Saturday, December 09, 2006

Jauh perjalanan...


Penah tak korang terpikir sejauh mana korang nak duk dalam perkhidmatan yang korang sertai? Penah jugak tak korang pikir dalam perkhidmatan yang korang masuk ni, sejauh mana korang akan pergi? Level 41 macam machai skang ni ke? Level JUSA ke? Tahap dewa dewi ke?

Kadang2 bila aku tenung balik, betul ke aku masuk PTD ni? Kisahnye aku ni takde la eager sangat nak jadik PTD macam some people, yang sampai bergolok bergadai naik turun pejabat SPA, yang call serata kawan kalau2 ada orang yang kenal leh rekomen, yang pegi exam berkali-kali, yang pegi PAC sampai naik muak dengan acara PAC tu sendiri, yang sampai letih masuk interview room. Pada aku, semua ni rezeki yang Allah Taala bagi. Waktu pegi selection dari awal exam sampai abis interview, aku pikir kalau ada, adalah. Kalau takde, bukan rezeki aku.

Tapi tu la, bila dah masuk ni, nak nak kalau dah opsyen skim pencen lagi la merugikan kalau nak tinggalkan apa yang orang kata servis yang premier ni (premier ke? tu kata sesetengah orang). Pada aku, kat office memang la aku pegawai. Tapi kat luar, aku nak remain as what i am. Pantang orang tanya aku pasal keje ni. Once aku bukak mulut kata PTD, lain macam je orang pandang. Untuk semua pembaca yang bukan PTD, kitorang yang PTD ni manusia biasa. Tapi ada gak some PTD yang sangat perasan best. Rata2 alam dok jaja dia PTD. Adoiiii.....

Balik pada awal perenggan tadi. Aku ni ke mana la hala tuju aku 10 tahun akan datang ye? Hajat hati nak sambung master, kalau berkelayakan. Nak amek scholar JPA ni kene markah LNPT tinggi. Mau2 85 dan ke atas. Aku kene tunggu lagi sampai 2008 kot baru layak nak dapat mohon. Sebab syarat yang dikenakan kene 3 tahun dalam perkhidmatan. (anyone from JPA yang bole clarify mende ni? Sue......betul ke?)

Tengah bulan lepas batch 1/2004 dah dapat KUP 44. Tahniah la. Pada aku, kenaikan tu satu rahmat. Servis tak sampai 3 tahun dah dapat KUP. Batch 2002 rasanya dah nak naik 48 ni. Cepat ek? Tapi bersediakah aku untuk naik pulak? Macam tak cukup pengalaman je lagi. Well, aku rilek je la dulu. Some people dari batch aku dah sibuk dok tanya bila nak naik. Kawan2 sebatch sekelian, sabo la ye. Dah star sangat ke nak naik 44 tu? Ilek laaaaaa....
Skang ni aku tengah bersedia untuk PTK tahun depan. Sedia la sangat. Poyo, konon study la? Aku macam cuak je nak sit exm ni. Dah lama tak berkecimpung dalam bab2 exam ni. Kalau bab mengantoikan budak2 exam macam kat ATMA dulu aku terer la. Huhu...ketaq ketaq. Walaupun exam bulan 3 tapi aku ketaq. Macam2 mai dalam kepala otak ni. Dulu SPM takdak la ketaq camni. Hiks...dah la, paling penting, belajar dulu mana2 yang perlu. Amek tau apa2 yang patut. Tak la macam ada orang tu, bila tanya tatacara nak buat sebut harga pun tergagap2 nak jawab. Bukan nak jatuhkan maruah orang, tapi bila dah pikir nak naik gred tu, biarla setimpal dengan apa yang diberikan. Takdak la orang tercengang2. Orang kata PTD tu premier, tapi kalau asek tergagap2, premier kebenda? Memang la orang servis lain akan kutuk.
La ni paling penting, sebelum apa2 aku nak absorb takat mana yang aku boleh. Deepen the knowledge is the most important thing to do. Sementara masih muda ni kan. Tapi tu la, keje aku skang ni sangat la sangap dan mengeraskan bontot aku. Tuhan saja yang tau. Kalau dulu aku slalu bising sebab asyik outstation, kali ni rasakan. Asyik tertanya-tanya pulak, bila la aku nak outstation. Oh tuhan......
Dah la tu, cukup untuk ari ni. Sapa2 yang terasa ngan posting aku tu, jangan mare aaa. Kalau muka panas, maksudnya betul la apa yang aku cakapkan ni. Rite? Renung-renungkan la. Oh ya, untuk orang2 baru yang akan masuk servis, batch 2/2006, selamat datang. Selamat melapor diri kat IKWAS. Jangan la baru masuk servis korang dah rasa star. Silap la.....

3 comments:

Anonymous said...

Hai Askum En Fendi,
Nama saya Muhammad Fardullah.
Boleh saya minta sedikit nasihat & panduan?
Sila baca permasalahan di bawah:
(1) Bagi calon yang telah berjaya dan tersenarai di dalam lantikan ptd m41 tahun 2006, tetapi lantikan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana menunggu pengiktirafan ijazah (ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat, fakulti pengurusan dan teknologi pejabat, universiti teknologi mara (uitm) untuk diiktiraf oleh jpa, bilakah waktu yang sesuai bagi calon tersebut dipanggil dan adakah calon tersebut masih lagi kekal dalam senarai lantikan ptd m41 ini?

Segala pandangan & nasihat En Fendi saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

yang benar,
Muhammad Fardullah
fardullah_82@yahoo.com

Adi Osman said...

Setau saya kan, kamu termasuk dalam calon simpanan...
Akan dipanggil bila2 masa, tertakluk kepada kekosongan dan pengesahan pengiktirafan ijazah oleh JPA.

Nak lebih maklum, call direct ke SPA. Maybe diorang boleh explain

Anonymous said...

Hai..terima kasih atas maklum balas dari En Fendi. saya telah menghubungi En Ross Rafizal (JPA) & En Muhammad Hazam (SPA). saya telah dimaklumkan oleh En Ross Rafizal bahawa keputusan pengiktirafan ijazah tersebut akan keluar pada hujung bulan Januari 2007 dan pihak SPA pula akan mengeluarkan surat tawaran ptd m41 sebaik sahaja keputusan pengiktirafan tersebut dikeluarkan olah JPA.

Terima kasih atas segala nasihat yang diberikan =)