Disclaimer: Posting ni ada unsur2 18SX, for those yang rasa offensive, jangan baca ye (tapi aku tau orang akan baca gak….)
Waktu kat Sungai Besi dulu, ada la satu waktu padahari2 terakhir aku menabur bakti di tempat yang sampai sekarang takde pengganti aku tu, nak dijadikan cerita aku eksiden moto. Ala bukan eksiden teruk2 sampai patah putus bagai, tapi eksiden yang nampak macam tak sakit, hakikatnya kesan jatuh tu terasa sampai aku tak senang duduk. Kisahnya aku tengah tenang menunggang,tetibe ada babi hutan sekeluarga, dari sekecik2 babi sampai la sebesar2 babi melintas. Dengan pantas aku berpikir, nak redah babi ni pastu moto aku tu jahanam ke nak mengelak ke tepi sambil jatuh dalam posisi sopan macam kat OBS dulu? Decision, elak dan jatuh sopan. Amek ko, jatuh terduduk terhentak. Tapi takdela rasa apa2 sakit, sekadar terhentak. Angkat moto terus naik semula, sambung perjalanan.Tapi nak dijadikan cerita, lately tulang tongkeng aku sakit la sangat. Bila aku merempit long haul, tak selesa. Sakit! Tuhan saja yang tau. Tetap gak aku tahankan sakit aku tu, sebab that’s the only option I have at the moment.So, lepas menahan sakit buat beberapa minggu, semalam lepas keje aku decide to seek for a treatment kat sorang tukang urut yang aku kenal waktu POP YO ATMA bulan 9 dulu.
Aku dah urut kaki aku dengan dia sebelum ni dan aku memang puas hati.
Aku dah urut kaki aku dengan dia sebelum ni dan aku memang puas hati. Agak2 petang sikit aku call la untuk mintak direction ke tempat treatment dia. Kat dalam Country Height sana. Eksklusif la pulak, musti harga pun eksklusif ni. Takpe la, nak ilangkan sakit punya pasal. Aku bukan la memilih, tapi pengalaman aku kene urut ngan dia tu menyebabkan aku rasa selesa. Pulak tu sempat la dia turunkan ilmu2 untuk aku sikit sebanyak, yang mana aku boleh absorb aku guna untuk aku urut kawan2 aku (OBS….spa di tepi pantai aku mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan yang ada, tak gitu Dahuzz?)
Mula la sesi mengurut seluruh badan selama 1 ½ jam. Kenapa 1 ½ jam? Pasal seluruh badan, pastu pakcik tu nak tengok harta benda aku yang tersembunyi tu ada masalah atau tak lepas jatuh tu? Sebab aku terhentak atas tanah.
Tak kisah la, janji dia betulkan mana2yang perlu dan aku pun tak menanggung kesakitan kat tongkeng aku tu. Kan? Rawatan dia ala2 kat spa la. Tapi ada mix dengan traditional method. Start dengan kaki, seluruh kaki. Menahan sakit la nampaknye.
Proceed dengan pinggang,belakang badan, tangan. Fuh…sangat le melegakan. Sambil2 mengurut tu aku tanya2 la gak pasal urat2 ni. Pakcik tu cakap urat aku ada yang bengkak. Suruh pantang makan itu makan ini. Hallahai….mujur la angin2 yang keluar semua ikut mulut. Kalau ikut lobang kat bawah tu, malu la plak. Hik…..Dah settle badan, jeng jeng jeng…masuk part harta benda tersembunyi lak, mula dengan perut, urat2 kat peha menganjur ke urat kat kelengkang. Sampai la urut harta karun tu. Redah je la.
“Ni pakcik pakai minyak tradisional kayu hitam untuk kamu punya alat sulit tu…ni bapak makcik kamu punya ramuan”
“Err…pakcik, betul ke minyak lintah tu banyak khasiat?”
“Ada khasiat, tapi kamu tengok, lintah tu kan lembik, nanti lembik la jugak jadinya. Pakcik pakai minyak kayu hitam, kayu kan keras…”
Hahaha…ni 1st time aku rasa orang urut camtu. Aku ada cakap kat dia yang aku buang air tak lawas bagai, sodia cari la urat2 yang tersembunyi tu.
“Bagus urat2 kamu ni….nanti kalau kamu nak kawin sok,datang jumpa pakcik lagi, pakcik urut untuk kunci uratkat sini….”
Muka aku dah merah menahan malu. Ye la, kene strip depan pakcik tu. Kalau sebelah belakang je aku tak kisah la sangat. Ni sebelah depan...huk!
Lepas 1 ½ jam, selesai la acara urut mengurut tu.Harga? Pada aku setimpal dengan apa yang aku dapat,pakcik tu turunkan ilmu2 urut dia, aku belajar pasal urat2, it really helps me to understand my body’s anatomy (urat2 nye anatomi la…..)
Cukup untuk hari ni…lain hari aku menulis lagi. Lega rasanya badan aku, ringan sangat2. Angin2 semua dah keluar, ni menunggu untuk sesi berikutnya lagi 2 minggu. Bengkak kat tulang tongkeng aku tu lum surut penuh lagi. Kene buat sesi ulangan.
Oh ye, for those yang interested, meh nanti aku introducekan kat pakcik tu, untuk pompuan, ada wifey dia yang akan buatkan. Untuk mat2 rempit, hati2 di jalan raya. Kalau jatuh terhentak, cepat2 la pegi check kat tukang urut. Takut2 nanti urat tersimpul kat anu tu....nak pakai lama ye dak? Takut padam je, ada lak bini mintak cerai nanti! Nauzubillah....
8 comments:
Akm. Berapa dia caj ek? Klu nak urut kiropraktik, sy pernah pergi. Dulu jatuh terduduk gak. Skg alhamdulilah, dah baik.
waahhh... dah ada skill mengurut... esok2 boleh ler urut badan abang ni ek? urut 'harta karun' tu tak moh ler. yg tu urut sendiri, tak pun wife nanti yg tolong urutkan... anyway, beri ler alamt and contact number tempat tu, mana tau nanti nak singgah segala.
aper yang 18SXnyer..sajer je promo tau...
camner urut harta karun tu erk..?tak keras ke masa tengah urut tu..malu ler...
Huz,
Charge RM 60 per hour
Kalau campur urut harta karun tu 1 1/2 jam RM 80
Rush
Abang...memang orang boleh urut pun, cuma kali ni mendalamkan ilmu lagik...
DBI
takde de keras2 nye....lain la kalu ko jenis sex maniac orang sentuh sikit pun nak keras....
hehehehe
badan kurus cutting model cam aku ni tak sesuai rasanya nak berurut. pernah skal try. ayo. makin sakit satu badan ado la. tobat nak urut lagik.
Motif babitkan nama weols dlm aktiviti cik cur di tepi pantai?Nyah, mak suci occay:)
Hik hik mengurut "harta karun" katanya.Mujur org tua kot, kalau yg urut tu kekar lagi tasty mau merembes kot hahahahaha larikkkkkk
pap...
btol kalau badan kurus ala2 naomi kembel tu, kalo urut kene lite2 je. takleh tekan kuat2. sakit
dahuzz....
isk, nawaitu kene btolkan. lillahi taala
bro bole bagi contek no.dn adress tak, tulang blkg aku aligment da lari daa.
Post a Comment