Hmm, isk sehari sampai 2 posting. Amek ko. Haha....ni dah posting ke 100. Kalau ikut abang Rush Tepak Sireh, dia ada buat celebration. Tapi aku takmo la mencedok idea orang ni. Tak elok, nanti kene charge bawah akta hakcipta terpelihara, plagiarisme! Bahaya oooo...Hari ni aku nak ceritakan pasal hobi aku yang aku rasakan lain dari sesetengah orang. Some people enjoy reading, some enjoy gardening. Aku ni pelik sikit. I love planes. I enjoy watching planes. Indeed, kalau korang perasan kat blog aku ni ada link ke aviation forum. I like to read all about planes. Satu masa dulu penah aku ke Singapore untuk cari keje dengan SIA, dah sampai final stage interview Cadet pilot tu. Tapi takde rezeki. Tapi tu la kan, Allah Taala tu dah letakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau aku masuk join SIA ntah apa la jadi ngan aku skang. Dan mungkin blog aku ni bukan Ranjau Seorang PTD, apa la nama agaknya? Silap aribulan tak reti berblogging pun.
Haaa, ni gambar aku amek kelmarin. Waktu memasang aku punya die-cast model Boeing 777-200 Malaysia Airlines, limited edition. Untuk Oja yang keje sebagai driver bergaji besar tu, mekasih sebab susah payah melayan kerenah aku. Since kapal terbang ni cantik kalernya, aku pun memang berusaha nak beli. Harga toksah tanya la, cukup untuk aku katakan worth it! 15 hari belanja makan tuuuu. Nak kumpul lama dah, tapi aku pun tak tau how to start. So, sejak tau Oja dah dapat promotion naik triple 7 fleet, aku pun memberanikan diri tanya pasal die-cast model ni. Nak beli yang Boeing747 Hibiscus tu rasa macam dah takde stok lagi. Dapat yang ni pun dah cukup berbesar hati. Bukan senang nak dapat limited item macam ni.
Dah selamat aku letak kat opis. Tapi those yang tak tau, mungkin nampak macam kapal terbang biasa. Tapi pada aku, sangat2 la bermakna. Hah, siap ada IC lagi kapal terbang ni. Ehm, walaupun cita2 nak jadi drebar bergaji mahal tak berjaya, tapi sekurang2nya aku boleh la menceritakan serba sikit pasal kapal terbang. Hiks...tapi apa pun aku bersyukur dengan keje yang ada skang ni. Dari segala segi, Alhamdulillah, cukup untuk menampung hidup aku. Terima hakikat yang apa yang kita nak tu tak semestinya sentiasa kita dapat. Apa yang Allah dah aturkan tu sesungguhnya ada hikmah disebaliknya. Yang penting, setiap kerja yang kita buat, niatkan Lillahi Taala untuk mendapat keberkatan. Tapi make sure la keje tu halal. Kan?
11 comments:
Salam. TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 dan posting ke-100.... wowo! cepatnya masa berlalu, dan cepatnya dah sampai angka 100 tu. Hopefully u will keep blogging, and mudah-mudahan banyak perkara baik dan berfaedah dapat kita pelajari from your blog...
Cheers!
Mekasih abang Rush...
Takde la cepat mana pun, cepat lagi blog abang Rush tuuu
tahniah untuk 100th entries...
DBi pun cta-cita nak jadi drebar bergaji besar gak...tapi parent tak bagi....takut jatuh ,mati tak ada kubur...
Hik dbi,
Ala skang dbi dah jadi dokter..lagi hebat! tak sume orang ada chance tau!
kan? dah 100 entry kaedahnya. tahnie!
mekasih pap....
hmm, nak sampai 100 ni pun rasa macam azab gile...
hai encik ptd....saya org wisma putra... heheheh
senang aku nak bagi ko hadiah besday nanti. Anyway.. adik ipar aku kerja ngan ATSC (company yang maintain MIG).. arituh aku dapat model kalap terbang 10 bijik.. harga RM 150. mmg cantik laaaa
wa8 & pnut
mekasih lawat blog ni
angah...
haaaaaaaaaaaaaaa....ni yang ditunggu2 ni! skang aku dok wat koleksyen. hik!
100th post? congratulation!!!.. wish u for for 100 more. ;)
..aku target nak sampai 1000th post lah... entah bilerlah tu.. tp if combine semua blog aku yg ader, boleh kot.. =))
silakan wa8
takde masalah kalo nak tanya. orang kata malu bertanya sesat jalan. setakat termampu bole la jawab
sue...combine tak aci laaaaaa
hiks...
Post a Comment