Untung kalau ada kawan keje kat Istana Budaya ni,
segala maklumat pasal upcoming show boleh tau dengan segera, even show2 perdana yang rakyat jelata tak boleh masuk, tapi time rehearsle boleh datang tonton.
segala maklumat pasal upcoming show boleh tau dengan segera, even show2 perdana yang rakyat jelata tak boleh masuk, tapi time rehearsle boleh datang tonton.Untuk Wawa, thanks for the complimentary pass untuk masuk Konsert Irama Melayu Asli last week. Really enjoyed the show. As for some people, thoy don't bother to go and watch such performance. But for me, this is the opportunity to sit and listen to the harmonious melody. Kudos to Istana Budaya, even the arrangement was a bit messed up, overall performance was great.
The show started with a medley musical performance and followed with Ahmad Jais, Orchid Abdullah, Andrew Goh, Haziq AF4, Samsudin Lamin and lots more. Ghazal, inang, zapin, asli, langgam, best jugak layan lagu2 macam ni sekali sekala. Lagu dah sedap, muzik dah sedap, tapi backup dancer lak buat tingtong kat stage. Kata penari Istana Budaya, tapi nampak macam tak reti menari pulak. Harapkan rupa je ada, tapi nak lenggang inang pun payah. Kekok. Nak kata amatur, tak pulak! Penari sepenuh masa yang patutnya kerjanya menari.
According to Wawa, diorang sibuk dengan nak buat show kat oversea, so tak sempat nak concentrate show kat dalam ni. Hai, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati tak makan. Patutnya penonton kat dalam ni pun disajikan dengan show yang setimpal dengan apa yang diorang bayar! Pada aku, alasan ada banyak show tu tak boleh diterimapakai. Langsung tak logik. Ehm, lebih2 lak aku ni. I supposed ni komen untuk penyanyi bukan untuk backup dancers. Tapi lantak la, aku rasa singers dah takde mende nak komen. Semua sedap! Yang mencacatkan permandangan adalah dancers sekelian. Mata jeling kiri kanan macam tak penah menari!Wah..lebih2 lak kritik. Agaknya waktu aku on stage dulu pun camtu kot! Dari pandangan seorang penari amatur, aku tak tengok step apa yang satu2 team tu buat, aku tengok sapa yang tingtong.
Seat aku kat dalam Panggung Sari tu dalam 2 meter dari stage. So nampak la lobang idung Haziq bila dia nyanyi. Tapi la ni dia takde gigil2 dah. Mungkin dah belajar cara nak kontrol menggigil kot. Ala mana2 performer kalau takde stage fright tu kira tipu la. Musti ada walaupun sikit. Hmm, sambil menonton aku tengok Abang Boy macam layan je walaupun taktau lagu apa yang depa nyayi. Mungkin lagu yang common macam lagu Tanjung Puteri tu bole la ikut sikit2.Nak dijadikan cerita sebelah aku duduk tu ada la sorang budak yang hyperactive. Tak dok diam. Padan la IB gariskan kanak2 tak bole masuk. Tah hapa2 la budak ni buat. Aku nak layan konsert dia dok bising. Kejap2 bangun, kejap2 pusing belakang, kejap2 cakap! Hangin gile. Dah lama aku bertahan, sampai la satu tahap, aku gulung buku program yang dapat tu, aku ketuk budak ni. "Adik boleh duk diam tak?" Kat sebelah sana ada abang kakak mak bapak dia tapi aku peduli apa. Walaupun tiket free, tapi aku membayangkan orang kat belakang aku pun rasa irritating dengan apa yang budak tu buat. Memang wajar ada outline untuk kanak2 yang nak masuk performance2 macam tu. Aku peduli hapa anak orang ke anak sapa ke, niat aku nak mengajar.
Hmm..udah la kot untuk hari ni.
"Penawar rindu padamu seorang,
Mengapa selalu semagatku dikau puja...." layan sehhh...kelepup kelepap tangan aku tepuk peha.Ahaks....apa pun sekali lagi thanks untuk Wawa. Dino ngan Abang Boy, mekasih gak ikut gi tengok. Lenkali kita gi tengok lagi aaaa....
No comments:
Post a Comment