Hari ni aku nak meluahkan rasa kurang senang aku tentang apa yang dah berlaku kat diri aku dan kawan-kawan seperjuangan PTD sekelian yang terlibat dengan majlis konvokesyen kat PICC hari tu. Syukur majlis berjalan lancar. Tapi dalam diam tak diam, semalam dalam Yahoo Group batch aku, Kak Jaja Dangdut dah mengumumkan pasal surat yang dihantar oleh gula2 hacks kat semua KSU Kementerian pasal ketidakhadiran para graduan ke majlis konvokesyen. Dan kat KKM ni, nama2 sapa yang tersenarai dalam list dapat surat tunjuk sebab dan kene jawab kepada Puan SUB(SM).
Tak ke macam celaka namanya tu? Nak kata aku ni baik sangat tak de la, yes I admit kitorang balik awal pukul 5.00 petang dari PICC tu. Tapi logik ke raptai majlis setengah hari buat seharian? Dari awal pagi sampai la ke pukul 7.30 petang? Nak pulak time pukul 6.00 tu semua dah fed-up dengan pengurusan majlis yang huru hara.
Macam ni la ceritanya, surat jemputan konvokesyen yang kitorang dapat tu dah la tak detail. Yang dibagi tau sekadar raptai a day before, dan tarikh hari langsung konvo.
Hari patut raptai tu, berbondong-bondong kitorang pegi PICC. Semangat ni pakai number 1 dress. Sampai ada dia sedia bekpes. Tapi aturcara raptai? Takde....so taktau la apa yang bakal berlaku. Then ada pengumuman suruh masuk bilik menunggu. Dengan akur, kitorang melangkah masuk. Konon ada raptai bergambar. Tunggu sampai 3 jam, baru la sesi selama 5 minit tu berlangsung.
Kat sini dah hangin dah. Sudah bergambar, masuk tercongok kat bilik menunggu lagi. Pastu dibawak ke pintu2 masuk dewan pleno untuk perarakan masuk graduan. Berdiri lama lagi kat situ. Perut dah bunyi2 lapo. Ye la, makan pukul 7.30, ni jam dah injak pukul 1 tapi takde apa pun lagi yang berlaku selain berdiri tercegat depan pintu dewan pleno.
Dah sekian lama tercegat, baru la masuk. Duduk. Raptai acara dalam dewan pun mula. Time ni lagi la lawak. Macam tak organized langsung. Nak kata majlis 1st time, aku admit la 1st time buat kat PICC, tapi kan ke sebelum2 ni dah penah buat kat Bukit Kiara? Emcee start majlis. Patut waktu raptai penuh takde la keluar ayat ni waktu emcee tengah bercakap. Ni petikan dia.. "ulang balik ayat tadi tu" boleh tak tengah full raptai cakap camtu? Dah penat menjalani kebosanan, pukul 3.30 baru lepaskan kitorang lunch. Pastu pukul 4.30 suruh masuk balik? Dah la kat PICC tu kafe sebesar tapak tangan! Dengan orang dekat 600 orang nak suruh 1 jam break?
Dengan hati yang meradang, aku pegi la kuar ngan kekawan. Abis makan masuk smula. Taklimat pasal pakaian aturcara semua. Lepas abis raptai baru taklimat? Masa berlalu, dah pukul 5.30 petang aku dah tak tahan lagi. Dengan baju istiadat kat badan, nak dipakai lagi esoknya, aku angkat kaki la. Balik umah. Yang lain2 pun ramai cabut sebab nak amek bini, anak yang dah abis keje!
Sudah pukul 6.30 petang waktu aku kat umah, hosmet tersayang message kata gula2 hacks mengamuk pasal ramai takde! Halooooo....kitorang seharian dari pagi melangok takde wat apa2 tu patutnye appreciate la! Buat majlis tunggang langgang lagi nak marah2 kitorang. Some of us ada meeting kat office. Macam aku ni, berampun dengan boss nak g majlis konvo. Tolong la...lagi mau tulis surat kat sume KSU, kata tak datang raptai.
Untuk kawan2 ku yang bernasib seperti aku ni, harap korang sabar ye! Paham je la dengan gula2 hacks tu! time malam KSN nye raptai dulu aku dah kene jugak. Aku tau macam mana perasaan korang skang ni!
Untuk yang berkenaan, some people say boss is always right! However...pegang kata2 pujangga melayu, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah". I'm not saying dia zalim, tapi kalau tak betul, kami kat bawah ni pun ada hak untuk bersuara.
Sepanjang aku jadi artis kabaret, bila ada function kalau full dress raptai, takde de orang nak stop tengah jalan suruh patah balik! Ni macam tak reti buat pulak. Macam aku cakap la kan, bukan sekali baru diorang wat mende ni, dah banyak kali! Tempat je berubah. Geram tauuuu....sebab tetibe lak kata kitorang ni sebagai punca ketidaklancaran majlis (ikut surat yang sampai kat KSU setiap kementerian laaa). Tak pasal2 dapat surat tunjuk sebab.
