
Hari ni dah hari terakhir keje sebelum cuti panjang. Esok tengahari aku berangkat balik ke Sungai Petani, Insya Allah. Sempat la buka puasa dengan family 3 kali lagi, sahur 2 kali penghabisan sebelum raya. Esok pagi Emon cakap nak hantar aku ke terminal pengangkutan. Ye la takkan aku nak gendong beg naik moto. Sudahnye moto aku nak parking mana lak pasni?
Malam tadi susun2 barang untuk dibawak balik. Baju baba dah beli, baju Lukman dah beli, untuk mama pun dah ada. Tinggal baju Basil je blom. Budak tu susah nak predict saiz dia. So balik beli kat SP la kot nanti.
Hari last ni, aku gi mengadap pengarah untuk cerita pasal posting. Kawan2 Pusat Komputer sume 1.11 gak, dan pensyarah pun ada yang dah dapat surat balik Semarak 1.11 ni. Pensyarah tentera tindikan akan ditamatkan kontrak, dan RTU. Aku nampak akan kosong ATMA ni, pegawai sume takde. Tinggal kadet je.
Rasa la korang yang nak cepat sangat UPNM ni. Dengar2 kena tahan sampai 31 Dec. Tapi agensi baru tempat kitorang ni benarkan ke nak tahan lama2? Pada aku, buat keje jangan buat sorang2 atau dengan orang2 tertentu je. At least bagi kitorang ni tau apa perkembangan. Bukan apa, masa depan budak kadet ni takkan nak terbengkalai cenggitu je? Bagi la chance kitorang ni merancang. Takde la suka hati nak buat ikut cepat nak dapat pangkat. Isk..bebel la plak.
Aku balik ni pun angkut laporan prestasi tahunan untuk aku isi. Yang staf punya untuk dinilai. Nota serah tugas, minit mesyuarat yang terbengkalai. Macam tak cuti jadinya. Kali ni kene gigih, ye la dah nak berambus katakan.
Ok lah, cukup takat ni. Untuk semua pembaca blog ni, Aku Affendi Osman mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua, Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment