AMARAN : BACAAN INI MENGANDUNGI TULISAN YANG KURANG MENYENANGKAN DAN BOLEH MENYEBABKAN PEMBACA RASA SENTAP DAN PANAS TELINGA JIKA BERSABIT DENGAN DIRI ANDA. JADI, SESIAPA YANG MENGALAMI ALAHAN KETIKA MEMBACA, SILA TEKAN BUTANG X DI PENJURU KANAN SKRIN ANDA. SEKIAN, HARAP MAKLUM.
SYOHHHHHHHHH.....SYOHHHHHHHHHHH
Kalau kita tengok teater bangsawan, biasanya tuan puteri akan ada inang yang jadi pengasuh. Inang tu lah yang besarkan tuan puteri dari kecik sampai la besar, dan biasanya inanglah yang kenal tuan puteri lebih daripada orang lain. Dan, biasanya jugak, kalau ada orang sentapkan tuan puteri, inang pun akan sentap jugak. Kadang-kadang lebih dari tuan puteri sentapnya. Kalau kita tengok cerita Jodha Akbar pulak, inang yang sentap lebih dari orang yang dibelanya tu. Ibaratnya, kau jahanamkan tuan puteri, kau terima la akibat dari mak inang. Gitu..........................
Hari ni takdelah Fendiosman nak cerita pasal tuan puteri maupun ratu maupun cerita maharani bersemayam di takhta. Cukup sudah cerita golongan berdarah bangsawan. Cerita hari ni mengisahkan seorang Inang Bodoh yang berkhidmat untuk tuan puteri. Bodoh? Memang kasar tu bunyinya. Errrrr...kalau ikut CityGirl dulu, dia kata "TAK PANDAI". Berlapik sikit katanya, tapi kadang-kadang cakap dengan Orang Bodoh macam Inang Bodoh ni tak boleh berlapik, tapi kena cakap terang-terang. Baru terbukak mata luas-luas. Buntang bagaikan mata kongkang. Haaaaaaaaaaaaa.....
Adapun Inang Bodoh ni memang kononnya nampak gigih buat kerja. Ke sana ke mari, petik bunga kat taman, hantar bunga kat sana, hantar bunga ke sini. Kadang-kadang tu ada jugak la dia hantar kuih raya kat penulis makalah segenap negeri, tu tiba musim perayaan la kan. Untuk menjalinkan hubungan baik penulis makalah dengan tuan puteri. Ya la kan, nama baik kena jaga demi kesejahteraan sarwajagat. Tapi dalam banyak-banyak kerja, Inang Bodoh paling pandai buat gubahan. Pintal-pintal, jadi bunga. Pintal-pintal lagi, jadi skirting meja. Kira Inang Bodoh ni memang pandai la bab-bab macam tu. Menjadi kesayangan tuan puteri katanya. Orang kata bila dah jadi Inang tu, tak perlu lagi buat kerja susah-susah. Biarlah dayang yang buat, tapi Inang Bodoh ni memang kerjanya tu je, memintal sana memintal sini. Sampai ada satu kisah tu, pergi berkunjung ke satu negeri nak buat sambutan, perginya lebih awal dari rakyat yang uruskan majlis, ingatkan nak buat apa, kaedahnya....pintal riben je! Ingatkan pergi menyukat saiz gelanggang. Eh........kena pintal riben ke? Agaknya Inang Bodoh ni terkenan dengan Faiznur Miskin dulu, main gimrama katanya. Opssssssssssss
Sungguhpun Inang Bodoh ni kerja di istana dan menjadi orang yang akrab dengan tuan puteri, Inang Bodoh ada satu masalah. Dalam Istana memang ada undang-undang. Undang-undang pertama dalam Istana, waktu kerja ada 3 syif. Syif pertama, masuk awal pagi. Syif kedua masuk tak berapa nak awal pagi dan syif ketiga ditujukan khas untuk orang-orang yang lewat dan tinggal jauh dari kawasan istana. Errrrrrrrrrrr....dalam banyak-banyak syif tu, Inang Bodoh langsung tak pernah ikut peraturan. Kalau dia rasa nak masuk awal pagi, dia masuk. Kalau dia rasa nak masuk pukul 10 pagi, pun dia masuk. Kalau dia rasa nak masuk petang pun............dia masuk. Suka hati mak bapak dia la kat Istana tu. Tapi, walaupun lambat masuk kerja, Inang Bodoh jarang sangat kena marah dengan tuan puteri. Kalau marah pun sekadar nak tunjuk depan orang. Hakikatnya tuan puteri sangat sayang kat Inang Bodoh. Almaklumlah, Inang Bodoh pandai ambik hati. Hmmmm.....sebab pandai ambik hati ni jugaklah Inang Bodoh diberi kepercayaan menyimpan barang-barang rahsia tuan puteri.
Inang Bodoh ni bukan saja tak reti bab masuk keluar kerja, bab urus duit pun kadang-kadang dia terbabas. Kononnya reti, tapi adoilaaaa...macam tikus baiki labu jadinya. Hajat di hati konon nak jaga hati tuan puteri. Tapi...Inang Bodoh lupa, sebab kadang-kadang hati tu 'mulia' sangat, akhirnya benda tu makan diri sendiri. Bila dah kena siat-siat dengan Penghulu Bendahari, baru laaaaaaaa nak tuding jari sana sini.
Sebab Inang Bodoh ni suka sangat buat Istana tu macam rumah dia sendiri, jadinya Syahbandar yang ada waktu tu dah hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk beliau. Sistem masuk kerja kat Istana macam kira kambing masuk kandang. Kena ketik ketik. Tapi kalau lambat ketik, dapatlah ketik warna warni. Ada warna hijau, ada warna merah, ada warna kuning. Inang Bodoh pun dapat kad warna warni sebab suka datang lambat ke pejabat. Lambat tu satu hal, tengah-tengah kerja boleh pulak pergi shopping, pergi bank, pergi sana, pergi sini. Dah jadi hal pulak bila Inang Bodoh mengamuk dapat kad kaler-kaler.
Kata Inang Bodoh, orang tak faham dia berkorban demi Istana. Balik lambat senantiasa sebab nak siapkan kerja. Syahbandar ni katanya nak tabur pasir kat periuk nasik dia. Pasal tu buat tindakan macam tu. Errrr...Syahbandar ikut peraturan Istana. Kalau dah masuk kerja tu ada sekian waktunya, kena la ikut. Kalau nak masuk suka-suka hati, buatlah Istana sendiri. Nak masuk kerja pukul berapa pun takpa. Habislah dicanang ke serata alam kononnya Syahbandar ni dengki orangnya. Tak boleh tengok orang senang.
Maka dicarilah idea untuk mengenakan Syahbandar, dalam sesi mengadap Ratu kat Balairongseri, sentiasa Inang Bodoh ni tanya soalan bukan-bukan. Sistem pengurusan tak stabil, sistem kira kambing tak betul, itu ini begitu begini. Kiranya macam Syahbandar ni tak reti nak buat kerja. Tapi Inang Bodoh lupa, satu jari dia tuding kat orang, ada 4 lagi jari tuding kat dia. Kalau dia kata orang bodoh, ada 4 jari tuding kat dia kata dia bodoh. No wonder nama dia Inang Bodoh. Tak gitu?
Satu hari, gara-gara Baginda Ratu murka dengan Syahbandar, makanya dititahkan Syahbandar dibuang negeri. Bungkuslah kain baju lalu dibawa ke negeri baru. Syahbandar ni memang kerjanya menumpang sana menumpang sini. Tak kisah ke mana-mana pun, kalau negeri tu nak dia jadi Syahbandar, dia jadi Syahbandar. Kalau negeri tu nak dia jadi Pak Pacak, dia jadi la Pak Pacak. Yang penting, upahnya setimpal. Sesuai dengan kelebihan yang ada.
Dan kebetulan selepas Syahbandar kena buang negeri, Istana kena serang dengan dua tiga bala tentera dari negeri Antah Berantah. Tapi negeri ni menyerang sebab ada laporan dari entah orang mana yang menyatakan Istana ni menyeleweng sana sini. Yang paling best, Inang Bodoh terus buat tuduhan yang hal ehwal yang berlaku tu gara-gara Syahbandar yang membuat laporan.
Dari satu tempat ke tempat, rata-rata dibawa cerita. Inang Bodoh ni takde kerja lain. Asyiklah dok kata Syahbandar ni yang punya angkara. Mana taknya, Inang Bodoh kena siat-siat. Salah-salah yang dibuat tu semua digali. Menggelabah menggeletarlah lutut sebab takut terbongkar semua cerita. Mula la jari tu tuding sana tuding sini nak selamat.
Kata Inang Bodoh, tak lain tak bukan ni memang kerja Syahbandar. Syahbandar ni jenis tak faham. Kerja Inang Bodoh ni adalah untuk mengasuh tuan puteri. Jadi, salahkah Inang Bodoh kalau nak hiburkan tuan puteri. Hmmmmmmmmmmmmm....nak hiburkan tu tak salah. Tapi jangan sebab kebodohan tu memerangkap diri sendiri. Kalau ada peraturan, kena la ikut. Bukan boleh main sesedap rasa buat kerja.
Bukan takat cerita Syahbandar ni buat huru-hara. Ada pulak cerita tambah, konon Syahbandar ni pendengki, penderhaka dan segala-gala macam lagi la. Tapi yang herannya, Baginda Ratu yang kena serang, kenapa pulak Inang Bodoh yang lebih-lebih nak menabur cerita pasal Syahbandar? Ke sebab dia memang bodoh?
Hai entahlah Inang Bodoh. Rentikanlah bawak-bawak cerita pasal orang tu. Bukan dapat faedah pun. Habis sangat, masuk wall of fame kat blog Fendiosman ni! Pastu kena carut. Pesan Fendiosman, kalau tak puas hati dengan Fendiosman, cakap terus terang depan-depan. Tak payah baling batu sembunyi tangan. Kata orang toksah dilayan sangat orang-orang bodoh, nanti kita ni sama bodoh. Tapi.....................sebab nak ajar orang yang bodoh, kena la tulis bagi orang bodoh faham. Ish.....susah betul nak cakap dengan orang bodoh ni kan?






6 comments:
i begitu teruja dengan kebolehan bercerita encik pendi. serius 'big round of applause for u!!'
erm, saya mengambil iktibar dari cerita di atas
tak habih2 lagi ke cite di istana lama? bukan syahbandar dah berpindah ke istana baru yang lebih sejahtera?? hisy inang nih... tak habih habih!
memang betol..susah betol nk cakap dengan orang bodoh tu sebab dai kata dia lagi pandai dari kita orang yang pandai ni. hihohohoho..entah la..apapon memang itu la kejadian harian. kat mana2 pon situasi tu tetap la sama cumanya penceritaan je yang berbeza. sabar je la...
inang bodoh - rhymes nicely to nina bobo.. lagu citer sundal bolong.. huhu
wow.. pedas... bak bird's eye cili ooo...
i suke.. i suke cite2 berbaur bangsawan ni, macam tengok teater plak, hahaha teruskan menulis yek pak tariq ^_^
Post a Comment