Thursday, February 28, 2008

Mengenal Diri Sendiri...Di Selatan Semenanjung

Seminggu tak masuk ke pejabat gara-gara kursus yang aku hadiri dan kursus yang aku menjadi urusetia. Fuh....lega rasanya bila tak masuk ke pejabat. Hilang segala tekanan dan masalah. Tapi sekejap je la. Masuk pejabat tertekan balik. Hiks.

Aku takmau la cerita pasal kursus yang aku hadir, tapi kita lihat kursus yang aku menjadi urusetianya. Ke mana destinasi? Heh...ini view yang aku ambik dari bilik penginapan aku. Nampak tambak? Nampak CIQ? Nampak Woodlands? Yaaaaa..Johor Bahru sekali lagi. Kali ni, di Grand Blue Wave...bilik cantik, makan sedap. Cuma bilik seminar tu romantik sikit. View....cantik seh, tapi kalau tengok incinerator yang ada kat seberang tambak tu, tak cantik la jadinye.

Kursus apa? Kalau ikutkan PTD ni ada roadmap yang dibuat oleh Agensi Pusat. Roadmap yang berkaitan dengan kerjaya sebagai PTD. Since nak tunggu dipanggil Agensi Pusat untuk hadir kursus tu amatlah lambat, atas inisiatif pengurusan Kementerian, we try to do our version of roadmap untuk PTD yang bekerja di KKM. Masalah bilangan peserta takkan timbul sebab di KKM ni ada kurang lebih 400 PTD dari turus sampai la ke machai gred 41.

Bincang dan bincang dan bincang lagi, lahirlah Kursus Pemantapan Sahsiah, (a leadership course actually). Gud course indeed. Content? Banyak la benda-benda baru yang diajar, but mostly it touched more to mind developing and relationship among others in an organisation.

Penat jugak jadi urusetia ni, orang nampak kita duduk je...tapi pada masa yang sama kena dengar, pasal nak buat laporan. Kebajikan peserta kena amek tau jugak. Highlight of the course, I would say the interactive game played and some of the video watching activity.

Lecture? Heh...semua course ada lecture. Kesan daripada lecture boleh tengok kat wanita bertudung cream tu. Tengok mata.....kuyu seh! Ngantuk ke KuLat?

Games...i would say the childhood memory and the dancing game were great. In the childhood memory game, main musang dan ayam. Bayangkan, ada peserta yang umur lebih 40, lebih 30 tapi main balik benda ni. Pakat jerit, pakat gelak....hahahha....objektif game? Kena tanya peserta yang pi la...hanya johari yang mengenal maniam.

In the dancing game, pakat la pulun dok practice tarian dengan penuh perasaan. Gigih menari. Sudah bila acara sebenar, lagu bertukar tukar dari satu rentak ke satu rentak yang lain. I've been in this situation before, during a music malfunction show recently. Objektif? To stay focus on something we do, and not to feel interrupted when anything happen. Nak tergelak pun ada bila tengok depa menari. Almaklumlah......no further elaboration.

And the final part yang paling menarik, was the open session part! Kat sini, orang pakat mai jumpa kita, bagitau 5 perkara yang positif pasal diri kita. Dan sebagai receiver, we are not allowed to say anything except THANK YOU. Ada di antara kualiti tu kita tak sedar, once bila orang bagitau baru la kita tau. Kat sini banyak scene bercucuran air mata. Ladies especially. Touched katanya! Tapi aku tetap senyum, dan appreciate what people said about myself.

Bubbly, Easygoing, Simple, Outspoken, Passionate....and lots more. I am so thankful for what God had given to me. And it is me....I've created something to be remembered by others. Biarlah yang baik tu menjadi kenangan orang. At least bila kita dah takde sok, orang cakap yang baik-baik je pasal kita. Enough said, the kursus was ok. Looking forward to organise siri 2 pulak. Di mana? Tunggu.................

3 comments:

Anonymous said...

bila la pulak giliaq batch haku nak dipanggay...mcm best ja tgk..

Adi Osman said...

cha er

bulan 4 ni kot...tengok la cmane...kalau duli tuanku perkenankan

phachat said...

huh, bestnye aktiviti Kementerian Sensaoil...