Monday, January 07, 2008

A delayed New Year posting

Tahun 2007 dah berlalu, dan tahun 2008 ni pulak dah menginjak ke ari ke 7. Seminggu dah rupanya ye? Tak sangka masa sungguh cepat berlalu. Kalau ikut kata arwah nenek aku, tu petanda akhir zaman.

Minggu ni, nak cerita pasal apa ek? Aku dah kekeringan idea sebenarnya. Hmm...resolusi? Aku takde nak menabur janji manis nak beresolusi segala. Pada aku, azam tu dah ibarat macam janji. Janji nak itu janji nak ini, tapi kalau mungkir janji, kisahnya dah jadi macam sifat-sifat orang munafik. Kalau nak berubah, tak mesti tunggu tahun baru. Tengah tahun pun boleh berubah. Hujung tahun pun boleh berubah. Tak gitu? Kadang-kadang aku heran gak, asal tahun baru, semua nak berazam itu berazam ini. Pelik.....

Hmmm...untuk 2007 yang baru saja berlalu, banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku. Paling utama dalam diari sepanjang tahun 2007 adalah sebagaimana yang para pembaca sekelian telah ketahui dalam posting pada penghujung tahun lalu, di mana aku telah kehilangan ayahanda yang disayangi. Kullu nafsin zaaiqatul maut; setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tahun 2007 ini juga menyaksikan aku dan rakan-rakan intake 2/2004 telah diKUPkan ke jawatan M44 seawal bulan 3 yang lalu. Setelah 2 tahun 3 bulan menjawat jawatan M41. KUP? (Baca: Kerja Untuk Percuma / Pahala) terpulang kepada takrifan masing-masing. Dan dengar-dengar cerita genap 3 tahun servis pada 20.12.2007 yang lalu, berita untuk mendapat pemangkuan telah pun diperolehi. Alhamdulillah. Tapi, selagi hitam putihnya belum disiarkan, aku tetap mengganggap jawatan yang aku sandang pada hari ini adalah jawatan KUP.

PTK yang aku duduki pada awal tahun lalu memperlihatkan penguasaan aku dalam bidang kerja yang aku buat selama ini di mana aku hanya lulus untuk satu kertas sahaja, dan menyebabkan aku terpaksa mengulang semula pada bulan 9 yang lalu. Alhamdulillah, berkat usaha yang aku lipat gandakan, aku berjaya juga mencapai aras yang dikehendaki supaya aku tidak tercicir sekiranya hendak disahkan ke jawatan M44 kelak. Insya Allah.

Rezeki yang Allah kurniakan juga sedikit sebanyak mencorakkan tahun 2007 di mana para penjawat awam telah diberi kenaikan gaji. Sekali lagi sekalung kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa atas limpah kurnia yang diberikan. Sekurang-kurangnya, dapat meringankan sedikit beban yang tertanggung di bahu ini.

Itu berkenaan dengan isu pekerjaan. Banyak suka duka yang ditempuh sepanjang tahun lalu dan banyak juga pengalaman yang ditimba semenjak aku ditempatkan di Kementerian sensasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (Baca: Pandai-pandai la nak takrifkan kenapa aku katakan Kementerian sensasi).

Nikmat yang Allah Taala berikan juga boleh hilang sekelip mata. Sesungguhnya, apa yang diberikan hanyalah bersifat sementara, dan ujian yang diberikan kepada aku adalah apabila motosikal Modenas Kriss 110ANE yang menjadi tungganganku selama ini hilang akibat dicuri di tapak meletak kenderaan di hadapan rumahku sendiri. Pada mulanya, motosikal itu dicadangkan supaya diberikan kepada adikku tapi aku berkeras, menyatakan ia hasil titik peluhku sendiri dan tidak mahu ia diberikan kepada orang lain. Dengan sekelip mata, harta itu telah diambil orang. Subhanallah.

Tahun 2007 juga aku dapat berkenalan dengan ramai penulis blog. Bermacam-macam tema blog yang aku dapat lihat, bermacam-macam ragam orang yang dapat aku dekati. Semuanya gara-gara penglibatan aku dalam dunia penulisan di alam siber ini. Just to name a few, Tepak Sireh, Red Mummy, Wan Hidayat, Cikgu Aril, Dr DBI, Gina Marna dan ramai lagi yang menyebabkan minat aku untuk memblog bertambah (isk...tambah ke...kadang-kadang bersawang gak blog ni!).

Berjalan? Heh...ni bab yang paling aku nikmati pada tahun ini. Dari seluruh pelusuk tanahair, sehinggalah ke luar negara. Tapi bab ke luar negara tu hanyalah di sekitar Asia Tenggara. Tu pun tak habis explore lagi.

Trip ke Kota Kinabalu, Kuching, Kemaman, Kluang, Penang, Ipoh, Melaka, Port Dickson dan Langkawi (ni semua urusan rasmi...tapi aku sneak out untuk berjalan la jugak), serta trip sendiri ke Tioman, Kuantan, Johor Bahru dan Miri cukup untuk meninggalkan kenangan yang manis yang akan dikenang. . Sebagaimana yang aku katakan kepada rakan-rakanku, untuk outstation ke luar negara, aku bukanlah sehebat orang lain untuk terpilih sama. Oleh itu, Bali, Brunei dan Singapura menjadi destinasi pilihan untuk memenuhkan pasportku dengan cop imigresen negara luar selain cop Sabah dan Sarawak yang memeriahkan muka pasportku itu.

