, tapi kalau tak betul, kami kat bawah ni pun ada hak untuk bersuara.

Sepanjang aku jadi artis kabaret, bila ada function kalau full dress raptai, takde de orang nak stop tengah jalan suruh patah balik! Ni macam tak reti buat pulak. Macam aku cakap la kan, bukan sekali baru diorang wat mende ni, dah banyak kali! Tempat je berubah. Geram tauuuu....sebab tetibe lak kata kitorang ni sebagai punca ketidaklancaran majlis (ikut surat yang sampai kat KSU setiap kementerian laaa). Tak pasal2 dapat surat tunjuk sebab.

Cukup la kot. Kang buat posting panas2 kang ada lak kaki retort nak melaporkan! Pantang tok nenek aku.....

Monday, November 27, 2006

Moto oh Moto

Aku nak cerita pasal apa aku pun dah tak reti. Nak cerita pengalaman kat tempat baru, takde yang menarik pun. Kejenye rutin. Baca, tulis, pikir, lepas tu baca, tulis dan pikir lagi. Tu la kisahnye. I missed those days kat SB, macam bursa saham, berlari sana berlari sini. Until now, I'm still wanted there. Ada je panggilan yang aku terima tanya itu tanya ini. Kalau tak kerana Pak Meon yang arrogant tu, takde la aku jadi tawar hati nak keje lagi kat situ. Isk...melalut lak!

Hari ni aku nak ceritakan pengalaman yang aku rasa menarik untuk dishare. Memang la khurafat nak percaya semua ni tapi bila dah jadi kat aku tu, aku terkesima kejap. Last friday, petang lepas solat Jumaat aku tak masuk office. Mintak dengan TSUB untuk amek LPC kat Kem SB (kembali jugak ke sana), pastu nak proceed ke kedai Perodua kat Taman Segar, Cheras. Saje buat lawatan Cik Kiah ke sana.

Ceritanya bermula lepas aku ke kedai tu. Moto kesayangan aku yang aku usung ke sana ke mari tu mula la buat perangai. Malam tu waktu keluar makan ngan SerOja, dia dah bunyi pelik. Rantai macam nak jatuh. Aku gagahkan jugak la untuk redah ke kedai KOPITIAM Bangi lepas tengok AJL Irama Malaysia tu (untuk makluman, kedai KOPITIAM ni best untuk chill out dengan kawan2. Roti bakar dia sedap), sebab dah tengah jalan kan, kalau nak patah balik buatnye rosak btol mau aku menolak sorang2 tengah2 malam. Minum dulu ngan diorang pastu pikir apa nak buat.

Mintak tolong Oja tengokkan apa yang patut. Nak harap aku sorang, honestly aku fail bab2 kenderaan ni. Mula2 nak tegangkan rantai yang kendur tu, spana cap ayam yang ada kat moto patah pulak.

"takpe...aku takmo nyusahkan korang...aku balik je la slow2..."

Dah pukul 12 time tu, start moto terus aku hala ke rumah. Tapi bawak slow2. Mana la tau tengah laju rantai jatuh terus aku buat aksi superman kat tengah jalan kang. Dan igauan aku pasal rantai jatuh tu jadi kenyataan...

Dah tak tau nak buat apa, aku call la SerOja, walaupun berat....trima kasih korang ye! Konon nak masukkan moto dalam avanza, tapi sebab moto aku tu moto..dan bukan beskal, maka tak muat la. (Oja....kuat kan aku? Angkat moto slambe je....ko kuat macam aku tak?).

Repair punya repair tak berjaya..last resort, kene la call hosmet tersayang bakal pengantin berdarah manis tu, cian plak kat dia tak pasal2 kene datang tengok. Mamat tu penah merempit cam aku, so dia keluarkan alat2 doraemon dia...siap! Alhamdulillah.

Sekali imbas scene malam tu, musti orang ingat 3 orang jejaka tolong sorang awek yang kerosakan moto di tengah malam. Hahahah...

Apa pun, bukan aku nak cerita pasal rosak kejadah ni, aku nak berpikir sejenak. Knape bila barang2 besi yang takde perasaan ni, bila tau je kita nak buat sesuatu kat dia, terus dia macam merajuk aaaa? Korang penah alami tak macam aku alami ni? Ari tu henset...kata nak tukar terus dia ilang. Ni moto lak...baru je bawak melawat ke kedai kereta, blom kompem beli lagi...dah dia pulak buat perangai.

Untuk motorku tersayang, aku takkan jual kau sebab aku sayang kau macam mana hari pertama aku beli kau dulu (macam pujuk bini la plak). Walaupun aku ada kenderaan yang lebih besar satu hari nanti.....Insya Allah, aku akan usaha untuk jaga kau sebagaimana dulu. Sebab? Sebab aku tau betapa susahnya nak dapatkan kau. Gigih kumpul duit untuk mendapatkan sebijik kenderaan beroda dua. Kalau keje aku hebat macam drebar bergaji besar...mungkin gak la aku tak gigih camni. Hiks.....

Dah la kot, cukup ngomelan ari ni. Untuk sahabat yang menang Miss World Pageant tu, tahniah la ye! I know u can do it.. (Pengkid Terhormat DiRaja...kalau kau terbaca ni, kawan kau tu dah menang...ucap la tahniah kat dia)

Lama lak aku tak berpantun.....try seround...

"Idam nak jolok buah berangan,
Sayangnya galah belum dilentur,
Idam beradu berbantal lengan,
Sayangnya orang berkalih tidur...."

-taken from nasib melukut by syura-

Monday, November 20, 2006

Aviation Enthusiast

Hmm, isk sehari sampai 2 posting. Amek ko. Haha....ni dah posting ke 100. Kalau ikut abang Rush Tepak Sireh, dia ada buat celebration. Tapi aku takmo la mencedok idea orang ni. Tak elok, nanti kene charge bawah akta hakcipta terpelihara, plagiarisme! Bahaya oooo...

Hari ni aku nak ceritakan pasal hobi aku yang aku rasakan lain dari sesetengah orang. Some people enjoy reading, some enjoy gardening. Aku ni pelik sikit. I love planes. I enjoy watching planes. Indeed, kalau korang perasan kat blog aku ni ada link ke aviation forum. I like to read all about planes. Satu masa dulu penah aku ke Singapore untuk cari keje dengan SIA, dah sampai final stage interview Cadet pilot tu. Tapi takde rezeki. Tapi tu la kan, Allah Taala tu dah letakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau aku masuk join SIA ntah apa la jadi ngan aku skang. Dan mungkin blog aku ni bukan Ranjau Seorang PTD, apa la nama agaknya? Silap aribulan tak reti berblogging pun.

Haaa, ni gambar aku amek kelmarin. Waktu memasang aku punya die-cast model Boeing 777-200 Malaysia Airlines, limited edition. Untuk Oja yang keje sebagai driver bergaji besar tu, mekasih sebab susah payah melayan kerenah aku. Since kapal terbang ni cantik kalernya, aku pun memang berusaha nak beli. Harga toksah tanya la, cukup untuk aku katakan worth it! 15 hari belanja makan tuuuu. Nak kumpul lama dah, tapi aku pun tak tau how to start. So, sejak tau Oja dah dapat promotion naik triple 7 fleet, aku pun memberanikan diri tanya pasal die-cast model ni. Nak beli yang Boeing747 Hibiscus tu rasa macam dah takde stok lagi. Dapat yang ni pun dah cukup berbesar hati. Bukan senang nak dapat limited item macam ni.

Dah selamat aku letak kat opis. Tapi those yang tak tau, mungkin nampak macam kapal terbang biasa. Tapi pada aku, sangat2 la bermakna. Hah, siap ada IC lagi kapal terbang ni. Ehm, walaupun cita2 nak jadi drebar bergaji mahal tak berjaya, tapi sekurang2nya aku boleh la menceritakan serba sikit pasal kapal terbang. Hiks...tapi apa pun aku bersyukur dengan keje yang ada skang ni. Dari segala segi, Alhamdulillah, cukup untuk menampung hidup aku. Terima hakikat yang apa yang kita nak tu tak semestinya sentiasa kita dapat. Apa yang Allah dah aturkan tu sesungguhnya ada hikmah disebaliknya. Yang penting, setiap kerja yang kita buat, niatkan Lillahi Taala untuk mendapat keberkatan. Tapi make sure la keje tu halal. Kan?


Konsert Irama Melayu Asli

Untung kalau ada kawan keje kat Istana Budaya ni, segala maklumat pasal upcoming show boleh tau dengan segera, even show2 perdana yang rakyat jelata tak boleh masuk, tapi time rehearsle boleh datang tonton.

Untuk Wawa, thanks for the complimentary pass untuk masuk Konsert Irama Melayu Asli last week. Really enjoyed the show. As for some people, thoy don't bother to go and watch such performance. But for me, this is the opportunity to sit and listen to the harmonious melody. Kudos to Istana Budaya, even the arrangement was a bit messed up, overall performance was great.

The show started with a medley musical performance and followed with Ahmad Jais, Orchid Abdullah, Andrew Goh, Haziq AF4, Samsudin Lamin and lots more. Ghazal, inang, zapin, asli, langgam, best jugak layan lagu2 macam ni sekali sekala. Lagu dah sedap, muzik dah sedap, tapi backup dancer lak buat tingtong kat stage. Kata penari Istana Budaya, tapi nampak macam tak reti menari pulak. Harapkan rupa je ada, tapi nak lenggang inang pun payah. Kekok. Nak kata amatur, tak pulak! Penari sepenuh masa yang patutnya kerjanya menari.

According to Wawa, diorang sibuk dengan nak buat show kat oversea, so tak sempat nak concentrate show kat dalam ni. Hai, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati tak makan. Patutnya penonton kat dalam ni pun disajikan dengan show yang setimpal dengan apa yang diorang bayar! Pada aku, alasan ada banyak show tu tak boleh diterimapakai. Langsung tak logik. Ehm, lebih2 lak aku ni. I supposed ni komen untuk penyanyi bukan untuk backup dancers. Tapi lantak la, aku rasa singers dah takde mende nak komen. Semua sedap! Yang mencacatkan permandangan adalah dancers sekelian. Mata jeling kiri kanan macam tak penah menari!

Wah..lebih2 lak kritik. Agaknya waktu aku on stage dulu pun camtu kot! Dari pandangan seorang penari amatur, aku tak tengok step apa yang satu2 team tu buat, aku tengok sapa yang tingtong.

Seat aku kat dalam Panggung Sari tu dalam 2 meter dari stage. So nampak la lobang idung Haziq bila dia nyanyi. Tapi la ni dia takde gigil2 dah. Mungkin dah belajar cara nak kontrol menggigil kot. Ala mana2 performer kalau takde stage fright tu kira tipu la. Musti ada walaupun sikit. Hmm, sambil menonton aku tengok Abang Boy macam layan je walaupun taktau lagu apa yang depa nyayi. Mungkin lagu yang common macam lagu Tanjung Puteri tu bole la ikut sikit2.

Nak dijadikan cerita sebelah aku duduk tu ada la sorang budak yang hyperactive. Tak dok diam. Padan la IB gariskan kanak2 tak bole masuk. Tah hapa2 la budak ni buat. Aku nak layan konsert dia dok bising. Kejap2 bangun, kejap2 pusing belakang, kejap2 cakap! Hangin gile. Dah lama aku bertahan, sampai la satu tahap, aku gulung buku program yang dapat tu, aku ketuk budak ni. "Adik boleh duk diam tak?" Kat sebelah sana ada abang kakak mak bapak dia tapi aku peduli apa. Walaupun tiket free, tapi aku membayangkan orang kat belakang aku pun rasa irritating dengan apa yang budak tu buat. Memang wajar ada outline untuk kanak2 yang nak masuk performance2 macam tu. Aku peduli hapa anak orang ke anak sapa ke, niat aku nak mengajar.

Hmm..udah la kot untuk hari ni.

"Penawar rindu padamu seorang,
Mengapa selalu semagatku dikau puja...." layan sehhh...kelepup kelepap tangan aku tepuk peha.

Ahaks....apa pun sekali lagi thanks untuk Wawa. Dino ngan Abang Boy, mekasih gak ikut gi tengok. Lenkali kita gi tengok lagi aaaa....

Friday, November 17, 2006

Selamat Tinggal ATMA

Jumaat lepas, seminggu yang lalu aku dah say bye bye kat ATMA selepas seminggu aku menangguhkan tempoh memulakan tugas, and on Monday aku secara official masuk ke KKM, Parcel E. I was so nervous, tak tau apa bala yang menanti. Overall, kesimpulan yang aku boleh buat kerja kat ATMA tu best, tapi bila dah nakhoda buat kapal bergoncang langgar ombak, awak2 kapal akan mabuk. Dan bila kapal dah nak karam, nakhoda yang masuk ke rescue boat dulu tanpa pikirkan awak2. Lepas aku blah ada isu lagi hangat timbul. Kesian la kat manusia-manusia kat atma tu. Aku tumpang simpati kat korang. Semoga tabah menghadapi Pak Meon yang perasan best tu. Kau nak jadi VC? Amek laaaa....tapi kalau dah keras ati camtu, payah orang nak suka. Orang lain pun keje askar gak, takde la macam dia ni. So damn arrogant!

Apa pun, I'll miss every single moment kat ATMA. Untuk semua staf kat Bahagian Akademik, it has been a pleasure to work with you guys. Untuk pensyarah2 sekelian, terima kasih banyak2 atas kerjasama yang diberi. Untuk 6 jahanam, N1 sampai N5, aku sedih sebenarnya. Tapi lumrah hidup, kita kena terima hakikat.

Sebelum aku abiskan hari terakhir aku tu, sengaja aku balik lewat. 1830H aku nak lalu kat roundabout RSAT Sg Besi, sebab ada orang tiup trumpet sambil turunkan bendera. Berentikan kenderaan, senyap. Layan kejap. Sedih seh...pasni nak masuk kem pun belum tentu lagi. Rasanya la kan, mana taknya dah lari keluar MINDEF langsung.

Untuk para pembaca, aku nak mintak maaf pasal lama tak update blog ni. Aku ada komputer yang canggih kat opis, tapi connection internet problem. Port untuk cucuk aku nye line rosak. So dari hari Isnin aku lapor sampai la hari Khamis baru resolve. Mungkin derang kat sini banyak keje kot. Apa pun terima kasih aku ucapkan kat technician yang repair tu.

Tempat baru, aku naik tingkat 9 lapor kat Mr Takmesra. Dan terus dia bawak aku naik tingkat 10 ke unit. Unit Dasar dan Penyelarasan. Compare tingkat 9 dan tingkat 10, walaupun bawah Bahagian yang sama, tapi kat tingkat 9 macam Pasar Borong, riuh rendah bunyinya, naik tingkat 10 alahai macam rumah mayat lak. Opis baru berdepan dengan bilik SUB. Lagi la aku masak....asal dia nak masuk / keluar bilik mesti lalu bilik aku.

Hmm...keje macam biasa. Buat dasar ni kene banyak baca dan tulis. Malay and english. Macam mana aku nak asah lagi skil aku menggarapkan bahasa2 yang boleh difahami dan indah! Kene baca banyak ni.

Staf bawah aku 2 orang je. Takde lagi PAR, takde lagi jurutaip. So sume buat sendiri. Kalau dulu, bole la "Padillll.....amek ni potostat". Skang ni merayau la cari mesin sendiri. Isnin, aku baca dan pahamkan fungsi2 unit, tengok kerja2 mamat yang MIA ni. Selasa, keje mula datang. Rabu, kamis dan ari ni.........ulalala...memang memerah otak namanya. Banyak la pulak nak baca dan ulas. Banyak lagi benda nak karang. Takpe...cabaran namanya. Kalau pikir positif, positif la keje yang akan jadi.

Awal ni, tengok, dengar, serap dan bertindak. Nak kekwatkan diri blom sampai masa lagi. Tapi ada la yang dah kene sembur ngan aku. Ahaks...sembur manja. Bukan teruk sangat pun. Banyak isu gak kat tempat baru ni. Sana tembak sini, sini tembak sana. Lumrah!

Dah la kot. Nak menaip ni pun curi2 masa. Kalau kat ATMA keje bermusim. Kat sini sentiasa ada. Nak sesuaikan diri dengan suasana kat tempat baru ni takde masalah rasanya. Usaha, doa dan tawakkal...insya allah berjaya

Thursday, November 09, 2006

Salah Tema la pulak...

Malam tadi g majlis raya Alumni UKM kat PUSANIKA UKM. Cik Noey jemput last weekend. Mintak hadir ke majlis raya. So lepas keje semalam, balik umah siap2 la nak ke UKM. Ajak si Wawa sekali, dia pun kata dapat jemputan. Konon Cik Noey cakap dress code Baju Melayu. Aku gigih la iron baju sebelum mandi. Ye la, nak masuk majlis kene la ikut apa yang diberitahu.

1930h aku gedeh2 naik moto ke umah Wawa, dia kata tengah siap waktu aku nak turun dari umah. Sampai je terus dia dah ada kat bawah. Mula2 budak Wawa ni malas nak pegi. Kata Cik Noey tetamu ramai yang senior2 grand2 ni. Aku pun prepare la sebaik mungkin, ye la kan imej kita kene jaga gak.

Cik Noey cakap majlis mula 2000h. 1945 bertolak, 1955 sampai. Masuk UKM, sampai PUSANIKA nampak kosong lagik. Aku dah gelabah dah. Kot2 salah tempat. Skali nampak Cik Noey dengan baju kaler merah ubi tu. Lega sikit, usha lagi tengok orang yang datang, Mat Ting Pengetua Kajai pakai batik. Aku lagi gelabah.

Sebelum sampai, dalam kereta aku cakap ngan Wawa kalau orang tak pakai baju melayu kita balik. Sebabnye slalu kat UKM tu, orang tak dress to code slalunye. I learn based on experience, melainkan kat Pusat Kebudayaan, sebab selalunya majlis yang diadakan ada tema.

Sampai je, terus call Cik Noey, sebab nampak Mat Ting tu pakai batik aku ngamuk kat dia. Aku kata nak balik. Cik Noey kata Mat Ting boss, so dia pakai batik. Lepak la dalam kereta sat gosip2 ngan Wawa sambil perhati orang2 yang datang. Batik, batik dan batik. Sume batik.

Wawa ajak balik. Aku pun dah rasa nak balik sebab nampak cam kitorang je pakai baju melayu selain Cik Noey. Panggil Cik Noey kata nak balik. Dia suruh stay jugak. Dia kata Ayen nak datang, call Ayen dia kata pakai Baju Melayu gak. Bertambah geng. Tapi apa yang nampak VIP2 sume pakai batik. Chess....

Here we are, ni kawan2 seperguruan ngan aku. Aadyamaatra Alumni. Ayen, Me, Cik Noey & Wawa. Dah cukup korum kalau nanak wat show ni.


So bila majlis dah nak mula, baru la kitorang menyelit. Nasib baik takde ucapan. Terus ke acara makan. Tapi tetamu yang datang nampaknye ramai students dari alumni. Yang alumni pulak, yang keje di UKM. Alang2 dah datang makan je la. Orang nak bagi makan. Ye dak?

At last ada gak budak pakai baju melayu, tapi tak complete. Baju Melayu, ngan slack, sandal. Cik Noey kata lengkap! Alahai, rasa nak cabut je samping ngan songkok tu. Tapi kesian lak kat Ayen ngan Wawa.

Makan dan makan...terus makan. Banyak lak makanan, tapi orang tak ramai. Agaknya pasal majlis Mat Ting wat kot? Lepas makan terus cabut la, perut dah kenyang. Takmo rimas2 kan badan ngan baju melayu. Ye la dah kene cerempet, nak panas pun kawan sendiri. Tapi pasni kalau wat majlis camtu takmo caya lagi la.

Moral : 1. Jangan caya kalau majlis ciput2 ni (nak2 kalau alumni UKM yang buat), pakai la baju sesedap rasa kalau derang yang wat majlis.

2. Sediakan baju extra dalam kenderaan anda (ni kalau g majlis besar2 la), kalau salah tema boleh tukar on the spot. Takde la nak malu masuk majlis.

Ok la kot, apa pun kenyang la makan kat situ. Mekasih Cik Noey....

Wednesday, November 08, 2006

Emergency Leave

Isnin malam, sedang elok aku dinner dengan JP69 dan awek, phone aku menjerit. Tengok number dari Bota. Ada apa la pulak ni ye?

"Di...mak ni, ni nak kabo, Pak Dollah kamu sakit kuat. Udoh 3 haghi tak sedornye"

Oh ye Pak Dollah tu adalah sdare sepupu kepada ayah aku. Jejak kasih waktu Modul Penempatan Kampung. Lama sangat bapak aku dan makcik2 aku tak jumpa dia. Kebetulan aku kene kat Bota. Satu malam waktu solat maghrib, hajat bapak aku nak jejak sepupu dia tu tercapai. Allah Taala dah tetapkan pertemuan tu. Alhamdulillah.

So, lepas mak angkat call, aku dail Haji Osman Yahya, maklumkan kat dia pasal perkara ni. Then, Hajjah Umi Kalsom Yahya (mak ngah aku ni terus nangis...lama tak jumpa dia kata). Lastly, Hajjah Habsah Yahya (tapi mak ngah aku dah dail dulu mak su aku ni...). Settle makan (sedap pulak nasi goreng Sri Gading kedai Abang Zek ni), balik umah bapak aku call lagi suruh pegi melawat jugak.

Kak Umi dah nangis2. Takut apa2 jadi, nanti takdan jumpa, siap mintak number telefon mak angkat aku nak cakap personally (umah Pak Dollah takde telefon). Aku pulak kepenatan. Dah la ujan, nak pegi malam tu jugak alamat membahayakan diri sendiri. Kalau diorang yang nak redah pegi, alamat tak sampai la kot. Dah la taktau kat mana orang tua tu tinggal.

Diskas dengan Kak Umi, last2 decide nak keluar awal pagi. Aku nak maklumkan kat Pengarah Akademik yang aku nak EL. 1st time aku amek EL sepanjang aku bekerja (since aku grad dulu laaa). Tapi benda dah urgent macam ni, baik la berkorban sikit.

Arwah tok punya pesanan "Kalau nak tengok biaq la waktu orang dok celik lagi, kalau dah keraih, toksah tengok pun takpa"

Pagi semalam, seawal pukul 5 Kak Umi dah call aku nak suruh siap2. Aku kat Kajang, dia kat Ulu Klang, nak ke Klang Lama umah Mak Bonda. Dalam pukul 9 bertolak ke sana, pukul 11 sampai. Laju la hai kezen aku Zairin ni bawak kete.

Kak Umi...bila start masuk Tapah je, hah ni ke Bota...(teringat cerita Shrek..."are we there yet" sepanjang jalan).

Sampai je Bota terus la ke umah Pak Dollah. Sebelah je dengan umah keluarga angkat aku. Hantar diorang, tengok Pak Dollah serba sikit, terus melapor diri aku kat umah mak angkat. Kat situ la melepaknye. Mak masak baikkkk nye, siap jamu kitorang sume makan.

About 5 hours kat situ, balik la ke KL semula. Ziarah, makan, sembang2 cite keluarga (Tu Kak Umi ngan Chu la). Aku dok umah mak angkat. Tapi bonet kereta penuh la barang yang dibagi. Keladi, Daun Pisang (isk..) daun itu daun ini, Jagung..macam2 la ada. Seb baik bukan musim buah macam aku pegi tahun lepas. Kalo tak haru. Mak tapaukan kue kapal terbang kasik bawak balik. Ayah pun hepi..mana taknye, baru je aku balik ke sana ari tu..dah muncul smula.

Apa pun, aku puas pasal dapat temukan Kak Umi ngan Chu dengan Pak Dollah. Thank God sebab menempatkan aku kat Bota tu, kalau tak alamat tak tau la apa cerita Pak Dollah tu.

Enuff for today...mari peningkan kepala dengan orang2 periksa kat ATMA ni

p.s Ari ni takde gambo, pasalnye tak bawak kamera pegi sama.

Monday, November 06, 2006

Tempat Baru

1.11 2006 aku mulakan dengan melapor diri di tempat baru. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Nervous gak time melapor tu. Maklum la kan...tempat baru. Aku dah jadi macam rusa masuk kampung. Selama ni Sungai Besi la dunia aku. Thanks untuk Chen, bawak aku jumpa dengan orang2 yang patut aku tuju.

Mula masuk, jumpa person incharge kasi surat dulu (pesal la ko tak mesra alam...lom g DPA lagi tu dah nak kereks dengan aku). Sudah kene la floating, sebab SUB ada meeting. 3 hari aku floating tak wat keje apa2. 1st day, aku kat library je. Khatam sume surat khabar yang ada. Internet ada, tapi kat KKM masya allah slow gile. Ingatkan kat Putrajaya tu canggih la. Alahai, lebih kurang ATMA la jugak.

2nd day masuk kejap, pastu lari ke Kem SB untuk wat keje. SUB pun takde (kalau ikut mr takmesra, dia pi Perak). So sehari lagi menunggu. Banyak mende menunggu aku kat SB. Balik ke SB, macam anak ayam kematian mak. Kesian pulak. Mana tak nye, officer sume dah posting. Member2 kat Pusat Komputer dah ilang. Yang tinggal staf sokongan dan pegawai yang posting internal (MINDEF).

Masuk hari ketiga, hari paling mendebarkan aku. Kalau ikutkan kertas kerja Mr Takmesra nak postingkan aku ke Hospital Ampang menggantikan pegawai kontrak kat situ. Dalam hati dah happy la sikit, sebab buatnya dia hantar aku tah mana2 mau aku kalut nak pack barang, kemas itu ini. Kalau ikut congakan awal, kat HQ takde kosong. Pagi2 0830h aku ke bilik SUB, Puan Sabariah nak menunggu tempat.

Dalam hati ni doa "Ya Allah, kau lembutkan hati Puan Sabariah sebagai mana kau lembutkan besi Nabi Daud A.S". Bukan apa, orang cakap this person will give unexpected result. Masuk jumpa dia, macam interview keje pulak. Gabra sehhhh

"Kita nak hantar awak ke sabah, kat sana ada banyak kosong"

Damn! Aku gabra gile...

"Well, let me see how...u may now leave the room"

"Agak2 bila bole saya tau Puan?"

"Kejap je saya nak buat ni....ptg karang insya allah dapat tau"

"Puan, saya nak minta tangguh dulu tarikh saya masuk sini, kalau boleh biarla saya selesaikan keje2 yang outstanding dulu. I dun want people to label me as pegawai tak bertanggungjawab"

"Permission granted..seminggu. U come back on the 13th"


So tengahari tu aku jadi serba tak kena. Jumaat pun tak khusyuk. Risau memikirkan apa la nasib aku. 1445h, aku masuk KKM semula. Jumpa Mr Takmesra untuk tengok nasib aku.

"Kau kena ke Sabah..."

Damn...konon nak usik aku la tu. Alhamdulillah, aku bukak surat tak bersign tu, UNIT DASAR DAN PENYELARASAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA. Office kat HQ, tingkat 10 tu. Dengar2 tu unit baru. Pegawai yang ada MIA, tengah siapkan kertas kerja nak berhentikan ini pegawai dari perkhidmatan. Macam2 la ragam hai.

Well, dapat je tau. Terus aku call Haji Osman. Maklumkan pasal penempatan aku yang baru. Syukur tak kene campak jauh2 sebagaimana yang dikatakan. Makbul kot doa Pelembut Besi yang aku baca tu (doa ni slalu aku baca waktu nak jumpa orang2 yang dikategorikan sebagai besi waja yang keras tu) - Thanks Bayah for reminding me...waktu kat SMAP dulu slalu aku baca. Then, sebab memikirkan unit aku yang baru tu macam pening je, I've decided to cool myself down kat ALAMANDA (mengulau la tu), sambil2 lepak minum kopi kat STAR****, tenangkan fikiran. Renung apa yang perlu aku buat untuk masuk unit baru ni.

Nak sempoi macam kat ATMA ni ke? (Indeed aku kekwat kat sini....sapa2 yang penah keje ngan aku tau la kot!). Atau should i be more mesra rakyat? Or should i be singa? The decision is up to me. Kita tengok dulu cmane keadaan. Kat HQ banyak lagi rintangan, banyak lagi dugaan. Tunggu je la apa yang nak datang. Hari ni kita siapkan keje kat Sungai Besi dulu....

Tuesday, October 31, 2006

Return to Bota

Saturday, after returning from a long holiday, I've decided to visit my Keluarga Angkat at Kampung Air Mati, Boston...(ish, speaking London la pulak hai). Untuk Azhar Tani n wife, trimas sebab bawak aku tumpang ke Perak. Dah lama teringin nak pegi, tapi takde kenaikan. Cmane aku nak pegi ke sana. Mujur la ada insan yang bermurah hati bawak aku pegi. Insyaa Allah tahun depan aku pegi sendiri (ni bagi hint sesuatu kot?)

Oh ye, keluarga angkat ni aku dapat waktu kursus kat INTAN dulu. 10 hari spend time jadi kampung boy. Kisahnye aku ni mai dari kampung gak. So takde masalah nak sesuaikan diri kat sana. Adat berdagang kat tempat orang, kena la buat baik macam duduk dengan mak bapak sendiri. Baru la orang sayang. Ye dak? Buktinye, sampai bila pun orang akan kenang kita. Rite?

Seawal 6.30 pagi aku dah gerak keluar ke Komuter Kajang, naik tran kul 7 ke Shah Alam. Azhar pikap aku kat sana, 0900H gerak ke Bota, rilek2 dalam 1230H sampai la ke umah ayah mak angkat aku. Aku tak telepon dari awal, takut depa tertunggu2. Saje wat seprais. Sudah sampai kat Tapah baru la call. Alhamdulillah ada orang jugak kat umah.

Dah sampai, ada ayah je dok tunggu. Heran gak sunyi sepi je umah. Dan dan lidah aku ni tune frekuensi ikut orang perak cakap. Sape2 yang penah dengor awok belabun ni...mungkin deme tau le kirenye.

Sampai je salam peluk cium ayah, kemdian ayah cakap mak takde, gi khoje kenduri umah adik. Terus gi ajak makan kat Tanjung Blanje. Ate pueh bebenor le teman gi makan kenduri, ade gulai tempoyak ikan patin. Idok le teman suke bebenor pun, tapi kagum sebab ada gulai tempoyak tu.

Sampai umah kenduri, salam mak. Mak peluk aku, cium aku. Cakap "mak rindu kat di..." Uh, sensitip kejap. Tapi tu la, macam aku cakap. Buat baik tu insya allah orang akan kenang. Kat kampung tu jadi heran sat tengok mak angkat aku peluk anak orang. Ahaks...

Abis makan, jumpa la sedare2 angkat aku yang lain. Ayat pertama kakak cakap "apsal dah kembang?" Hahahaha....memang kembang pun!

Balik kenduri, salam2 dulu then drop ayah kat umah. Terus proceed g Pasir Salak umah parents angkat si Azhar lak. Cian tengok bapak dia. Wheel chaired skang ni. Katanya lutut dah kering grease tu! Untuk family azhar bior le dia yang ceghite. Eheks...

Abis melawat sume, gerak la balik ke KL. Dah kul 10 malam baru sampai umah. Erk, drynye posting aku hari ni. Apa pun, pengalaman 10 hari kat Bota tu cukup indah. Ada sesetengah orang rasa pahit tapi aku rasa cukup indah. Seronok kiranya. Walaupun derang tak raise aku dari kecik, 10 hari je tapi derang layan aku macam anak derang sendiri.

Ayah dan Mak kat Bota, thanks sebab terima Di. Umur panjang kita jumpa lagi ye...Oh ye, kat atas ni gambo amek kat Bota ari tu. Tak banyak sebab aku excited gile jumpa both of my parents angkat.