Cukup la kot. Kang buat posting panas2 kang ada lak kaki retort nak melaporkan! Pantang tok nenek aku.....

7 comments:
mmg dia macam tu
tu tak kira lagi kes intan PAKSA beli buku masa konvo
buku yang hanya compilation note2 kita masa DPA 6 bulan tu
macam siot jeeeeeeeeee
pau duit sesuka hati pastu claim "buku kami banyak dijual"
dah jenih aircond, lagu tu la
heee gerem i
hmmm....
sme, mekasih bagi komen. nak wat cmane kan.....payah kalau orang perasan best ni!
masmera,lupa plak nak add part tu! sebab aku dah sakit ati sangat so tak ingat la bab2 tu!
apa pun....this is a tribute to so-called gula-gula hacks...
kekadang bila dah terbang tinggi.. terlupa nak jejak di bumi yg nyata.
doa jerlah nnt bila kita sendiri sampai di tahap itu, kita sendiri x lupa bumi yg nyata...
Uols, weols baru shj menghantar SCL kpd Bhgn SM Kementerian. Banyak ayat2 puaka tetapi secara terhormat telah weols catatkan dlm warkah tersebut. Di sini disertakan sesalinan surat berkenaan untuk rujukan Tuan (matilah detail)
Setiausaha
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aras 4, Blok Menara
Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
(U.p : En Hassan bin Wahid)
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN RAPTAI SESI PETANG MAJLIS ANUGERAH FELLOW INTAN 2006 DAN PENYAMPAIAN DIPLOMA INTAN
Saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Saya telah menerima surat INTAN/PPP/91/UDPA/29/06 bertarikh 4 September 2006 yang meminta hadir untuk raptai Majlis Anugerah Fellow INTAN 2006 dan Penyampaian Diploma INTAN. Di dalam surat terbabit hanya dinyatakan waktu untuk berkumpul iaitu jam 8.00 pagi tetapi tidak dinyatakan sehingga jam berapa raptai akan diadakan.
3. Pihak INTAN sendiri selaku penganjur majlis tidak bersikap professional kerana pengurusan acara di peringkat mereka sendiri seperti penyediaan teks ucapan, susun atur kedudukan kerusi dan tentatif program belum lagi diselesaikan sepenuhnya pada hari raptai terbabit. Oleh yang demikian, para graduan terpaksa menunggu lama sebelum acara raptai sebenar bermula.
4. Sehingga jam 2.30 petang raptai sebenar masih belum dapat dimulakan. Pengarah INTAN meminta para graduan untuk hadir semula pada jam 3.30 petang bagi sambungan raptai penuh. Memandangkan makanan tidak disediakan, para graduan terpaksa keluar dari PICC untuk makan tengahari dan menyempurnakan solat Zuhur.
5. Menjelang jam 4.00 petang raptai masih belum dimulakan sehinggalah masuk waktu Asar. Keluarga saya yang menaiki bas untuk hadir ke majlis ini telah tiba di perhentian bas dan adalah menjadi tanggungjawab saya mengambil mereka. Saya masih menunggu sehingga jam 5.00 petang dan memandangkan raptai belum dapat disudahkan saya mengambil keputusan untuk keluar mengambil keluarga saya yang telah lama menunggu di perhentian bas dan kembali semula jika berkesempatan. Memandangkan jalanraya yang sesak, saya tidak berkesempatan untuk kembali semula ke PICC untuk meneruskan raptai.
6. Pada masa akan datang, pihak INTAN perlu prihatin dengan masalah dan keperluan para graduan dan tidak sewenang-wenangnya menyalahkan graduan yang tidak hadir pada sesi raptai petang tersebut. Pengurusan masa yang cekap dan professional perlu dipraktikkan supaya semua pihak dapat menjalankan raptai dengan selesa dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang.
7. Diharap penjelasan saya mendapat perhatian daripada pihak Tuan dan saya sememangnya komited dengan tanggugjawab sebagai pegawai kerajaan dan akan berusaha untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZIZAN)
Graduan Diploma Pengurusan Awam INTAN 2006.
dahuzz...
patut kasi lagi puaka ayat ko tu. apa kata ko s.k kan surat kat gula2 hacks sekali! pastu merasa la dia meradang!
Aku pun balik jek lepas dia suh gi makan tuh, dah la aku nih membawk budak, dengan tak makan dari pagi, dengan nak drive all the way to Klang. Gilo ke apo tuh?
Cert pun aku tak amik lagik. Lantak laaa
Ngah...
Meh kita suh dia mengandung tengok, pastu tahan perut dia tak kasik makan dari pagi. Mesti mengamuk! Hahahaha.
Betul kata xtopak tu, bila kita dah terbang kat awan, orang kat bawah ni kita dah tak pedulikan, orang bawah je asyik mendongak sampai sakit tengkuk..
Post a Comment