Mengidam? Pembawaan budak kah? Oh tidak sama sekali. Jantan nak bawak budak kejadahnye? Hmmm...nak dijadikan cerita, pada suatu petang Ahad yang mendung, sesudah aku selesai bersolat Zohor, tiba-tiba aku terasa teringin sangat nak makan donat. Aku ni hantu donat, pantang nampak mesti aku terasa nak beli walaupun baru makan donat pada hari yang sebelumnya! Apa aku terkenan dengan Doraemon kah? Huhuhu.....
Kebetulan, idaman aku semalam bukan calang-calang donat! Hanya di dua tempat sahaja yang ada di Malaya ini, di Pavillion dan di Pyramid. Dan untuk mendapatkannya cukup mencabar kesabaran. Donat apa? Yaaaa....donat J.Co yang menjadi kegilaan penggemar donat di sini sekarang. Ada cerita yang aku dengar, insan yang gigih beratur sampai satu jam setengah untuk mendapatkan sedozen donat. Dengan berkasut tinggi 3 inci, insan itu sanggup berdiri lama untuk menikmati donat kegemarannya.
Semalam, tatkala aku menonton TV, aku berbalas SMS dengan sahabat sekolahku Incik Mudzaffar, yang juga merangkap jiran tetanggaku untuk mengajak ke Pyramid mendapatkan donat. Mula-mula dia macam keberatan, tetapi setelah aku umpan dengan kata-kata manis seperti "dun wori, aku yang drive naik kereta aku", akhirnya Incik Mudzaffar termakan pujuk rayuku itu, seraya mencadangkan agar isteri (skul met aku jugak) dan anaknya turut serta ke kedai donat itu. Gigih kan aku?
Dalam kelebatan hujan yang amat sangat, aku redah jugak membawa Myvinats 848 ke destinasi yang dihajati, Sunway Pyramid. Kenapa Pyramid? Menurut riwayat yang diceritakan, di sana tidaklah terlalu panjang barisan untuk membeli donat. Dan setibanya di Pyramid, riwayat itu ternyata benar, barisan di kedai itu tidaklah sepanjang mana...
Tatkala beratur, sempat juga aku berkira-kira apa yang hendak aku dapatkan. Hajat di hati nak belikan sedikit untuk adikku Sang Jerung di Kem Sungai Besi itu, jadi aku mula mencongak, untuk membuat keputusan berapa biji donat yang harus aku beli.
Malangnya sesampai sahaja di kaunter, apa yang aku hajatkan tu tidak dapat kulihat di kaunter. Cheese me up, dan Tira miss you kehabisan pada ketika itu. Plan B, " Can I have 3 half-dozen donuts, each box with 2 alcapone, 2 oreo and 2 peanut butter?" Tudia...sampai 18 bijik donat noooo? Ya la...6 untuk adikku Sang Jerung, 12 lagi untuk aku dan hosmet, dan orang pejabat. Orang pejabat? Yaaa..donat ini tahan lama, tetap gebu walaupun dah masuk dalam peti sejuk!
Beratur tak lama, dalam 15 minit dah aku dapat apa yang aku hajatkan, dengan senyuman sampai ke telinga, dengan hati yang puas, aku tinggalkan kedai donat itu dengan perasaan yang amat gembira.

Masya Allah, gigihnya untuk mendapatkan donat kegemaran! Dari Kajang ke Sunway, untuk sedozen donat? Tudiaa.....dah hendak tu, apa pun sanggup! Kalau dah tak hengen tu, walaupun dekat sedepa, tetap taknak! Kan?
Heh.....ada lagi satu kedai donat yang aku tak pasti sama ada dah wujud di Malaya ini ataupun tidak...KrispyKreme, kalau ada....aku serbu jugak la kot! Hehehe.... begitulah kisah mengidam di hari Ahad.
Malangnya sesampai sahaja di kaunter, apa yang aku hajatkan tu tidak dapat kulihat di kaunter. Cheese me up, dan Tira miss you kehabisan pada ketika itu. Plan B, " Can I have 3 half-dozen donuts, each box with 2 alcapone, 2 oreo and 2 peanut butter?" Tudia...sampai 18 bijik donat noooo? Ya la...6 untuk adikku Sang Jerung, 12 lagi untuk aku dan hosmet, dan orang pejabat. Orang pejabat? Yaaa..donat ini tahan lama, tetap gebu walaupun dah masuk dalam peti sejuk!
Heh.....ada lagi satu kedai donat yang aku tak pasti sama ada dah wujud di Malaya ini ataupun tidak...KrispyKreme, kalau ada....aku serbu jugak la kot! Hehehe.... begitulah kisah mengidam di hari Ahad.
23 comments:
kita serupaaaaaaaaaa!!! aku suka j.co donut walaupun syarikat milik org seberang...
almost every week aku akan ke pyramid semata-mata nk beli j.co donut tu.. andaikata ader kad chop tu.. dah full chop aku. loyal customer! =))
..kalau krispy kreme bukak kedai kat msia.. mmg harus aku gi jugak. kat US dulu asyik pulun mkn tu jer.. siap seludup dlm bag bawak balik msia.. hehehehhe... seludup donut xpe.. bkn seludup brg haram. ;)
Sapa ada duit lebih cepat bukak franchise J Co dekat sikit dgn rumah aku ni. Harus selang sehari pegi beratur beli nanti...
huhu...nak kena rasa jugak nih. duk tengok dalam blog orang ajer... :)
hehehehehe .....
dapat jugak makan jco donut yeh ..
nyam nyammm !!
;)
hahahahaaaaaaa... orang kuat orang lemah orang kaya orang miskin semua dah kena selepet mandrem mat seberang tuhhhh... hahahahahaa
salam abg....lorrrr, jauh nya pi beli donut....donut tu sama ka ngn dorayaki??....sy rasa abg kenan ngn doraemon tu tang perut jea....perasan tak sama chomey and sama bulat....hahahahaha......*wink!!!
aik, TORIQ??? aku rase, makhluk2 yg ko pakse pergi menemanimu mendapatkan donut itew amat kukenali yg pompuan dok pangku anak tu (yg ko kata skulmatemu) adakah beliau bernama syerrylina???
by the way, berbalik ke citer donut. yupyup.... j. co mmg best!!!! - makan ati la ko en dunkin! aku, syita, kama dan lain2 yg masih kekenyangan selepas mkn kt tony roma's (read: ramas) pon masih sanggup beratur nk mencuba, dan percubaan tersebut sangatlah tidak dikesali...
SUe! kalu ade krispy kreme, mesti aku pon cuba!!! bak kata miranda SATC, it is worth getting fat for!!!!
p/s: kat penang ni tak de la.. huhuhuhu....
Huhuhu ko berada di kawasan jajahan ku ek...
Baru minggu lepas aku makan itu donut. Orang belanja. Aku makan 4 biji sekali hadap ngkauuuuuu
xtopak
kad cop2 tu aku rasa elok dia perkenalkan, sebijik donat satu stamp. cukup 12 cop dapat satu dozen free kan? hiks...baru menarik hati pelanggan untuk berkunjung....
shah
hari2 mau beli donatkah? atau mau ngorat cewek indon (matila orang tak bagi panggey skarang ni nama indon) yang dok jaga kaunter donat tu?
aishah
rugi kalau tak rasa....sedap giler
lily.lulu
akhirnya? bukan akhirnya, ekceli dah berkali2 makan cumanya tak penah pi beratur sendiri je...hiks...
beruang madu
depa guna mandren nyi roro kidul tuuuu.....harus orang ramai menumpukan perhatian.
wan dayat
isk....kenan tang perut ka? perut cek menten je...cuma ada sikit spare tyre..keleperan perut kena jaga....hiks....
phachat
ya...orang itu adalah syerry, sebagaimana yang hang kenal di FPP dulu! apa kata hang suruh mahai pi buat donat lagu tu di penang nun? aku rasa dia memang pandai masak....
angah
orang besar jajahan kene beratur jugak ke kalau membeli? hehehehe....
every blog yg ada gambar makanan..mesti ada pasal j.co ni..
best sangat ker..
setuju je ngan beruang madu tu...
ayat aper lah bos j.co tu baca... :-D
yang aku paling tak tahan ialah...
PART ADA ORANG TU MENELEFON AKU TIME-TIME LEPAS DIA PERGI BELI & NGAP NGAP NGAP DONUT MENCERITAKAN KESEDAPANNYA DAN BUKANNYA NAK OFFER KAT AKU!!!!
cesss, ko, TAYO! huhhhhh.
bro... nak jugak... nak jugak..............
setiap kali aku jejak ke Indonesia, pasti ler aku pi pekena donut J.Co. ni, dulu2 aku dok habaq kat kawan2 kat sini yg donut J.co lebih sedap dari DD, depa tak caya..."eleh.... kau ni, kalau pasal Indon, semua sedap..."... dah tuuu?
kalau kat JB, aku beli donut ni kat Batam, bawa balik beberapa dozen, naik bilun balik Miri pun aku hangkut sekali.... memang leh tahan beberapa hari, ek?
ermm...aiseyman..blog u pun dah ada jco??:)
aiyakkk!!
Jco ku!
nih yg buat nak beratur lg nih
:)
salam perkenalan..
best sangat ke Jco ni.. tried once masa balik KL dulu orang bagi... biasa je... Krispy Kreme coming soon to Doha katanya...
anyway, salam takziah atas kehilangan your baba...
dinatra
apa kata ujung minggu ajak pak mat tempe pegi pyramid makan donat! hikssss....
bang shidi
biasa la bang shidi, tak rasa mana tau! tapi bang shidi kan ada aura2 indon, pasal tu la orang kata macam tu! bias katanya!
mrs. sheikh
hiks...mengikut trend semasa katanya!
ziana
mari beratur beramai-ramai......pi kat pyramid la tak payah panjang2
zal
mekaseh pasal singgah blog ini...slamat kenalan gak...oooo dok doha kisahnye! i have a friend working there
Aku sebagai orang besar jajahan tak beratur... donat tu yang datang kat opis ni haaaaa buleh..
wah.... SYERRY itu jiran kamu, kah??? hikshiks... nape aku x penah nmpk ko kt FPP ha TORIQ????
MAHANI bz ngan cupcakes dia. tadi mesorat kt opis order dr dia. plain sajork (x sempat katanya)... dan aku baru hasut beliau letak meringue ntah menatang hape nk kasik chantik... tapi rasa kek tersebut sedap la....
JCO!!!!!!!! aku merinduimu....
bukan ke kat tesco cheras tu ada?
jauh ko menyinggah
dr kajang, pi la tesco cheras singgah umah akak anto baarng sekotak 2...
pastu balik kajang balik..
hiksss
donat pavilion dah gi ke
angah
wahh...unsur-unsur pemberian hadiah niii? motif?
phachat
sesungguhnya syerry ittewww sudah lama menjadi jiranku! dari baru kawin sampai laaaaa anaknya ittewwww sudah besar!
Kau takkan nampak aku kat FPP pasal aku ni bukan dari FPP...aku kat FSFG laaa! Tapi aku rapat dengan ramai budak FPP, Tun Mazukie terutamanya! He's my best buddy indeed!
kak red
ada ke? tak penah tau la plak...tesco cheras? kat mana tu kak? aku ni navigating kat KL fail cket!
bang mohamad
donat pavilion dengan donat pyramid tu sama....cuma beratur yang tak sama.....
hello fendi. saja datang melawat blog hang. nice to meet u and have a nice day!
Post a Comment