Friday, August 11, 2006

Tikam Belakang?

Malas nak menaip sebenarnya, tapi aku terpanggil nak menulis sesuatu dalam ni. Sekadar memberi pendapat sebagai seorang yang bekerja di sebuah organisasi. Dalam banyak-banyak benda kat dunia ni, aku rasa banyak orang akan rasa pissed off bila kene backstab, kemudian jadi black sheep. Ni dari zaman aku kat UKM lagi dah terkena. Depan kita manis mulut berkata-kata, belakang kita wowowo, sebab dah nak naik cepat apa peduli orang lain?

Aku menulis hari ni berdasarkan satu berita yang aku terima dari sahabat aku kat sebuah kementerian nun. Ada la someone kat sini yang dah ke tempat keje lain. Tapi bila depan aku dulu, masya allah baiknya cakap. Gi makan sama gi jalan sama. Semua sekali serentak. Aku takde hal la kan. Baiknye! Sampai aku terharu. Sudah bila dah berambus dari sini, tup tup depan orang lain cerita la pasal kawan dia yang sorang kat sini, sebagai seorang yang PELIK, dan ada la ayat2 yang kurang senang aku dengar dan tak sangka akan keluar dari seorang yang aku hormat. I've been working for quite sometimes, and my former superior never did this to me. Kalau colleague tu mungkin la jugak kan, sebab dengki nak naik pangkat cepat. When my friend told me about this yesterday, aku mengucap panjang! Mengurut dada menahan sabar. Terus terang aku terkejut. Orang macam aku ni bukan sikit kat dunia ni. Ramai...

Kalau tak suka dengan apa yang aku buat, apa yang dilihat, consult professionally. Panggil mengadap! Senang cerita. Ini dok kompang canang serata jalan! Apa selama ni aku tak buat keje ke? Kalau kata aku ni pakai baju pelik (pelik ke kalau kemeja colorful?), itu duit aku, suka ati aku nak buat apa pun dengan duit aku. Kalau kata aku ni pelik sebab jadi kabaret@dancer, tu hak aku, selagi mana tak mengganggu mutu kerja aku, sesape pun takde hak nak berkata apa2. As long as I'm concern, aku tak penah merungut kalau keje aku banyak. Aku buat sedaya mana aku boleh. Aku tak penah merungut kalau aku mintak cuti tak lepas, aku senyum je. Aku tak penah merungut kalau aku nak pegi kursus tak lepas, walaupun dalam hati aku merintih nak pegi. Aku tak penah cakap tidak kalau kena outstation last minute, pasal aku takut keje tak jalan. Aku tak penah bantah walau sepatah, sebab SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Sedih aku bila memikirkan apa yang aku dengar.

Aku ingatkan bila masuk sini (joining the service I mean), masalah yang aku hadapi satu masa dulu akan selesai. Tapi, aku nampak takde bezanya, sama saja. Dulu aku quit service pasal kene tikam camni la, kononnya aku ni la jahat, aku ni la busuk. Memang mulut aku bising tapi sapa2 yang betul kenal aku mungkin tau aku takde la teruk sebagaimana yang digambarkan oleh mulut aku ni. Kalau dah mentaliti bangsa kita ni memang macam tu, memang sukar la nak maju. Semua sempit pikiran, tak berkembang!

Dah, cukup pojok untuk hari ni. Untuk orang berkenaan, terima kasih la sebab menceritakan benda2 yang 'elok' pasal aku kat tempat lain. Untuk kawan aku yang memberi laporan, terima kasih jugak sebab mengupdatekan aku dengan cerita2 sensasi. Prinsipnya sekarang TRUST NO ONE, HELL WITH THEM ALL.

6 comments:

Anonymous said...

tariq, sesapa yang kutuk ko kat blakang tuh anggap jelah depa jeles dgn ko. hahahahah... kan senang pikir camtuh. takyah la dok pikir tentang kepelikan diri ko tuh, takde mende yang pelik pun... like i said 2u, biarlah depa nak kata ape... ko kewl jer... lelama malu sendiri laa depa tuh ok? yg penting, ramai lagi kwn2 yg tak anggap ko pelik... =)

Angah said...

Ko cilikan jer mulut dia tuh bila ada kesempatan.

Anonymous said...

Akm. Bykkan bersabar. Ni bukan jenis tikam belakang tapi jenis membuka pekung org n mengumpat n memburukkan org. Insya Allah satu hari nnti u akan berjmpa semula dgn org ni. Masa tu dia akan malu sendiri n cuba2 melarikan diri. Aku x respect org yg mcm ni.

Rush Murad said...

TARIQ, perkara2 ni semua berlaku pada semua orang, dan orang yang berhati busuk ni ada kat mana2.... sedih, geram, marah, kesal... semua ada... kena tabah dan tawwakal, sebab kita ada Allah. I was down the whole week last week for the same matters...... but I always believe that whatever happens in our life, there must be HIKMAH. Have a great weekend.

Luv,
Tepak Sireh

Anonymous said...

Itu tandanya awak mempunyai sesuatu yang keistimewaan sehingga ada pihak yang sanggup berbuat demikian. Sekiranya awak biasa2 sahaja org tidak akan pandang langsung dan lupa terus. Ini menunjukkan awak ada kemampuan untuk bersaing dan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan yang lain. Sikap manusia biasanya takut untuk bersaing secara sihat..mereka takut..salah satu cara menzahirkan ketakutan terhadap sesuatu yang tak pasti....Syabas kerana menjadi seorang insan yang luarbiasa....

Anonymous said...

Sapa yg carutkan uall tu? Apa lagi, cananglah satu tanjung baru dia tau bila suma mamu and mami backing uall nanti.

Sabar k. Kita taulah kita sapa kan....