Semalam aku ke KKM Cenderasari masuk meeting dengan SUPAR. Ni kali kedua la aku ke sana.
1st last 2 weeks. Main redah je, tempat dah tau tapi kene la rempit-rempitan. Bontot aku yang tak bape ilang lagi sakitnya tu kena la aku letak kat tepi sat. Paling utama, misi berjaya. Kalau last 2 weeks aku pegi untuk jawapan soalan Dewan Rakyat, kali ni pulak Dewan Negara. Kalau ikutkan yang masuk dari Bahagian2 kat KKM ni semua level dewa dewi la, aku je PSU, selain PSU Parlimen tu. Maka berdepan la aku dengan orang2 yang bila memperkenalkan diri lebih kurang macam ni bunyinya:
1st last 2 weeks. Main redah je, tempat dah tau tapi kene la rempit-rempitan. Bontot aku yang tak bape ilang lagi sakitnya tu kena la aku letak kat tepi sat. Paling utama, misi berjaya. Kalau last 2 weeks aku pegi untuk jawapan soalan Dewan Rakyat, kali ni pulak Dewan Negara. Kalau ikutkan yang masuk dari Bahagian2 kat KKM ni semua level dewa dewi la, aku je PSU, selain PSU Parlimen tu. Maka berdepan la aku dengan orang2 yang bila memperkenalkan diri lebih kurang macam ni bunyinya:“Saya Doktor …………” dan perkataan Doktor tu macam ditekan-tekankan. Bukan aku nak anti Doktor ni, tapi salah ke kalau cakap nama je? Kalau camtu, untuk lain2 pekerjaan pun kene kenalkan la camtu. Hiks….
Well, put them aside. Ada jugak Pegawai2 Perubatan dari jawatan yang lain macam Dietician, Optician, Pharmacist yada yada yada…dan yang pasti pangkal skim depa tu tertera perkataan U, stands for Perkhidmatan Kesihatan.
Tunggu punya tunggu mendengar orang membaca skrip, pada aku jawapan parlimen takyah la baca kat SUPAR tu sebijik2 apa yang ditulis. Macam la SUPAR tak reti baca kan? As for me what he needs is explanation dan elaboration daripada jawapan tu, so thet he can simply answer any further questions from members of the floor. Ini tidak, baca sebijik2 apa yang tertaip kasik SUPAR dengar. Kalau aku la kan, aku akan cakap camni;
“I don’t want to listen to what you have written. Explanation please…..”
Tapi tah la, tu kalau aku la. Dah selesai semua orang membaca (Sungguh hebat kemahiran 3M orang2 yang ada dalam meeting tu semalam), tiba la turn aku untuk menerangkan soalan yang ditanya berkenaan kekurangan doktor dan pakar perubatan (specialist). Selesai aku terangkan satu demi satu based on talking points yang ada, sampai la satu soalan yang lebih kurang macam ni bunyinya;
“Pada pandangan saya Yang Berbahagia Dato’, ini mungkin disebabkan sikap sesetengah golongan yang memandang wang ringgit terhadap khidmat bakti yang dicurahkan. Jadi bila mereka lebih memandang nilai, maka perkhidmatan dengan kerajaan ini akan ditinggalkan kerana tidak setimpal dengan perkhidmatan yang mereka berikan dan kelulusan yang mereka ada KONONNYA”
I just blurt it out. Pedulikan….dok tak dok ada la suara salah sorang dari manusia-manusia yang mempunyai gelaran kat depan tu menyampuk;
“kami masih remain dalam perkhidmatan, takde masalah pun….”
“Nawaitu kita kerja tu penting. Kalau kita Nawaitu Lillahi Taala, duit yang sikit pun kita akan rasa jadi banyak pasal ada keberkatan yang Allah Taala berikan. Kalau nawaitu kita ke arah wang ringgit, sampai ke sudah kita takkan rasa cukup”
“tapi…kos sara hidup meningkat, memang kena cari duit tambah”
“Pokok pangkal, kembali balik kepada nawaitu kita. Ulat dalam batu pun boleh hidup, manusia ni ada akal fikiran Allah Taala kurniakan. Pandai la nak gunakan. Kalau duit ada seringgit. Jangan la belanja dua ringgit. Belanja 50 sen sudah.”
Bilik Mesyuarat senyap tiba-tiba…..isk, aku rasa bersalah pulak sebab menggunakan lazer yang menyentapkan hati.
“Apa yang saya kata tadi tu, kalau ada terasa panas muka, maksudnya betul la dakwaan saya tu. Kejar duit. Tapi kalau takde rasa apa-apa, saya salah dan saya minta maaf”
Pada aku nak kejar apa lagi? Duit tu sampai ke sudah takkan cukup. Betul tak? Besar periuk, besar lagi la keraknya?. Belanja takat mana yang ada. Tapi tu la, untuk kawan2 aku yang ada bergelar doktor, yang terbaca blog aku ni, aku mintak maaf awal2. Tapi, satu je aku selalu renung, apa megah sangat ke ada MBBS, MD semua tu? Orang lain pun ada degree jugak. Just because of nak masuk medical school semua, dah boleh show off tunjuk pandai dari orang lain? Macam ni la, pada aku setiap orang tu dia takkan pandai dalam semua bidang. So tak payah la nak tunjuk kata pandai serba serbi. Buang karan je. Heh…udah le tu, kang marah pulak para pengamal perubatan. Sekadar mengingatkan dan renungan kepada diri aku sendiri dan semua pembaca. Bila dah terbang di langit yang tinggi, lumpur di bumi jangan dilupakan. Sebab nanti kalau jatuh terhempas dalam lumpur, lekat tersangkut payah nak tarik keluar.
Enuff for today. Hari ni dah Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Jeng jeng jeng…alhamdulillah, hari ni buat kali pertama aku datang keje naik kereta. Selama ni merempit je. Semalam petang gi amek kat Cheras nun. Hajat nak bawak kereta MYVI Putih tu terlaksana jugak akhirnya. Alhamdulillah. Harap2 takde la bontot aku ni sakit lagi. Untuk Anep JPJ, mekasih tolong aku dalam urusan kat JPJ semalam. 10 minit dah selesi daftar semua. Mekasih jugak la sebab dapatkan nombor yang canggih manggih untuk aku tu. Really appreciate ur help.

5 comments:
aiyoo 2 kali jemput aku datang baca ko punya caras yer....kena komen lah ni kan...
tak tahu ker DR ni ade sifat sifat grandious sikit..tak leh nak elak...ni kekadang nak booost confident...
pasal mata duitan tu..rasanya kurang tepat..ramai nak stay ngan goverment tapi suasasan kerja..layanan KKM..tu yang ramai cabut...
layanan pada PTD is better...
contoh yer DBI kerja ngan government 7 tahun U41..usahkan bilik sendiri tak de..meja pun tak ada...parking pun kena berebut ngan staf lain...byk lagilah..makan hati jer...
DBI ada reason tersendiri untuk berenti...
setiap org boleh buat andaian sendiri tapi hanya empunya diri yang faham....
wakakakakakakaka... -rotfl-
hang pi 'menggila' ke kat cenderasari? adehhh... agaknya ada ke yang akan komen kepada SUB? tralalalalala...
seperti yg ko katakan, siapa mkn cili, dia yg terasa pedas. kalau tak mkn cili, wat per terasa pedas?
tapi, apa2 pun, aku yakin, sebenarnya, semua inginkan yang terbaik untuk skim perkhidmatan masing2. semua inginkan agar perkhidmatan awam ni jadi yang sebaik mungkin. spt kata boss aku, tak denyer lah org masuk perkhidmatan awam nak menganiaya orang lain. hanya mungkin, skop yang dilihat, yang dikaji, yang ditambahbaik adalah berbeza-beza.
apa2 pun, matlamat kita semua sebenarnya sama, kan?
berkhidmat untuk negara.
ta!
bila bleh tumpang kete putih?
DBI,
tu pandangan aku je la....
aku tak selam abis lagik dunia kesihatan ni...
so apa yang aku lihat tu je la yang aku komen
Zyrin
Harap takde la sampai ke telinga SUB
Kalau ada mampos aku jadi hot soup.
Nak naik kete putih...meh laaaa....
hmmmm
no komen lah
manusia
hati lain2
tak payah komen sme...
baca je..hik hik hik
Post a Comment