Monday, November 06, 2006

Tempat Baru

1.11 2006 aku mulakan dengan melapor diri di tempat baru. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Nervous gak time melapor tu. Maklum la kan...tempat baru. Aku dah jadi macam rusa masuk kampung. Selama ni Sungai Besi la dunia aku. Thanks untuk Chen, bawak aku jumpa dengan orang2 yang patut aku tuju.

Mula masuk, jumpa person incharge kasi surat dulu (pesal la ko tak mesra alam...lom g DPA lagi tu dah nak kereks dengan aku). Sudah kene la floating, sebab SUB ada meeting. 3 hari aku floating tak wat keje apa2. 1st day, aku kat library je. Khatam sume surat khabar yang ada. Internet ada, tapi kat KKM masya allah slow gile. Ingatkan kat Putrajaya tu canggih la. Alahai, lebih kurang ATMA la jugak.

2nd day masuk kejap, pastu lari ke Kem SB untuk wat keje. SUB pun takde (kalau ikut mr takmesra, dia pi Perak). So sehari lagi menunggu. Banyak mende menunggu aku kat SB. Balik ke SB, macam anak ayam kematian mak. Kesian pulak. Mana tak nye, officer sume dah posting. Member2 kat Pusat Komputer dah ilang. Yang tinggal staf sokongan dan pegawai yang posting internal (MINDEF).

Masuk hari ketiga, hari paling mendebarkan aku. Kalau ikutkan kertas kerja Mr Takmesra nak postingkan aku ke Hospital Ampang menggantikan pegawai kontrak kat situ. Dalam hati dah happy la sikit, sebab buatnya dia hantar aku tah mana2 mau aku kalut nak pack barang, kemas itu ini. Kalau ikut congakan awal, kat HQ takde kosong. Pagi2 0830h aku ke bilik SUB, Puan Sabariah nak menunggu tempat.

Dalam hati ni doa "Ya Allah, kau lembutkan hati Puan Sabariah sebagai mana kau lembutkan besi Nabi Daud A.S". Bukan apa, orang cakap this person will give unexpected result. Masuk jumpa dia, macam interview keje pulak. Gabra sehhhh

"Kita nak hantar awak ke sabah, kat sana ada banyak kosong"

Damn! Aku gabra gile...

"Well, let me see how...u may now leave the room"

"Agak2 bila bole saya tau Puan?"

"Kejap je saya nak buat ni....ptg karang insya allah dapat tau"

"Puan, saya nak minta tangguh dulu tarikh saya masuk sini, kalau boleh biarla saya selesaikan keje2 yang outstanding dulu. I dun want people to label me as pegawai tak bertanggungjawab"

"Permission granted..seminggu. U come back on the 13th"


So tengahari tu aku jadi serba tak kena. Jumaat pun tak khusyuk. Risau memikirkan apa la nasib aku. 1445h, aku masuk KKM semula. Jumpa Mr Takmesra untuk tengok nasib aku.

"Kau kena ke Sabah..."

Damn...konon nak usik aku la tu. Alhamdulillah, aku bukak surat tak bersign tu, UNIT DASAR DAN PENYELARASAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA. Office kat HQ, tingkat 10 tu. Dengar2 tu unit baru. Pegawai yang ada MIA, tengah siapkan kertas kerja nak berhentikan ini pegawai dari perkhidmatan. Macam2 la ragam hai.

Well, dapat je tau. Terus aku call Haji Osman. Maklumkan pasal penempatan aku yang baru. Syukur tak kene campak jauh2 sebagaimana yang dikatakan. Makbul kot doa Pelembut Besi yang aku baca tu (doa ni slalu aku baca waktu nak jumpa orang2 yang dikategorikan sebagai besi waja yang keras tu) - Thanks Bayah for reminding me...waktu kat SMAP dulu slalu aku baca. Then, sebab memikirkan unit aku yang baru tu macam pening je, I've decided to cool myself down kat ALAMANDA (mengulau la tu), sambil2 lepak minum kopi kat STAR****, tenangkan fikiran. Renung apa yang perlu aku buat untuk masuk unit baru ni.

Nak sempoi macam kat ATMA ni ke? (Indeed aku kekwat kat sini....sapa2 yang penah keje ngan aku tau la kot!). Atau should i be more mesra rakyat? Or should i be singa? The decision is up to me. Kita tengok dulu cmane keadaan. Kat HQ banyak lagi rintangan, banyak lagi dugaan. Tunggu je la apa yang nak datang. Hari ni kita siapkan keje kat Sungai Besi dulu....

3 comments:

perjalanan hidup said...

congrats. moga bertambah rezeki kat tempat baru. amin.

Hambali ® said...

laaaaaaaaaaaaaaa
awat tamau pulak p sabah ?
isk ruginya

Adi Osman said...

Pap....
Mekasih


Masmera....

Ala kat tasik putrajaya pun bole snorkel pe....

Sme..
I'm not prepared yet!