Adapun saban hari Fendiosman memandu dari Kajang untuk mencari rejeki di Bandaraya Kuala Lumpur. Setiap hari memandu, memang tidak sah kalau jalan tak jem melainkan waktu cuti sekolah yang jemnya tahap lite2 saja. Kalau cuaca hujan lebat, laaaaaagi la jem teruk. Tak pun ada kemalangan walaupun kemalangan cenonet je keciknya, tapi kadang2 boleh menyebabkan jem sejauh berkilo-kilometer jaraknya sebab pemandu di Malaysia ni aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamatlah prihatin bila masuk bab eksiden ni. Tumpang tengok, tak pun ambik nombor buat mapiau, mana tau kot2 untung dapat hit jackpot. Boleh tukar sport rim baru. Opsssssssssssssss....
Bila dah terperangkap dalam kesesakan tu, macam-macam pulak gelagat yang boleh Fendiosman perhati dalam kereta masing2. Kereta sebelah kiri macam ni, kereta sebelah kanan macam tu. Maklumlah kan, ada banyak masa yang terluang dalam kereta. Boleh buat macam-macam untuk mengisi masa lapang.
Ragam yang paling menarik Fendiosman suka tengok ialah aksi mengorek idung yang mengancam. Lagi khusyuk orang tu korek, lagi best Fendiosman tengok. Tapi, bila dia sedar ada mata sedang memerhatikan dia, mula la nak coverina buat-buat tarik idung bagi mancung la kunun. Ceh....tak sedar orang dah tengok dia menggali lombong sampai dalam sampai dah tujuh petala bumi. Huuuuuu...malu ye?
Aksi kedua yang menarik, haaa yang ni Fendiosman perhati pagi tadi. Biasanya ni sesuai untuk pasangan yang naik kereta la. Biasanya sang isteri kan bangun awal untuk siapkan kerja rumah, buat sarapan untuk anak-anak, kemas-kemas rumah, sidai kain. Jadinya, mesti nak cover tido yang terkurang di rumah dak? Kalau yang memandu tido, alamatnya langgar temboklah kan? Jadi tadi ada la akak sebelah kereta Fendiosman tu, lentok baikkkkk sangat sampai ternganga mulut melekat kat tepi tingkap. Tapi, akak ni main strategi baik, dia tarik tudung dia menutup separuh muka supaya wajahnya tak dikenali ramai. Isk....kalau dia berdengkur cmane la agaknya suami dia nak layan eh? Kang sound tarik muka 14 pulak...kan kan kan?
Acara ketiga menarik adalah acara mekap-mekap dalam kereta. Sebab bangun pagi dah lewat, jadi tak sempatlah nak mekap kan. Untuk sang isteri yang dah terlentok berdengkur dalam kereta, sempat jugak membuat touch-up sebelum sampai ke pejabat. Nak lukis kening ke, opssssssssssssssss, nak boh lipstick ke, nak buat smokey eyes ke, masa dalam kereta ni pun ada yang sempat. Tapi untuk mekap lite2 je la. Kalau nak berfoundation berlapis2 ala Geisha tu memang tak sempat la kan. Untuk yang memandu sendirian, boleh jugak kalau nak touch-up. Especially waktu depan traffic lite.....
Ada jugak yang makan dalam kereta. Tapi kan, walaupun dalam kereta tu duduk, tapi ibaratnya sama la jugak dengan makan sambil berjalan. Sebab roda tu berpusing, dan tumpuan kita bukan kat makanan. While driving, hands are supposed to be on the wheel ye murid-murid. *matila kelas pemanduan berhemah. Bila makan ni patutnya kita nak enjoy the food. Bukannya sumbat sumbat macam dalam cerita CLICK tu. Kan kan kan? Buatnya tercekik waktu memandu tu? Sapa yang nak tolong tepuk belakang? Haaa....tak ke haru biru namanya?
Macam Fendiosman pulak, kalau dalam kereta mesti dengar radio SINAR.fm. Nak-nak waktu pagi kan, mesti ada krew sinar pagi yang merapu-rapu tu, sungguh menggamatkan dan menceriakan suasana. Hari ni Fendiosman laaagi la ceria sebab SINAR.fm putarkan lagi Fendiosman mintak sempena ulangtahun ke-6 SINAR. Ceria la bila masuk opis ni. Hiks. Kadang-kadang bila naik sheikh, mrasa la berkarok sama-sama di dalam kereta. Kalau keluar lagu Kak Eton ke, lagu Kak Melah ke.....memang akan terikut sama secara otomatik la! Kadang-kadang sampai tak sedar orang sebelah dok perhati. Ala ibarat akak korek idung dalam kereta yang Fendiosman cerita kat atas tadi la kan........coverina katanya!
Untuk pasangan suami isteri pulak, ada yang mengambil kesempatan waktu perjalanan ke tempat kerja ni untuk berbual mengenai hal rumah tangga. Masalah anak, masalah kewangan, ataupun masalah kat pejabat, or....maybe masalah kat tempat tidur? Ye la kan, untuk menyelesaikan masalah kena ada pendengar yang setia. Kalau sorang2 nak selesai masalah, nanti jadi biul macam Fendiosman. Sudahnya kena masuk hospital baru padan muka. Jadi, peluang yang ada sewaktu terperangkap dalam kereta ni, boleh la mengikat hubungan suami isteri supaya lebih intim lagi, ataupun nak bertekak pasal laki kau ada pompuan lain pun apa salahnya dak? Hehehe....ni la masa yang sesuai. Abis sangat laki kau berenti kereta tepi jalan suruh kau turun. Tak gitu murid-murid?
Aksi seterusnya ni berbahaya ye murid-murid. Waktu memandu, jangan membaca suratkhabar maupun novel-novel cinta. Eloknya bacalah papan tanda yang ada di jalan tu. Kalau rasa dah subconcious mind yang control pemanduan, buat-buatlah berzikir ke apa ke, tapi jangan sekali-kali baca surat khabar ye! Bahaya sangat. Kang dengan yang kau baca tu ke mana, kereta kau ke mana, langgar bontot kereta depan lagi....sapa yang susah? Abis berkilo-kilometer jem sebab pemandu lain prihatin nak tengok kau eksiden. Haaa...ni la pantang sangat Fendiosman tengok. Lainla kalau JUSA pastu ada drebar bawakkan kereta dari rumah. Bolehlah baca kat belakang tu. Kalau memandu tu, sekali lagi Fendiosman ingatkan jangan membaca suratkhabar ye.
Ni aksi paaaaling popular di kalangan semua aksi yang ada. Kadang-kadang tu dok kat lorong tengah, tapi bawak macam unta. Time memandu ni la nak membaca sms. Kalau ada hikmat menaip sms tanpa melihat macam Fendiosman tu kira ok la kan. Ni mata dah rabun, pastu terkebil-kebil nak baca sms. Hah..tak ke mengganggu masyarakat sarwajagat tu? Time bawak kereta ni laa nak gayut dengan awek. Awat tak cukup ka jumpa waktu ujung minggu? Time bercinta, gayut la sampai teleng leher kan? Awat time kawin hangpa bertengkaq pulak dalam kereta? Isk, aksi menggunakan telepon bimbit ni dah terbukti bahaya. Tapi dok buat jugak. Pasai apa tu Fendiosman taktau. Nampak polis reti pulak nak sorok-sorok telepon. Takut kena saman ka chekk?
Ehmmm....tu antara aksi yang Fendiosman sempat lihat waktu memandu ke tempat kerja saban hari. Tapi aksi yang XXX macam ni takdak la pernah Fendiosman tengok lagi. Kalau ada pun, mesti akan menyebabkan jalan jem berkilo-kilometer jaraknya. Daaaaan..akan huru-haralah trafik sepanjang jalan memasuki Bandaraya gara-gara aksi luc** sebegittewwww. *Eh, baru Fendiosman terperasan, hari ni Fendiosman berjaya tidak mencarut. Hahahahahahhahaha.....










4 comments:
penah tengok orang korek idung, penah tengok orang mekap, orang tido (siap nampak air liur g), orang bersms yang kaver gila terus campak hanpon kalau nampak polis.
yang dibuat oleh ahkon adalah membaca suratkhabar semuka dua, makan/minum.
XXX itu i penah nampak. cium mild la. tak sampai tonggeng cam dalam gambar :D
adakah aku tergolong salah seorang pemandu yang tidak berhemah...huhuuh..xtvt rasmi aku adalah dengo radio, baca sokobar masa jam n makan sambil drive (sebab kete auto)...huuhu
semua tu pernah tengok termasuk yang XXX tu... pernah nampak hantu tak masa traffic jem tu??
love this posting!
Post a Comment