Monday, February 04, 2008

Kisah Tanah Sekangkang Kera

Adapun hujung minggu yang lalu aku pulang ke kampung untuk menziarah Mama tersayang yang keseorangan. Mama nampak ok walaupun pada hakikatnya bila menyebut kisah arwah Baba (al-Fatihah) air matanya akan berlinang. Namun, aku tak nak cerita pengkisahan tentang mama seorang, tapi aku nak ceritakan pasal pengalaman yang aku lalui pasal harta pusaka tanah sekangkang kera di kampung. Pada mulanya memang aku tak nak ambil berat langsung sebab arwah Baba pernah berpesan,

"Baba takdak apa nak tinggai kat anak-anak Baba semua...Baba bagi hangpa mengaji tinggi-tinggi, hangpa guna la ilmu yang hangpa ada untuk cari harta sendiri"

Tapi, apa yang berlaku semenjak dua menjak ni memaksa aku untuk mengambil tahu perkara yang langsung tak menarik minat aku. Well, orang mesti akan kata aku bodoh pasal tak memandang langsung perkara ni. Tapi dah aku tak pernah didedahkan, mana laaaa aku nak ambik tau. Lagipun, tanah pusaka yang ada tu sekangkang kera besarnya.

Beberapa hari lepas, aku terima panggilan dari Mak Ndak bertanyakan bila aku nak balik kampung? Heran jugak aku....kemudian bila dia jelaskan pasal ada perkara yang nak dibincangkan pasal tanah, pahamlah aku serba sedikit. (note: mak ndak ni kakak arwah Baba).

Setibanya aku di rumah, Mama ada menerangkan yang si xxx (baca: xxx bukan mak ndak) ada menelefon beberapa kali bertanyakan pasal bendang yang diusahakan oleh seorang penyewa Cina. Si xxx memohon agar diberikan kepada menantunya untuk diusahakan. (si xxx ni setaraf dengan mak aku...menantu dalam keluarga Haji Yahya). Nampak gambarannya? Menantu Haji Yahya mintak menantu sorang lagi untuk benarkan menantunya buat bendang?

Katanya, selama ni Cina yang buat, tak bayar zakat. Eh...orang Cina memang tak bayar zakat, tapi duit hasil padi selama ni memang dizakatkan pun. Jadi tak timbul persoalan zakat tak diberikan. Yang jadi masalah sekarang, tanah bendang tu di tengah-tengah dan dikelilingi oleh bendang-bendang lain yang diusahakan oleh penyewa berbangsa Cina itu. Buatnya dia tutup salur air? Tak haru? Buatnya dia tak bagi mesin padi masuk? Tak lagi haru? Lepas tu, bila nak bagi balik kat penyewa tu...buatnya dia takmau ambik balik? Memang haru biru. Aku dan mak ndak bersetuju untuk mengekalkan penyewa Cina tu untuk mengusahakan bendang sekangkang kera yang ada di kampung tu.

Ok...mengapa menantu Haji Yahya yang sorang ni nak suruh menantu dia buat sawah? Haaa....kisahnya, bila pembahagian harta pusaka Haji Yahya ni memang dah dipersetujui selepas sekian lama berbincang..ada yang dapat tanah bukit sebelah pantai, ada yang dapat tanah bukit sebelah darat, dan ada yang dapat tanah bendang. Secara ikrarnya..semua bersetuju. Tapi arwah suami XXX punya nama ada kat tanah bendang tu lagi. Dan sebab Baba pergi dalam keadaan mengejut, proses pertukaran nama tidak sempat diselesaikan.

Semua dalam keluarga tahu, Baba dapat tanah bendang bersama 2 orang kakaknya. Dan adik beradik yang lain dapat lain-lain tanah. Tapi dalam geran tu ada nama lagi sorang....dan yang sorang tu sudah tertengok geran yang ditunjukkan kepadanya (patutnya benda ni tak berlaku selagi mana pertukaran urusan nama tak diselesaikan), dan dia berani untuk meminta dengan Mama (Mama kata tu bukan harta dia....dia takdak hak). Kenapa waktu arwah Baba ada tak mai mintak nak buat? Kenapa bila dia dah takdak baru nak mai?

Aku bukan hadap sangat harta tu, bukan boleh bawak masuk kubur pun! Tapi dah masing-masing berikrar (makcik makcik yang masih hidup...dan semua arwah-arwah yang telah pergi), semua tau bendang tu Baba dan kakak-kakaknya berdua yang punya. Awat dok mai tuntut pulak? Fine.....setelah berbual bicara dengan abangku, dan Mak Bonda (Adik bongsu ayahku), kalau benarlah bagai dikata, nak jugak bendang tu...kami takkan lepaskan tanah yang sepatutnya dapat kat depa semua. Fair and square...

Yang menariknya, bila tiba pasal harta, depa yang berkenaan takmau cakap dengan abang aku (depa tau abang aku ni jenis letak kaki kat muka - baran ya amat), semua pakat dok refer dengan aku - depa tak tau kot yang aku pun rujuk dengan abang dan adik-adik aku. Aku kesian dengan Mama...belum kering lagi air mata dia, dah orang dok tanya pasal benda yang bukan hak dia. Semalam dia keluarkan semua geran, suruh aku belek. Belek punya belek, bukan la sebesar mana pun. Kalau dah sampai anak cucu ni aku ibaratkan dapat sebesar tapak tangan saja. Itu pun mau berebut ka? Ish...dunia-dunia...aku tak mau la pasal harta sekangkang kera, adik-beradik sedara mara pupu poyang pakat dok masam muka berperang sana sini. Kalau nak sangat, mai beli dengan aku! Senang cerita, hilang derita. Tak gitu?

Wallahua'alam

16 comments:

Rush Murad said...

bincang elok2..... hak kita tetap hak kita... org lain tak boleh suka2 nak claim hak kita... kecuali uol bermurah hati nak sedekah kat depa... ur late father sama mcm nasihat my parents... depa boleh kasi ngaji, cari harta sendiri... nak kaya mcm mana pun, cari sendiri...usaha... ek? kenapa pic buah2an tu ada kat situ? siap hiasan dgn daun pakis lagik.. hotel kah?

mat jaid said...

oit,tlg pos kn buah manggis tue,da lame xmkn nih,ngidam la plak....

aku mmg rspek btol la ko nie,mende camnie pn bleh cool lg,tp klau da mmg hak ko tunggu pe lg....

org melayu kite cam2 la,xabes2 ngn prangai xbaek nih

Angah said...

harta pusaka ni lebih baik la pi buat bicara pusaka bawah akta harta pusaka kecil. Lagi selamat.

Tanah ni semuanya berkisar pada pendaftaran. Nama siapa yang didaftarkan atas hakmilik maka orang itulah yang berkuasa penuh dari segi undang2nya.

Ikrar mengikrar sedara mara ni let say zaman ayahanda ko mungkin ok. Tapi bila generasi baru muncul ada la ketidakpuasan hati segala kan.

So baik la buat bicara pusaka bebetul. masa memang agak lama la tapi lepas tu tak pening kepala dah.

zyrin said...

baik bawak berbincang betul2 beb. silap haribulan, ada yang berpecah belah ni. aku x sanggup tgk kwn2 aku mengalirkan air mata sepertimana yg berlaku kat arwah tok aku & mak aku.

DBI said...

biasalah tanah tanah zaman dulu ada byk nama..
tapi perjanjian mulut pun perlu gak diambil kira, walaupun dari segi undang undang tak pakai. kita manusia perlulah pegang kepada janji jugak..

Adi Osman said...

bang shidi

memang nak bincang elok2....
ehmm..agaknya bapak kita berpikiran yang sama kot! orang makin lama makin ramai, tanah makin lama makin sikit, so kalau nak pecahkan pun nanti jadi sebesar tapak tangan. baik cari sendiri kan?

paku pakis tu gambo snappy kat tempat lain, tapi bukan hotel laaa...sekadar hiasan, alat bantu mengajar katanya!


mr j@ck

tak main laa pos pos ni! mai sini makan terus baru best.

ehmm..cool? buat apa nak ghaplah! sebab bukan harta aku pun! tu harta pak aku....yang diwariskan kepada pewaris-pewaris yang layak i.e abangku, aku, dan adik2ku. since kami semua lelaki, harta dapat sama banyak semuanya kalau ikut faraid!

sometimes education level will determine jugak perkara-perkara ni.


angah

janji orang2 dah mati tu kena pegang! takmau nanti depa hat dalam kubur tu dok seksa pasai tak kotakan janji yang dah depa buat! tak gitu? lagipun semua yang ada tau pasai apa jadi lagu tu....sebab dah ada janji among their siblings yang bertujuh itu!


zyrin

pasai aku takmau adik beradik masam muka la aku dok cuba selesaikan benda ni dengan segera

p.s apa gosip yang hang nak cerita kat aku waktu hang p kursus ari tu?


bang dbi

ya...kerbau dipegang pada tali! manusia dipegang pada janji....

no more elaboration...

Anonymous said...

baru terperasan adi punya bloq.
I'm not so much of a blogger, i just read what others write ;-)

Cheers !

mummysyafie said...

salam pekenalan

sedap nyer tangok buah²an tu.. antor lah cikit kat kiter di sini.. alah..parcel kiter berjiran je.. :)

Anonymous said...

selamat berkenalan...

first of all, to whom it may concern, respect your seniors! (ayat ni utk aku...ahaha) ;)

actually, dah beberapa kali aku masuk blog kau ni...interesting...

pasal cerita tanah nih, kene hati2 juga. like someone said at previous comment, yg penting tuan punya nama yg tertera pada geran tu. bincanglah baik2, jangan kerana tanah sekangkang kera, keluarga berpecah-belah...

oklah, selamat...

Hambali ® said...

Lagu tu la cek oi . Masa arwah mak aku tadak dulu pun ada timboi jugak isu ni. Mak-mak menakan la mai dok kenen2. Mula la timboi isu dulu "ada janji" lagu ni, "ada janji" lagu tu. Maklumlah tanah hat arwah mak aku punya tu dok tepi Jalan Kaki Bukit (jalan nak p Padang Besaq), so value semasa dia pun ada umph la jugak. Tu yang mai dok tonggek tu.

Cek nak tau apa aku buat ? Mula-mula aku dengaq la dulu. Aku jeling pak aku & aku nampak dah yang depa-depa ni (mak2 menakan) aku ni saja mai cari nahas ni. Aku dok rasa ha ni pelan merapu dah ni. Ni pelan dok cari pasai. Macam2 pulak tiba2 keluaq dari mulut depa kononnya dulu arwah mak aku pesan lagu ni lagu tu. Siap habaq pulak kononnya masa aku nak kawin dulu, arwah mak aku tak berkenan la dengan bakal bini aku bla bla bla. Aih pulak. Bila masa ntah depa mai dok sembang dgn mak aku walhal masa mak aku sakit haram tak nampak batang idong.

Dipendekkan cerita, aku yang memang ada baran ni last2 hambat depa suma balik macam hambat kambing. Suma tu lahanat saja. Masa idop haram tak dengaq sora pun. Haram muka pa pun tada k jengoi. Bila dah tadak, mola la muka2 tempek taik ni mai dok terhegeh2.

Untuk buah penamat, aku maki depa ni sedas saja, "kalo aku dengaq lagi hangpa mai dok hingaq pasai tanah ni, pasai arwah mak aku, aku tetak hangpa semua sampai lumat"

Senang cerita. La depa pun tak berani dah bukak mulut nak kenen2 family aku hahaha.

NN said...

salam inchik..
baru 1st time kat sini...panjang cerita, tapi tatau nak komen lagik..harta pun tadak...
mahap ye..dah rembat gambaq bendang tuh, buah nampak mcm sedap..tapi tinggal utk org belakang laa...ok, tima kasih gambaq bendang tuh...da cilok..

zyrin said...

gossip?? ahh... kena tunggu lepas audit iso baru bergossip!! haku tak menang tangan la ni...

ekceli, kalau pasal tanah & harta yang tak seberapa mana keluarga aku, aku & mak aku lah penyimpan 'siapa dapat apa simpan kat mana duit sapa hutang siapa bank apa'. so... kalau apa2 jadi bab mak & ayah aku, org semua kena refer kat aku. kalau aku kata tidak, tidak ler ceritanya. kalau aku kata iya, iya lah ceritanya. so hg doa kan ler aku amanah menjalankan tanggungjawab...

mende ni aku dah buat dah masa arwah tok aku meninggal dulu. sebab hang pun tau panas baran aku macam mana, kan? kalau idak, haru-biru jugak jadinya. ada yang makan bahagian orang lain tu karang... haisy...

rerupanyer ada jugak faedahnya ada cucu garang macam aku... tralala~

ShalinzZ85 said...

salam..dah banyak kali gak masuk blog awak nie..baru2 nie i dapat letter exam for PTD.nak tanye sket guana u score utk dpt job tue ye?i really interested nak dapatkan job tue..wut should i prepare yer?leh tlg bagi tips tak?www.shahlina1985.blogspot.com

Adi Osman said...

boxer bear

mekaseh menjengah..slalu la menjengah blog ini ya! hiks...


mummysyafie

sebelah je ye? hiks..parcel sini pun tak abis kenduri lagi...kalau parcel sebelah kaler ceklat tu slalu gak g...kalau ada urusan dengan hosmet! tapi parcel yang bumbung ijau sebelah parcel ceklat tu laaaagi slalu pegi! hehehehe


shazali

selamat kenalan gak...slalu laa singgah ye! kau senior aku ke aku senior kau? kompius ni...

sme

mamu...
aku takdak la sampai nak pi takek segala....tapi jangan bagi sampai aku meluat dah la. nanti aku bagi halus punya....bukan santau! tapi cara halus laaaa....


nikli

slalu la singgah ye..macam singgah selalu! restoran yang sangat glamer kat negeri johot ittewww...kau ni nik mana yang sesat kat johor ni?


zyrin

kau lambat nanti jadi cerita basi beb! huhuhuhu....cengey? tak tau cengey aku macam mana lagi? tapi takde la leh lawan hang punya moody...macam orang kena senggugut tau!


shahlina

1st and foremost, tanya dalam diri apa yang seronoknya nak jadi PTD ni? sebab travel? sebab glamer? sebab apa?

tips untuk score...takde apa tips pun. jawap sedaya upaya. there is no such thing like fail or pass the test. cuma, make sure dalam kelompok teratas laaa. dari 25K calon, maybe dia nak top 3K, so pandai-pandai la nak tempatkan diri dalam kelompok itu....

just my sekupang...

Wanpetunjuk said...

1st komen: Berbincang lah sebaiknya....samalah bro, sy pun tak minat nak amik tahu pasal tanah temanah nih...tak tahu lah bila dah dewasa nnti....sekarang masih budak2...baik cari kekayaan sendiri hasil daripada ilmu yang telah dituntut dan di beri...lebih afdal org kata...hehehe


2nd komen: Muah metta' (buah manggis)...lama sungguh tak makan buah tuh.....n...nak...nak....

Anonymous said...

Aku junior kau yg sebaya...ahaha...

isu tanah ni mcm2 ragam bro...disebabkan benda mcm ni, mmg family senang nk berpecah-belah...