Saturday, December 02, 2006

Gegar siottt....

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Penduduk di Lembah Klang, Melaka dan Pulau Pinang hari ini cemas apabila berlaku gegaran di beberapa kawasan di negeri-negeri itu ekoran gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda utara Sumatera, pagi ini. Ibu pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di Petaling Jaya turut mengesan gegaran itu pada pukul 11.58 pagi.

Gegaran tersebut juga menyebabkan lebih 50 pekerja beberapa buah syarikat di bangunan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) panik setelah bangunan setinggi lapan tingkat itu bergegar sebanyak dua kali.

Mereka kemudian bergegas turun ke bawah bangunan apabila gegaran kedua menyusul tidak lama kemudian pada pukul 12.05 tengah hari.

Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) JMM, Leong Chow Peng bagaimanapun berkata, gempa bumi yang berlaku itu tidak menghasilkan tsunami.

Pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan kerosakan akibat gempa bumi itu daripada pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia.

‘‘Kedalaman pusat gempa iaitu kira-kira 200 kilometer dari permukaan bumi mungkin menjadi punca gempa itu tidak menghasilkan apa-apa kemusnahan.

‘‘Pihak kami juga menerima panggilan daripada orang ramai dari sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang yang merasai gegaran itu,’’ kata Chow Peng ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JMM, pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.4 (utara) dan longitud 98.8 (timur).

Katanya, kedudukan pusat gempa bumi itu ialah 35 kilometer ke tenggara Medan dan 267 kilometer dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di Selangor, pegawai bertugas di Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shah Alam, Mohd. Razani Mamat berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan gegaran itu yang berlaku di beberapa tempat di sekitar negeri itu.

Katanya, antara kawasan yang merasai gegaran itu ialah di Crystal Plaza di Petaling Jaya, Kolej Taylor dan Wisma Subang di Subang.

Di Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Meteorologi Pulau Pinang, S. Santira berkata, gegaran tersebut dapat dirasai kira-kira lima minit di beberapa bangunan tinggi di negeri itu berdasarkan kedudukannya yang dekat dengan utara Sumatera.
Antara bangunan tinggi yang menerima kesan gegaran ialah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks membeli-belah serta bangunan Northam.

‘‘Kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai gegaran di Komtar kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

‘‘Namun gegaran itu tidak menyebabkan tsunami kerana kita tidak menerima amaran atau isyarat mengenainya,’’ kata Santira.

Berita ni aku ambik dari utusan ari ni. Aku relate kan dengan kejadian semalam kat office. Well, dalam pukul 12 tengahari camtu, sedang khusyuk aku buat keje kat bilik, tetibe aku rasa macam sikit goyang, kepala aku pening2 sikit. Aku ignore je la. Ala biasa je buat keje pening2 ni. Then, dengar macam ada orang buat pengumuman kat PA tu, tapi sayup2 je bunyinya. Sekali lagi abaikan, mungkin ada orang nak test PA kot?

Dok kejap, Puan SUB lalu kalut2 depan office.

"kenapa kamu semua tak turun? ada pengumuman tadi suruh turun bawah. Bangunan bergegar!"

Hmm....aku tercengang kejap. Nak runtuh ke bangunan KKM ni? Capai la apa2 yang patut! Helmet, jaket, kunci rumah, kunci moto. Budak2 kat tingkat 10 tu semua dok kalut keluar. Semua sibuk dok kata pasal gegar. Time2 gegar ni masih dan lagi tekan butang lif, nak turun. Patutnya waktu emergency kena guna tangga. Waktu kat lif tu aku rasa gegar lagi. Akak yang pregnant tu kata:

"Akak ingat perut akak yang gegar....."

Aku ni jenis menggelabah. Dah cuak tak berani naik lif, so aku decide turun tangga kecemasan. Ala 6 tingkat je. Tapi letih jugak la melangkah turun ke bawah tu. Kalau kat ATMA office memang kat tingkat bawah. So, kalau ada latihan kebakaran ke apa ke main terus redah gi assembely point. Sampai je bawah, kat lobi tu dah ramai2 ada. Tapi yang dari tingkat 10 dan ke atas je yang turun. Lain2 macam takde apa2 yang berlaku. Kebetulan waktu lunch dah nak sampai.

Kelakar pun ada. Tapi that was my first encounter rasa gegar2 kat bangunan. Cuak jugak walaupun sikit je gegar. Mana la tau kot2 nak roboh ke apa ke kan? Since macam orang endah tak endah je pasal gegar tu, aku pun angkat kaki la balik untuk lunch. Heh heh....
Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab menjadikan Malaysia di luar lingkungan gempa. Semalam je kat Indonesia ada 2 gempa. Satu pagi satu malam. Satu di sumatra utara satu lagi sumbawa. Lega bila dengar takde kemusnahan yang teruk. Kesian kat diorang, baru je tsunami kat acheh, followed by nias, pastu kat jogja nye gempa lagi. Lepas satu2......
Udah le kot! Takde mende nak tulis sebenarnye. Sekadar pengalaman aku merasa gegaran gempa yang sikit, sikit kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang berada di kawasan malapetaka.

2 comments:

Anonymous said...

Fendi
LOL! that pregnant akak really made me laugh.. Wonder if her "perut" gegar that bad... heheh..

Adi Osman said...

Hahaha...
That was such an interesting experience for me!