Thursday, October 05, 2006

Pelangi dah nampak sikit-sikit

Semalam, time aku dok kemas2 barang nak balik rumah, tetibe telefon pejabat aku bunyi. Ish, sapa la pulak yang call ni?

"Penolong Pendaftar ATMA, selamat petang"

Waah, sangat berbudi bahasa. Dan dan teringat kat iklan kat tv, ala yang satu family naik kereta pastu pak dia overtake sebijik kereta lain tu....

"Terima kasihlah sebab awak ingatkan saya"...ewwww....

So, orang yang menelefon tu cakap memperkenalkan diri. Rupanya si Nely, PSU BPSM MINDEF yang jaga PTD. Nak bagitau pasal borang transfer ke JPA yang telah diisi ari tu. Ye la kan, orang dah nak jadi universiti, nak suh join tapi nak guna skim N, kenot la. Penat je aku gi PAC, DPA sume. Nak tukar skim, nehi nehi. Lagipun masuk close service ni, takat mana je la yang aku boleh pegi. Pos tertinggi stakat PENDAFTAR universiti je. Tu pun satu. Lain2 beratur la berderet kat bawah. Sapa ada kipas angin kuat sikit, dapat la jadi pengganti lepas PENDAFTAR pencen. Politik close service ni dah aku paham. Zaman2 kat UKM dulu banyak mengajar aku.

Anyway, Nely ada tanya aku either nak dok MINDEF ke nak keluar. Aku heran la jugak sebab selalu nak keluar MINDEF ni payah. Dia kata nasib aku ni aku ibaratkan anak kematian mak bapak la, tunggu jabatan kebajikan masyarakat mai kutip pi bubuh kat umah anak2 yatim. Ahh, tak kisah la. Mula2 aku tanya kat MINDEF apa yang kosong. Dia pun list kan satu persatu. Mula2 STRIDE belakang umah aku tu menarik ati. Tapi pikir balik, boleh otstesen ke kalau kat situ? Pastu dia sebut MINDEF Sabah, err...macam menarik tapi aku nak MINDEF Sarawak, dah terisi la pulak.

So tanpa melengahkan masa, aku cakap

"can you transfer me out?".

Dia ok je "Nanti saya siapkan surat ke JPA untuk transfer awak keluar"

Whew...dalam kepala ni ligat mencari destinasi seterusnya untuk aku posting. Nak pi department grand2 aku ni bukan terer pun. MINDEF semula? Tidak, cukup la 2 tahun dengan askar. Ari tu Zana J ada cakap pasal Kementerian Pelancongan ada banyak kosong. Hmm..menarik untuk diconsider. Kat PWTC, best, naik komuter je nanti. Tak payah nak merempit.

Kepala ligat lagi ni, mana eh? Malam aku call Elf, tanya kat KPWKM dia tu kosong tak? Dia kata kosong banyak. Wah, kementerian wanita la plak? Orang dok bergelut nak masuk kementerian yang grand2 (kata orang la), aku pulak nak gi tempat yang sempoi2. Tapi tu la, sempoi ke? Seingat aku, tiap tempat yang diwujudkan tu mesti ada cabaran dia dak? Kalau sempoi takkan la ada perjawatan untuk pos tu.

Malam tadi jugak aku sms Zana J mintak recce tempat. Malam2 buta ganggu bini orang. Keh keh keh...tapi ayat sms aku tu dan memohon maaf sebab ganggu. Ye la, excited nak berambus kan? Ya Allah, bukakanlah jalan untuk aku.

So settle, hari ni aku masuk opis sengeh sampai telinga. Tapi at the same time sedih la jugak. Kawan2 yang gila2 kat sini nak ditinggalkan. Huhu...Apa pun, best ke tempat baru yang aku nak gi nanti? Atau lebih azab dari apa yang aku ada sekarang. Manusia, tetap tak puas ati dengan apa yang diberi. Isk...mana2 je la. Janji nampak pelangi. Aminnn

1 comment:

xtopak said...

masuk INTAN lah wei... muahahahahahhah!!! >:)