"Tok.....Wan mana?"Soalan yang terkeluar dari mulut anak saudaraku sewaktu menjemput Mama dari KLIA tempohari. Sebak mendengarnya.
"Wan pi Egypt....nanti Wan balik laaa...bawak Yayah naik moto pusing-pusing Supetani". Itu harapan yang disimpan oleh anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.
Sedar tak sedar dah lebih seminggu Baba 'pergi' menghadap Ilahi. Sebelum ini memang dah pernah beraya tanpa Baba (bila Baba pergi menunaikan Haji), bezanya kali ini Baba memang betul-betul tiada.
Aku bertolak balik ke kampung pada malam sebelumnya. Bersama-sama denganku, Mama, adikku Lukman Osman dan sahabatku Syahir. Dalam ketenangan membawa kereta, terdengar sayup-sayup suara takbir di corong radio. Sayu dibuatnya. Sekali lagi tumpah air mata aku walaupun puas aku mengawalnya. Tapi seboleh-bolehnya aku takkan tunjuk depan Mama. Baba kata anak jantan mana boleh menangis!
Tiba di Sungai Petani kurang lebih jam 3 pagi, dan aku berehat secukupnya. Sesudah solat sunat Iduladha, tetamu mula datang ke rumah. Tahun ini, tiada ketupat, tiada rendang, tiada hidangan istimewa yang lazim Mama masakkan untuk pagi raya tak kira Raya Idulfitri mahupun Iduladha.
"Makcik....cerita sikit macamana jadi?"
Itulah soalan yang keluar dari setiap tetamu yang hadir. Bayangkan, kalau 5 orang tetamu yang datang dalam masa yang berlainan, 5 kali Mama terpaksa mengulang semula cerita yang cukup sedih untuk dikenang. Tapi Mama kuat, tiada setitik air mata pun yang keluar. Malah, Mama menegur orang yang menangis di hadapannya.
"Toksah dok teriak....Cik Man dah bahagia dah...."
Sampai satu ketika, gara-gara bosan mendengar soalan-soalan prihatin para tetamu, aku mencadangkan kepada Mama untuk merakamkan ceritanya di dalam kaset supaya boleh dimainkan untuk para tetamu. Mungkin sesetengah orang berpendapat, bertanya mengenai apa yang terjadi adalah cara untuk menunjukkan rasa simpati tapi pada aku itu bukan cara yang tepat. Perasaan dan fikiran Mama aku rasa cukup kusut untuk menerangkan kepada setiap tetamu yang ada.
Hari pertama, dari pagi hingga ke malam, penuh tetamu yang datang menjengah Mama. Aku dapat rasakan Mama keletihan melayan tetamu sekelian. Sewaktu hayat Baba, jarang sekali aku melihat mereka bertandang. Bila Baba dah 'pergi', baru semuanya datang.
Arwah Tok pernah berpesan;
"Kalau nak mai tengok tu biaq la waktu hidup, waktu dah takdak hangpa nak mai tengok apa lagi?"
Baba pun pesan sebegitu kepada kami adik-beradik. Mungkin pada sesetengah orang, ayat tulisanku ini nampak kasar tapi itulah hakikatnya. Kalau nak ziarah, biarlah sewaktu hayat masih dikandung badan.
Hari kedua, masih ramai orang yang berkunjung. Dan pada sebelah malamnya, sahabat-sahabat karib Baba datang membuat tahlil di rumah. Rezeki Baba, di mana-mana ada sahaja orang yang membuat tahlil untuknya. Aku bagaimana agaknya? Adakah orang yang bertahlil untukku nanti?
Hari ketiga, masih lagi orang datang berkunjung. Dan tiba masa untukku pulang ke Kajang. Sedih hendak tinggalkan Mama keseorangan. Janjiku pada Mama, aku akan selalu pulang. Begitu juga adik-beradikku yang lain, semuanya berpakat untuk bergilir-gilir pulang ke kampung setiap minggu.
"Mama...Angah balik dulu..."
Aku salam, cium tangan, dan peluk mama seerat-eratnya.
"Telefon Mama selalu ya Angah...."
Tak pernah aku rasa sesedih ini. Untuk pembaca sekelian, sementara ibu bapa masih ada, jengahlah mereka. Hubungi mereka selalu. Sesungguhnya kasih sayang ibu bapa berikan itu tidak ada tolok bandingnya dengan lain-lain perkara di dunia ini. Kalau mereka marah, bererti mereka sayang. Kalau mereka pukul, bererti mereka kasih. Jangan pula menganggap mereka sebagai beban kepada kita. Kalau tiada mereka, siapalah kita di dunia ini? Wallahua'alam..
15 comments:
Tumpang rasa sedih gak bila baca entry ko ni...
jangan sedih sedih bang... mak tu nampak kuat suruh anaknya kuat..kalau bro terus sedih, usaha dia akan gagal... belajar dari dia... anyway i terima nasihat u dgn hati yg terbuka, yes will take care of my dad...
The more u talk about your Baba, the better u will feel, insyaalah. Luahkan apa sahaja yang terbuku dalam hati.
tariq,
so sorry 4 ur lost.
tq 4 reminding me n every1 else to appreciate what we have!
be strong, bro!
When my mother passed away few years ago, my dad quote this
"Kehadirannya dirasakan ketiadaannya....
Ketiadaannya dirasakan kehadirannya...."
- A. Samad. Said
fendi,
hope u kuat and tabah..
sedih baca ur entry..
and thanks coz remind me abt FAMA..
guys and gals...
am trying to be strong. somehow, air mata tu tak terbendung. nak nak bila dok sorang sorang....
bro,
again..a sad entry from u and it touches my heart deeply. tetiba teringat mama papa aku selalu merungut i seldom go back and visit them in KAJANG!! how cruel have i been to them?
and the song.. hmmm.......
anak lelaki kang gagah..tapi kalu nangis pun tak jadi hal..bukannya lemah..
dik (d.i.n.a.t.r.a)....
Jangan jadi macam aku ni dik.. Dah lepas semua baru rasa terkilan yang amat sangat. Kadang-kadang tu kita rasa tak penting, tak perlu tapi hakikatnya benda-benda macam tu yang akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kita ni. Cerita yang aku bangkitkan dalam blog ini sebagai ingatan kepada diri aku sendiri, dan untuk kawan-kawan sekelian.
Paling terkilan, aku tak sempat cium tangan Baba sebelum dia berangkat. Aku tak sempat peluk dia semacam yang aku biasa buat. Aku tak sempat cium pipi dia sebagaimana sebelum ini. Kesan yang tinggal tu cukup mendalam dik, mendalam. Kalau aku menangis berdarah pun, Baba aku takkan kembali.
Jadi, hargailah mereka sementara mereka masih ada. Kalau bukan mereka yang 'pergi' dulu, kita yang akan mendahului. Renungkanlah dik....
bang dbi
ye betul anak lelaki gagah, tapi segagah mana pun anak lelaki itu, di hadapan ibunya yang sedang berkecamuk fikirannya, tak wajar ditunjukkan kesedihan yang tidak terbendung tu!
go go go....aja2 fighting, abg fendi mmg seorang yang kuat, tabah hati dan yang paling periang....ade jea crita dia nak wat kan..kan..kan....
jgn difikirkan kesedihan yang memanjang, klu kita terus bersedih, arwah baba tak tenang di sana.....abg fendi anak yang baik kan????....jadi teruskan kehidupan dengan hati yg tenang dan berbunga.....
dengar lagu ni jer dah sedihhh......
salam ziarah..takziah for u n family...rasa sedih or menangis tak salah but jgn sampai meratap n terdetik rasa menyesal yg tak sudah walau pada apa pun, tak elok kan... istilah 'kalo' jgn pernah wujud...caiyuk2.....
thanx for the reminder bro... yeah, i'll go back n visit them more often. infact, tonite, right after work.. will rush back cium tangan diorang.
my sincere condolence for you...
Post a Comment