Sunday, August 27, 2006

JB lagi....uhuk!

Hari ni posting blog aku dibuat di JB, tatkala aku otstesen di ujung minggu. Well, nak buat cmane kan, Lillahi Taala. Heret je la beg aku tu ke sana ke mari. Petang tadi sampai, esok tengahari dah nak balik.

Pagi2 tadi si Wawa datang amek pegi ke Alamanda. Aku ajak dia malam tadi, tapi makcik tu penat la pulak, baru balik otstesen. Cari kasut itam sepasang, buat konvo DPA dan pentauliahan pegawai ATMA tu. Dah lama tak membeli kasut. Seb baik sale kat sana, sempat la karau kasut sepasang. Tapi bab beli kasut ni memang la aku fail. Time beli tengok cantik je, tapi bila dah sampai kat umah, isk sedey. Tapi kali ni, tanya pendapat wawa dulu sebelum beli. Dia kata ok, ok la kot! Wawa beli beg otstesen, dengki la plak tengok beg dia cantik. Huhu...bab beli2 ni, sampai kiamat pun kita takkan puas ati. Ada je nak membeli, nafsu tu membuak2. Sabo la banyak2.

Apa pun, mekasih Wawa sebab anto aku ke ERL tadi. Sambil heret2 beg tu, tengok2 ada pulak si Aminus, batch mate kat INTAN. Nak balik sabah. Sembang2 la kejap. Isu2 semasa. Apa2 yang berkaitan la. Tapi sebelum tu, insiden yang aku tengok kat KLIA tadi menarik jugak. Kisahnye sorang makcik (macam datin....entah la), bertekak sampai sekampung dengar kat kaunter tiket Air Asia. Dia ni menghantar anak dia nak balik asrama (wuiisshhh, naik plane sehhh), beli tiket murah, ala yang tawaran tambang murah tu, pulak tu datang lewat nak check in, salah terminal la plak. Orang ke LCCT nun, dia tetap la datang kat MTB. Sudahnye dia dok maki2 staf kat kaunter tiket tu. Kesian aku tengok awek kaunter tu.

"Cheater.....you should tell us earlier. Hey people, don't fly air asia. They are cheating us" Satu terminal dengar. Sudahnya kat tiket dia tu, ada rules and regulations tertulis, lagi nak salahkan orang. Ala, menesia kan, mana nak mengaku salah.

"If i use MAS, i can always change my time! This is the first and the last time using air asia (betul ke grammar ni, tapi camni la makcik tu cakap)" Mak aii, speaking london. Tapi sampai ke sudah dia dok maki2. Awek tu tetap la maintain senyum walaupun muka dia merah padam. Teringat zaman2 aku keje camtu dulu, berdepan dengan customer, tetap kena senyum walaupun sakit ati. Tengok la customer zaman sekarang, walaupun salah tetap gak nak kata dia yang betul. Dah la tiket murah, lagi nak maki2. Moral : semak dulu semua details sebelum travel.

Dah sampai JB ni, terus la ke Puteri Pac, tempat biasa aku menginap tatkala berkunjung ke sini. Si pakcik angkat beg tu pun dah kenal. Sebab selalu sangat kot datang . Uhuhu...tolong la otstesenkan aku ke tempat lain. Hmm, check in, mandi. Lapo la plak. Jalan ke City Square. Konon nak makan. Skali tengok kat tengah2 concourse tu ada Tourism Fair. Gi pusing jap, ada show kebudayaan. Tengok team dari Perak tengah pektis, terperasan sorang yang amat aku kenal. Jamal, artis budaya kat ukm dulu. Eheh, dia pun terkejut tengok aku.

Lepas layan Jamal n friends menari, ada la plak show yang aku nak tengok sangat. Ghazal Johor, peberet tuuuuu. Tengok makcik yang nyanyi tu, macam dalam site KeKKWa, sah la....yea yea..dapat gak aku tengok dia nyanyi live. Sedap sehh..."Penawar rindu...padamu seorang..." Kaki ni gedik2 la pulak hai. Isk, sah la orang cakap aku ni kuno pasal suka ghazal kan? Apa pun, mende tu la paling best. Kelepap kelepap tangan aku tepuk paha. Khusyuk konon. Dah dah dah...over lak.

Esok pagi2 nak ke UTM cam biasa. Meeting dan amek surat tawaran budak2 tahun 1 siap dengan fail peribadi lagi. 423 keping fail. Nampak macam kena extra luggage je. Uhuk, takpe bole claim. Esok jugak serombongan warga ATMA datang JB untuk interview. Leh la hepi2 sket sebelum balik kot.

Udah la kot. Aku dah letih. Letih berdiri tengok show. Time to rest. Kene cukup tido. Maklum la model kan...hahahaa....

No comments: