Bengkel motivasi kakitangan akademik weekend lepas dah pun selamat. Review balik, tengok2 macam boleh la kasik staf sokongan ni hepi2. Kalau nak mengubah tabiat dan habit tu, rasanya dah payah kot untuk yang berusia. Kalau si Padil opis boi aku tu boleh la kot nak berubah. Hyperactive la pulak dah. Uhuk, cek tak tau nak kata lagu mana...heeeeeraaaannnn! Tapi tu la, kehadiranku ke sana hanya lah untuk memeriahkan majlis je. Nak dengar isi bengkel, almost all dah aku dengar dulu. So aku terlibat dengan perasmian dan penutup je la. Tatkala jadi emcee untuk merasmi, dengan konfidennye aku cakap camni "Pengarah bahagian akademik, akademi tentera malaysia" sambung dengan "universiti kebangsaan malaysia". Muka pengarah terus blur..staf2 kat depan gelak la plak. Susah la kalo slalu wat freelancing kat luar. Huhuhu! Komen staf yang tak penah dengar aku cakap kat mekropon (sume tak penah dengar sebenarnya) "Cik, suara macam kat airport laa" Isk, dah suara mengacara majlis, ada la nada2 dia kan? Sah2 la kat Kem SB ni takde emcee yang buat camtu lagik!
Selesai kisah bengkel. Isnin dengan hebatnye aku bercuti lagi. Konon nak berehat sambil tengok CT kawin (sebenarnya tak ingat pun CT kawin ka apa ka, aku nak tido je). Seawal pukul 8 pagi henset aku dan mula bunyi. Tengok number 03-90******, sangat la familiar. Office la tu. Payah la kalau bagi personal henset number kat orang ni. Time cuti pun nak call jugak. Kalau sekali tahan la lagi. Aku ni takmo la off langsung henset, watnye parents call ke, sdare mara call ke, senang! Bila dah banyak kali sangat telepon aku meraung, siap dengan vibrator menggegarkan bantal aku. Terus la aku call balik number2 yang ada tu!
Pensyarah sambilan sorang tak dapat datang kelas, call henset aku jugak. Pengarah pulak siap tinggal voice message lagi "Tariq, mesyuarat komandan esok punya preparation macam mana?" Aku angkat telepon, call balik big boss. Terus dia suruh aku datang opis. Huhu..seb baik la umah aku tu kat kajang. Gedeh gedeh gedeh aku merempit sampai la jugak kat opis ni. Watnye aku kat kampung? Haru! Pasni ingat nak tambah line la. Official nye satu, pastu untuk luar waktu pejabat punye satu. Aku tengok kawan2 kat sesetengah department ada 2 henset, satu untuk personal satu lagi official. So lepas masak lunch sume, makan siap2, gerak ke opis. Sampai je opis, start keje la, walhal dah ada pun benda2 yang diperlukan untuk meeting. Since big boss suruh datang, datang je laaaaa (apa nak buat kannnn, sekali lagi SAYA YANG MENURUT PERINTAH)
Tapi kisah lawak semalam, tatkala aku memakai cermin mata lalat aku (slama ni pakai lens je datang opis). Ada la ayat yang kata "muka awak ni kalau pakai spek macam Betty La Fea....lain sangat bila compare time awak tak pakai spek". Morale : Lepas ni takde la aku pakai cermin lagi time datang opis, sesuai untuk dipakai di rumah sahaja. (buruk sangat ke aku ni bila pakai cermin?, tapi tu la aku ni itam, buruk, gemuk lak tu....huhuuh), hai susah jugak kalo orang pandang rupa ni.
Ari ni, meeting komandan. Cam biasa pengarah bagi taklimat bahagian. Tapi sebelum bertaklimat, aku kene la buat rehearsal dengan dia dulu. Aku taklimatkan dia apa yang perlu dicakap. Kang tersalah info, aku gak yang kena. Baik bersedia sebelum apa2 terjadi. Tapi tu la, time meeting pun kene jugak mencelah, lepas bagi rehearsal pun, ada jugak yang terlencong ke tepi. Hmm, dugaan. Meeting sampai 1310h, perut aku menggelegak, lapar sangat. Sampai menggigil aku menahan. Abis meeting terus la chow ke kafe. Alahai....
Petang ni, stayback kejap. Dah dapat kontrak baru ni. Mengajar kadet2 askar ni untuk buat show sempena malam ambang merdeka. Cabaran ni....nak lenturkan askar yang berkawad supaya longgar pinggang untuk menari. It's not an easy task I guess. Ni dalam kepala dok tercongak2 lagu apa la yang aku nak pakai untuk show derang. Kang buat zapin lompat2 macam malam KSN dulu tu, semput lak. Try je la apa yang mampu (errr..kak Jaja, taknak join gue?). Esok meeting, lusa meeting, tulat meeting. Masya allah, banyaknya meeting. Seb baik hari ni nye meeting bukan aku yang amek minit. Kalau tak haru aku nak berminit! Letih wooo kalau buat minit ni, perlukan konsentrasi tahap tertinggi nak susun ayat kasi sedap. Cukup la kot. Err, ari ni takde gambo, sebab tak relevan!
2 comments:
sori ya fendi. nak tanya skit. PTD tu apo? nampak cam best je sebab selalu outstation. hehe..
Perjalanan Hidup...
PTD, Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Satu skim perkhidmatan yang ada di dalam perkhidmatan kerajaan.
Post a Comment