Monday, November 27, 2006

Moto oh Moto

Aku nak cerita pasal apa aku pun dah tak reti. Nak cerita pengalaman kat tempat baru, takde yang menarik pun. Kejenye rutin. Baca, tulis, pikir, lepas tu baca, tulis dan pikir lagi. Tu la kisahnye. I missed those days kat SB, macam bursa saham, berlari sana berlari sini. Until now, I'm still wanted there. Ada je panggilan yang aku terima tanya itu tanya ini. Kalau tak kerana Pak Meon yang arrogant tu, takde la aku jadi tawar hati nak keje lagi kat situ. Isk...melalut lak!

Hari ni aku nak ceritakan pengalaman yang aku rasa menarik untuk dishare. Memang la khurafat nak percaya semua ni tapi bila dah jadi kat aku tu, aku terkesima kejap. Last friday, petang lepas solat Jumaat aku tak masuk office. Mintak dengan TSUB untuk amek LPC kat Kem SB (kembali jugak ke sana), pastu nak proceed ke kedai Perodua kat Taman Segar, Cheras. Saje buat lawatan Cik Kiah ke sana.

Ceritanya bermula lepas aku ke kedai tu. Moto kesayangan aku yang aku usung ke sana ke mari tu mula la buat perangai. Malam tu waktu keluar makan ngan SerOja, dia dah bunyi pelik. Rantai macam nak jatuh. Aku gagahkan jugak la untuk redah ke kedai KOPITIAM Bangi lepas tengok AJL Irama Malaysia tu (untuk makluman, kedai KOPITIAM ni best untuk chill out dengan kawan2. Roti bakar dia sedap), sebab dah tengah jalan kan, kalau nak patah balik buatnye rosak btol mau aku menolak sorang2 tengah2 malam. Minum dulu ngan diorang pastu pikir apa nak buat.

Mintak tolong Oja tengokkan apa yang patut. Nak harap aku sorang, honestly aku fail bab2 kenderaan ni. Mula2 nak tegangkan rantai yang kendur tu, spana cap ayam yang ada kat moto patah pulak.

"takpe...aku takmo nyusahkan korang...aku balik je la slow2..."

Dah pukul 12 time tu, start moto terus aku hala ke rumah. Tapi bawak slow2. Mana la tau tengah laju rantai jatuh terus aku buat aksi superman kat tengah jalan kang. Dan igauan aku pasal rantai jatuh tu jadi kenyataan...

Dah tak tau nak buat apa, aku call la SerOja, walaupun berat....trima kasih korang ye! Konon nak masukkan moto dalam avanza, tapi sebab moto aku tu moto..dan bukan beskal, maka tak muat la. (Oja....kuat kan aku? Angkat moto slambe je....ko kuat macam aku tak?).

Repair punya repair tak berjaya..last resort, kene la call hosmet tersayang bakal pengantin berdarah manis tu, cian plak kat dia tak pasal2 kene datang tengok. Mamat tu penah merempit cam aku, so dia keluarkan alat2 doraemon dia...siap! Alhamdulillah.

Sekali imbas scene malam tu, musti orang ingat 3 orang jejaka tolong sorang awek yang kerosakan moto di tengah malam. Hahahah...

Apa pun, bukan aku nak cerita pasal rosak kejadah ni, aku nak berpikir sejenak. Knape bila barang2 besi yang takde perasaan ni, bila tau je kita nak buat sesuatu kat dia, terus dia macam merajuk aaaa? Korang penah alami tak macam aku alami ni? Ari tu henset...kata nak tukar terus dia ilang. Ni moto lak...baru je bawak melawat ke kedai kereta, blom kompem beli lagi...dah dia pulak buat perangai.

Untuk motorku tersayang, aku takkan jual kau sebab aku sayang kau macam mana hari pertama aku beli kau dulu (macam pujuk bini la plak). Walaupun aku ada kenderaan yang lebih besar satu hari nanti.....Insya Allah, aku akan usaha untuk jaga kau sebagaimana dulu. Sebab? Sebab aku tau betapa susahnya nak dapatkan kau. Gigih kumpul duit untuk mendapatkan sebijik kenderaan beroda dua. Kalau keje aku hebat macam drebar bergaji besar...mungkin gak la aku tak gigih camni. Hiks.....

Dah la kot, cukup ngomelan ari ni. Untuk sahabat yang menang Miss World Pageant tu, tahniah la ye! I know u can do it.. (Pengkid Terhormat DiRaja...kalau kau terbaca ni, kawan kau tu dah menang...ucap la tahniah kat dia)

Lama lak aku tak berpantun.....try seround...

"Idam nak jolok buah berangan,
Sayangnya galah belum dilentur,
Idam beradu berbantal lengan,
Sayangnya orang berkalih tidur...."

-taken from nasib melukut by syura-

3 comments:

perjalanan hidup said...

tak paham la pantun tu? ko dah nak beli kete ek? jangan dijual moto tu. banyak kegunaannya. bley buat pegi kedai, pegi masjid, merempit ops! hehe..

Adi Osman said...

tak paham ye pap?
ko buat2 paham je la...

maksud yang bole aku terjemahkan...

"kita nak kat orang tu..tapi mula2 orang tu macam nak kat kita...pastu last2 dia taknak...."

hmmmm mendalam tuuuuu

Adi Osman said...

seroja oi...

never underestimate aku okeh! hik....

syukur dengan kudrat yang allah taala berikan. (Lillahi taala.... - scene pram kat galley MD11 waktu aku terbang p umrah dulu)