Saturday, July 23, 2011

I lost my cousin today. Al-Fatihah buat Shakeera Hani binti Aznan


I am so shocked with her sudden demise and I am speechless.

Taken from Sinar Harian page:

Eksekutif pemasaran Utusan Malaysia maut kemalangan
KUALA LUMPUR - Eksekutif Pemasaran syarikat akhbar Utusan Malaysia terkorban selepas terhumban ke dalam gaung setelah kenderaan yang dinaikinya melanggar penghadang jalan di KM 401.8, Lebuhraya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur di Hulu Selangor awal pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira 12.45 pagi itu, Shakeera Hani Aznan, 26, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari pulau Langkawi, Kedah bersama rakannya yang memandu Proton Inspira.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor ASP Mohd Taib Songgoh berkata bagaimanapun pemandu kereta itu, Abd Salimi Abd Halim, 31, yang bekerja di syarikat yang sama, hanya mengalami luka kecil dan dirawat di Hospital Kuala Kubu Baharu.

Sebuah daripada tayar kereta berkenaan dipercayai pancit secara tiba-tiba di tempat kejadian hingga mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan, katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika dihubungi.

"Selepas terbabas dan melanggar penghadang jalan itu, mangsa telah tercampak keluar ke dalam gaung sedalam 10 meter," katanya.

Mohd Taib berkata polis yang berusaha mengesan mangsa hanya menemui mayatnya tiga jam kemudian iaitu kira-kira 4 pagi di kawasan semak di gaung tersebut.

Katanya mayat Shakeera Hani dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai, katanya. - Bernama

To Kakak, Bang Toriq misses you a lot. You have been such a wonderful cousin to me. Bang Toriq doakan semoga roh Kakak ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Mudah-mudahan Kakak tenang di sisi Yang Maha Esa.

No comments: