Thursday, December 07, 2006

Karaoke?

Aku suka nyanyi. Tapi nyanyi sorang2 je la kat umah. Tatkala hosmet ku sekelian takde. Aku pasang la cd karaoke, pastu melalak la puas-puas. Tak penah terlintas nak menyanyi depan orang ramai melainkan dengan kawan-kawan yang gila. Waktu kat DPA dulu ada gak la aku melalak waktu modul polis ngan bomba.

Tapi keseganan aku tu sampai ke penghujung bila aku ke majlis makan malam dengan pensyarah-pensyarah ATMA kat Nilai hari tu. Aku niat nak pegi makan. Tetibe diorang ada wat pertandingan karaoke. Konon bole la escape. Tapi time dok makan tu Kdr Amin kata

"kamu nak nyanyi lagu apa?"

Dulu dalam soalan ujian sahsiah PTD dulu aku ingat ada soalan lebih kurang camni:

"anda tidak berapa menggemari karaoke, tetapi dalam satu majlis anda dijemput untuk menyanyikan sebuah lagu di atas pentas. Apa tindakan anda?"

Ada la jawapan yang tersenarai...aku pun tak ingat. Tapi seingat aku, jawapan yang aku bagi, lebih kurang macam terima pelawaan dan nyanyi walaupun tak suka. Haha..pelik kan soalan ujian sahsiah PTD tu?

So berbekalkan soalan tu la, aku terima pelawaan untuk nyanyi. Lantak la apa nak jadi. Suara pitching ke laut ke apa ke janji aku takde nak menghampakan orang. Lepas melantak aku pegi la mencari lagu yang ada untuk aku melalak. Kalo ikut pesan Ustaz Romlah waktu blaja tarannum, (TARANNUM, bacaan berlagu ayat2 suci Al Quran - ada macam2 lagu, Bayati, Shoba, Jiharkah, Nahwand, Hijaz) mengaji dulu, jangan makan sebelum melontarkan suara, takut suara tenggelam. Ni aku dah melantak tak hengat tetibe nak nyanyi. Kompem la suara tak dapat balance.

Belek punya belek buku katalog lagu, haram semua lagu suara tinggi. Yang sukar untuk aku bawak. Lagu yang rendah2 aku tak reti lak. Dalam list, Sudirman, Jamal Abdillah, Saleem, Amy Search. Memang tak sesuai untuk nyanyi lepas waktu makan. Hati aku dah menyumpah. Last2 aku amek lagu Jamal Abdillah - Penghujung Rindu. Memang aku menempah maut dengan lagu Jamal ni. Pada aku, hanya orang yang berkemampuan dari segi vokal saje yang bole bawak lagu dia dengan sempurna. Macam Mawi (aku bukan bias ok), walaupun dia lupa lirik tapi dia bawak lagu tu baik sekali dari segi alunan (even bunyi macam nasyid).

Giliran aku number 6, tunggu la orang lain nyanyi dulu. Pertandingan kali ni ala2 akademi fantasia la, guna sms untuk pilih pemenang. Tunggu la dengan perasaan berdebar. tak lama lepas tu, MC panggil untuk naik nyanyi. Nervous gile, ye la selama ni aku show kabaret style. Ni kene vokal lak.

Muzik start, aku pun masuk....

"bila kekasih mengundang aku pulang.....
mahligai menanti penuh gemilang
bila kekasih menyingkap tabir cinta
tiada terbalas dengan kata-kata"

tang sini ok lagi....sampai la part korus...

"Seribu tahun takkan sama...
sesaat bersatu dalam nyata...."

kat sini ok jugak lagi....

"Kerana kasih kusanggup korbankan.....
jasad dan nyawa..."

Damn....tergelincir suara aku tak sampai ke atas.

adoiii....mesti bingit orang dengar aku nyanyi..sumbang dahhh. Aku dah malu, tapi lagu tak abis lagi, masuk bridge....pastu second part lagi la jahanam. Tak boleh tarik suara. Perut aku penuh dengan makanan. Tapi aku redah je la sampai abis....
Selesai..muka aku panas. Sebab aku tau aku nyanyi tak sedap. Malu siot. Mesti penonton terseksa dengar suara aku yang tak boleh nak angkat tu. Takpe...sabar je la, yang penting tak menghampakan orang yang mintak. Rite?
So dalam malu aku menunggu tu, tengok2 SMS vote aku paling tinggi. Biasa la kawan2 navy yang propakan. Dan betul la sampai ke ahkirnye, aku menang propa SMS. Hahaha....meninggalkan jauh orang yang nyanyi lebih sedap dari aku. Tak kisah la, janji dapat hamper setinggi gunung. Kan?
Dah la kot pasal nyanyi tu. Walaupun insiden nyanyi sumbang tu aku hadapi, tapi tu semua part of pelajaran untuk aku. Mana la tau masa depan kot kena lagi kan? Prektis la at least 2-3 lagu yang boleh. Yang simple2, sesuai dengan range suara yang ada. Apa pun, untuk menyanyi pada aku tak payah masuk kelas vokal mahal2. Pegi kat ustaz2 yang mengajar tarannum, belajar dari diorang. Dapat pahala berganda, pahala mengaji satu hal, pahala menuntut ilmu lagi. Tapi nawaitu tu kene la betul, bukan pasal nak masuk pertandingan karaoke. Hmm..cukup la kot. Lepas ni kene prektis nyanyi lagi. Hahaha....aku dah try belasah ghazal, mak aiii tingginye suara sampai ke kepala!

2 comments:

perjalanan hidup said...

ayo. mesti sora control macho kan? pasni cuba la nasib masuk af plak. mana la tau jadi 2nd raja sms. er? umor dah terlebih kot? hehe.

Adi Osman said...

umo dah lebih pap oiii....
aku tak layak untuk sume tu
skadar iburan di masa lapang je