Perjalanan Fendiosman bermula di KLIA, mujurlah dapat terbang dengan kelas bisnis. Kalau tak mau kejang bontot duduk terbang lama-lama.
Dan barang-barang Fendiosman semuanya siap diletakkan dalam beg yang sebesar peti ais itu. Bila ditimbang, 25 kilo sahaja. Tak perlulah terduduk macam datin-datin bodoh yang pergi ke Jepun dengan Fendiosman dulu. Soping tak ingat dunia, bila dah kena excess luggage baru nak menyesal. Padanlah muka kau!
Inilah destinasinya. Sesetengah pembaca mungkin dah tau, tapi untuk yang belum tau, Fendiosman dihantar untuk berkursus di London selama 2 minggu. Alhamdulillah rezeki Allah berikan. Dapat jugak mencari pengalaman di tempat orang.
Fuhh....mujur takde masuk senarai hitam peminjam tegar PTPTN. Kalau tak malu oooo bila kena tahan kat sini. Dah riuh sekampung nak ke luar negara, tapi tak lepas kat imigresen. Jadinya murid-murid, anda boleh menyemak senarai hitam imigresen di laman web PTPTN untuk kesejahteraan anda.
Seperti biasa, Fendiosman menghabiskan masa dengan berehat di Golden Lounge. Golden Lounge ni kalau Kak Selamariah Carey itu memang suka sangat. Sanggup nak redeem tiket dari Singapore ke KL demi nak masuk Golden Lounge di Changi. Matila gigih...
Inilah tunggangan Fendiosman selama 13 jam ke Kotaraya London.
Dan ini pula tempat duduk Fendiosman selama perjalanan itu! Dah lama tak naik kapal terbang besar camni. Asyik kapal terbang buruk je. Tak KK, Kuching. Tak Kuching, Penang. Alahai.....
Naik kelas bisnes ni banyak untungnya. Luggage dapat 30kg, seat pun besar, macam-macam ada....
Ada beg Clarins yang Kak Selamariah Carey dah kutip sampai 18 bijik.
Ada juga pas keutamaan di imigresen London usai ketibaan di Heathrow.
Dan paling penting....
Makanan yang berdosa seperti sate kuah banjir pada jam 1 pagi waktu Malaysia...
Serta lain-lain menu yang menggoda nafsu makan sehingga berat badan boleh naik secara mendadak!
Kalau tak makan kang terliur. Jamah je la ye.....ilangkan rasa terkilan! Tapi serius, Fendiosman makan 2 ekor udang je. Lain-lain tu Fendiosman tak sentuh sebab dah termakan sate dengan banyaknya!
Dan memandangkan penerbangan itu selama 13 jam, setelah 5 jam tido.....
Inilah aktiviti Fendiosman....
Bermain sep sep sep tom tom tom di galley katanya. Mrasa feeling2 pakai kebatat.
Sembang dan sembang dan sembang, dan makan dan sembang dan makan lagi.....stoberi je la yang mampu dimakan (kononnya la...)
Tapi kalau dah satu cart makanan ada kat tepi tu......hilang akal ke apa kalau takmau sentuh apa-apa makanan. Jadi lepas ni kalau tengok Fendiosman bagaikan Disney on Ice itu haraplah dimaafkan.
Dan nak landing pun kasik makan lagi.....
Sudah semestinya hidangan satay buat kali kedua. Walaupun benda alah ni takde dalam menu, tapi berkat skill Kak Nam yang Fendiosman gunakan, dapatlah hidangan ini....
Dan setelah 13 jam berterbangan di udara, akhirnya nampaklah Kotaraya London dari udara. Ini adalah kawasan berhampiran Greenwich. Piawai katanya. Tapi kalau Piawai Switzerland tu kena tanya Miss Geneva la kan. Barulah dia boleh menceritakan apakah Piawai Swiss itu.
Setelah menjejakkan kaki di bangunan terminal, barulah Fendiosman betul kompem nak menyatakan Fendiosman berada. Mrasa.............................
No comments:
Post a Comment