Tahun ini, sudah aku merancang tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi selain pulang ke kampung dengan lebih kerap untuk menziarah ibuku yang keseorangan di rumah. Ke mana? Itu nantilah dulu, ada rezeki, ada tempat yang akan aku susuri. Mudah-mudahan rezeki bergaji pada gred M44 akan memudahkan lagi aku untuk menjejakkan kaki ke negara orang, menyaksikan keagungan Yang Maha Esa. (Heippp...PTPTN kau dah abis bayarkah?)

Hmmm.....2008? Usia menginjak ke satu angka yang makin mendekatkan aku dengan kematian. Pasangan? Cukuplah kalau dikatakan, kalau sampai seru...ada laaaa. Next question please.....Sampai di sini dulu untuk kali ini. Ada masa aku update lagi dengan cerita-cerita menarik yang aku tempuhi.

17 comments:

Hambali ® said...

haiseh baru nak tanya pasai pasangan ... tup tup kat bawah dah ada jawapan
hihi jangan marah naaa

Adi Osman said...

hahaha....

reserve the best kat bawah sekali! biasa la propa sme oiiii...ngehehehehe

xtopak said...

moga-moga dimurahkan rezeki.. dpt ke timur tengah.. ader 'jemputan' boleh buat umrah sekaligus... InsyaAllah.. =)

ps- aku suka perenggan terakhir ko.. aku pun dah menyampah org tny soalan cepu emas mcm tu!

Adi Osman said...

xtopak

tu la, macam takde soalan lain nak tanya! bila nak kawin? bila nak beli rumah? bila nak naik pangkat? bila itu bila ini...kalau dah kawin, bila nak dapat anak?

patut laaa indeks privacy malaysia ada kat tangga corot! gamaknye pasal benda ni la kot

Najib Ariyan Ali Basha said...

cerita sedeh kan fendi di hujung 2007, takper...mudah2an 2008 lebih gembira...kesian pasal motor tu...tapi kalau sedekah mesti dapat rezeki lagi besar..

Adi Osman said...

beruang madu

itu la kisahnye......idup ni bagaikan roda. ada di atas ada di bawah. tapi kalau jadi roda pancit, memang takkan berputar....sentiasa kat bawah!

Rush Murad said...

nama kita ada dalam senarai ek? bila nak pi jenjalan sama2 lagik? ke Langkawi kah? cerita 2007 termaktub dalam blog nih.... semoga byk yg dapat ilmu dari apa yg ditulis....

Adi Osman said...

bang shidi

LGK? no hal leh....enitaim! tapi kena wat further booking laaa...hiks...

Angah said...

Selamat tahun baru Tariq.. angah pun jenis tak azam berazam nih. Live day by day jer..

andhika tharuna said...

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429...

Ziana said...

Salam Hijrah Fendi,

hope 1429 nih lebih diberkati and dimurahkan rezeki..

InsyaAllah
Amin
:)

Anonymous said...

Waaaa dah naik M44? Aku ni bila nak naik U44 ni pun tah le...

phachat said...

En Fendi oit.... I like Kementerian Sensa Oil whoopsss.... Sensari itew........

dan juga penulisan menjerit kepada diri sendrek PTPTN ko dh habis bayar?!? (baca: ko dh betui2 habis bayar kah? hahaks!)

Adi Osman said...

angah - andhika - ziana

slamat tahun baru gak untuk kalian. semoga ceria di tahun baru


shah

ala....nanti dokter lagi cepat naik. kitorang naik2 nanti sangkut kat satu2 gred, dokter laaaaaju sangat bila dah warta jadi specialist


phachat

sensa oil katanya, lelaki dambaan wanita ye? badan dia cantik oooooo...walaupun dia dah umo 60 tapi tetap cantik! isk...kantoi la plak dah tengok! hahahahhaa

aku dah bayar ptptipu itu, tapi bayar lite2 sahajork.....

Rush Murad said...

lama tak pi langkawi tau, syawal tasty tu ikut sekali? tahun ni memang betul2 kena limit travel... nangessssss..... langkawi tu kira dah jauh ler tu, ntah bila ler...

Anonymous said...

salam..

firstly nak ucap takziah. baru tahu ttg pemergian ayah ko. lama dah aku tak jengok blog ko..last sekali masa aku bagi feedback masa ko gi BTN kat Ulusepri..
Dah nak naik M44 noo..alhamdulillah ..murah rezeki..

nizam

Adi Osman said...

bang shidi

syawal yang tasty itu nescaya tak dapat pergi ke mana2 gara2 dia nak kawin dah sikit masa lagi. dok prepare la tu gamaknye! luar dan dalam....kan syawal kan? teeeettttt


nizam

44 tu dah dapat waktu lepas balik btn dulu, cumanya untuk dapat duit elaun memangku tu bulan 12 katanya