Alhamdulillah...maybe terlewat untuk aku mewarwarkan perkara ni, tapi disebabkan kelewatan aku mendapat surat, baru hari ni aku berkesempatan untuk menceritakan perkara yang pada aku, cukup menggembirakan. Sekali lagi, aku panjatkan seribu kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas rezeki yang dikurniakan. (Awat ayat aku skema sangat neh.....Tariq, is that you?) Penolong Setiausaha (DP)....la ni dalam surat tulis Penolong Setiausaha Kanan (DP), hiks...DP? Ada orang kata Duduk dan Pandang, Duduk dan Pening, dan yang sewaktu dengannya. Hakikatnya, DP tu pada aku Disiplin dan Pengawas, sebab aku rasa kerja kat unit ni tak ubah macam pengawas sekolah dulu. Tatkala orang panggil aku sebagai Hanjeng sewaktu memakai uniform berlainan warna. Macam tu la kot kisahnya.
Surat dari JPA tu dah dikeluarkan pada 11 Januari lagi, tapi di Kementerian ni sampai di tangan kitorang pada 22 Januari. Bukan pasal sengaja lewat atau buat-buat lewat, since SUB nak tengok dulu kesesuaian penempatan, makanya kertas cadangan dan makluman perlu dibuat dulu untuk perkenan beliau. Lewat sikit la! Tapi bukannya luak pun. Aku nak menarik perhatian some of my friends yang komplen pasal surat lambat dapat, pemangkuan dapat lambat, dan segala-gala lambat ni. Kesabaran yang kita letakkan dalam diri tu, Insya Allah ada balasan yang setimpal. Jangan dok kalut sangat, banyakkan bersabar. Renung dalam-dalam, bekalan ilmu dah cukup? Ada hikmah di atas setiap pemberian Allah tu.
"Sepanjang tempoh pemangkuan ini, prestasi tuan akan dinilai untuk sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan tuan boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat selepas daripada tempoh tersebut sekiranya tuan menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Tuan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik dalam tempoh pemangkuan. Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan sekiranya terlibat dengan tindakan tatatertib, pelanggaran peraturan dan sebagainya"
Mendalam maksud ayat ni. Untuk mengesahkan aku dalam gred M44, PTK Alhamdulillah dah lulus. Diperakukan oleh ketua jabatan, tu yang kena duduk pikir dalam-dalam. Harapnya ada la sinar bahagia nanti.
Elaun? Heh....kira punya kira, ni aku rujuk dengan pakar kira mengira elaun ni Yang Mulia KuLat dapat laaa figure seperti yang tertera RM4xxx.34. Heh....boleh kawin dah kot ni? Hahahaha.....berangan.....sapa nak kawin dengan aku angkat tangan!!!!!!
Tapi tu la kan, iblis syaitan ni dok mai kacau...dah mula berangan nak buat apa dengan duit ribu-ribu itu, huh....Indon? Thailand? Afrika? Europe? Gatainya kaki nak berjalan.....hiks! Aku ingat aku nak pi sumwhere lagi la kali ni. Ye la kan, nak tunggu otstesen obersi macam kawan-kawan lain kat kementerian lain belum tentu dapat! Baik aku pergi sendiri!
Ada orang kata, "muda-muda dah gaji besaq, kami dulu umoq macam hangpa tak rasa gaji macam hangpa la ni". Sekadar renungan, 4 ribu 15 tahun dulu dengan 4 ribu sekarang....banyak beza dan implikasinya! Tak gitu?
Untuk kawan-kawan sekelian yang sepangku dengan aku pada 20 Disember tu, tempoh pantang 28 hari dah habis. Boleh cuti dah....tahniah aku ucapkan atas anugerah pemangkuan itu. Semoga dengan pemangkuan ini usaha kita lebih gigih untuk memastikan sistem penyampaian khidmat awam di negara ini adalah yang terbaik dan dapat dijadikan sebagai sistem penyampaian khidmat awam bertaraf dunia. Isk...ayat sapa taktau? Laaaariiiikkkkkk....
16 comments:
waaa...tahniah!!!dah dapat surat..aku gak lum dapat..alasannyer surat dari kementerian tak kuar lagik so surat dari jpa pun diperam dulu...
tahniah!! patutlah ceria semacam. anyway, aku lupa, aku g kursus ada story nak story kat hang. nanti bila kurang pening <--- medically & mentally --> aku habaq, yerk...
Eh aku dah tak keje sana dah la. Dah 2 tahun lebih bertukar tempat lain. BTW tahniah bro. Aku ni pulak bila la nak boleh naik gred ni?
tahniah tahniah tahniah... lepas ni leh naik aji kan... kalau dah naik lagi dan lagi atau ko sedekah kat orang yg nak naik aji...boleh
marhaban...wakakka.. tahniah tariq. ingat makin besar periuk makin besar keraknya.. kurangkan berhutang, beli property, carik bini - harta sepanjang hayat.. wakakakak. dan jgn lupe bayar zakat.. dan bersedekah.. moga lebih berkatnya. ye pi la umrah.. leh jumpa kat sana nanti.. hehe (kalau tak plan pi haji lagi la)
ekekek..ko dah dpt surat ek? aku pun blum..tp kew8 dah kuar..alhamdullilah murah rezeki awal2 tahun ni...
btw amboi2 duit dah byk nak berjln je ek...misi mencari isteri bgmana? tp apa kata sambil menyelam ko minum air(snorkling kah???)..sambil ko g visit2 tu carik la bini..wei kawin ngan bangsa lain anak2 pandai woo...hehehehe...
ayunie
tahniah untuk hang jugak...surat takdak takpa, as long as tak tercicir dari eksesais...
zyrin
ceria tu bukan pasal naik memangku, cuma aku mengikut pesan dokter untuk membuang muka ketatku itu! serius sangat! menyumbang kepada masalah pening kepalaku ini..
shah
when did u enter the service? oooo bukan HKL dah ke? takpe....boleh cari!
beruang madu
insya allah ada rejeki kalu memang nak pi waktu muda ni. dah tua sok blom tentu larat.....kan?
azral
cari bini nohhh? yaaa aku cari laa..calon tu macam dah nampak tapi tak tau la kot2 dia jenis jinak2 merpati....
kalau ikut ayat JPA, macam ni bunyinye...
"sedang dalam tindakan aktif untuk....yada yada yada"
syita114
lajunye kew8 kau keluar! bini sambil visit? ehhhhmmmmmm...weh jom la g jalan sama...
AirAsia tengah buat promotion jualan muarah ni... pi lah tengok. duit dah banyak, jalan jauh sikit naaa.... i dah grab tiket tu pagi tadi... pi mana tatau????
bang shidi
dah tengok..
ingat bulan 3 nak ke kuching!
bersyukurlah dan tahniah..batch 2004 dah naik 44...kami nie batch 2002 ade lagi yg 41...bilo la tuh...bayang2 pun xnmpk..:))
ha banyak tu kalo dah 4 kat depan
lg molek kalo ada bini yg langsaikan duit gajinya
tahniah tahniah wpun terlambat aku memberi ucapan
so kemana kita cuti taun ni nyah?
dazzling
nanti ada la tu peluangnye! jangan risau, rejeki kat mana2 ada. lambat dan cepat je bezanya. haaa..dah pasni ada multiple entry apa kata apply masuk PTD? mau?
kak red
duit tu aku yang punya....
bini aku bagi stakat cukup makan pakai je la..hehehhehe
kalau nak perabih....nehi nehi...
mekaseh atas ucapan tahniah kau tu!
tahun ni dah ada perancangannye..tengok la nanti! pembuka tirai...
jeng jeng jeng...waktu raya cina kot!
tuan umah, sbb tau rezeki tu kat mane2lah terus berada di sini saban hari menjalankan ibadah nie..huhu..tp ntah2 rezeki ni kat AF6..camane tuh..hehhe...
ehh..kak red pun masuk sini ek.. kak red kem salam ami ek..kite ex-officemate ami kat cyber :) dan pembace blog kak red jua.. :))
tahniah bro! mantap lah! :)
congrats bro!!
:)
hey .. congratulations !!!
ngah nak tunggu kad kahwin .. nak makan nasi minyak fendi !!
:D
Post a Comment