Wednesday, January 30, 2008

Graduan dan Bahasa Inggeris

Saban hari ada saja berita mengenai lambakan graduan, graduan tak dapat kerja, graduan itu graduan ini, yang rata-rata berkaitan dengan kesukaran mendapat tempat di alam pekerjaan. Maksud aku, kalau ada degree tu, kerja yang bersesuaian dengan degree la. Kerajaan juga telah memainkan banyak peranan dalam usaha mengurangkan lambakan graduan di pasaran ini. Namun pada aku, masih terdapat beberapa kekurangan terutamanya dari kalangan para graduan sendiri.

Punca utama? MALAS. Ya..MALAS, malas untuk membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan. Harus diingat, segulung ijazah belum tentu menjamin tempat di alam pekerjaan. Semestinya, di dalam diri perlu terkandung sesuatu yang 'sedikit lebih' berbanding dengan lain-lain calon untuk melayakkan diri mendapat tempat yang setimpal dengan kelulusan yang ada.

Why I'm raising this issue today? Sebab aku sedang melalui satu proses untuk memilih beberapa orang pegawai sambilan, aku ulang, pegawai (baca: orang yang ada degree). Nak dijadikan cerita, ada beberapa permohonan yang diterima oleh Makcik Berdedai telah disaring untuk ditemuduga pada 4 Februari yang akan datang. Aku mengambil kesempatan meneliti resume yang dikemukakan untuk pertimbangan Makcik Berdedai.

Rata-rata calon yang aku teliti mempunyai keputusan yang baik di peringkat ijazah. Masing-masing memperolehi CGPA 2.50 dan ke atas, dan ada yang 3.00 nilainya. Pada aku, mereka yang mendapat nilai 3.00 ni memang benar-benar rajin sewaktu menuntut di IPT. Aku menyelak lagi lampiran yang dikemukakan, Salinan Sijil SPM. Perkara pertama yang aku teliti adalah subjek Bahasa Inggeris. Rata-rata mendapat 7D atau 8E, (ni SPM terkini la, kalau zaman aku dulu P7 dan P8 - cukup takat lulus sahaja). terus aku meletakkan resume mereka ke tepi. Daripada 10 resume yang aku teliti, hanya 1 sahaja yang boleh dipertimbangkan sekiranya kepujian Bahasa Inggeris diletakkan sebagai syarat kelayakan. Tu belum lagi aku tengok aktiviti sewaktu bergelar mahasiswa. Kalau aku tengok yang tu, tah berapa laaa pulak lagi yang akan tinggal. Huk....

Ada degree tapi tak pandai Bahasa Inggeris. Itu masalah utama yang dihadapi oleh graduan sekarang pada hemat aku. Bukan semua tak pandai, ada yang pandai, dan lebih pandai dari aku yang tak berapa nak pandai ni. Tapi koman-koman aku reti la bezakan He is, I am, You are, dan tenses tenses yang dipelajari sewaktu sekolah dahulu. Simple word, That's mean or That means? Kalau simple noun and tense pun tak reti, isk....payah. Haru..

Awat aku loghat sangat? Heh...kerja kat unit aku ni kadang-kadang kena buat paper in English. Kena baca article in English, pastu kena extract lagi. Walaupun sambilan, tapi aku tekankan perkara ni sebab tujuan pengambilan pegawai sambilan adalah untuk membantu. Kalau tak reti orang putih, tak reti menulis bahasa orang putih, nak bantu kejadahnya? Sudah aku jugak kena buat sendiri. Serupa tak payah ambik pegawai sambilan! Kan?

Aku tak salahkan universiti yang menawarkan pelbagai kursus dan menyebabkan makin ramai graduan di pasaran, tapi aku salahkan sikap masing-masing yang bodoh sombong. Dah tak reti, belajar. Ni....malu la, susah la, itu la, ini la...which is a major no no for me! Dah la tak pandai orang putih, pastu demand nak gaji tinggi. Eh....pakai bedak, suluh muka sendiri kat cermin dulu. Kan? Pastu salahkan kerajaan, salahkan majikan, salahkan universiti pasal tak dapat kerja.

Aku bersyukur sebab parents aku banyak membantu aku dalam hal ni. My mom was an english teacher (aku salah cakap dia tegur), and my late dad (al-fatihah) will speak as much english as he can. Tu yang bernasib baik laaa, tapi yang tak bernasib baik? Jangan jadikan alasan takde tempat belajar.

Man jadda wajada, wa man zaro'a hashoda....(pepatah arab)

Jadi, untuk bakal-bakal graduan dan graduan yang selambak di pasaran, sedar diri, perkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Jangan nampak sangat kosong pemikiran tu. Bila interview tanya soalan, jawapan...saya tak tau. Saya tak pasti, saya tak itu saya tak ini. What the hell? Kayakan penguasaan anda dalam Bahasa Inggeris supaya takde la tercicir di pasaran kerja yang mencabar sekarang ni. Aku cakap bukan pasal aku pandai, tapi aku taknak orang yang tak pandai macam aku ni tercicir. Renung-renungkan....

18 comments:

Red Mummy said...

lagi satu

tunjukkan level of confidence yang tinggi

ni masa interview je dah cam kecut perut

apa kes..

x nak aku amik org yg stand up for yrself


kan kan pendi kan

Anonymous said...

~aku hanyalah graduan UiTM (or ITM?).. but i guess being forced to learn the subject in english helped a lot.. besides your own initiative, of course~

nak seribu daya, xmo beribu dalih.. yer kak red, konfiden itu sangat perlu.. (hiii.... xsanggup dah g interbiu lagi...)

Anonymous said...

sebagai wakil x ukm kami mendokong bahasa melayu tanpa prajudis. bahasa ingeris ok jangan dilupakan sebab penting juga. masa kat kpt dulu nak kena deal ngan orang luar juga kalau poor english wakaka malu siot. so pilihla pembantu yang tere english

Adi Osman said...

kak red

kalau muka ketat waktu interbiu tu sah2 la i reject tepi!

kalau yang tak kondifen tu....cek tak tau nak cakap apa la...muka masing2 glabah bewak....


anon

tak kisah blaja u mana pun. janji omputeh boleh paham. was in ukm before, but still manage to converse in english


azam

tau takpa...rasa malu kalau tak reti cakap omputeh! when i served ukm dulu, memang semua dalam english. meeting, perbualan harian dengan bos...so kena make myself comfortable laa...

Wanpetunjuk said...

Salam bro...aku adalh salah seorang drpdnya....masuk universiti sbb merayu dan atas simpati/ehsan kerajaan....wanhidayat: bilalah ko nak jadi insan berguna....tak malu ke dengan kengkawan yang jauh lebih berjaya....

Adi Osman said...

dayat

salah seorang daripada apa dik?

macam yang ditekankan oleh fendiosman
pepatah arab ada menyatakan....

"Man jadda wajada, wa man zaro'a hashoda"

kalau eja arab lagi senang nak sebut dengan penuh makhraj...(matila serepah eni). almaklumlah kan, fendiosman skolah arab dulu...hiks..

Angah said...

SETUJUUUUUUUUU

Berkali kali aku interview orang sampai tahap dia jalan masuk jek aku dah boleh agak memang taklayak la..

Biarla tau sikit sebanyak bahasa inggeris yang muadh2 kan. tapi kalau dah masuk U pun yang mudah2 tak reti memang mampoih la nak carik kerja

Penempatan aku untuk post 44 ni pun sebab aku ni english major. Dato' SUK kata lagi baik la aku dok kat petaling nih sebab orang kuala selangor kurang berbahasa inggeris...

Eh bro... 3.0 tu pandai ek.. aku ni 3.3 kira super pandai la kan *lariikkkkkk*

Adi Osman said...

angah

people will only know the importance of english language when they have to use it on daily basis, and yet they don't know how to use it properly!

i.e. tak reti cakap, tak paham, all the tak reti stuff....

3.3?
aku tak setarap dengan orang lain..aku biasa biasa je....huhuhuhu...

dazzling 948 said...

sib baik english dpt A..hehehe..thanx to all the teachers yg mmg jadikan english is a fun subject to be learnt...tp setuju..graduan nowadays esp. malay mmg poor english derang... xpandai takpe, tp kenalah sanggup improve and belajar..ni idak..udahlah buduh sumbung pulak..heheheh..

phachat said...

ko mengingatkan aku pada sahabat kita yg mengintervie budak2 gak... bila ditanya:

'so what do ur siblings do?'

budak tuh jawab:

three-three of them not working.

boleh lulus tak kalu ngan ko?

Najib Ariyan Ali Basha said...

aku setuju sangat ngan ko Fendi.... tak der komen lain....

Anonymous said...

salam.entry ni sgt betul.kadang2 tu sbb bodoh sombong dan banyak beralasan yg buat ramai graduan tak bekerja skrg ni.terlalu memilih pun iya.memang bahasa utama kita bahasa melayu.tp desakan dunia dan dalam nak menaiktarafkan diri sendiri apa salahnya memandaikan diri dgn bahasa inggeris jgk.sy lulusan luar.mmg english bukan masalah bg sy.tp sy sedih dgn my collegues yg suka meletaktepikan mutu kerja yg lebih baik bg pekerja2 yg bagus bahasa inggerisnya.dgn alasan, eleh, tu nak eksyen la tu.apa punya sikapla diorg ni.hmm.dan sy kagum dgn rakan2 sekerja yg tak jemu2 belajar utk improve englisg mereka.

zyrin said...

fendi,

kalau ditakdirkan yang menjadi 'pilihan' korang tu nanti rerupanyer english dia terpeleot, ko gi bagi dia buat attachment sementara kat Unit PJ tu, bawah supervision JaJa!! sangat antarabangsa di situ!

pada aku, biar kita cakap berterabur, tak pe... siapa yang reti lebih sikit tu boleh tolong betulkan. tapi, kalau kita dok buat malu2, macam mana kita nak belajar, ye tak? yang paling mujarab bukan ke belajar dari kesalahan?

pada aku, lah... kalau kita tunjukkan yang kita ada usaha untuk membaiki kemahiran kita pun... aku rasa hang takkan tolak, kan, enche TAYO?

Rush Murad said...

aku ni dalam golongan rajin kah??? aarr.. kalau nak kerja ka kompeni aku nih, CGPA mesti 3.00 above atau 1st class degree, dah tu mesti sesangat fluent dalam English, dah tu mesti aktif dan ada talent... yes talent... memacam talent bebudak nih, aku naik terkejut.. awek tu dah lah pandai, cantik dan boleh main gitar karen, yg comel tu dah ler 1st class degree, ada lesen bawa kapalterbang mcm chessna... dan aku plak apa talent? buat dan baca blog jekk... :)

Adi Osman said...

dazzling

aku setuju dengan ayat budus sumbung ittewww...tapi tu la kan, walaupun cikgu tu hebat tapi murid-muridnye belum tentu hebat. walaupun cikgu tu buat cara yang vavoom, blom tentu murid-muridnya vavoom. contohnye, cikgu addmath aku memang best tapi sampai ke sudah aku tetap bodo addmath. cmane tu? sebab utama, aku tak berusaha sendiri! gitu la kisahnye.


phachat

kalau budak2 yang ada degree / diploma cakap camtu sah sah laaaa aku suruh keluar je dari bilik interbiu ittewww...


beruang madu

aku cakap berdasarkan pengalaman. mekaseh sebab setuju.


orang putra

fendiosman pun pernah kena kutuk bila cakap omputeh kat skolah dulu. katanya berlagak...dah melayu tu cakap melayu laaa....


zyrin

bukan takat attachment kat PJ je...harus aku suruh dia buat report english hari-hari.....


rushmooradt

kalau aku result vavoom waktu degree dulu sah2 aku dapat keje ngan kompeni ko keje kan? sebab aku ada extra lebih sikit, aku kan kabaret keji! ahhahahaha...tapi aku takat biasa-biasa je...tapi takde la sampai 3rd class...

Rush Murad said...

kabaret???? bila nak tunjuk skill depan i nih???

zyrin said...

hohoho... cabaret kegilaan Miss 'J'!! sungguh hebat penangan fendi osman ;)

Adi Osman said...

bang shidi

tengok archive blog ni, search for kabaret...ada satu video saya dok berkabaret. boleh tengok kat situ laaaa


zyrin

miss j tu partner dancing2 aku...walaupun dia sudah kertu satu masa dulu, i ni pro...tetap layan! isk rasa macam gigolo plak....teeettt