Hari ketiga di Bangkok, tatkala ahli rombongan yang lain sibuk mengemas barang untuk pulang di sebelah petang, Fendiosman membuat keputusan untuk sightseeing naik bot di Chao Phraya bersama sahabat. The rest semua pakat nak shopping kat Fashion City. Memandangkan Fendiosman bukan ahli shopping, jadinya eloklah buat itenerary sendiri. Kang gila pulak berdampingan macam dengan datin-datin JICA. Asyik la ulang-alik pergi Flea Market. Makanya perlulah untuk ke Chao Phraya ittewww adalah untuk bergambar, dan melihat Bangkok dari sungai yang sangat glamer di seluruh dunia.
Dengan harga 150 baht, anda boleh menelusuri Chao Phraya, unlimited dan melawat ke hampir kesemua destinasi pelancongan utama di Bangkok. Nak lagi thrill, sila jalan kaki ya. Tapi, dengan cuaca 38 darjah celsius, mampu ke nak bersauna sepanjang jalan? Dari satu stesen ke satu stesen, konsepnya macam Hop On Hop Off bus kat KL. Masa pun boleh diatur sendiri, kos yang murah. Errr....untuk anda yang nak pergi satu tempat saja, eloklah beli yang ikut destinasi. Lebih menjimatkan.
Pemandangan sepanjang sungai sangat cantik, walaupun Chap Phraya tu taklah sebersih mana, tapi lebih bersih la jika nak dibandingkan dengan Sungai Juru, maupun Sungai Pinang, ataupun Sungai Klang. To avoid traffic jam, one can choose to travel by boat to get from one place to another.
Wat Arun, Temple of The Dawn, and it is named after Aruna, bukan Astro Aruna yang dah tak wujud tu ye! Tapi dewa dewi penganut Hindu kalau tak salah la. Nama penuh wat ni, Wat Arunratchawararam Ratchaworamahawihan. Tetibe teringat Sejarah sekolah menengah waktu nak sebut nama gelaran Kesultanan Perlis satu masa dulu. Phya Songkram Rammu Wisit Willis Asmara Phya Perlis. Tudiahhhhhhhhhhhhhhhh....panjang berjela. Tergeliat lidah nak sebut neh!
Untuk penumpang bot ni, ada konduktor yang akan check tiket, atau mengutip tambang bagi penumpang yang naik kat mana-mana Pier di sepanjang perjalanan. Ada 2 jenis bot, satu yang memang berhenti kat stesen-stesen tempat tarikan tourist. Yang satu lagi, yang locals naik. Ada kaler bendera yang menentukan Pier mana bot tu akan berhenti. Jadi, sila rujuk panduan yang ada kat kaunter beli tiket untuk mengelakkan anda terkeliru dengan destinasi anda.
Gambar ihsan sahabat Fendiosman yang sama-sama mengikut ke Chao Phraya pada pagi itu. Katanya sepanjang bekerja di Bangkok, beliau pun tak pernah naik bot loncat 150 baht ni. Takat naik bot mewah mengiringi Agong saja katanya! Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Destinasi pertama, The Grand Palace atau nama Siamnya; Phra Borom Maha Ratcha Wang. Sebuah kompleks yang mengandungi Istana Rasmi (King Bhumibol tak dok kat sini, dia dok kat istana lain), Wat, dan lain-lain bangunan.
Dengan cuaca panas yang mencengkam muka, Fendiosman redahkan jugak, semata nak pi melawat tengok tempat orang. Tak payahlah ambik tourguide untuk Grand Palace ni kalau setakat nak tengok-tengok je. Ambik gambar kat luar pun dah cukup cantik melainkan kalau nak belajar sejarah.
Lagipun, kalau nak masuk ke dalam foreigner kena bayar. Tapi kalau muka ala2 Siam macam Fendiosman, boleh je guna laluan rakyat Thailand untuk kemasukan percuma. Berkali-kali berlaku insiden orang Siam tempatan bercakap la dengan Fendiosman bahasa Thai, krung kreng krung kreng, panjang berjela-jela, tapi Fendiosman senyum sambil kata;
"I don't speak Thai. I am not local......"
Heh..........pergi Indon, orang ingat kita ni Indon. Pergi Siam, orang ingat kita ni Siam. Agaknya kalau pergi Washington ada tak orang kata Fendiosman ni Mat Saleh? Tapi...kenapa Washington ya dalam banyak-banyak tempat di luar negara? Opsssssssssssssssssssssssssssssss...
Tapi kalau modelnya dah posing menarik dan senyuman ala2 performing arts, makanya tak perlulah untuk masuk explore gambar-gambar yang cantik. Sebab dah tentu cantik! Kaaaaan?
Kan Fendiosman dah cakap.........tak perlu tempat yang cantik kalau modelnya menawan. Hahahahahaha
Apa pun, The Grand Palace ni memang cantik! Dari sini, Fendiosman terus ke destinasi kedua, Pasar Bunga. Tapi untuk para pengunjung, jangan percaya kepada orang di sekeliling anda yang menyatakan tempat tu tutup tempat ni tutup. Nanti dia bawak naik tut tut, lepas tu ketuk kita mahal2, tapi tempat yang adooooo. Sedehhhhh. Tapi tu kita cerita dalam siri berikutnya la ye!



2 comments:
Gambar pertama.
Seorg pompuan baju oren sedang membeli tiket. Bersama purse oren. Macam perna ku lihat purse itu tapi di mana ya???
nak berkenalan ke bonda?
nanti i introducekan....
hahahhahahahahahhaha
Post a Comment