Sunday, March 07, 2010

Hujung Minggu Pun Kerja.................


Kepenatan Fendiosman setelah 2 hari menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah selain daripada mengqadha tidur dan membesarkan badan di rumah. 2 hari Fendiosman mengadap calon-calon untuk ditemuduga bagi jawatan yang amatlah memerlukan bakat dan jiwa kesenimanan yang tinggi. Memang susah nak cari yang betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan. Kira berasap jugak la kepala ni.....



Jawatan yang ditemuduga ni untuk mengisi kekosongan yang ada di Istana Budaya. Ya lah....tempat berprestij macam tu, takkan nak isi dengan yang sembarangan! Tak gitu? Tapi, Fendiosman hadir bukanlah untuk menilai bakat kesenimanan ittewwwwwwwwwww, nanti jadi isu pulak kan? Katanya orang berbakat seni dipinggirkan untuk memilih. Jadinya Fendiosman hadir sebagai wakil Kementerian yang akan bertanya hal ehwal pengetahuan am calon. Tapi...................oh sedih! Kalau nama Perdana Menteri pun tak tau, perlukah duduk di dalam Malaysia? Kenapakah?


Untuk hari pertama, Fendiosman hadir mencari ahli muzik. Ahli muzik? Nampak macam mudah, tapi nak cari orang yang pandai baca taugeh dan baluk tu sangatlah susah. Yang boleh main by heart tu ramai, termasuklah Fendiosman sendiri. Panel yang ada nak cari yang boleh baca skor muzik......


Macam-macam ragam calon yang Fendiosman jumpa. Satu yang menarik.........

"Saya boleh main gamelan saja....."

"Ok...lagu apa yang kamu tau"

"Timang burung dan inang cina"

"Ok.....main lagu timang burung...."

"Bang...lagu timang burung tu macam mana ye?"

Pitemmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Kau kata kau tau pastu kau tanya panel balik? Adoilaaaaaaaa, nanges ayaq mata darah ya murid-murid!

"Saya nervous la bang............cikgu saya kata saya memang berbakat dalam muzik, saya main pancaragam kat sekolah menengah dulu, saya main gamelan jugak...."

"Cuba baca note kat dalam skor tu..........."

"Tak reti......."

Kau tak pitam lagi? Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Seharian ye murid-murid, Fendiosman mendengar alunan muzik yang perfect, yang sumbang dan bermacam-macam lagi. Sampai berdengung telinga ni. Tapi, Fendiosman anggap benda macam ni satu pendedahan yang amat berguna untuk Fendiosman. Walaupun part Fendiosman takat tanya soalan pengetahuan am je, tapi cukuplah untuk menguji kesabaran Fendiosman.....

"Kamu orang Sabah kan?"

"Ya....."

"Siapa nama Ketua Menteri Sabah...?"

Dengan konfidens persis Miss Universe....

"Tan Sri Musa Hassan................."

Pitam laaaaagi Fendiosman. Moral: Untuk calon-calon, sila prepare dengan pengetahuan am yang cukup ya. Untuk menjadi penjawat awam, kena la buat homework sikit bab-bab ni. Walaupun ada bakat yang baik, tapi sebab ada shikit kantoi dalam hal ni, tak dapat la Fendiosman nak tolong. Daaaaan, kalau ada kelulusan tinggi untuk bidang seni tu, biarlah jawapan yang diberi tu sesuai dengan kelulusan yang ada. Jangan nanti sampai orang kata, MAHASISWA tak tau apa langsung pasal NEGARA. Kronik tuh......



Selesai dengan hal ahli muzik, hari kedua Fendiosman hadir sebagai wakil Kementerian lagi sekali untuk mendapatkan calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan Artis Budaya (Penari la ni....). Macam orang ramai tau, dan macam yang dipaparkan di media, Penari ARTISTANA ni tinggi, dan berparas rupa yang menarik. Jadi, satu lagi cabaran untuk Fendiosman...............


Sila pastikan diri anda kendo ye untuk calon lelaki. Kalau tak kendo pun, biarlah kelihatan sangat hansuari. Kalau kimpy2......sila cari Formula Dr Romzey untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal ya murid-murid. Errrrrrrrrr...kalau tak cukup tinggi, minumlah Calci-Yum untuk membantu membina tulang anda.....


Dan........datang temuduga tu bukanlah untuk menyerlahkan ke'fonen'an anda. Alang-alang nak jadi penari lelaki, biarlah betul-betul lelaki. Fendiosman bukan nak diskriminasi, sebab Fendiosman pun datang dari latar belakang yang berseni-seni tu jugak. Ya la kan...kita dulu kabaret jugak. Tapi, jangan la kepit.....macam ada benda terlekat nak jatuh je kat celah kangkang ittewwwwwwwww.....


Satu petikan yang menarik untuk sesi penari ni,

"Apa pengalaman kamu dalam bidang tari"

"Saya minat dalam seni tari ni, pernah la menari waktu kat sekolah dulu. Sekarang saya buat freelance.....saya pernah masuk pertandingan menyanyi, Bintang Asli, Akademi Fantasia....tapi sampai stage 2 je la...."

Dan acara menari pun bermula....

Pasang lagu rentak Asli.....lentik kiri lentik kanan, tonggek kiri tonggek kanan....

Tukar pulak rentak inang.......terus kau bantai step joget!

Tukar pulak zapin...

"I terlupa laaaaaaaaaaaaaaaaa"

Tukar pulak joget....terus diam........

"Cuba u nyanyi sikit lagu asli...."

Dengan pitching tinggi, suara terlontar bagaikan Siti Nurhaliza garau....

"Paaaaaaaaaaataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh haaaatiiiikuuuuu"

Fendiosman pitammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm buat kesekian kalinya...



Haaa..ni lah kaedah temuduga Artis Budaya yaaa........kau berdiri kat depan, muzik bunyi kau menari. Tinggi, mesti ada ketinggian, lelaki 5 kaki 7 inci, perempuan 5 kaki 5 inci. Yang jenis tumbuhan herba macam Fendiosman, memang kena tolak tepi la. Takde nilai komersil katanya. Mujurlah Fendiosman takde hasrat nak jadikan dunia kabaret sebagai sumber pendapatan kan?

Dan sekali lagi, soalan interview dari Fendiosman saaaangatlah mudah....

"Siapa nama Rektor XXX yang baru?"

Ni untuk sorang calon dari sebuah institusi pengajian kesenian yang terulung di Malaya ya..............

"Saya tak ingat la...................................orang baru"

"Ok.........nama rektor yang lama?"

"Pun tak ingat...lupa laaa"

Kau blajar kat situ, kau taktau sapa nama rektor kau? Oh sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Macam-macam kerenah kan? Tapi tu la, nak datang interview ni memang kena bersedia. Buatlah preparation sepatutnya. Jangan datang dengan otak yang kosong. Menari ke main muzik ke, tu memang la bakat, tapi brain must be filled with knowledges. Baru la seimbang.....

Wallahua'alam.....

9 comments:

DINATRA said...

hahAHAHAhAhHahahAHAHHHahhhAAHHHHhhHHhhahahahahahahHAHhAHhhhhahahahahahahahHHAhHAhah... inilah penghibur hatiku di kala tensi keje! nasib baik bukak blog kau bro!

best, best, best!!

phachat said...

apa??? nak jadik ahlil musik????

alieya akasha azman said...

adei.....mcm2 kes...u olsss cntik bckgrnd blog yg baru ni....sgt seni....n klasik..hehhehe

Unknown said...

Uolllll! Blog maken chanteqqqq! Very der arty kann ;D Kalo hem nak jmput jurutari (berbayar) mngajar kat opis hem bisa nggak? TTba bos wa nak participant bljar menari la plakkk....If ok hem anto surat

shazali said...

hahahaha....aku pun naik pitam bile baca jawapan depa. Mampuihhh la xleh nak tolong cheq oiii...

(anyway, nice background..dah lama tak singgah sini..)

mizzwanda said...

uish tukaq layout..lawa2..

lawak ah entry kali nih..hahha!!
tapi betoi la pa hang kata..nak kena interview...ekceli apa2 pun interview mesti kena tau gak kan pasai bab2 negara nih..heh!

xtopak said...

huhuuu... nihlah realiti bila interview org.. mcm2 ragam!

dah tau interview nk keje gomen... patutnya buatlah homework masing2.

cegah sebelum parah.. jgnlah amik org yg sengal.

..bygkan.. br temu duga lantikan mcm nih... xtaulah apa nk jadik bila nk confirm.. nk naik pangkat and etc..

kalau mau belajar dan diajar, bolehlah belajar. kalau xmo belajar..? lahirlah golongan bodoh sombong yg memeningkan kepala. makin tersungkur lingkup ler nnt... :((

kapalkeras said...

nasib laa bukan fendiosman yang interview aku masa nak masuk kerja dulu.. kalau tak mesti aku jadik tukang kebun je sekarang..

Unknown said...

penghibur hatiku takat tension ni... thanks diq... bila kita nak gi makan nandos lagi...