
Adapun pada hari Jumaat yang lepas sedang elok aku membuat kerja-kerja di pejabat, tiba-tiba aku rasa dunia aku ni bergoyang, berputar dan pandangan mataku menjadi kabur serta-merta. Terasa panas di bahagian telinga, dan kepalaku sakit teramat sangat.
"Puan....I feel so uncomfortable, kepala saya rasa pusing laaaa..."
That was my words to my immediate boss. And she suggested me to go to the clinic. Remember my previous post? Kisah BP aku yang naik mencanak itu? Aku rasa kali ni pun benda yang sama berlaku. Dan kali ni lagi teruk aku rasa! Huk...alahai muda-muda pun dah kena HPT ke?
Soon...they brought to the ER Hospital Putrajaya. Thanks to my friend Yatie for bringing me there. Dalam keadaan yang sakit tu sempat jugak aku pastikan aku memakai tag Kementerian Kesihatan dengan harapan untuk mengelakkan queue yang panjang sebab aku rasa sakit aku ni kalau pakai triage, jatuh pada green triage je! Makanya....kena beratur.
Turun kereta, dengan keadaan kepala yang pusing-pusing aku dapatkan MA yang bertugas...
"Saya rasa saya punya kepala tak stabil laa...darah saya naik kot! I feel so unconfortable"
Dia belek pas aku kejap, terus dia tarik aku masuk dalam bilik rawatan. Mintak aku berbaring, dan amek BP aku! Tatkala BP diambil, heh...sempat dia beramah mesra dengan bertanyakan soalan yang aaaaaamat laaa best!
"Encik kat block E berapa?"
"E7"
"Aras berapa?"
"Aras 10"
"Kalau kat aras 4, unit daftaran, Salmah namanya, encik kenal tak?"
Pitammmm........BSM yang ada 200 lebih ni pun aku tak habis kenal lagi! Nak ke tingkat 4? Melangkaui 5 tingkat ke bawah! Huhuhu.......
Back to the topic, lepas masuk kat bilik tu.....dia bawak pulak masuk kat lagi dalam. Area observation, nak pantau aku punya keadaan. Sebab nampak teruk! Dan memang la teruk kisahnye. 148/110? Sungguh tak normal pada pandangan aku, dan sah sah la pada pandangan doktor yang merawatku itu!
Dan merasa la aku dok dalam wad walaupun sekejap! Huhuhu.....hari ni kena ke klinik lagi skali, monitor BP yang aku tak tau laaaa sama ada tinggi ke tidak. Tapi, apa pun dokter itu sudah prescribe aku ubat untuk aku makan. Kalau boleh aku memang takmau makan ubat-ubat ni, tapi dah terpaksa.....kena la makan! Pasni kena amalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bak kata mama....
"makan buah-buah sudah....lower your cholesterol level"
Hmmm....setau aku takde la aku ni makan serba serbi! Berpada-pada pada aku la! Ujian Allah pada hambaNya. Redha je la...tapi pada masa yang sama, kena la cari penawar! Tak gitu?
16 comments:
Chek,
Cuba jugak bagi keluaq peluh chek, Seminggu sekali pun takpa dah. Paksa jugak-jugak freekan masa tapi start dgn pelan2 dulu la naaa. Sat lagi terkejut badan tu.
Mamu ni lagi la dok kat tanjung ni. Dengan nasik kandaqnya, dgn pressure kerja nya. Dalam bulan 8 taun lepais tu pun dah start2 dah tandanya. Tapi lepas raya posa aritu mamu usaha jugak paksa jadikan 2 hari cuti weekend sebagai hari bersenam. Best tanjung ni. P botanical garden jogging sikit, kadang2 p panjat bukit bendera (bukan dgn keta api tapi ikut track) sebab nak keluaqkan jugak2 peluh tu. Tapi badan dok besaq jugak hehe.
Takpa yang penting badan tu sihat. Besaq takpa sebab dah memang jenis rangka macam tu + selera makan pulak membuak2 (tak bleh buat apa dah ... mmg macam tu selera makan mamu nak nak di tanjung ni) tapi tak pedulilah asaikan sihat. Dr pun ada nasihat, nak makan apa pun makanlah sbb dah selera lagu tu. tapi jangan lupa bersenam ...
sme
cek ni dok gigih masuk gym...hari hari cek pi! tapi tu laa...masalah apa cek taktau...huhuhu
takpa sabaq naa
dugaan semua tuh ....
mai la holiday kat tanjung ni
bagi rilek sikit
kita p belah taman negara PP
best looooo
pantai dia belah mengadap laut luas nu , bukan yg mengadap tanah besaq ni.
tak yah dok tunggu ada meeting baru nak mai .....
mai cepat mai .. bely lepak umah chek
seribu kemaafan di pohon kepada sahabatku di sana. bukan menyepi tapi ada je halangan untuk berjumpa..
jangan serik untuk sms/contact abg eq..
do take care
abg eq..
fendi, hospital putrajaya tu ada kenagan pahit untuk I, tapi takper...
laa hang darah tinggi ker... parah tu.. kesiannya... baguslah dah mula bersenam...semoga kita makin sihat untuk masa depan kita yer... cek doakan hang semakin sihat... tu terkena manis JCO gaknya tak... hang takleh merasa makan2an yg dimandrem macam JCO nih... hehehehhee gurau jer... happy itu penawar lho...
waduh... dlm masa seminggu nih ramai pulak kengkawan sebaya umur masuk hospital bcos of HBP... dah tua sgt ke kita nih? :-s
...mariamalkangayahidupsihat... jom yoga! ;)
Awat hanggggggg!
Muder2 dah ada symptom jantung meletop!
Dag dig dug mmbacanyer;[
U take care k
Bro,
Kerja-kerja jugak, exercise jangan tinggal. Makan jaga...
Stress kerja tu tak boleh nak buat apa sebab nature of your job memang stress kan...so buat la benda2 yang boleh kurangkan stress.
sme
kalau holiday kat tanjung serupa laaa cek naik ataih sikit, sampai rumah cek kat qalha yang tercinta tu! tapi takpa, buleh diaturrrr
abang eq
serik dah...buat apa kalau kita je terhegeh2 dok message tapi orang pandang tak pandang!
beruang madu
tak tau laa apa dia mandrem! ekceli masalah dengan blood pressure aku ni dah lama tapi aku pendamkan, since 2002 lagi. aku buat tak heran sampai la jadi insiden ni. huhuhu....kata dokter, young HPT, mungkin hosmet beruang madu boleh jelaskan!
xtopak
nak wat cmane sue....oleh itu mari amalkan 5M! terpulang nak takrifkan M tu cmane, pada aku Mengumpat, Mengata, Mengeji, Mengutuk dan Mencerca...hahahhaha
zarina
baiklah, aku akan menjaganya...mekaseh atas keconcernan anda ittewww
payjal
bukan aku tak amalkan idup sihat, cumanya dah kena habuan aku camtu! kaffarah atas dosa2 selama ni barangkali
young HPT sangat...kalu abg ada HPT, dah tak young lagi..huhuhu...
dah buat blood investigation ker???..
so, u kena extra jaga2 pasal kesihatan coz dah tau ada memacam penyakit. nak hilangkan terus memang mustahil... usahalah sedaya upaya control mana2 yg patut. jangan hangat2 taik ayam jer ekkk... macam plan nak kuruskan badan suatu waktu dulu...huuhuhuuuuu.....
hello fendi. 148/110 kena makan ubat long term la. jgn tinggalkan ubat ya
err kena makan ubat for life la jawabnya
Tinggi betul tu BO ko... Diorang cek habis tak darah ko & bagi appt buat ultrasound buah pinggang ke? Aku last sekali posting General Medicine dah dekat 8 tahun dulu tapi masa tu kalau ada patient muda kena high BP memang kena cek habis2an. Jarang orang muda-muda BP sampai camtu so elok gak buat full checkup & mintak diorang refer kat Medical Dept kat hospital tu utk follow up. Bila lagi nak guna position ko kat KKM tu kalau bukan utk jaga kesihatan sendiri...
bang dbi
blood investigation jumaat ni, 25.01. depa suruh posa hari ni, esok pagi amek darah...
bang shidi
plan kuruskan badan tu memang masih berlangsung sehingga hari ini....dan telah menunjukkan hasil walaupun sedikit! sekurang-kurangnya ada perubahan laaa...kena gigih lagi la kot!
chen
appreciate ur advice
arsaili
yeap....kena makan ubat!
shah
BO ke BP? huhu....pasal kidney tu memang rasa ada sumthing wrong, jadi esok depa nak wat blood investigation. ultrasound akan menyusul kemudian....
Hahahaha typo la pulak. BP jadi BO. Kalau dalam istilah hospital BO tu maknanya gi melepaskan isi perut kat jamban ;-)
Pastikan pegi nanti masa follow up tu semua ok. Especially ultrasound tu.
Post a Comment