Thursday, February 28, 2008

Malang Si Pegawai Rendah

Ada pun hari ini aku merasa teramat marah. Marah sebab dipaksa untuk melaksanakan tugas secara paksa dan melibatkan implikasi kewangan yang agak besar. Walaupun gaji aku sekarang dalam kertas tulis RM4K, tapi benda yang aku kena buat ni bukan dengan kerelaan aku, jadi aku terasa amat marah.

Alkisah berbunyi begini, syahdan tersebutlah sebuah cerita seorang pegawai yang berkhidmat di negara Boleh hendak mengadakan keramaian sempena perkahwinan anak sulungnya. Nak dijadikan cerita, pegawai itu merupakan seorang pegawai tinggi. Jadi, masing-masing pegawai yang berada di bawah naungan pegawai tinggi berkenaan berlumba-lumba untuk memenangi hati pegawai tinggi tersebut.

Kisah anak pegawai tinggi ini hendak dikahwinkan telah tersebar sejak sekian lama di kalangan rakan taulan. Anak pegawai tinggi ini mengikut jejak langkah bapanya dan menjawat jawatan sebagai pegawai rendah di negara Boleh juga. Satu hari nanti, barangkali pegawai rendah boleh mengikuti legasi bapanya yang menjawat jawatan sebagai pegawai tinggi.

Pegawai tinggi mempunyai ramai pegawai tak berapa tinggi yang berkhidmat di bawahnya. Dan dalam sebuah organisasi, bermacam-macam cara yang dibuat untuk memenangi hati ketua. Di tempat pegawai tinggi bekerja, ada seorang pegawai tak berapa tinggi yang dah lama menunggu peluang untuk menjadi pegawai tinggi, tapi tak naik naik. Barangkali, pegawai tak berapa tinggi tersebut tak cukup tinggi maqamnya untuk dipertimbangkan naik menjadi pegawai tinggi. Dengar khabar, pegawai tak berapa tinggi ni dengan rela hati menawarkan diri untuk sama-sama terlibat dalam majlis keramaian perkahwinan anak pegawai tinggi berkenaan yang akan berlangsung tak berapa hari lagi.

Pegawai tak berapa tinggi dah memilih beberapa orang pegawai rendah di bawah seliaannya untuk menjadi penyambut tetamu sewaktu keramaian tersebut. Pegawai rendah yang bernasib baik itu menjadi terpinga-pinga bila nama tersenarai dalam senarai penyambut tetamu merangkap machai di keramaian itu nanti.

Beberapa hari yang lepas, pegawai rendah sekelian ada menerima bingkisan e-Mel berkenaan keramaian tersebut. Petikan dalam e-Mel tersebut berbunyi:

Tuan,

Seperti yang tuan sedia maklum, pegawai tinggi akan mengadakan majlisperkahwinan bagi anak beliau bertempat di negara Boleh kira-kira dua minggu dari sekarang.

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan telah dipilih sebagai penyambut tetamu di majlis tersebut. Pegawai tinggi telah memaklumkan bahawa tema bagi majlis tersebut adalah warna emas. Atas inisiatif sendiri, dicadangkan agar pakaian bagi penyambut tetamu diseragamkan.

Bagi memudahkan pengurusan pakaian tersebut, saya telah dipohon untuk menyediakan kain bagi pakaian tuan tersebut. Cadangan kain yang telah dipersetujui ialah kain satin berwarna emas yang boleh didapati di Gulati's Silk House pada harga RM18.00 semeter. Untuk pengetahuan tuan,bidang bagi kain ini ialah 54". Oleh itu, bagi seseorang yang berbadan sederhana, sebanyak 4 meter kain adalah mencukupi untuk menghasilkan sepasang baju melayu. (i.e: 4 m = RM18.00 x 4 = RM 72.00).

Dengan ini, saya ingin meminta kerjasama daripada tuan untuk memaklumkan kepada saya sebelum atau pada hari Isnin 25 Februari 2008 bilangan meter kain yang diperlukan dan kaedah pembayaran tuan agar saya dapat menyediakan kain tersebut secepat mungkin.

Pegawai-pegawai rendah di bawah naungan pegawai tak berapa tinggi ini buat endah tak endah gara-gara ayat yang di dalam e-Mel tersebut terkandung perkataan atas inisiatif sendiri, yang jika ditakrifkan dengan bahasa orang kampung, bukan wajib dan bukan paksaan. Cari pakaian bewarna emas, Insya Allah banyak di pasaran.

Tapi apa yang mengejutkan hati para pegawai rendah, tatkala waktu makan tengahari tadi, masing-masing menerima sebuah bungkusan plastik yang terkandung sehelai kain bewarna emas dan dimestikan untuk membayar harga pakaian tersebut. Belum berjahit, dan terpaksa diikhtiarkan mencari tukang jahit terhandal di negara Boleh supaya baju tersebut boleh disiapkan sebelum keramaian diadakan.

Harga yang terpaksa dibayar adalah tanggungan sendiri, tanpa sebarang bantuan dari pegawai tinggi dan pegawai tak berapa tinggi yang tergedik-gedik menawarkan diri itu. Untuk pegawai lelaki rendah, harga anggaran adalah sebanyak RM200, kain dan upah jahit. Untuk pegawai wanita rendah, harganya pula mencecah RM400 termasuk lining baju, tudung dan upah jahit.

Yang menjadi persoalan dan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pegawai rendah adalah paksaan untuk menerima dan membayar harga kain yang dibeli, dipaksa untuk mengupah baju seragam, dipaksa untuk bertugas di keramaian, gara-gara pegawai tak berapa tinggi yang berhajat nak memenangi hati pegawai tinggi. Mungkin dengan kegedikan pegawai tak berapa tinggi membantu menjayakan majlis keramaian pegawai tinggi, dapat pegawai tinggi mencalonkan pegawai tak berapa tinggi untuk sama-sama menjadi pegawai tinggi.

Makanya selepas menerima kain itu, pegawai-pegawai rendah semua berkumpul meluahkan perasaan masing-masing yang teraniaya dipaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk majlis yang dikatakan bakal menjadi majlis gilang gemilang itu. Pegawai-pegawai rendah yang berkumpul itu sependapat mengenai nasib yang menimpa mereka. Dipaksa, terpaksa gara-gara pegawai tak berapa tinggi mereka yang sibuk memberi kipasan yang maksima kepada pegawai tinggi.

Mulalah acara menghempas beg plastik kain tanda protes, dan suara yang lantang menerangkan masalah yang dihadapi. Walaupun para pegawai rendah itu tidak kisah untuk mengeluarkan bajet sedemikian untuk berpakaian, tapi warna yang dipilih sangat tidak bersesuaian dan hanya boleh dipakai pada majlis-majlis tertentu sahaja. Tidak berbaloi dengan pelaburan yang dibuat.

Selain itu, keramaian perkahwinan anak pegawai tinggi itu berlangsung selepas pilihanraya negara Boleh, dan sudah pasti pegawai-pegawai rendah mengeluarkan wang yang banyak untuk pulang mengundi memilih calon yang bakal mewakili suara mereka di parlimen kelak. Ada pegawai rendah yang baru membaiki kereta, ada pegawai rendah yang mempunyai anak-anak untuk ditanggung, ada pegawai rendah yang membayar pinjaman pelajaran. Agaknya pegawai tak berapa tinggi ni tak berperasaan barangkali? Bertindak tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Atas inisiatif, tapi dipaksa membeli? Apa kejadah halnya? Pegawai-pegawai rendah sangatlah berkecil hati dan marah kerana terpaksa mengikut hasrat hati pegawai tak berapa tinggi untuk mengampu pegawai tinggi dengan bertugas di keramaian perkahwinan ananya itu. Tapi apalah yang boleh para pegawai rendah lakukan, hanya mengikut sahaja corak permainan pegawai tak berapa tinggi yang sungguh tak tinggi akal fikirannya itu. Pegawai-pegawai rendah hanya mampu berdoa supaya pegawai tak berapa tinggi diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk tidak menganiaya insan-insan di bawah seliaannya.

Entah lah....tapi hari ni aku memang marah mengenang nasib pegawai rendah sekelian. Wallahua'alam. Cerita ini adalah kisah benar, dan luahan hati seorang aku yang menjawat jawatan pegawai rendah yang amat marah. Kita cakap pasal integriti, tapi mana integriti? Kita cakap pasal nilai-nilai, mana hilang arahnya nilai-nilai itu?

26 comments:

perantau.tt said...

err. tu kan termasuk bawah lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.. wakakaka

zyrin said...

kot ye pun azral, masuk dalam tugas-tugas lain yang diarahkan... tak ke sakit nak keluarkan hampir RM400 tuh? uisyyy. lain ler kalau pegawai tak berapa tinggi dan pegawai tinggi dengan rela hati mensubsidi sebahagian harga... adalah sejuk sikit kot.

pada orang lah, kalau dah nak mintak tolong (walaupun itu arahan sebenarnya... tapi sejak bila pulak kenduri-kendara anak-pinak tu jadi hal-ehwal kerajaan, ye? konpius seketika) pandai2lah cari harga kain yang tak terlalu mahal. tahulah pada sesetengah orang tuh, maybe harga pakaian tuh celah gigi jer, tapi pada orang lain?

apakah mereka tidak mengerti maksud perkataan bajet?

-saya yang bersimpati kepada pegawai rendah, dan sangat ler happy tak terlibat sama!-

Anonymous said...

ya ampun "sengal" betul bila membacanya,
hati sakit bila membayarnya,
menyumpah seranah tidak terhingga,
memendam rasa...terbayarkah dek harga?

simpati berbelas seisi belantara,
nasib Si Rendah tidak terbela,
taulan yang dekat diadukan lara,
terubatkah gundah sampai bila-bila?

-feel me, bro...dub dub..-

Anonymous said...

Nanti bila ko kawin, ko keluarkan surat suruh pegawai tinggi dan pegawai tak berpa tinggi bagi hadiah yang bernilai RM 500 setiap seoarang untuk cover balik. Agak-agak nak ke diaorang bagi.

zyrin said...

beb, aku dah menerima feedback mengenai reaksi pegawai tinggi apabila diberitahu yang pegawai rendah kena beli kain.

dan aku dah dapat feedback pegawai tak berapa tinggi no.1 bila dapat tahu yg korang tak setuju dengan kain.

tepat sekali tekaan aku itewww... mmg pegawai tinggi tak tahu!!! dan nampaknya, seperti pegawai tak tinggi no.2 akan disoal bertalu-talu....

haaaahhh... the drama continues...

perantau.tt said...

alamak.. awek manakah zyrin ini... aku telah dikenal pasti.. wakakka.. emmmmmmmm... pueh aku pikir... sapa ek?

shazali tu shah sahazali ke.. bahasa ko gune macam biasa aku dengar wakakak...

oit fendi dah siap lum baju kawen ko tuh? wakakak opss baju kawen org lain..

cacah said...

huiyoo..ini adalah satu paksaan. rasanya tentu teramat bengang
diminta buat benda bukan kegemaran...

dahlah bekerja secara terpaksa
dapat makan free pun apa pekdahnya bila bayaran baju capai ratus2 ringgit malaysia...

nampak gaya sudah dibaca
raya tahun ni emaslah temanya...

huhu...apa boleh buat bro...

kata dah pegawai rendah
sayalah yang menurut perintah!

Anonymous said...

perantau.timur.tengah,

huhuhu...ko jgn nak kasi aku exposure haram kt sini...tak rela I..muahahahaha..

itu pantun versi ASBOL (asal boleh) namanya...bantai jelah...

perantau.tt said...

anakku shazali.. opss silap.. kawanku shazali.. kan dah ku jangka, memang ko la orangnya.. sekilas membaca sudah ku tau jantan ke betina.. (ASBOL)

err.. fendi tgh ukur baju ke tuh? wakaka

Adi Osman said...

AZRAL PERANTAU

tugas tugas pun, kalau dah menghalalkan cara yang haram....aku tetap bangkang!

baju aku dah ukur pun, 14 haribulan siap Insya Allah


ZYRIN

tak kisah la dia tau ke tidak, tapi kalau dah nyusahkan orang camni....memang tak patut la!

mak aku kata...
"semoga tuhan laknat depa yang dok buat naya kat orang lagu ni"


SHAZALI

motif kau main main message dengan kawan sekolah kat karpet aku ni? anywa, sedap madah kau tu. nak kata pantun, tidak....sebab jeda dia tak sama....

matila berangan masuk pesta pantun kebangsaan kan..takat negeri selangor je...tu pun kalah ngan KISAS....


ANTIKIPAS

suruh depa beli hadiah? aku tak sekejam tu...orang buat jahat, tak mesti kita balas dengan jahat kan?


AISHAH

tahun lepas pun raya ala ala nak gold gak..tahun ni lite gold...huhuhu..makan free? we aren't on the list pun.....tengok sudah..

Bangla Tambak Johor said...

konpius...konpiusss...
ini urusan peribadi kan?..napa yerk melibatkan orang opis dan di paksa membayorrr nya pulak..

konpiusss...
saya tak pernah jadik gomen staff,tapi sgt konpius bila mana hal peribadi seolah2x jadik aktivity opis...kekkeke

Rush Murad said...

tok sah bising2, kau tak payah buat baju tu, kau ambik cuti pi jenjalan ke mana2 masa depa buat kenduri kawen tu.... kan?

Anonymous said...

kan? jadikan teladan. someday nanti ko pun jadi orang atasan. jangan ikut perangai diorang. kain tu tak payah jahit. ko buat je pesen sari. vast!

Anonymous said...

encik fendi tuan-punya-karpet,

kajang Pak Malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
dagang Pak Malau dagang bertempat,
dagang hamba musafir lalu.

(entah betul ke idak...ASBOL)

Anonymous said...

it was a really great blog...u got tons of story which is makes people want to read it till the end....anyway komen la plak kat my blog
http://afiemox.blogspot.com

cacah said...

makan free pun takdok? ahai ini sudah lebbiyh! takpelah...sabar je lah...huhu :)

Angah said...

Politik pejabat yang menjengkelkan. Boss besar tak tau apa2, bos sederhana besar pandai2 sendiri, bos kecik2 jadi mangsa.

Aku rasa dan aku pun yakin benda ni tak termasuk dalam arahan dari semasa ke semasa tu sebab tujuannya bukan untuk jabatan atau tugas rasmi melainkan kepentingan peribadi jugak.

tapi macam biasa la kan bos kecik2 sure tersepit antara yang betul dan boss sederhana besar tu kan...

Aku cuma boleh kata hmmmmm..

xtopak said...

...aku br sempat nk bacer post ko nih.. slmt ko dah brief aku dulu. kalau x, mesti aku poning gak nk pahamkan intipati post ko nih. byk sgt perkataan "tinggi" "kurang tinggi"..konpius guwe!


mmmmm.... slmt bukan aku orgnya.. kalau ye, abislah aku hilang kawan. :-(

...InsyaAllah kengkawanjadikVIPwaktuweddingakunanti.. ;)

zyrin said...

TAYO

hangat giler. ramai giler orang dah masuk 'drama' ni... huhuhu... tadi dok bergossip masa lunch... habis dahlah ilmu yang dicurahkan masa kat JB... haisyyy...

hang pi mana, senyap jer? makan donut x ajak!



perantau.timur.tengah

heh. pikir, pikir... jangan tak pikir, yerk! dimanakah pernah ku jumpa zyrin ini? hrmm...

Adi Osman said...

NORA SAKURA

this is what we call politics, office politics. nak menangi hati bos, kena la kipas....kalau tak cukup kipas, kasik aircond!


BANG SHIDI

kenduri tu ari senin malam...sah sah la ari senin siang tu aku tak cuti! huhu...dah buat baju tu!


PAP

memang aku jadikan pengajaran...aku takmo la mende mende camni kalau ditakdirkan aku jadi orang beso esok....(skang memang dah beso pun,, badan je la)


SHAZALI

Indah mencelah melambai laut
Tertancap bayu mencalang keruing
Salah apakah anai di busut
Mengharap jentayu terbang seiring?

Aku hanya mintak dilayan sama adil dengan orang lain.....


AFIEMOX

thanks for visiting...will try singgah to your blog later....


AISHAH

tunggu dan lihat je la cmane...


ANGAH

sesungguhnya aku dapat menyelam apa maksud hmmm yang cuba hang sampaikan tu! hehehe...aku paham!


ANAK TOK BIBAH

kalau kau buat macam tu...bukan takat kenduri aku taknak pegi...aku siap sabotage lagik...mandrem kasik pelamin roboh...mandrem kasik orang muntah lahak kuar darah...amacam?


ZYRIN

hangat? tang mana yang hangat? aku bertapa buat karangan semalam...huhuhu! donat ka? specially for my niece ekceli

xtopak said...

...taulah aku sapa kalau aku muntah darah nnt.. :((

Adi Osman said...

ANAK TOK BIBAH

isk....matila buat konfesi heheheh

phachat said...

TORIQ,

sungguh sensasi Kementerianmu.... buat aku rasa bersyukur di sini... Tapi walaupon aku tak tahu hujung pangkal, aku dapat agak dan 'baca' apa yg cuba disampaikan oleh seorang PEGAWAI RENDAH....

MOLY said...

sampai macam tuh sekali al kisahnya ... sadis ku mendengar pegawai tinggi itu akalnya tak setinggi mana rupenya ...

Anonymous said...

SESUNGGUHNYA KEADAAN SEKARANG AMAT MENJENGKELKAN DI ISTANA AL-NASIRIN AKAN PEGAWAI-PEGAWAI TINGGINYA YANG MENYALAHGUNAKAN KUASA. INTEGRITI YANG DIWAR-WARKAN OLEH PEGAWAI TINGGI KEPADA PEGAWAI RENDAH NAMPAKNYA SEPERTI PEGAWAI RENDAHLAH SENTIASA PERLU DI AWASI TINKAHLAKUNYA..MAJLIS BESAR-BESARAN PEGAWAI TINGGI MEWAJIBKAN PEGAWI RENDAH MENGORBANKAN CUTINYA..PEGORBANAN APA LAGIKAH YANG PERLU DITUNJUKKAN...BELUM KOS PERJALANAN, TOL...SUMENYA TIDAK DIFIKIRKAN...NAUZUBILLAH, JGNLAH KITA PEGAWAI RENDAH BERSIKAP SEPERTI INI...LAKNATULLAH...

MAMAKBENDAHARA

X-weatherman said...

Wow Bro..aku sebagai Pegawai Rendah di kawasan yang tak berapa jauh tapi susah nak sampai ni berasa begitu berempati dengan hang..

Aku pun dah rasa menda menda bangang macam tu..tapi Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya.."you know Who" di tempat aku akan menerima balasan yang setimpal.

Pachat,
Mu balik TRG laa..jadi MB baru..