Friday, August 25, 2006

Hosmet ooo hosmet!

Jumaat, kejap la pulak. Smalam gaji dah masuk, konon nak yale2 la. Bayar PTPTipu, kad utang itu, sewa umah itu, utilities bill kat umah itu, mess bill yang tertunggak sekian lama walaupun aku tak pegi makan itu. Alahai, lomah den tengok. Claim bulan 7 tak masuk jugak walaupun dah bulan 8 nak masuk ujung. Ni aku siap2 nak hantar claim bulan 8 pulak, tak brapa lama pulak la masa yang diorang amek untuk siapkan. Aku tanya jugak kat kerani kewangan, kenapa lambat sangat! Jawapan, sistem baru, so nak biasakan diri amek masa sikit guna e-SPKB itu. Muka kat sebelah tu kononnya muka gedik lepas masuk gaji la kot! Tapi dalam poket, boleh bilang ngan jari. I wonder cmane orang boleh siap simpan duit banyak. Ada sape2 bole kasik tips tak? Slalu aku simpan ikut apa yang aku dapat la, 10 % daripada gaji aku. Tu pun menggigil nak keluarkan duit. Agaknya aku ni boros kot? Tapi apa yang aku beli? Rasanya takde la aku membeli banyak sangat. Stakat barang2 makan kat umah. Pakaian sikit sebanyak (tu pun bukan tiap2 bulan aku beli). Tapi ada la jugak yang aku rasa berat nak luahkan, bila duduk serumah dengan kawan2 tu, adat la kalau duk sama2 kan. Tapi bila sampai dah tahap barangku barangmu jua, sewa rumahku kau bayar dulu, bengkok jugak jadinya.

Kalau hosmet2 terbaca ni, mintak mahap la ye. Aku meluahkan rasa kecewa aku. Pasni, kalo sorang tu kawin (aminnn.....ujung tahun ni kawin la) aku ingat aku nak keluar dari umah tu (aku tak tujukan spesifik kepada mana2 hosmet tapi sapa yang buat, terasa la kot! Tu pun kalau jenis ada hati dan perasaan), cari umah sewa baru. Tapi mana nak dapat umah versi aku duduk sekarang ni dengan harga yang murah di sini? Dok sorang2 la kot! Rumah sebilik je takde ke? Hahaha...Masalahnya skang ni, aku macam dah terlalu selesa duduk di Negeri Kajang tu, maklum la, dari tingkatan 1 aku dok kat situ. Sampai la sekarang, macam dah jumpa comfort zone pulak. So nak gerak sana sini tu macam problem sikit. Tapi area mana pulak aku nak tinggal? Yang penting skang ni, aku harus keluar dari rumah tu lepas yang sorang tu kawin. Nak bagi yang lagi sorang berdikari. Asek bergantung kat bahu aku je. Tak tahan camni.

Renungan sikit, kalau dah susah sangat dok kat KL ni, cari la keje kat tempat lain walaupun kena balik kampung. Daripada menderita tahap cipan dok kat KL. Kalau gaji dah lepas2 paras idung je, lagi nak duk sini, alamatnya menempah maut la kot. Kena gigih! Ini tidak, aku keluar rumah nak gi keje, still ada kat umah, aku balik umah tengahari kadang2 tu, ada jugak kat umah! Tah bila waktu pegi kejenye? Pening pening!

Dah 3 hari aku balik umah waktu malam. Keje banyak, tambah pulak dengan keje2 sampingan aku tu, dan majlis2 anjuran tempat keje aku lagi. Budak2 askar ni mintak aku ajarkan derang menari untuk malam countdown merdeka. Aku bagi la tarian2 yang terlintas kat kepala aku ni untuk opening. Tapi yang kelakarnya, askar lelaki lebih cepat pick-up steps nak banding dengan yang pompuan. Musykilnye.....am I teaching the right group? Tarian apa? Tu tak bole la announce kat sini (demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak yang tak brapa gemar aku buat posting pasal tari menari), yang pasti, benda2 yang penah aku buat waktu aku bergelar kabaret keji satu ketika dulu. Cak pong cak pong!

"5,6,7,8....hoii...kau menari macam mana tu? Ladies, bend down lagi!" Itu la antara perkataan yang keluar dari mulut aku time mengajar. Budak2 ni kata "Tuan ajar macam cikgu linda jasmine kat AF tu laaa". Adat la tu, aku dulu pun kene camtu gak ngan mak ayam dulu. Kalau tak herdik, tak pandai nye! Btol tak? Nak kata aku menari lawa, idok le..tapi sekurang2nya kita cuba untuk bagi yang terbaik. Bak kata JPA punya motto "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI" hahahaha

Ni menunggu la untuk matahari tenggelam, nak solat kemdian nak mula kelas untuk sesi malam ni. Esok Wawa datang take over pulak untuk closing. Mekasih Wawa, walaupun ko sibuk ngan kerja kau kat IB tu, tapi ada gak masa nak turun ke Kem SB mengajar budak2 kadet ni menari (ada makna kot?..laaaariii). Apa pun, komitmen kadet2 aku ni memang la aku puji sangat. Bagus, even diorang ni tentera, tapi aku rasa macam senang lagi ajar askar2 ni jadi kabaret daripada ajar orang2 biasa. Mekasih adik2 sekelian...abis kelas je ngan budak2 ni, salam siap cium tangan plak. Terharu sehhhh....

Udah le tu, weekend ni nak rehat2. Ahad petang..terbang ke JB untuk urusan fail dan rekod kadet2 tahun asas dan tahun 1. Kalau terbang, boleh tambah ENRICH miles kan? Tiket percuma katakan, kalau nak beli sendiri? Rela aku naik bas....

No comments: