Wednesday, September 05, 2007

Kak Joyah? Dah Takde.....

Huiyoo....sudah lama aku tak update blog ini. Lantaran kesibukan kerja, menjaga pameran di PWTC sempena dengan kemerdekaan ke 50 Malaysia. Pameran? Ok laaa kot, walaupun boleh aku katakan yang mengunjungi pameran pada hari pertama itu adalah peserta pameran itu sendiri, tapi boleh laaa....ala ala jiran sebelah datang melawat booth aku, kemudian aku pulak pegi melawat booth jiran. Haaaa...boley?

Dan juga kesibukan aku mengulangkaji sukatan pelajaran untuk mengulang peperiksaan PTKku yang terkandas dalam siri pertama yang lalu. Soalan? Usah ditanya. Jawab memang boleh jawab. Tapi betul atau tidak tu yang menjadi persoalan sekarang. Semoga PTK kali ni membawa sinar harapan kepada hidupku, tobat takmau repeat dah....

Sesungguhnya hari ni tatkala aku nak memanaskan enjin Myvinats untuk bergerak ke tempat kerja, aku perhatikan rumah di hadapan tempat parkir keretaku itu. Dan...sungguh mengejutkan apabila kudapati langsirnya sudah ditanggalkan, barang-barang perabot sudah dikeluarkan dan rumah itu menjadi kosong dan lengang. Hahaha...Kak Joy dah pindah keluar dari rumahnya. Hip hip...hurray....Gembira tidak terkata. Mungkin hadiah sempena menyambut bulan Ramadhan ini kot.

Harapan untuk kali ni, tiada lagi Kak Joy yang akan membelenggu hidupku sehari-harian. Walaupun dia takde mengepoh sejak-sejak insiden pem'fire'an peringkat tertinggi suatu masa dulu, tapi jelingan matanya yang bagaikan helang mencari mangsa itu cukup menyebabkan darah aku ni mendidih (ish....sukat guna termometer kah?). Tadi konon terasa amat malas nak datang kerja sebab dah lama aku menghilangkan diri dari pejabat. Tapi lepas aku menyaksikan rumah Kak Joy dah kosong, iklan UNTUK DIJUAL pun dah dicabut, terus mood aku bertukar serta merta menjadi seorang yang ceria. Hik hik....

Aku jugak bermohon kepada Allah Subhanahuwataala supaya jiran yang bakal menggantikan Kak Joy itu tidaklah kepoh seperti Kak Joy. Sampaikan setiap pergerakan orang semua dia nak amek tau. Semoga dengan kehilangan ini aku akan lebih bahagia bermastautin di Kajang Utama itu. Amin....

6 comments:

Red Mummy said...

kak joy dah takde ye

tp x semestinya lalat x de oi

kan?


ps: bila ko nak baling word verify ni ha???

Adi Osman said...

keh keh keh...
pengalaman lalu menyebabkan aku takmo baling word verify ni kak...

banyak spamming!

Hambali ® said...

bersyukur la sebab masih amik PTK tu berbanding aku yg terlupa langsung tarikh ptk tu

nota2 dah siap pinjam kat jambu dah
ingatkan 13 sept
sekali 3 sept

sungguh sedih

Adi Osman said...

Ayoyo sme...awat jadi lagu tu noooo?

Mama Akif said...

Huhuhuhu PTK.. malasnya nak baca buku

Adi Osman said...

biasa la NINI....
nak wat cmane, dah nama PTK!