Thursday, January 24, 2008

Kuala Lumpur and The Sunset

Selama hari ni aku dok tengok dalam tv dan lalu je kat tempat Yusof Haslam shooting filem kat Ampang tu, tapi semalam aku tergerak hati nak pergi menikmati pemandangan yang cantik sewaktu mentari terbenam di ufuk barat dan suasana bandaraya Kuala Lumpur tatkala fajar melabuhkan tirainya (perrrrggghhh...ayat jiwang karat sehhh).

Makanya dengan perasaan yang gembira sebab kerajaan bagi cuti sempena Thaipusam, aku mengajak Sang Hansuari untuk menikmati pemandangan itu bersama-sama. Lepas siap-siap, dalam pukul 6 petang bertolak ke tempat yang dihajatkan. Ikut plan asal ada sorang lagi Hamba Allah nak ngikut, nak kena pegi amek dia kat Setapak nun, tapi jalan jem teruk la pulak, jadi putaran roda kereta dialihkan menggunakan jalan Hulu Langat - Ampang, yang sememangnya jalan menuju ke tempat yang dihajatkan.

Sesampai saja di situ, ramai ya amat manusia! Maklumlah kan, masing-masing cuti Thaipusam. Ada yang siap berpiknik kat situ. Tapi yang ramai adalah rempit-rempitan bersama minah-minah rempit dok melepak beramai-ramai sambil mengilai beramai-ramai. Pontianak kah? Photographer pun ramai, masing-masing nak mengambil gambar di tempat yang cantik itu.
Sebenarnya ada tempat yang lagi tinggi, di Anjung Tinjau di Pusat Pelancongan yang dibina kerajaan. Tapi alang-alang ada tempat free..pergi je la! Takat nak ambil gambar je......hiks!

(ayat jiwang karat balik...) Suasana tatkala menyaksikan mentari terbenam itu sungguh menenangkan! Dengan langit yang berona biru bercampur jingga, dengan perlahan suasana menjadi semakin gelap dan Bandaraya Kuala Lumpur mula bermandikan sinaran lampu yang cukup meriah. Cantik jugak ye Kuala Lumpur ni?

Heh....lepas ni kiranya dah jumpa la spot untuk menenangkan fikiran! Setengah orang suka pi tepi pantai, Kajang ada pantai kah? Takkan nak pi Pantai Dalam kot? Hiks...zaman aku naik kuda dulu, selalunya aku sampai ke tepi runway KLIA nun kalau nak menenangkan fikiran. So dah ada alternatif seterusnya! Memang cantik! Rugi kalau tak pergi.....

8 comments:

cacah said...

Hai. was there also on the night before thaipusam! with some friends. memang cantik sangat. kami pergi malam. rugi tak bawak kamera masa tu!

Anonymous said...

Tempat yang amatz sesuai utk berdating kan?

Najib Ariyan Ali Basha said...

bestkan.. kami pernah ke sana.. ingat nak makan sambil menikmati permandangan...tapi bila malam dah tak ramai orang...scaree sket tempat tu lah... so lepas mahgrib jer kami terus balik...

Ziana said...

situ mmg menariks!
nak plak if new yr...
sume nampak..
:)

Hambali ® said...

kl mmg cantik n unik
it has it all
just like penang :P

Anonymous said...

jemaah maghrib kat atas bukit tu jugak ke? *lariiiik!

Adi Osman said...

aishah

kalau jadik blogger...kena bawak kamera pi mana2 pun....senang nak wat cerita! hehehehe....


shah

tempat ini sesuai tatkala membawa hati yang lara...ala2 ziana zain merajuk dalam cerita sembilu!


beruang madu

yaaa...gelap dan sunyi! pasal tu scarry. teringat majalah mastika waktu buat ambush tengok orang bermadu asmara....madu asmara ni adik beradik beruang madu ke? heheheh...laariiikkk


ziana

kalau niu yer cek dok tengok kat umah je...nampak cantik gak! hiks


mamu sme

kalau kat tanjung nun tang mana tempat lawa lagu ni nohhh? bukit bendera kaaaa?


dirtypap

kat ampang tasik bawah tu banyak surau....kat stesen minyak pun ada surau...lepas turun tu pi la solat! tak gitu?

Najib Ariyan Ali Basha said...

banyaklah ko... kalau sedara yg beruang nya bukan madunya...