Monday, October 30, 2006

It's a looooooooong holiday

Panjang gile cuti. Sampai aku malas nak masuk keje ari ni. Puas aku beraya kat kampung. Well, ni cerita pasal raya la pulak. Aku balik hari Sabtu Deepavali tu. Untuk Emon, mekasih hantar aku gi terminal. Kat bawah ni gambo plane yang aku naik untuk balik ari tu. Masya allah ramainye orang kat terminal. Maklum la raya kan....double festival plak tu. Sampai penang terus amek teksi ke jeti. Naik feri la kan..macam biasa. Haa, korang perhati betul2 apa yang tertulis kat feri tu, nama dia sungguh menarik. Yang aku heran feri lain penuh je tulisan, walhal nama panjang i.e Pulau Talang Talang, double word tu. Tapi feri kat bawah ni, p.undan...hahahahah....tergelak aku tengok. Dah selesai cerita feri, sampai umah mula la acara membesarkan badan. Fahmi Osman ngan Lukman Osman lom sampai lagi. So tak penuh la umah tu. Merasa la aku tido atas katil semalam. Puasa 2 stengah hari, sahur 2 kali. Bila dah balik semua, meriah la umah. Bising ngan budak2 kecik. Mami Dedi pun happy. Tapi yang paling aku happy tengok Baba pakai baju yang aku beli tu. Thank God dia suka. Hmm, malam raya bayar fitrah kat amil. Pagi2 raya acara bergambar la plak. Haa, kat bawah ni latest look di pagi raya, baju raya 2 tahun lepas. Muat lagi. Whew lega..maksudnye takde la aku ni membesar bagai johan sangat kot. Gambo ngan family, ni macam acara wajib tiap2 tahun. Pastu Baba frame letak kat living hall, as u can see down here, my family. Kat tengah sekali, my beloved dad. Belakang tu semua siblings aku, all boys. Kat depan, geng2 pompuan, Mama, sis-in law, and my nieces. Dah abis gambo ramai2, amek gambo posing la plak. Haa, ni ha anak2 sedare aku. Almas Nadhirah & Ambreen Thuraya (huk..payah la hai nak sebut nama orang yang canggih2 skang ni). Soalan2 membunuh untuk aku bila orang dok tanya "Hang bila lagi?". Aku buat donno je. Lantak la orang nak cakap apa pun. Aku peduli apa kan. Aku yang nak kawin bukan orang yang dok tanya tu. Haaa..ni anak mak. Kalau aku letak cermin mata muka aku jadi macam seorang wanita di sebelah aku ni. Mama...kalau dulu nak raya dia la sibuk buat kue tat untuk jual. La ni main tunjuk je laaa....Kan mama kan? Hmm...beraya ngan parents, takde la formal macam dalam TV tu, parents dok atas kerusi, pastu datang anak2 salam, yang sulung lead. Kat umah aku tak..sapa siap dulu, salam la dulu. Janji beraya kan? La ni takde la duit raya dah. Huhu..

Dah, abis solat gi pusing2 kampung umah arwah tok puteh, gi umah tok amah, umah mak2 menakan, pak2 menakan. Selesai raya pertama, raya kedua tunggu kat umah je la. Anak2 menakan baba mai melawat. Time ni la aku menghulurkan paket berisi duit tu. Budak2 skang ni demand la sangat.

Tahun lepas aku letak singgit, depa bukak depan2 aku. Skali tengok ada singgit, ayat ni yang keluar:

"Allah...sringgit"

"Hah..kalau hangpa takmo bagi kat aku balik...."

Tahun ni aku letak singgit lagi. Tapi aku kasi ayat ni pulak:

"Hah...sampul tu bukak kat umah hangpa nanti, kalau bukak la...aku dah jampi, duit tu nanti jadi kertas"

Menjadi plak taktik aku. Takde sape yang bukak. Whew legaaaa...

Abis raya, Khamis, Fahmi Osman n family balik umah. Aku balik Jumaat. Naik kat Tanjung lagi. Baba hantar sampai jeti, Ajax Tomok amek dekat Tanjung sana. Mekasih Ajax. Sementara menunggu Ajax tu, ada pulak matsaleh dok naik Lanca kat sana.Amek gambo (maklum la kamera bau kedai lagi - ya allah peliharalah kameraku kali ni). Macam kiut lak naik beca tu. Teringin ahh....Ajax sampai. Pi pusing makan laksa penang kat Pantai Seagate bertentang ngan Pulau Jerejak tu. Bukan apa, teringin sangat nak makan laksa. Kalau tak salah dalam posting aku waktu aku kursus kat penang aku dah letak gambo laksa yang sedap tu. Kenyang melantak....pegi la Airport. Kali ni plane tak penuh. Load dalam 40 pax je. Tapi kan skang ni, kalau naik MAS, selain dapat oren juice tu, ada kacang masin nostalgia tu. Ari tu balik ke umah dapat sepaket. Kali ni outbound to KL, aku tapau bawak balik. Hahaha.....rasakan. Agaknya MAS pun pening kot pasal orang asek mintak kacang je. Nak2 kalau dapat passenger cam aku ni.
Dah...cukup la cerita pasal raya. Next posting aku cerita pasal beraya kat Bota plak. Best ooo raya kat Bota..