Tuesday, August 23, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Countryside Visit


Selain membuat eksplorasi di tengah-tengah bandar, kesempatan sewaktu hujung minggu yang ada Fendiosman habiskan dengan membuat sesi lawatan bersama-sama rakan yang menuntut di sana ke countryside. Pagi lagi dah Fendiosman dan teman-teman bangun untuk ke Surrey, satu daerah di bahagian tenggara England.


Aktivitinya adalah untuk menikmati pengalaman memetik buah-buahan segar di ladang.


Kat ladang yang Fendiosman pergi ni, kira ala2 macam one stop center untuk penduduk berdekatan, dan ada jugak dijual pelbagai barangan produk ibarat SDSI di Malaysia. Sementara menunggu korum cukup, sempat juga Fendiosman membuat aktiviti membeli belah tingkap! Cuci mata......


Tapi sebab duit pun tak meriah, takde la nak membeli. Sekadar menabung sajjah. Bukankah amalan menabung tu satu amalan yang mulia? Dari kecik kita dah kena menabung, supaya senang untuk kita membeli barang-barang yang mahal sewaktu kita dewasa nanti. Apatah lagi untuk berkahwin, memang kena guna duit tabungan ya!


Ada juga mainan-mainan yang ala-ala princess! Mrasa la Fendiosman jadi Sailormoon sekejap!


Tidak sah kalau kita ke country side tapi tak menikmati makanan-makanan asal usul dari sini. Seperti kek cawan


Serta minuman coklat panas yang lazat


Acara utamanya adalah memetik buah ya! Di sini, anda boleh petik sebanyak mana yang anda suka, pastu timbang dan bayar! Pelbagai jenis buah-buahan yang ada dan usahlah kau feeling-feeling nak cari buah ciku kat sini!


Segar........terlalu segar! Sampai boleh terus masuk dalam molot!


Luasnya ladang sampai kita taktau nak petik yang mana satu!


Boleh juga buat video clip Hindustan di sini. (Gambar ihsan ahli rombongan)


Tapi memang lumayan la hasilnya! Tuai dekat 2 kilo, timbangnya separuh dari tuaian. Haaaaaaaaaaaa...mrasa! Selebihnya tu kita merasa. Masuk perutlah kan!


Buah-buah yang tak pernah nampak pokoknya pun ada la jugak. Kalau stoberi tu sah sah kat kemerenhelen pun ada!


Tapi paling tak tahan adalah, lepas petik terus ngap! Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Ini namanya ekspresi muka bernapsu ya murid-murid.


Dah makan tu, reti-retilah timbang yang belen-belen yang ada tu. Kang tak timbang, sangkut kat checkpoint plak. Abis bonet kereta semua dia bukak. Takut orang curi buah katanya!


Tapi kat sini, kalau salah timing, buah yang kita ingat ada tu sebenarnya takde, takpun dah super ranum sampai nak petik pun susah. Benyok jadinya!


Walau apa pun, aktiviti di sini elok dilakukan bersama-sama ahli keluarga untuk mengeratkan lagi family bonding. Ala, macam kita menanam padi kat kampung la! Ada kau tanam padi kah?


Ehmmm....tak semua buah tu sedap ya murid-murid! Kadang-kadang rupa je cantik! Cuma sesuai dijadikan props untuk bergambar saja!


Setelah penat bergembira memetik buah, aktiviti berkelah bersama keluarga di tapak perkelahan sesuai dilakukan. Ni orang puteh biasa suka time summer la! Kurang sejuk sikit!


Overall, it was indeed a very pleasant experience! For those yang suka jalan-jalan, besides visiting the cities or doing shopping spree, this is one of activities that we should try! Serious, enjoy sangat! Sebab sambil tertonggek2, perut pun kenyang. Hati pun gumbira!

1 comment:

nishashburn said...

owh, terliur melihat buah rasberi yg nampaknya sangat manis tu.. last dpt yg manis masa beli kat tangkuban perahu, endon... beli kt cold storage dah jadik masam.. huhuhu!! =)