Wednesday, August 16, 2006

Cuti....

Hari ni aku cuti. Aku dah stretched aku punya badan beyond the limit, dari bulan 3 kalau aku tak salah, aku tak penah amek cuti. Ye la, asal nak cuti je asek kene reject! So semalam aku jumpa Timbalan Pengarah, aku mengadu la nasib aku dan mintak cuti. Ayat TP cenggini, "kesian kat kamu, dah gi amek borang saya sign". Mekasih Ibu Jijah, really appreciate ur cooperation.

So hari ni dengan rileksnye aku abiskan masa kat umah, mengqada' tido2 aku yang tak berapa cukup lately. Relief la sikit. At least, aku boleh rehat. Kalau mesin pun non stop keje ada breakdown dia, apa lagi manusia. Ye tak? Ni semua meeting aku nak kena masuk, semua jadi secretary, minit aku la yang kene buat. Semua function aku kene attend, semua aktiviti kene join, isk, bengkok aku dibuatnya. Even my colleague pun dah terperasan perubahan2 yang ada kat muka aku ni. Nampak tak bermaya, kusam. Hai, entahlah...

Over the last weekend, mak aii banyaknye aktiviti! Untuk para pengantin baru, Epi Khayalan dan Baizura Hawari, selamat pengantin baru aku ucapkan. Sabtu aku ke PC fair dengan Iddin kawanku di Subang itu, sambil tengok wayang cerita Click yang boleh dikatakan kelakar. Soping baju 2 lai. Ahad lepas kenduri keluar dengan kawan2 PTD ku ke Midvale, konon nak temankan Azhar KPIAT beli suit, sudahnye dia tak beli apa2 kitorang yang lain lak lebih2. Isk, rekod ni, dalam seminggu aku beli 3 helai baju keje. Ijau...kelabu...oren...mak aii warna...

Apa pun, malam tadi I had this opportunity to watch PGL 2nd season kat Istana Budaya. Untuk Wawa, thanks for the tickets. Umtung ada kawan keje kat IB ni. Aku pegi dengan Lt Kdr Najib a.k.a Abang Boy, 1st timer ke IB (ikut apa yang diceritakan la....). Overall, since aku dah tgk dua show, 1st season dengan 2nd season. This one is much better, dari semua segi la. Stephen Rahman pun dah tak pelat lagi, suara Tiara pun dah improve, set pun makin canggih dan technical pun makin menarik. Jalan cerita dah tak bosan macam yang dulu. Teringat tengok si Pidah tido waktu tengok yang 1st season. Rugi sape tak pegi tengok. Mula2 aku malas gak nak gi tapi dah si Wawa offer tiket kat aku, hmm apa lagi! Abang Boy pun nampak macam hepi je tengok. Balik show, kelakarnye kereta wat hal. Abis sume power supply ilang. Macam kong je bateri kereta dia. Dalam ati ni tuhan saja yang tau, watnye kereta mampos tengah jalan dah kene tolak lak. Tengah malam lak tu! Tapi syukur pasal ngam2 je sampai depan parking kat opis ni, baru la kereta tu mampos. Hahaha...

Esok masuk opis semula, tah apa la bala yang menunggu aku kat depan. Yang aku tau esok aku kene keje sampai malam, temankan Pengarah buat rondaan pensyarah bertugas harian. Jumaat nak gi Salak Tinggi, jadi urusetia kursus untuk kakitangan sokongan. Ujung minggu lagi...isk makin kelam kabut nampaknya ni. Isnin cuti lagi, ye la cover balik weekend aku yang burn kat Salak Tinggi itu. Takpe la, Lillahi Taala! Masuk hari Selasa, meetinf hari2 sampai Jumaat. Huhu..Oh tuhan tabahkan hari aku ni!

No comments: