Tuesday, October 31, 2006

Return to Bota

Saturday, after returning from a long holiday, I've decided to visit my Keluarga Angkat at Kampung Air Mati, Boston...(ish, speaking London la pulak hai). Untuk Azhar Tani n wife, trimas sebab bawak aku tumpang ke Perak. Dah lama teringin nak pegi, tapi takde kenaikan. Cmane aku nak pegi ke sana. Mujur la ada insan yang bermurah hati bawak aku pegi. Insyaa Allah tahun depan aku pegi sendiri (ni bagi hint sesuatu kot?)

Oh ye, keluarga angkat ni aku dapat waktu kursus kat INTAN dulu. 10 hari spend time jadi kampung boy. Kisahnye aku ni mai dari kampung gak. So takde masalah nak sesuaikan diri kat sana. Adat berdagang kat tempat orang, kena la buat baik macam duduk dengan mak bapak sendiri. Baru la orang sayang. Ye dak? Buktinye, sampai bila pun orang akan kenang kita. Rite?

Seawal 6.30 pagi aku dah gerak keluar ke Komuter Kajang, naik tran kul 7 ke Shah Alam. Azhar pikap aku kat sana, 0900H gerak ke Bota, rilek2 dalam 1230H sampai la ke umah ayah mak angkat aku. Aku tak telepon dari awal, takut depa tertunggu2. Saje wat seprais. Sudah sampai kat Tapah baru la call. Alhamdulillah ada orang jugak kat umah.

Dah sampai, ada ayah je dok tunggu. Heran gak sunyi sepi je umah. Dan dan lidah aku ni tune frekuensi ikut orang perak cakap. Sape2 yang penah dengor awok belabun ni...mungkin deme tau le kirenye.

Sampai je salam peluk cium ayah, kemdian ayah cakap mak takde, gi khoje kenduri umah adik. Terus gi ajak makan kat Tanjung Blanje. Ate pueh bebenor le teman gi makan kenduri, ade gulai tempoyak ikan patin. Idok le teman suke bebenor pun, tapi kagum sebab ada gulai tempoyak tu.

Sampai umah kenduri, salam mak. Mak peluk aku, cium aku. Cakap "mak rindu kat di..." Uh, sensitip kejap. Tapi tu la, macam aku cakap. Buat baik tu insya allah orang akan kenang. Kat kampung tu jadi heran sat tengok mak angkat aku peluk anak orang. Ahaks...

Abis makan, jumpa la sedare2 angkat aku yang lain. Ayat pertama kakak cakap "apsal dah kembang?" Hahahaha....memang kembang pun!

Balik kenduri, salam2 dulu then drop ayah kat umah. Terus proceed g Pasir Salak umah parents angkat si Azhar lak. Cian tengok bapak dia. Wheel chaired skang ni. Katanya lutut dah kering grease tu! Untuk family azhar bior le dia yang ceghite. Eheks...

Abis melawat sume, gerak la balik ke KL. Dah kul 10 malam baru sampai umah. Erk, drynye posting aku hari ni. Apa pun, pengalaman 10 hari kat Bota tu cukup indah. Ada sesetengah orang rasa pahit tapi aku rasa cukup indah. Seronok kiranya. Walaupun derang tak raise aku dari kecik, 10 hari je tapi derang layan aku macam anak derang sendiri.

Ayah dan Mak kat Bota, thanks sebab terima Di. Umur panjang kita jumpa lagi ye...Oh ye, kat atas ni gambo amek kat Bota ari tu. Tak banyak sebab aku excited gile jumpa both of my parents angkat.

Monday, October 30, 2006

It's a looooooooong holiday

Panjang gile cuti. Sampai aku malas nak masuk keje ari ni. Puas aku beraya kat kampung. Well, ni cerita pasal raya la pulak. Aku balik hari Sabtu Deepavali tu. Untuk Emon, mekasih hantar aku gi terminal. Kat bawah ni gambo plane yang aku naik untuk balik ari tu. Masya allah ramainye orang kat terminal. Maklum la raya kan....double festival plak tu. Sampai penang terus amek teksi ke jeti. Naik feri la kan..macam biasa. Haa, korang perhati betul2 apa yang tertulis kat feri tu, nama dia sungguh menarik. Yang aku heran feri lain penuh je tulisan, walhal nama panjang i.e Pulau Talang Talang, double word tu. Tapi feri kat bawah ni, p.undan...hahahahah....tergelak aku tengok. Dah selesai cerita feri, sampai umah mula la acara membesarkan badan. Fahmi Osman ngan Lukman Osman lom sampai lagi. So tak penuh la umah tu. Merasa la aku tido atas katil semalam. Puasa 2 stengah hari, sahur 2 kali. Bila dah balik semua, meriah la umah. Bising ngan budak2 kecik. Mami Dedi pun happy. Tapi yang paling aku happy tengok Baba pakai baju yang aku beli tu. Thank God dia suka. Hmm, malam raya bayar fitrah kat amil. Pagi2 raya acara bergambar la plak. Haa, kat bawah ni latest look di pagi raya, baju raya 2 tahun lepas. Muat lagi. Whew lega..maksudnye takde la aku ni membesar bagai johan sangat kot. Gambo ngan family, ni macam acara wajib tiap2 tahun. Pastu Baba frame letak kat living hall, as u can see down here, my family. Kat tengah sekali, my beloved dad. Belakang tu semua siblings aku, all boys. Kat depan, geng2 pompuan, Mama, sis-in law, and my nieces. Dah abis gambo ramai2, amek gambo posing la plak. Haa, ni ha anak2 sedare aku. Almas Nadhirah & Ambreen Thuraya (huk..payah la hai nak sebut nama orang yang canggih2 skang ni). Soalan2 membunuh untuk aku bila orang dok tanya "Hang bila lagi?". Aku buat donno je. Lantak la orang nak cakap apa pun. Aku peduli apa kan. Aku yang nak kawin bukan orang yang dok tanya tu. Haaa..ni anak mak. Kalau aku letak cermin mata muka aku jadi macam seorang wanita di sebelah aku ni. Mama...kalau dulu nak raya dia la sibuk buat kue tat untuk jual. La ni main tunjuk je laaa....Kan mama kan? Hmm...beraya ngan parents, takde la formal macam dalam TV tu, parents dok atas kerusi, pastu datang anak2 salam, yang sulung lead. Kat umah aku tak..sapa siap dulu, salam la dulu. Janji beraya kan? La ni takde la duit raya dah. Huhu..

Dah, abis solat gi pusing2 kampung umah arwah tok puteh, gi umah tok amah, umah mak2 menakan, pak2 menakan. Selesai raya pertama, raya kedua tunggu kat umah je la. Anak2 menakan baba mai melawat. Time ni la aku menghulurkan paket berisi duit tu. Budak2 skang ni demand la sangat.

Tahun lepas aku letak singgit, depa bukak depan2 aku. Skali tengok ada singgit, ayat ni yang keluar:

"Allah...sringgit"

"Hah..kalau hangpa takmo bagi kat aku balik...."

Tahun ni aku letak singgit lagi. Tapi aku kasi ayat ni pulak:

"Hah...sampul tu bukak kat umah hangpa nanti, kalau bukak la...aku dah jampi, duit tu nanti jadi kertas"

Menjadi plak taktik aku. Takde sape yang bukak. Whew legaaaa...

Abis raya, Khamis, Fahmi Osman n family balik umah. Aku balik Jumaat. Naik kat Tanjung lagi. Baba hantar sampai jeti, Ajax Tomok amek dekat Tanjung sana. Mekasih Ajax. Sementara menunggu Ajax tu, ada pulak matsaleh dok naik Lanca kat sana.Amek gambo (maklum la kamera bau kedai lagi - ya allah peliharalah kameraku kali ni). Macam kiut lak naik beca tu. Teringin ahh....Ajax sampai. Pi pusing makan laksa penang kat Pantai Seagate bertentang ngan Pulau Jerejak tu. Bukan apa, teringin sangat nak makan laksa. Kalau tak salah dalam posting aku waktu aku kursus kat penang aku dah letak gambo laksa yang sedap tu. Kenyang melantak....pegi la Airport. Kali ni plane tak penuh. Load dalam 40 pax je. Tapi kan skang ni, kalau naik MAS, selain dapat oren juice tu, ada kacang masin nostalgia tu. Ari tu balik ke umah dapat sepaket. Kali ni outbound to KL, aku tapau bawak balik. Hahaha.....rasakan. Agaknya MAS pun pening kot pasal orang asek mintak kacang je. Nak2 kalau dapat passenger cam aku ni.
Dah...cukup la cerita pasal raya. Next posting aku cerita pasal beraya kat Bota plak. Best ooo raya kat Bota..

Friday, October 20, 2006

Raya oiiii


Hari ni dah hari terakhir keje sebelum cuti panjang. Esok tengahari aku berangkat balik ke Sungai Petani, Insya Allah. Sempat la buka puasa dengan family 3 kali lagi, sahur 2 kali penghabisan sebelum raya. Esok pagi Emon cakap nak hantar aku ke terminal pengangkutan. Ye la takkan aku nak gendong beg naik moto. Sudahnye moto aku nak parking mana lak pasni?

Malam tadi susun2 barang untuk dibawak balik. Baju baba dah beli, baju Lukman dah beli, untuk mama pun dah ada. Tinggal baju Basil je blom. Budak tu susah nak predict saiz dia. So balik beli kat SP la kot nanti.

Hari last ni, aku gi mengadap pengarah untuk cerita pasal posting. Kawan2 Pusat Komputer sume 1.11 gak, dan pensyarah pun ada yang dah dapat surat balik Semarak 1.11 ni. Pensyarah tentera tindikan akan ditamatkan kontrak, dan RTU. Aku nampak akan kosong ATMA ni, pegawai sume takde. Tinggal kadet je.

Rasa la korang yang nak cepat sangat UPNM ni. Dengar2 kena tahan sampai 31 Dec. Tapi agensi baru tempat kitorang ni benarkan ke nak tahan lama2? Pada aku, buat keje jangan buat sorang2 atau dengan orang2 tertentu je. At least bagi kitorang ni tau apa perkembangan. Bukan apa, masa depan budak kadet ni takkan nak terbengkalai cenggitu je? Bagi la chance kitorang ni merancang. Takde la suka hati nak buat ikut cepat nak dapat pangkat. Isk..bebel la plak.

Aku balik ni pun angkut laporan prestasi tahunan untuk aku isi. Yang staf punya untuk dinilai. Nota serah tugas, minit mesyuarat yang terbengkalai. Macam tak cuti jadinya. Kali ni kene gigih, ye la dah nak berambus katakan.

Ok lah, cukup takat ni. Untuk semua pembaca blog ni, Aku Affendi Osman mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua, Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, October 19, 2006

Surprise sebelum raya

Hah, hari ni dapat surprise kat office. Apa yang surprise sangat tu? Haa, tengok la sendiri kat bawah. Kusangkakan dapat apa yang kupinta, tapi tak dapat la pulak.
Tu diaaa, surat posting sudah kuhighlitekan tarikh efektif dan tempatnya sekali. 1 November, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi KKM pun, tang mana taktau la. Hospital ka, HQ ka? Harap2 dapat la unit yang banyak travel. Tapi ada ka unit tu kat KKM.

Hmm, hari ni dah Khamis, esok orang berbondong2 nak cuti dah. Aku kena buat surat tangguh tarikh posting ni. Sebabnya, kalau aku berpikiran jahat, aku memang akan keluar on that date. Tapi sapa yang nak uruskan budak2 UTM nak periksa ni. Dah la Timbalan Pendaftar takde, sekali dengan Penolong Pendaftar pun nak berambus.

Aku call Pengarah Akademik tadi, kesian pulak kat Prof bila aku dengan slambenya cakap

"Prof, saya dah dapat posting"

Tah la, aku memang nak keluar, tapi tunggu la sat sampai settle. So skang ni kena buat surat penangguhan posting. Ish, huru hara sat. Tak sangka pulak nak dapat secepat 1.11. Bagi la aku abis tahun dulu kat sini. Musim2 budak exam final. Dengan mesyuarat JKTS UTM tu bulan 12 ni. Mau tak terkangkang sume orang?

Apa pun, syukur dah dapat posting. Keluar dari MINDEF terus pulak tu (Dina...jom la join aku skali). Hadiah hari raya kot? Apa la nasib aku kat tempat baru nanti ye? Cuak ni......

Wednesday, October 18, 2006

Iftar ATMA

Semalam, ada majlis rasmi kat ATMA ni. Macam yang tertulis kat bawah dalam gambar. Oleh sebab majlis rasmi, maka semua diwajibkan datang berpakaian kebangsaan lengkap. Huhu...pagi tu aku bawak baju, sudah bila sampai office baru sedar aku bawak semata2 baju, seluar dan samping je.

"Butang baju melayu aku mana Pahhhh?" Bukan setakat butang, songkok pun takde. Penangan mamai di pagi hari, abis sume lupa. Jadi petang lepas keje sementara tunggu majlis mula, aku start moto ke Pekan SB cari songkok dan butang baju. Bole la buat nak pakai raya sok. Songkok yang aku aku ada dalam simpanan, yang 6 inci zapin tu, dan yang ada Jata Malaysia. Takkan nak pakai raya kot?
Hmm, 1835H, siap aku tukar pakaian kebangsaan, melilau aku jalan menuju ke Wisma Pegawai Kadet. Macam biasa la, tunggu ketibaan tetamu jemputan. YB Timbalan Menteri Pertahanan.
Dalam 10 minit lagi nak buka, sampai la tetamu yang ditunggu. Salam2. Mesra rakyat dia ni...tapi tak glamer macam timbalan2 menteri yang lain.Suasana dalam Wisma Kadet sebelum azan berkumandang. Sembang dan sembang. Termasuk la aku.
Ni dia...baju Masya Allah terangnya warna. Tapi kan, aku tengok most of the tetamu yang datang majoriti pakai ijau. Ni scene bergosip sebelum buka posa, sampai terjungkit bibir tu!Ni hidangan awal sebelum main course. Kurma dan kuih2. Tengok air tu, dengan bunga2 sekali ada. Lekat kat tekak yang kering ni. So lepas buka, solat berjemaah kat masjid ATMA ni. Kemudian main course meal. Boleh tahan sedap.
Masak lemak daging salai, ayam masak merah, ulam2 dan sambal belacan, sayur goreng ala chinese, kari kepala ikan. Terangkat beb!

Teman semeja waktu makan. Duduk dengan Ajutan. Best kawan ngan depa ni. Banyak mengarut. Selesai makan, terawih la kat masjid tu. Ramai la kadet2. Tapi time terawih takde la gambo. Sapa nak amekkan?

Sudah selesai sume, rempit kembali ke Kajang. Sakit la hai tulang tongkeng aku ni lately. Agaknya dah sampai seru nak beli kereta kot? Balik kampung raya ni nak diskas ngan FaMa la. Hmm...cukup untuk ari ni.

Tuesday, October 17, 2006

Iftar Asabiyyah

Bulan2 posa ni acara yang banyak orang Malaysia buat adalah Majlis Iftar. Tak kisah la kat umah ke, kat opis ke, kat hotel ke, kat restoran ke...mana2 je la. Tapi lately, tengok price buffet kat hotel melambung2 tinggi. Ada yang sampai seratus. Berbaloi ke nak bayar 100 sedangkan boleh je buka puasa dengan cekodok kat umah?

Apa pun, semalam dah gaji. Terkejut badak aku check akaun bank. Ribu riban jugak la gaji dengan bonus dan jugak gaji backdated aku tahun lepas yang tertunggak tu. Setan tu mula la menghasut suh beli tu beli ni. Apa pun, duit tu aku renew paspot (Sharila oiii...aku dah renew paspot). Beli kamera baru menggantikan kamera aku yang cukup mengharukan keadaan (gambo pertama diambil dengan kamera baru kat tepi ni), pastu perfume baru sebotol, sebab dah nak abis koleksi perfume aku! Duit pun dah siap2 tukar untuk Raya sok. Kue raya yang ditempah pun dah sampai, konon nak bawak balik untuk mak aku kat umah nun. Tapi semenjak Seri Bedah dah balik berlaki kat semenanjung ni, payah la nak order kek lapis sarawak yang kaler2 tu. Kalau tak, kek tu nun jauh dari Limbang datangnya.
Semalam settlekan semua la, sewa umah, bil itu ini, saving lagik. Ye la, kang terbelanja pulak duit tu. Tapi tahun ni rasa tak membeli baju melayu kot. Tahun lepas, dua tahun lepas, tiga tahun lepas punya pun elok lagi. Tak payah membazir.....kan?

Erk, dah lari topik pulak. Aku nak cerita pasal iftar, dah cerita pasal gaji lak. Well, semalam aku dengan bebudak kabilah asabiyyah B kat INTAN dulu gi rafting berbuka kat KAGUMAS Katering Bangi. Ingatkan bangunan tu tempat masak je, rupanya ada tempat makan sekali. Tapi yang aku rasa kelakar, kalau tak sebab kitorang 30 orang tu yang gi huha kat situ aku rasa ada 10 orang je kot yang berbuka.

Menu, meriah gile. Buffet style. Dari Melayu, Japanese, Chinese dan beraneka juadah yang cukup mengenyangkan dan berbaloi la dengan harga RM25 tu. Banyak sangat makanan. Rasa pun sedap (ibarat kalau menjual kat PARAM tu....ada ramai orang beli la). Lepas keje semalam (walaupun aku sebenarnya isi borang cuti sebab mengulau pi midvalley), selesai je meeting tatatertib kadet tu, maka merempit la aku ke KAGUMAS tu. Sampai dah 1840H, ramai dah ada kat situ bergosip cerita ceriti.

Masuk buka posa time, makan la apa lagi..makan dan makan dan makan. Solat dan sambung makan. Sesambil sembang2. Eheh..makan lagi sampai kembung perut hah. Apa pun, 2015H aku dah cabut. Ada hal lain yang perlu diselesaikan kat rumah. Kat bawah ni ada la sikit2 gambo yang aku dan jurugambo bertauliah aku, K(h) amekkan semalam. Enjoy then....


Daus ngan Pian Hairan. Err, yang kain rambut tu perasan model Pantene kah?


Ehm, dengan Fuad. Walaupun ada orang kata kitorang berkrisis, tapi kitorang menten je. Tak gitu Daus?

Antara ladies yang hadir

Acara menyerbu makanan, tengok lasagne macam sedap je, tapi tak sempat aku nak amek dah licin. Ganas tul budak2 ni makan. Seb baik tak kempunan, kalo tak aku lari masuk batu belah batu bertangkup.

Tu dia aihh, penuh pinggan. Badan sekeping, tapi lauk Astaghfirullah

Ada banyak gambo lagi, tapi sebab line internet kat office ni sialan, so aku bubuh takat tu je dulu. Hehehe...

Wednesday, October 11, 2006

Iftar Siblings 97

Hah, asek aku dok cerita pasal PTD je, hari ni aku nak cerita pasal lain la pulak. Semalam, setelah 2 tahun missing, tahun ni Majlis Berbuka Puasa Siblings97 dapat dilaksanakan, Alhamdulillah. Siblings97? Apa kejadah tu? Heh, ni cerita Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, batch 1997, ala yang glamer pasal SPM dapat 100% Gred 1 tuuuu - ni gaya riak namanya, astaghfirullah.

SMAPK
Sekolahku yang tercinta
Kami belajar kami dididik
Oleh guru-guru berwibawa
Bagi mencapai cita-cita
Falsafah pendidikan negara

Eheh, lines taken from my school anthem (wei..anthem ke song aa?).

Idea nak buat majlis ni timbul bila chat ngan si Bayah minggu lepas, my classmate waktu tingkatan 1 dulu. So, bila dah chat ni ada la plan sikit2 nak wat kat mana, brapa anggaran itu ini begitu begini. So, kitorang moderator YG siblings97 ni buat la posting kat mailing list, try survey sape nak datang. Pada aku, kalau 5 orang pun aku tetap jalankan gak. Awal2 tu memang la 5 orang. Lastly,we've decided to organise the majlis di Santini's KLCC. Harga berpatutan, buffet baru 30 hengget. Kalau g hotel2 tak sume boleh afford, ye la tengah bulan, nak raya lagi, nak balik kampung lagi. Tujuan utama nak jumpa kawan2, bukan nak melantak sangat pun.

Tunggu dan tunggu dan tunggu, last2 dapat la lebih kurang 30 orang. Tu dah kira ok la memandangkan notis singkat sangat. Tambahan pulak dengan komitmen keje. Yang ladies, ada suami ada anak tak tentu lagi dapat join. Yang duk jejauh nun, sah la payah. Takkan la nak datang semata-mata nak makan kot?

Hmm, semalam aku cabut awal dari office. Janji ngan si Seri Bedah n Hubby untuk pegi sama-sama. 1630H aku merempit ke komuter Kajang, tunggu kat sana. Depa naik kat Bangi Lama. Dalam hati excited la sangat pasal nak jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Perjalanan berliku-liku, chewahhhh. Komuter macam oven, takde aircond. Nasib baik tak sardin. Sampai Sentral, tukar PUTRA, sama jugak macam oven, takde aircond, time balik keje bayangkan bau badan manusia (aku wangi...hehehe). I wonder how they managed to run the train service without checking the train ability. Ah, this is another story! Aku nak cite pasal bukak posa.

Dah settle meredah kesesakan tren dengan Seri Bedah dan hubby, 1825H aku sampai la ke tempat yang dituju. Santini's KLCC. Sebelah San Fran Steakhouse. Tengok kawan2 ramai yang dah sampai. Eheh, salam2 dan mula la kerja aku sebagai ceti terhormat mengutip duit untuk dibayar lepas melantak kang. Ye la, kalo tak kutip takut ada yang lupa lak, makan free orang belanja. Ahaks..

Sementara menunggu waktu berbuka tu, macam2 cerita la yang ada. Itu ini begitu begini. Maklumla lama tak jumpa. So this is the opportunity untuk berkongsi cerita-cerita lama. Cerita baru pun ada. Yang bawak kad raya, passing kad raya. Yang bawak kad kawin, surrenderkan kat kawin tu kat semua. Yang bawak bisnes kad, bagi la kat kawan2 yang tak tau keje kat mana.

Gosip punya gosip, dah dekat sangat masuk waktu berbuka. Ramai2 bangun amek makanan. Yang ada pasangan (suami, isteri, tunang, partner) pakat dok tolong amek makanan untuk pasangan masing2. Yang sebatang kara macam aku ni? Huk, sendiri angkut la nampaknya. Amek makanan ala kadar. Beratur panjang seh. Tapi bila masuk bab beratur ni, teringat la kat hostel dulu, yang junior walaupun berlari pecut bagaikan Rabuan Pit ke dewan makan tetap akan ke belakang bila beratur. Ye la, dah senior mai potong line. Dalam hati sumpahannye Allah Taala saja yang tau. Tapi tu cerita dulu la, semalam aku potong line budak2 aku ni ha. Ala kekawan kan...

"aku tak kira, aku nak potong jugak"

Keliling meja penuh dengan orang ramai. Alahai, walaupun negara ni negara muhibbah majmuk bagai, tapi aku tak paham kenapa bila orang nak buka posa yang tak posa pun sibuk je nak serbu makan sama sampai orang yang puasa ni takde tempat nak makan. Teringat zaman2 aku keje kat midvalley dulu, time nak buka posa ni la ada bangsa yang tak reti bahasa dok mai nak beli makan, pastu suruh serve cepat. Hangin satu badan.

Dah amek makan, duduk la kat depan meja mengadap makanan, sambung lagi gosip2 sampai la si Acam angkat tangan nak baca doa. Tengok meja kiri kanan sume orang tak buat apa2 pun. Si Acam kata radio dah bang. Dok kejap pastu masjid KLCC pulak bunyi. Sah..makan time.

Bila masuk waktu makan ni teringat kat dewan makan dulu, slalunye buka posa kita tengok sapa yang angkat tray dulu. Ala2 juara makan laju la konon. Dan orang yang angkat tray tu adalah aku. Sudahnye makan sikit sejemput. Huhu...tapi kenangan tu memang takde dapat kat tempat lain la. Sekarang ni maintain macam tu jugak cara berbuka tapi takde laju macam dulu.

Selesai makan, gi solat dulu. Sanggup jalan jauh2 kat masjid nun, walhal kat bawah KLCC tu ada surau nalla punya. Saje nak turunkan makanan dalam perut ni. Penuh dengan air. Lagipun, kalau jauh tu setiap langkah satu dosa kecil diampunkan dan satu darjat ditambah. Betul tak? Alahai, time2 ni baru la nak ingat sume tu. Ala cakap je la tak jumpa surau kat dalam tu. Hehe..pegi KLCC setahun sekali. Mana nak jumpa.

Lepas solat, lepak lagi. Sambung cerita sampai la 2130H, acara last amek gambo kat depan restoran tu. Tapi takde la plak leh aku tunjuk kat sini. Sebab kamera aku bangang kan, takde flash. Huk...balik2 alasan yang sama.

Baiklah, takat tu la dulu kot. Untuk kawan2 sekelian:

Bayah - mekasih sebab susah payah buat booking, dan merealisasikan idea ni.

Seri & hubby Oja (SEROJA) - cantik kad raya korang. Tapi kad raya Mak Bedah lagi lawa...hehehe

Wirda & partner Fahmi - ampun, aku terpanggil kau nama yang dulu2 tu...

Nadia - takde komen pepe...mekasih je la eh

Fazura & tunang Wan - macam pinang dibelah simetri gitu!

Mudz @ Syerry - budak2 sekolah kawin sama sendiri. Erm, semoga tabah mempersiapkan diri jadi mak bapak.

Ali - mekasih banyak2 luangkan masa

Anas - mekasih juge

Amir & partner Anis - bila lagi wei?

Islah - kau tetap akan pegang jawatan presiden persatuan desperado tu. Err, rupa dah ada tapi awat ko takde calon eh?

Shariza - sorang lagi sebatang kara. James Bond 007 batch aku ni.

Yatde & hubby Amin - mekasih...suke la tgk korang berdua

Adlin & tunang Izza - insya allah aku sampai ke kenduri kau. Grandnye buat dalam dewan KISAS.

Irma - Yang ni kene tabik, gigih datang sorang walaupun perut memboyot.

Nana - Awat makin kurus ni? Dulu kat skolah body dah mantap!

Bonzer - Mekasih, raya ni mai la umah aku kat SP tu naa..

Naa Eteq - Mekasih jugak laa. Tak tau nak cakap apa daa

Zainurizzaman - ko tetap blur macam dulu. Ehehe...

Chor & partner - elok2 kaki tu eh, semoga cepat sembuh

Acam & wifey Awin - ucapan sama gak macam kat Mudz & Syerry tadi.

Haqq - Sebatang kara jugak ke? Huhu...

Fira & hubby Yeng - lenkali bawak anak sama2, jangan tinggal kat umah mak!

Hopefully lainkali ada masa lagi la untuk jumpa lagi. Rasanya open street Raya umah Bayah sok boleh buat kot? Kan Bayah kan?
p.s : Buyat, aku amek gambo ko pos kasi aku tadi. Kasi meriah sikit. Ampunnnn

Saturday, October 07, 2006

Mana la depa nak campak aku?

Ehm...semalam dalam dok aku gabra bila tarikh aku nak expired kat ATMA tu, tetiba dalam Yahoo Group 0204 ada message untuk aku dari Zana J.

"Mr Tariq, call me ASAP"

I wonder apa la yang dia suruh call aku. Hmm, message aku dapat dah malam, since line kat ATMA tu down seharian. So aku pun call la dengan hati yang berdebar2. Aku ada cakap kat dia yang aku nak ke KPWKM tak pun ke Pelancongan.

Well, Zana cakap cepat sangat MINDEF hantar permohonan aku nak keluar, since bos kepada En Haris yang jaga penempatan PTD tu heran sebab macam aku ni problematic. Musykil sebab MINDE takmo simpan aku kat sana walhal ada 13 kekosongan untuk diisi. Maka dengan yakinnya aku pun menerangkan keadaan kat Zana yang aku sendiri yang request keluar. Dalam posting aku sebelum ni dah aku terangkan keadaan. Tu pun kalau korang yang membaca ni ada terperasan.

So, Zana J pun cerita la yang hasrat aku nak ke KPWKM tu macam mustahil je. Sebab dia nak hantar pompuan je ke sana. Pelancongan? Entah....apa pun surat dari aku sendiri dah aku siapkan, cuma menunggu pengarah untuk signkan sokongn untuk aku keluar dari MINDEF. Aku baru terhegeh2 tapi MINDEF lagi laju wat keje. Kat sini, nak ucapkan terima kasih kat Nely yang uruskan transfer aku tu. Bukan aku takmo dok MINDEF tu, tapi nak ke sana bercinta dibuatnya. Kalau tempat yang ada public transpot macam tempat yang aku request tu, aku pun akan stay.

Hint yang dia bagi, most probably JPM. Yeap JPM...tapi kan JPM tu besar la sangat. Ada 30+ bahagian yang bernaung. So, suspen la tang mana depa nak bubuh aku. Kalau department spy james bond ala2 hosmet aku tu mustahil la kot. Hehehe...so lepas aku dapat tau je terus lak aku call si Diana Selloww untuk recce department mana. Kalau boleh la kan, ni harapan aku la, sebab aku ni lonely, takde komitmen apa2, aku nak ke department yang banyak heret beg sana sini. Ye la kan, koman2 aku mengisi masa aku dengan keje. Takde la asek homesick je.

Lebih mengejutkan aku, dengar2 lagi 1.11 aku dah nak kene transfer. Aduhhhhhhhh pening camni. Ye la, kalau aku brambus dari situ, tunggang langgang la takde Penolong Pendaftar. Dah la Timbalan Pendafar pun dah brambus. Ni sorang lagi. Ibu Jijah semalam pun dah sound aku, kalau nak keluar pun tunggu kasi selesai semester. Kalau tak takde orang nak buat. Aku pun terpikir macam tu jugak. Tapi alang2 menyeluk pekasam, biaq la sampai ke pangkal lengan. Alang2 masuk jamban, biar la berak terus dak? Hehehe. Orang tak tau appreciate aku, cmane aku nak appreciate orang?

La ni aku dok berpikir lagi. Kalau dapat surat posting sok, bila aku nak melangkah keluar dari ATMA tu? Sapa yang nak langsaikan keje nanti? Kalau ikut Mami Mahzom, duduk kat situ sampai orang baru NDUM datang. Tapi bayang NDUM pun tak nampak lagi. Lagu mana ah? Hmm...esok nak beli bunga, cabut kelopak satu demi satu. Macam cite orang putih "she loves me, she loves me not", tapi versi aku "berambus cepat, stay dulu..." Entah la labu....

Thursday, October 05, 2006

Pelangi dah nampak sikit-sikit

Semalam, time aku dok kemas2 barang nak balik rumah, tetibe telefon pejabat aku bunyi. Ish, sapa la pulak yang call ni?

"Penolong Pendaftar ATMA, selamat petang"

Waah, sangat berbudi bahasa. Dan dan teringat kat iklan kat tv, ala yang satu family naik kereta pastu pak dia overtake sebijik kereta lain tu....

"Terima kasihlah sebab awak ingatkan saya"...ewwww....

So, orang yang menelefon tu cakap memperkenalkan diri. Rupanya si Nely, PSU BPSM MINDEF yang jaga PTD. Nak bagitau pasal borang transfer ke JPA yang telah diisi ari tu. Ye la kan, orang dah nak jadi universiti, nak suh join tapi nak guna skim N, kenot la. Penat je aku gi PAC, DPA sume. Nak tukar skim, nehi nehi. Lagipun masuk close service ni, takat mana je la yang aku boleh pegi. Pos tertinggi stakat PENDAFTAR universiti je. Tu pun satu. Lain2 beratur la berderet kat bawah. Sapa ada kipas angin kuat sikit, dapat la jadi pengganti lepas PENDAFTAR pencen. Politik close service ni dah aku paham. Zaman2 kat UKM dulu banyak mengajar aku.

Anyway, Nely ada tanya aku either nak dok MINDEF ke nak keluar. Aku heran la jugak sebab selalu nak keluar MINDEF ni payah. Dia kata nasib aku ni aku ibaratkan anak kematian mak bapak la, tunggu jabatan kebajikan masyarakat mai kutip pi bubuh kat umah anak2 yatim. Ahh, tak kisah la. Mula2 aku tanya kat MINDEF apa yang kosong. Dia pun list kan satu persatu. Mula2 STRIDE belakang umah aku tu menarik ati. Tapi pikir balik, boleh otstesen ke kalau kat situ? Pastu dia sebut MINDEF Sabah, err...macam menarik tapi aku nak MINDEF Sarawak, dah terisi la pulak.

So tanpa melengahkan masa, aku cakap

"can you transfer me out?".

Dia ok je "Nanti saya siapkan surat ke JPA untuk transfer awak keluar"

Whew...dalam kepala ni ligat mencari destinasi seterusnya untuk aku posting. Nak pi department grand2 aku ni bukan terer pun. MINDEF semula? Tidak, cukup la 2 tahun dengan askar. Ari tu Zana J ada cakap pasal Kementerian Pelancongan ada banyak kosong. Hmm..menarik untuk diconsider. Kat PWTC, best, naik komuter je nanti. Tak payah nak merempit.

Kepala ligat lagi ni, mana eh? Malam aku call Elf, tanya kat KPWKM dia tu kosong tak? Dia kata kosong banyak. Wah, kementerian wanita la plak? Orang dok bergelut nak masuk kementerian yang grand2 (kata orang la), aku pulak nak gi tempat yang sempoi2. Tapi tu la, sempoi ke? Seingat aku, tiap tempat yang diwujudkan tu mesti ada cabaran dia dak? Kalau sempoi takkan la ada perjawatan untuk pos tu.

Malam tadi jugak aku sms Zana J mintak recce tempat. Malam2 buta ganggu bini orang. Keh keh keh...tapi ayat sms aku tu dan memohon maaf sebab ganggu. Ye la, excited nak berambus kan? Ya Allah, bukakanlah jalan untuk aku.

So settle, hari ni aku masuk opis sengeh sampai telinga. Tapi at the same time sedih la jugak. Kawan2 yang gila2 kat sini nak ditinggalkan. Huhu...Apa pun, best ke tempat baru yang aku nak gi nanti? Atau lebih azab dari apa yang aku ada sekarang. Manusia, tetap tak puas ati dengan apa yang diberi. Isk...mana2 je la. Janji nampak pelangi. Aminnn

Wednesday, October 04, 2006

Cerita-cerita Puasa

Jumaat malam lepas, buka posa umah mak bonda Habsah kat Taman Yarl. Memang berniat nak buka dengan family dia. Bawak nasi Arab Sg Besi yang sangat sedap tu dan tak sia2 aku bawak, memang terbukti sedap (bukan aku kencheng aaaa). Soon lepas solat terus aku merempit balik umah. Ye la tengah malam tu aku nak gerak naik bas balik kampung. Haaa...tudiaa, orang balik awal Ramadhan, aku balik dah seminggu Ramadhan. Ah, janji balik. Dan bila dah nak balik tu, macam2 la kiriman yang sampai untuk aku bawak balik ke KL ni. Mak bonda pesan daun untuk buat Nasi Ulam Kedah (for those yang tak tau, nasi ni guna ulam2 yang diracik halus, gaul ngan bawang yang dipotong, ikan talang masin bakar yang ditumbun dan lada hitam, kena dengan sayur asam keladi rebus letak udang sekali). So mengangkut la daun ulam tu naik bas bawak balik KL, cuak gak sebab takut daun tu layu.

Balik umah bertolak kul 12 malam, sampai dah subuh. Sahur kat R&R Gunung Semanggol. Orang sesak tak hengat huhu. Sampai umah je tido sampai kul 11. Mak aii...lamanya tido. Jet lag la kunun. Bangun terus ajak adik aku gi TESCO. Soping, beli itu ini..begitu begini. Balik umah, mama takde, gi sekolah, ganti untuk cuti raya. Sudah siap2, pukul 3 mama call mengatur benda2 nak dimasak untuk berbuka. Kat umah tu orang ramai. Ada abang, ada adik tapi yang mencemar duli merosakkan kuku tu aku je la. Kak ipo aku ada excuse pasal dalam pantang. Takkan nak kacau kan. Ni yang tau nak mengarah makan itu makan ini tapi takmo buat keje. Grrr.....mama balik umah semua dah siap aku buat, sayur campur, daging masak madras, puding peach. Cuma kueh talam kurma je aku tak reti. So tunggu untuk makan je la. Mama proceed dengan kueh tu.

Bila masuk waktu buka, cheewahh konon duduk KL la, haramm...azan kat tv je terus nak minum. Seb baik la ada orang ingatkan. Ahaks! Tapi bestnye dapat berbuka dengan family. Ye la, asyik dok berbuka sebatang kara je. Sehari pun dah kira ok la tu. Lepas ni nak raya dapat buka posa lagi sehari dua sebelum. Kan kan kan?

Heh, oh ya...kalau sapa2 terperasan posting aku sebelum ni hilang, aku nak mintak maaf banyak2 la. Ada isu terhangat yang terkandung dalam tu yang menyebabkan aku kena censor sekejap. Nanti dah berambus dari sini aku naikkan balik. So sapa yang dah baca, kira rezeki la. Sapa yang belum, lupakan je la niat nak membaca tu.

Semalam sambil2 keje tu, ada la terchat dengan si Jeli SPR, tetibe je cakap nak makan spaghetti. Nafsu makan aku tetibe membuak, terus je aku invite dia buka kat umah. Sms hosmet si James Bond tu, cakap nak masak. Kang dia beli nasik membazir lak. Maka siap la aku cabut lari awal dari opis pasal nak pegi Giant beli barang2. Pukul 6 start masak, pukul 6.45 siap spaghetti, kuah ala bolo tapi aku baling fresh shiitake mushroom kat dalam dengan banyaknye. Yummy....

Hari ni tak tau nak buka makan apa. Dah tak reti nak menjengah kat PARAM tu, tapi esok yeehaaa INTAN tempat tujuan, gi buka puasa PPTD. Teringat tahun lepas, siap kene kilat kasut, gosok baju bagai. Semata2 sebab KPPA kata kasut senior waktu konvo tak berkilat. Haa...gambo

kat tepi ni waktu buka kat INTAN dulu. Asal ada buka posa je sume kene attend. Baju melayu lengkap. Dengan name tag lagi. Hahahaha. So esok malam ni nak mengimbau kenangan la kot. Pastu rafting kat 222 PJ. Milo tabur ngan babitos (french toast cicah sos ngan mayonis, makanan ketika mengasabiyahkan diri dengan kabilah asabiyah sidang B dulu.

Hmm..cukup kot untuk kali ni. Saje je letak gambo aku ni. Kalau boring, lantak korang la. Gambo aku, blog aku. Suka ati aku nak letak apa pun. Err..untuk yang kecewa pasal posting hari tu aku banned untuk seketika, nanti la aku letak balik. Bukan hari ni, tapi satu masa nanti. When i am no longer here. Wallahua'alam