Tuesday, December 19, 2006

Kopitiam Bangi

Tu dia aihhh..petang tadi waktu keje si Bedah dan laki tetibe je call aku tatkala aku tengah khusyuk mengelamun menahan kesejukan. Tuhan saja yang tau sejuknya bangunan E7 tu hari ni. Kalau ikut kata SUB, depa tengah buat maintainence untuk CF (cmane keje dok bangunan takde CF ni?).

"Macam mana nak parking kat kementerian kesihatan ni?"

"Kau kat mana dah?"

"Aku kat depan bulatan kementerian kau ni"

"Kejap aku tengok....kau dongak atas kau tengok nampak tak tangan aku lambai dari tingkat 10 ni?"

"Haaa...nampak nampak....cam kesiyal je"

"Kejap aku turun bawak ko gi parking"

Kisahnye si Bedah nak transfer kat Putrajaya, jauh sangat katanya dari Bandar Sri Putra ke Puchong. Ye la kan, minyak bukan sebotol sekupang skang ni. Kalau sekupang tu dapat macam setitik kencing baby je kot? Sudahnye, layanan yang sangat la mesra kat kaunter Bahagian Sekolah tu. Macam tu la kalau tak kenal sapa bila pegi ke kaunter2 perkhidmatan. Sangat tak mesra, nak2 si Bedah pegi pukul 4.30. Time orang nak balik. Wajib la makcik kaunter tu mengamuk macam singa baru beranak.

Settle je, bawak Bedah ngan laki naik opis sat. Melawat opis aku yang macam dungeon tu. Sembang2, sudah aku ajak ke kopitiam bangi. Haaaa...selesai je keje, tengok SUB pun dah lemah longlai balik, aku pun cabut la. Hik...hari ni terasa aura sangat la berat nak wat keje. Bila pikirkan semalam kena bombard ngan TSUB pasal lawatan dari Indonesia tu katanya macam nak halau tetamu, aku tingtong la ari ni. Apa2 hal pun, tu part of lesson for me. Tapi suara makcik tu yang pitching tinggi sampai bingit telinga, cukup la untuk mengajar. Teringat mak aku kat kampung.

Hmm..cerita kopitiam bangi ni, Si Bedah jugak yang kenalkan kat aku. Konsep macam kedai kopi kat Stesen Keretapi Kluang, roti bakar charcoal dengan kaya, serve piping hot....sangat sedap! Tapi hari ni aku tak makan la roti nye, aku lantak laksa penang. Setanding dengan madam kwan pada aku! Sampai dah lewat, laki Bedah dah dok melantak, Bedah pun. Ada pulut, ada cendol, ada mee kari. Tapi yang paling unik, cawan kopi yang klasik tu. Ni la antara hidangan yang ada....
Pulut sambal, serve with ikan masin and fish crackers...tapi sebab aku ni jenis tak reti makan pulut, aku tengok sebelah mata je la...hik! Bedah kata dia order untuk aku! Sentap kejap. Cmane la aku nak makan pulut ni? Rupenye laki Bedah yang hantu pulut. Ceh.....Teh panas cawan klasik camni. Nak2 pekena waktu ujan macam petang tadi. Terangkat beb!Haaaa, ni menu aku tadi. Laksa dan kopi panas. Sayang sekali tak abis lak aku makan.Khusyuk makan. Ari ni Bedah kata kaler baju aku macam pakcik umo 50. Adoi laaa...tobat takmo pakai kaler tu dah! Nak wat cmane kan, ari ni giliran baju ni yang kene pakai. Kang tak pakai lari pulak rotation baju aku tu!Bedah dok pulun makan....ahli makan la jugak Bedah ni. Badan sekeping je, tapi leh tahan dia humban masuk dalam mulut! (laaariiiii). Awal tadi aku tengok dia sental laksa. So aku tanya la, laksa sapa sedap? Bedah punya ke kedai punya. Bedah kata kedai ni punya lagi sedap. Hikssss...bedah oi..usahalah membuat laksa ye! Tapi kan Bedah, asal aku g umah kau je mesti ada laksa. Skali skala buat la makaroni ke, mee bandung muar ke? Tak gitu Bedah? Gambo laki Bedah takde la plak...tadi aku rasa dia snap sendiri. Kau delete ye Senah?Nak membuktikan bahawa ramai pelanggan, see....almost semua seat occupied. Tempat ni memang tumpuan ramai la. Nak2 waktu balik keje. Nice place to lepak. Lega la sikit tingtong aku tu. Heh...alasan.

Selesai melantak, bawak Bedah ngan laki naik Myvinatang (ni Pidah yang cakap), destinasi? Massage parlour. Hah....ada jugak aku intro pelanggan. Ahaks..mak ayam ke aku ni haaa? Aiyooo....

Dah le kot untuk ari ni, aku dah kurang sikit ketingtongan dalam kepala ni. Esok meeting ngan SUB. Elok la merasa untuk bertapa dalam bilik meeting tu. Oh Tuhan....

7 comments:

SeRizal said...

Haha...aku delete sbb aku tau ko mesti letak dlm blog nye...Aku maleh nak famus2 nie...aku dah cukup famos dah...hehe.Anyway thanks for da ride to country height..Congrats for the new baby..Take care of her carefully k...

SeRizal said...

Ha...satu lagi...sori silap bg info aritu...block time gi Bom dekat 5 jam jela...hehe.

Anonymous said...

Terima kasih la sebab buat blog tribute utk Cik Bedah..huhu..sungguh unglamorous name ittew..btw, aku nak kasitau sesungguhnye menjadi cikgu takkan memaksa seseorang utk dress up macam pak cik umur 50 tahun..huhu..

~SerOja ku bersatu~

Adi Osman said...

Ye la bedah...
Kata2 kau tu menjadi pedoman untukku groom in the future..

Senah...
Hati2 bawak kapal terbang gi BOM sok!

Anonymous said...

Salam,
jumping fr DBI,tengok makanan yg sedap itu, terus terpikat...pulut+ sambal+keropok sedapppnyyerrrr Laksa tu pulak..aduhaiii. Kenapa tak habis makan? Kalau dapat kat I, sure i hirup kuahnyer sampai ke titisan terakhir. yummie...

Hambali ® said...

takpa
still takleh lawan laksa kat sini
laksa buyung kola kedah
or laksa beras kola peghelih

Adi Osman said...

aina...
laksa tu sebab dah tepu sangat perut! makanya tak la hirup sampai kering kuah...

sme,
hat tu cek tau.....