Wednesday, October 18, 2006

Iftar ATMA

Semalam, ada majlis rasmi kat ATMA ni. Macam yang tertulis kat bawah dalam gambar. Oleh sebab majlis rasmi, maka semua diwajibkan datang berpakaian kebangsaan lengkap. Huhu...pagi tu aku bawak baju, sudah bila sampai office baru sedar aku bawak semata2 baju, seluar dan samping je.

"Butang baju melayu aku mana Pahhhh?" Bukan setakat butang, songkok pun takde. Penangan mamai di pagi hari, abis sume lupa. Jadi petang lepas keje sementara tunggu majlis mula, aku start moto ke Pekan SB cari songkok dan butang baju. Bole la buat nak pakai raya sok. Songkok yang aku aku ada dalam simpanan, yang 6 inci zapin tu, dan yang ada Jata Malaysia. Takkan nak pakai raya kot?
Hmm, 1835H, siap aku tukar pakaian kebangsaan, melilau aku jalan menuju ke Wisma Pegawai Kadet. Macam biasa la, tunggu ketibaan tetamu jemputan. YB Timbalan Menteri Pertahanan.
Dalam 10 minit lagi nak buka, sampai la tetamu yang ditunggu. Salam2. Mesra rakyat dia ni...tapi tak glamer macam timbalan2 menteri yang lain.Suasana dalam Wisma Kadet sebelum azan berkumandang. Sembang dan sembang. Termasuk la aku.
Ni dia...baju Masya Allah terangnya warna. Tapi kan, aku tengok most of the tetamu yang datang majoriti pakai ijau. Ni scene bergosip sebelum buka posa, sampai terjungkit bibir tu!Ni hidangan awal sebelum main course. Kurma dan kuih2. Tengok air tu, dengan bunga2 sekali ada. Lekat kat tekak yang kering ni. So lepas buka, solat berjemaah kat masjid ATMA ni. Kemudian main course meal. Boleh tahan sedap.
Masak lemak daging salai, ayam masak merah, ulam2 dan sambal belacan, sayur goreng ala chinese, kari kepala ikan. Terangkat beb!

Teman semeja waktu makan. Duduk dengan Ajutan. Best kawan ngan depa ni. Banyak mengarut. Selesai makan, terawih la kat masjid tu. Ramai la kadet2. Tapi time terawih takde la gambo. Sapa nak amekkan?

Sudah selesai sume, rempit kembali ke Kajang. Sakit la hai tulang tongkeng aku ni lately. Agaknya dah sampai seru nak beli kereta kot? Balik kampung raya ni nak diskas ngan FaMa la. Hmm...cukup untuk ari ni.

2 comments:

perjalanan hidup said...

motif sume set2 TUA?

Adi Osman said...

Pap oii, ni sume set2 Mejar dan ke atas. Memang la tua. Nak muda kene la kadet!