Friday, July 29, 2011

Hail To The Queen Trip...with a diversion

Hari pertama di London dilalui tanpa sebarang aktiviti. Sekadar menziarah rakan-rakan yang tinggal di sekitar kota ini di samping membawa barang-barang kiriman yang dipesan. Yang Fendiosman tau, seawal jam 5 petang, Fendiosman dah tumbang dan hanya sedar pada keesokan paginya. Siap melagukan irama dengkuran yang amat mengasyikan. Maaflah ya kepada sesiapa yang berkenaan.

Seawal jam 8.30 pagi, Fendiosman keluar dari tempat penginapan untuk misi seterusnya melalui Heathrow. Walaupun Fendiosman berkursus, tapi Fendiosman manfaatkan masa yang ada ini untuk membuat lencongan, dengan niat untuk menziarahi kawan yang berkhidmat di luar negara.


Dan inilah destinasi tujuannya. Tapi takdelah nak masuk lounge segala kan. Sebab bukan menggunakan syarikat kebanggaan negara.

Makanya sebelum terbang, Fendiosman melanggar pantang larang buat kesekian kalinya.


Lemon cheesecake dan hot chocolate adalah satu kombinasi yang amat lazat....

Tambahan pula tatkala perut berkeroncong pada musim panas yang sejuk.

Dan inilah dia tunggangan Fendiosman ke destinasi tujuan....

Untuk penerbangan sejam setengah ala2 nak ke Kuching tu, inilah hidangannya! Kompem orang Malaysia dan Asia terutamanya akan meroyan dengan hidangan seciput sebegini. Kurang mengenyangkan. Once Fendiosman jejak ke Eropah, barulah Fendiosman tau apakah itu keseronokan berada di bumi sendiri. Tu pun masih jugak ada sesetengah orang komplen pasal syarikat tempatan yang sedia ada itu. Hikssss....

Maaflah ye, sekarang modenya agak kurang sesuai untuk bergambar sebab Fendiosman mengalami sindrom bloated body! Jadinya lebih banyak gambar pemandangan yang difokuskan daripada mode model fotogedik.

Dan setelah beberapa ketika di udara, tibalah Fendiosman ke destinasi ini. Kalau tengok dari udara nampak macam cantik sangat. Biasa ditonton dalam cerita hindi saja. Mode lari2 tepi bukit pun sudah bermula.

Touchdown.....

Fendiosman disambut ceria oleh tuan rumah. Inilah penginapan Fendiosman selama 3 malam. Bayarannya, errrr....kerisik satu tepawe, majalah-majalah satu kodi, acuan karipap, pekasam satu paket, rempah kurma dua paket dan bermacam2 lagi barangan yang mencecah 20 kilo. Tapi, apa pun Fendiosman rasa bersyukur sebab ada jugak kawan yang sudi menumpangkan rumah untuk Fendiosman berteduh.


Tanpa membuang masa, Fendiosman terus meneroka bandaraya Geneva dengan menggunakan pengangkutan awam. Abaikan masalah bahasa yang Fendiosman alami. Yang penting, sila redah saja ya murid-murid. Paling mustahak kalau kita ke mana pun, kita cari tempat ni!

Tujuannya adalah untuk dapatkan benda ni, beserta penerangan terperinci mengenai tempat yang hendak diterokai.


Dengan peta itulah Fendiosman membuat aktiviti eksplorasi setelah puas Fendiosman memusing peta itu ke atas ke bawah sewaktu berada di kaunter informasi itu. Petuanya, kalau depa cakap French, jangan gelabah. Kita cakap Melayu. Lepas tu mesti dia tukar cakap English. Apa pun, Switzerland adalah sebuah negara yang sangat mesra pelancong. Tiada kerisauan langsung untuk berjalan-jalan.

No comments: